Tak sangka hanya sentuh lengan isteri, dia paaksa sya lafaz taklik. Blk kerja tekejut isteri dan anak2 dah hiilang

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisha ini. Assalam semua pembaca, pada 20hb mei 2022 jam lebih kurang 6.30 petang berprang mulut didapur.

Prang pasal apa tak perlu tahu la kot tapi salah satunya pasal duit. Aku tengah mandikan anak yang kecil, dia tengah memasak laksam untuk buka puasa. Membebel sampai jiran2 pun boleh dengar. Malu aku kat orang..

Tak tahan dan geram dengan bebelan tu aku tmpar lengan dia agak kuat sedikit sebab terlalu geram untuk diamkan mulutnya yang mengaibkan aku dengan jiran2 yang mendengar.

Tmpar lengan bukan nak mend3ra .kalau nak mend3ra aku dah bagi penumb0k tepat2 dkt biji mata dia tapi nak bagi mulut dia berhenti dari membebel.

Bila aku tmpar lengan sebiji terus memberontak nak lawan balik. Last2 kena lagi sebijik dekat tangan. Kalau tak kena makin melawan dia ni..

Jadi dia cakap nak pegi hspital sebab nak check dan ambil laporan hspital cakap aku dera dia. Ada la juga kesan tapi nampk tak nampak jelah.

Dia terus masuk bilik. Juadah buka puasa ntah kemana anak nak makan pun entah tak tau apa nak di makan.

Nasib ada laksam yang dah siap 3,4 gulung tu aku potong2 bagi anak makan. Anak sulung aku berpuasa tu yang tak snggup aku tengok kalau dia tak makan apa2 untuk berbuka.

Aku layan dia (anak sulung) makan dengan adiknya walaupun adiknya tak puasa layankan juga macam orang puasa.. Aku cuma berbuka dengan minum air sahaja.

Dia bersiap nak pergi hspital sebab nak ambil laporan hspital sebab nak dakwa aku pkul dia. Ok tak pelah, pergi lah dah itu yang dia nak..

Tapi tak jadi pergi pun sebab dia nak aku hantar dia. Aku hantar memang tak lah… sebab pada penilaian aku tak delah serius sebab Patah, luuka pun takde. Cuma lebam sikit.. tmpar pun bukan tempat sensitif macam muka. Dekat lengan bahu tu je.

Malamnya pula, bila anak2 dah tdur aku masuk mendekatinya.. aku minta maaf sebab aku geram sangat masa tu. Aku nak tengok kesan aku tampar tu pun dia tak bagi. Aku pujuk nak sapu minyak tapi dia tak bagi.

Dah tak bagi tak pelah.. tapi aku minta maaf juga.. dia suruh aku berjanji dengan dia kalau aku pkul dia lagi lepas ni jatuh talak 1.

Mula mula macam berat untuk aku berjanji sebab aku tak nak main2 dengan talak. Manalah tahu kot2 aku tak tersengaja terpkul dia jatuh pulak talak.

Tapi dia paksa jugak supaya berjanji.. iye.. baiklah aku berjanji dengan dia sebab aku nak jaga lagi hubungan aku dengan dia.

Aku ikut sje kehendak dia. Keesokan harinya seperti biasa aku pergi kerja dan hantar anak ke sekolah.

Cukup waktu tengahari aku ambil anak dari sekolah. Kemudian aku masuk kerja petang macam biasa dan balik agak lewat sedikit kerana banyak kerja perlu disiapkan.

Lebih kurang jam 5 petang aku smpai di rumah.. aku bagi salam tapi tak ada sorang pun yang menjawab.. selalu kalau aku balik berlari anak2 aku sambut depan muka pintu..

kakak (anak no 2 ) tu yang selalu sangat manje. Nak dukung lahh.. nak hadiah lahh.. tapi aku layan je..

Tapi aku pelik hari tu, rumah aku sunyi. Aku jenguk dalam bilik kot2 semua tidur maklumlah bulan puasa pun takde.

Aku pergi tengok kereta pun tak ade.. ok dalam fikiran aku masih positif sebab mungkin aku masih beranggapan dia bawa anak2 keluar beli barang.

Tapi biasa kalau nak keluar dia akan bagitahu. Aku cuba call tanya kot2 dia terlupa nak bagitahu nak keluar.

Banyak kali call tak jawab.. wssap tak reply (tapi blue tick). Sehinggalah hampir2 waktu berbuka puasa aku menunggu kot2 dia balik.

Tapi aku silap.. aku tunggu2 sampai aku pun masih tak ada makanan untuk berbuka. Aku bagi warning dekat dia supaya dia balik sebelum buka puasa tapi aku gagal..

aku bagi warning kali kedua suruh dia balik sebelum jam 12 malam. Tapi aku gagal lagi.. aku pun tak tahu macam mana keadaan anak2 aku.

