Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum semua. Nama aku Ita. Umur aku dalam likungan 27 tahun.
Dan alhamdullilah aku juga sudah berkahwin dgn pilihan aku sendiri. Apa yg aku nk ceritakan ni mungkin luahan hati aku kepada ayah yg aku sayangi.
Sebelum terlupa, aku adalah anak bongsu dari 3 orang adik beradik, aku juga punyai abang dan kakak. Jarak antara kami selang 2 tahun.
Zaman belajar dulu, abang dan kakak tinggal di asrama. Manakala aku pula sekolah harian. So, masa aku bnyk terluang dengan mak dan ayah aku.
Banyak masa aku dihabiskan dgn ayah… dgn mak.. Aku pula jenis yg jarang keluar lepak dgn kawan2.
So, aku jatuh dalam kateg0ri anak manja mak dan ayah la.. almaklum la anak bongsu pula.. Aku sebenarnya baru kehiilangan orang yang aku sayang. Ayah aku. Lebih kurang 5 bulan yang lalu.
Skit, rindu, yang tak akan dapat diubati sampai bila bila. Aku sebenarnya anak yang agak manja dengan arwh ayah. Tapi aku indenial.
Sampailah tiba waktu aku bernikah, baru aku tahu beratnya hati dan sedihnya raut wajah ayah melepaskan tanggungjawabnya keatas aku ke bahu suamiku.
Dan waktu tu, aku sedih hingga terpadam sebelah mekap mata aku sebab gigih sangat lap air mata. Time nk bergmabar selpas akad nikah pun jenuh mak andam touch up mekap aku.
Ayah menangis tapi dia berpaling ke belakang. Aku cuma nampak matanya bergenang dan titik air pada baju melayunya yang aku yakin air matanya yang baru dia sapu.
Kelopak mata ayah seakan merah. Berat melepaskan aku. Ayah… Adik rindu. Ayah pergi tanpa adik sedia.. Adik rindu sangat2… Mak sekarang tinggal sorang2..
Arwh ayah meningal mengejut. Walaupun aku dah bernikah, takdir Allah, aku masih tinggal dengan ibu bapaku selepas rancangan asal untuk berpindah tinggal bersama suamiku tertangguh.
Suamiku perlu outstation ke luar negara dan hanya pulang ke Malaysia sekali atau dua kali sebulan.
Masa tu, aku jalankan tanggungjawabku pada ibu bapaku seperti biasa. Pada saru hari, Ayah ajak mak dan aku keluar bermusafir. Makan angin katanya.
Ayah merancang untuk keluar makan angin selama 4 hari ke Pantai Barat. Ayah dah lama teruja nak makan angin dengan ibu. Atas kebenaran suami, aku ikut sekali.
Pada hari tersebut, aku memandu macam biasa. Tapi, Setibanya di tempat penginapan, ayah mula disrang demam. Ayah tidur seharian. Makan tak lalu. Ayah macam hiilang upaya.
Mak dan aku sepakat bawa ayah ke klinik, tapi ayah menolak. Ayah memang tak ada sebarang sejarah penyaakit. Alhamdulillah. Ayah cuma cakap ayah nak rehat dan nak tidur.
Risau dengan keadaan ayah, Aku kemudian tinggalkan mak dan ayah, beli ubat di farmasi berdekatan. aku siapkan makanan dan suapkan ubat, ayah tidur semula.
Muka ayah nampak sgt da tak de seri, muka ayah pucat da time tu, hidung ayah tak nampak seri lagi.. Sebelum ni pon ayah pernah demam, tapi masih nampak gagah melawan skit.. Tapi kali ni tidak, nampak muka ayah lain dr sblm ni..
Sampailah waktu tengah malam sikit, mak macam pillow talk dengan ayah. Aku dengar sebab katil aku sebelah je ngan mak dan ayah.
Mak mintak maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki. Mak minta ayah halalkan semua makan pakai yang ayah bagi selama ni
Ayah cuma berkata iya. Tiba² aku dengar ayah nyanyi lagi Alleycats tu, ” Andainya aku pergi dulu sebelum mu, usahlah kau bersedih hati”.
Mak cakap, jangan cakap macam tu. Mak suruh ayah tidur dan rehat. Aku terlelap dalam tangisan yang aku sembunyikan sambil memeluk bantal. Esoknya, aku bincang dengan mak. Kami setuju untuk pulang awal dan batalkan percutian lepas tengok demam ayah makin kuat.
Aku bersiap awal. Minta sediakan sarapan kebilik dan terus kemas beg pakaian. Usai semua urusan checkout, Kami mula bertolak pulang.
