Luaran ak mmg solehah tp ak ada tabiat yg tak baik. Sbb ak xpenah brcinta mmg tekejut, mengigil ak baca pngaku laki ni

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Assalamualaikum. Oleh kerana aku rasakan terlalu sesak di dalam dada, tapi aku tak boleh meluahkan kepada sesiapa demi menjaga aib, maka aku ingin berkongsi keadaan yang aku alami sekarang dan ingin meminta pendapat kalian.

Aku perempuan berusia awal 30-an, masih belum berkahwin. Aku dah stabil dari segi kewangan dan kerjaya. Cuma jodoh belum sampai.

Aku asalnya bersekolah agama dan aku faham hukum-hakam, batas aurat, batas pergaulan dan sebagainya.

Aku jaga solat di awal waktu, kadang-kadang bertahajjud, mengaji al-quran setiap hari, jaga aurat bertudung melebihi paras dada, berstokin, tak pernah bersentohan dengan lelaki secara sengaja.

Pendek kata dari luaran nampak seperti wanita solehah gaya ustzah. Namun sebenarnya aku ada sisi gelap yang tak siapa pun tahu.

Waktu aku kecil dulu, aku pernah dicabvl oleh dua orang lelaki dari kalangan keluarga terdekat.

Yang peliknya, aku tak marah sebab aku rasa seronok mungkin sebab tak tahu benda tu haram. Bila dah besar, aku jadi ket4gih on*ni. Dan aku juga pernah terjebak melihat gambar dan v1deo luc*h.

Walaupun aku dah tahu hukumnya haram, tapi kadangkala aku tak dapat kawal nfsu. Setiap kali selepas buat tu, aku menyesal dan solat taubat, puasa kifarah dan denda sedekah. Aku pohon diberi kekuatan iman agar tidak mengulanginya lagi.

Namun aku sering tewas. Sampai sekarang kalau aku jumpa dua orang lelaki tu aku senyum je, perasan mereka akan angkat jari tengah sesama sendiri sambil gelak sindir.

Sekarang ni aku sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki. Setelah beberapa bulan, si dia menyatakan hasrat untuk berjumpa keluarga aku. Dia secara serius nak mengambilku sebagai isteri.

Waktu tu aku amat bersyukur kerana mungkin dengan perkahwinan dapatlah aku salurkan nfsu dengan cara yang halal.

Namun aku dapat detect something wrong dengan dia. Then aku direct tanya dia berkenaan status dia dengan ex-girlfriend.

Alangkah terkejutnya aku bila dia mengaku pernah berziina dan bersekedudukan dalam tempoh yang agak lama serta mengamalkan s3ks luar tabie. Hancornya hati aku saat itu hanya Allah yang tahu.

Aku menggigil baca text pengakuan dia, dan aku hampir termuntah. Allahu akbar, sampai sekarang aku masih teringat-ingat.

Dia mengaku dah bertaubat sebelum kenal dengan aku, tapi aku tak tahu setakat mana taubatnya sebab dia mengaku kadang-kadang masih melakukan on*ni. Dan si dia kadang-kadang menghantar text yang aku rasa hanya untuk pasangan yang halal.

Entahla, disebabkan aku tak pernah ada pengalaman bercinta secara serius, pada aku text seperti kiss, nafkah zahir dan batin, muah-muah dan sebagainya aku rasakan agak daring tapi kadang-kala aku sebenarnya suka.

Ya aku tahu benda tu salah, tapi nfsu dan sya1tan berjaya mengg0da aku. Cuma aku berjaya mengawal diri dengan tidak memberi respon setiap kali dia text macam tu.

Itulah aku, sering diuji pada titik yang aku tak mampu nak hadap. Aku berjihad dan berperrang dengan nfsu sendiri.

Pada saat aku dapat tahu semua ni, saat itu juga aku rasa ini semua kifarah buat aku. Aku bukan perempuan baik, maka layaklah aku untuk lelaki yang tidak baik.

Dan balasan yang Allah bagi tu selalunya lebih teruk daripada apa yang kita lakukan.

Dosa aku setakat melakukan on*ni, tapi adakah jodoh aku bukan setakat beron*ni, tapi pernah berz1na?

Sekiranya begitu, benarlah firman Allah bahawa perempuan baik untuk lelaki baik, dan perempuan jhat untuk lelaki jhat.

Aku buntu sekarang ni. Haruskan aku teruskan hubungan ini dan mempercepatkan pernikahan kami? Aku takut perkahwinan ini atas dasar s3ks semata-mata.

Sedangkan aku berimpian untuk membina keluarga yang mengamalkan islam secara total bukan separuh-separuh. Aku tak tahu samaada si dia dah benar-benar berubah dan sanggup bersama dengan aku dalam kehidupan islamik.

Aku juga berfikir apakah hikmah di sebalik pertemuan aku dengan dia. Adakah untuk sama-sama beriringan ke jalanNya? Atau sekadar ujian nfsu dan ujian dunia buat aku?

Atau aku sebenarnya penyelamat untuk dia agar dia tidak lagi terkandas dalam kemaksiiatan memandangkan aku ada ilmu agma walaupun aku sendiri kadangkala tersilap langkah.

Aku takut juga kalau aku tak mampu memimpin dia ke jalan yang diredhai Allah, malah aku takut aku sendiri yang hanyut bersama dia.

Atau patutkah aku tinggalkan dia dan mencari lelaki lain yang masih v1rgin dan dapat membimbing aku ke jalan yang diredhaiNya?

Aku dah banyak kali solat taubat dan istikharah namun belum dapat buat keputusan dengan akal yang waras, bukan dengan nfsu.

Kini, aku harap coretan ini sebagai istisyarah yang dapat membantu aku buat keputusan yang terbaik untuk hidupku, masa depanku dan agmaku.

Tolong nasihati aku dan tolong doakan pilihan yang terbaik buat aku. Wassalam.