Aku risaukan dia orang. Dalam hati aku terdetik nak buat laporan polis sebab risaukan dia dan keselamatan anak2.

Tapi aku fikir tak apelah.. biarkan dulu laporan polis sebab aku tahu dia cuma merajuk dan aku mengharap dia balik esokan harinya. Tapi esokkan harinya aku gagal lagi.

Aku cuba lagi call dan wasapp tapi tak ade respon pun dari dia. Call kadang2 dapat tapi tak menjawab dan kadang2 voice mail masuk. Wasapp masuk.

Ok.. aku bagi peluang lagi dan aku bagi last warning supaya dia balik jugak hari ini. Kalau dia tak balik aku akan craikan dia di mahkamah. Tapi dia masih juga tak balik. Hari ketiga tak balik tu aku cuba hubungi cikgu kelas anak aku.

Cikgu bagitahu dah 2 hari anak aku tak pergi sekolah.. YaAllah.. luruh jantung aku.. aku nak anak aku diberi didikan yang ckup dan baik untuk masa dpn dia.

Oleh kerana aku risau.. aku bertanya pada adik ipar aku dekat kampung sama ada dia masih di bangi atau sudah balik kampung. Adik bagitahu dia takde dekat kampung. Adik aku cuba hubungi dia tanya dia di mana.

Dia cuma bagitahu takperlu tahu dia kat mana yang penting dia dan anak2 selamat. Kemudian adik aku bagitahu dia pergi klinik dan dia disahkan hamil dan dia takut nak balik.. aku pun tak tahu apa yang dia takut? (Berfikiran positif jelah)

Dulu dia pernah bagitahu aku yang dia tak nak anak lagi. Dia tak mahu mengandung lagi. Kandungan dia sekarang lebih kurang 7 mnggu.

Aku bertambah risau dengan keselamatan anak2 aku.. setiap hari aku call dan wsapp tapi tak dapat. Adakah dia dah block no aku.

27hb mei 2022. Mak mertua aku telefon bagitahu dia dah balik kampung. Balik bawa kereta aku. Mgkn dia drive sendiri padahal dia tak pernah drive sendri jarak jauh.

Mak mertua salahkan aku sebab tmpar dia.. ye memang salah aku.. salah aku kerana memvkul dia. Memang aku mengaku.. Tapi dengan tidak sengaja dan aku terlalu marah berlaku diluar kawalan aku.

Tapi benda dah nak jadi. Aku buat aku tanggung lah.. salah aku aku mengaku.. salah engkau lari dari rumah adakah salah aku juga? Kalau kau minta nak balik kampung silakan.. tapi bukan dengan cara lari dari rumah.

Ini yang paling aku takleh terima.. ckup2 mencabar kesabaran aku saat aku balik ke rumah dia tiada dirumah.. keluar mngalkan rumah tanpa izin suami.

Sekarang ni pulak ada kawan2 dia call aku minta pulangkan barang2 yang dia ambil untuk jual. Barang tu ada dekat rumah tapi aku cakap aku tak nak ambil tahu barang2 tu semua.

Biar dia sndri balik dan settlekan barang2 tu. Aku cakap kalau dia ta kboleh balik minta ganti rugi.

So sekarang kawan dia cakap dia tak ade duit nak bayar gant rugi. Mana nak ada duit sebab dia tak bekerja. Macam mana dia nak sara hidup anak2 aku nanti. Kalau awak tak mampu dari segi kewangan awak bagilah anak2 biar aku yang jaga.

Aku masih mampu nak sara anak2 aku. Sekarang ni aku dah tak ade apa2 perasaan lagi dekat dia. Aku dah belajar macam mana rasa ditinggalkan. Memang rasa perit kadang2 rasa mcm nk jerit

Aku masih boleh setelah beberapa hari fikirkan hal dia dan anak2. Orang tua aku nasihatkan aku supaya bersabar tapi ckuplah kali ini sahaja (kali kedua) dia lari dari rumah.

Dulu dia lari aku balik ambil dkt kampung. Sekarang ckup lah dia yang lari dia lah yang kembali. Jadi timbul beberapa perasaan yang mungkin buat saya keliru.

1. Adakah dia masih sah isteri saya?

2. Adakah saya perlu buat aduan dkt pejabat agama?

3. Hak penjagaan anak2 macam mana? Tulis jawapan balas…

NOTA : mengikut pengakuan isteri dari report p0lis yang di buat,si isteri sebenarnya dipkul,dan jelas kelihatan lebam

Tambahan NOTA 2: Kesnya suami ni selalu minta wang dan isteri jadi istri ‘bebel’ suruh dia faham hujung2 bulan kena jimat, jagan asik minta duit nak pergi bazar ja.