Dalam hati aku tekad akan ke hspital dahulu. Aku buckle up mak dan ayah di seat belakang, dan mula memandu. Aku cuma berdoa semoga selamat sampai ke hspital.
Hati aku dah mula diruntun sedih dan pilu. Hati aku sangat berdebar debar. Aku tak kisah kalau ayah skit, tapi aku sedih tengok ayah.
Aku tengok dari cermin pandang belakang, ayah tidur dan mak pun sama tidur sambil tepuk² dada ayah. Macam dodoikan. Ayah tidur dengan nyaman.
Aku memandu sambil menangis. Aku sendiri tak tahu kenapa air mata ni tak nak berhenti. Aku tak nak mak atau ayah nampak aku menangis. Setiap kali gugur air mata, aku terus lap sebab takut mak sedar
Aku tahu mak sedih dan aku taknak mak nampak aku menangis. Aku tak nak mak nampak aku lemah. Sebab aku tahu mak fragile. Jika aku tak kuat, mak apatah lagi.
Sambil memandu sambil aku pandang belakang. Tiba² Aku terperasan, kenapa ayah macam tak bergerak. Ayah macam tak bernafas. Mak masih tidur sambil menggengam tangan ayah. Aku berhenti tepi jalan.
Dalam debaran yang amat sangat aku pusing belakang, aku renung betul². Betul. Mak bernafas dan ayah seolah diam tanpa sebarang gerak. Kebetulan masa tu ada stesen petrol berhampiran. Aku masuk dan parking.
Aku bukak pintu dan terus ke tempat duduk belakang. menggigil aku memegang dan mencari nadi tangan ayah. Allahurabbi. Tiada. Aku panggil mak.
Mak, ayah dah tak ada.. aku ulang dan menangis² tak percaya. Allahu. Ayah.. ayah.. Mak mampu pandang aku. Aku dah lembik tak mampu berdiri.
Datang orang awam ke kereta kami tanya apa yang berlaku. Mula ramai mengerumuni. Ada yang mula menelefon ambulans dan polis. Aku dan mak cuma mampu duduk ditenangkan orang awam.
Akhirnya myat arwh ayah dibawa ke oleh polis ke hspital untuk bdah siasat. Alhamdulillah m4yat arwh ayah selamat dikebumikan pada keesokan harinya. Allah. Masih baru dan masih segar semua itu. Ayah pergi tanpa kami sedia. .. Ayah…
Walaupun tak selalu adik ucap adik sayang ayah, tapi adik memang sayang.. Dan adik rindu ayah, sangat.. Hari2 adik akan ingat akan ayah, kenangan bersama ayah, adik akan kirimkan doa sepanjang hidup adik dekat ayah dan mak.. Adik rindu ayah..
Al Fatihah Ayah.. semoga ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang² beriman. Sesungguhnya mti itu pasti. Walaupun ayah pergi tanpa adik sedia, tapi adik redha. InshaaAllah sampai masa kita jumpa di syurga yang kekal abadi..
Buat para pembaca disana, sayangilah ayah dan mak anda selagi mereka bernyawa, belai la mereka seperti mereka belai kita pada masa kecil, sayangilah mereka sepertimana mereka sayangi kamu, tatatngilah mereka seperti mereka tatangi kami waktu kecil. Asssalamualaikum.
Kisah 2 – Maaf kan Zalika ayah, sbb tak ajar ayah ngaji dari dlu. Ayah mmg baik dan ayh lah org yg kami harapkan utk terima hidayah
Assalamualaikum, hai. Aku Zulaika (bukan nama sebenar). Umur dah 29 tahun, masih bujang dan tinggal dengan family. Apa yang aku nak share ni adalah tentang ayah aku.
Aku ingat lagi ada ustaz bagi tahu. Ibu bapa ni adalah pilihan dari Allah, kita tak boleh nak pilih siapa ibu kita siapa bapa kita. Mereka lah yang akan jadi ibu bapa kita di dunia dan insyaaAllah sampai kehidupan kita di syurga.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat2 dikurniakan ibu bapa yang terbaik, penyayang. Family aku biasa je, kami bukan golongan berada.
Ayah aku seorang driver company, mak suri rumah. Ayah memang kuat bekerja. Masa aku kecik2, lepas subuh je ayah dah pergi kerja.
Tengah malam baru sampai rumah. Kami memang dah biasa, sebab kami faham ayah kerja ikut timing bos.
Bawak bos Jepun, ada masa kalau bos ayah nak pergi dinner memang kena la bawak dan kena la tunggu. Kadang tu pkul 2 3 pagi baru balik. Tinggi betul tahap kesabaran ayah.
Family aku bukan berasal dari keluarga yang kuat agama. Kami solat tapi tak cukup lima waktu. Selalunya waktu subuh la yang terbabas. Lagi2 bila weekend.
Tapi ni dulu la, sekarang ni alhamdulillah Allah bagi hidayah. Kami adik beradik dah mula tutup aurat, pakai handsock, stokin bila keluar rumah.
Perubahan yang paling aku nantikan ialah ayah. Kenapa? Nanti aku cerita. Di mata aku ayah aku seorang lelaki yang teramat paling sangat sekali menghargai isterinya.
Kenapa aku cakap macam tu? Ayah seorang yang sangat jaga hati isteri. Kalau boleh ayah tak nak langsung tengok mak marah. Contoh kalau aku tanya,
“Ayah nak makan ape? Zulaika masak.”
“Tanye mak nak makan ape? Ayah ikut mak”
“Ayah baju ni sesuai untuk ayah. Zulaika beli ye?”
“Ehh tanya mak dulu. Apa mak suka tu lah yang ayah suka”
Bukan tu je, dah 33 tahun kahwin dengan mak pun ayah masih panggil mak ‘sayang’ tak kira la dekat public ke, depan sedara mara ke. Dekat rumah ape tah lagi ye.
Dari sini aku dapat tengok, Allah permudahkan semua urusan ayah. Murahkan rezeki ayah. Dari duduk rumah setinggan sampai la sekarang ni rumah 2 tingkat. Padahal ayah cuma seorang driver.
Tahun 2017, ayah guna duit KWSP untuk bawa kami menunaikan umrah. Allahuakbar Alhamdulillah syukur Ya Allah untuk segala nikmat.
Ayah rajin bantu kami buat kerja rumah. Tak payah suruh pon, ayah tetap nak tolong.
Pernah sekali aku tengah kemas2 bilik, tukar cadar katil. Ayah datang nak tanyakan sesuatu. Dalam hati aku dah terdetik mesti ayah offer diri nak tolong aku kemas.
Tak sampai berapa second memang tepat la jangkaan aku haha. Hati ayah memang baik. Walaupun kerja tu tak susah mane pon.
Dengan arwh atuk dan nenek belah mak aku pon ayah layan dengan baik sangat. Macam ibubapa kandung. Sampai kan aku pernah dengar arwh atuk cakap dekat ayah
“Baik betul kamu layan apak ye Mat. Anak2 apak pon tak buat macam ni”
Huhu, nak nangis aku dengar ayat aruwah atuk aku ni. Despite all these, ayah aku ade kurangnya. Ayah kuat jugak mer0kok, dan aku tak pernah dengar ayah mengaji Al Quran (yang ni paling sedih).
Aku tahu ayah sentiasa cuba nak berubah ke arah kebaikan. Dari solat kat rumah, now dah rajin sangat2 ke masjid/ surau.
Ayah dah stop merokok, ni azam tahun 2020 ayah. Dan Alhamdulillah, Allah tu Maha Mendengar, Maha Memakbulkan doa.
Tarikh 8hb 11 2020, ayah minta tolong aku ajarkan mengaji. Ayah kate banyak dah lupa sebab lama tak baca. Huhu Allah je yang tahu rase menggigil badan tahan nangis time tu.
Adik beradik aku dari kecik ayah hantar mengaji dekat rumah pak imam. Jadi Alhamdulillah kami ade ilmu sikit2, boleh bace Al Quran dengan lancar.
Salah aku, tak pernah ajak ayah untuk same2 belajar. Entah la, jujur kata dah banyak kali aku cuba nak cakap kat ayah, tapi macam tak keluar ape yang aku nak sampai kan.
Takut ayah segan dengan kami, ye la lelaki kan ada eg0 dia. Aku pulak tak pandai nak dakwah, huhu.
End up, aku akan luahkan semua dalam doa. Minta Allah buka pintu hati ayah untuk belajar ilmu agama dan ilmu Al Quran. Dan Allah dah pun makbulkan doaku. Alhamdulillah hidayah tu memang milik Allah.
Rutin kami sekarang, lepas subuh dan selepas isyak aku akan ajar ayah muqaddam/ iqra. Aku beli kan buku nota untuk ayah. Penuh dengan tulisan alif ba ta ayah. Comel je tulisan besar2 hehe.
Kadang tu time mengajar aku curi2 pandang muka ayah tengah menulis, sayu sangat2 tengok ayah berusaha nak bagi tulisan tu nampak cantik n same macam dalam iqra. Minta maaf ayah, sebelum ni Zulaika tak kongsi ilmu dengan ayah.
Zulaika jadi saksi untuk semua kebaikan ayah di dunia ni. Doakan ayah istiqomah ye.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk terus belajar ilmu agama dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih sudi baca, harap ada manfaat. Assalamualaikum.