Tak sangka suami yg sya taat, disangka kene sihiir rupanya mcm ni perangainye. Mlm tu, aku acu pisaauu, mintak suami cerraikan.

Foto sekadar hiasan.

Bahagian 1(ada di ruangan komen)

Saya text perempuan tu. Saya cakap, dia nak saya buat apa dengan barang barang dia. Kalau nak saya boleh postkan ke negara dia.

Dia cakap tak perlu, dia nak lupakan suami saya. Jadi barang barang dia saya sedekahkan pada part time maid yang kemas bilik tu.

Saya kemas barang barang suami saya dengan penuh air mata. Sampai maid tu pun confuse. Apa masalah saya. Tapi dia tak tanya.. Saya cuma nampak dia pun menangis…

6 bulan berlalu. Saya masih tak boleh lupakan. Tapi saya layan suami macam biasa. 1 hari saya rasa pedih urination. Saya pergi jumpa doctor pakar. Dia cakap saya ade urinary tract infection.

Ada sejenis bcteria yang biasanya boleh dapat melalui hubungan kelamin. Saya tak fikir jauh. Saya fikir perempuan tu je dan suami. Saya kena tahan wad seminggu. Saya sembuh..

Penutupan cerita, saya mohon Allah bagi saya petunjuk, kekuatan. Saya macam d3pression. Dengan duit collection kedai ghaib tah kemana. Saya kena keluarkan lagi duit ASB nak cover business dia bulan tu.

1 hari perempuan tu call. Dia cakap nak minta maaf. Dan dia nak berterus terang. Apa yang saya dapat dari dia?

1. 1 gambar inntim mereka berlatar belakangnya cermin dalam bilik tidur rumah pertama kami.

2. 1 video inntim mereka atas katil rumah pertama kami.

3. Suami saya ‘bvas’. Sehari sampai 10 kali dia kena belsah.

4. Bila kena belas4h, bukan biasa biasa ye. Kejap kena pakai uniform nurse, kejam army, kejap uniform wondercat.

U all faham kan maksud I? Selama kahwin saya tak pernah tahu nfsu dia begitu. Dan dia tak pernah minta saya buat begitu.

5. Ratusan gambar selfie mereka. Tengok movie, KLCC, I-city macam macam tempat la dia ni kononnya boyfriend cum tour guide sepanjang 3 minggu saya dikampung.

6. Suami kenal dia di chat room khas negera dia.

7. Suami mengaku bujang.

8. Suami mengaku pilot (Ingat gambar mula mula saya nampak tu?). Bukan itu sahaja, Perempuan tu siap bagi gambar license penerbangan, batch, topi dan uniform suami saya yang dalam simpanan dia. Lucu kan? Tah macamana dia edit.

9. Malam saya telefon dia pertama kali, dia cakap die terkejut. Dia pvtus dengan suami. Tapi 1 hari je.

Suami pujuk dia datang Malaysia untuk terangkan keadaan sebenar. Dia terlalu sayangkan suami saya.

10. Dia datang Malaysia. Confront suami. Dia cakap dia dah jumpa IG saya. Dia dah tengok semua gambar kami dari kami bercinta, bertunang sampai dua anak.

11. Semua counter back dengan alasan;

– Dia ada kembar nama Daniel.

– Kembar dia yang tak wujud tu, dah mengndungkan saya. Anak luar nikah.

– Nak tutup malu, Daniel kena kahwin dengan saya. 1 hari sebelum majlis, Daniel hilang

– Dia kena ganti tempat Daniel. Tapi dia cakap dia tak pernah bersama saya sepanjang 4 tahun.

– Itu alasan untuk anak pertama kami. Anak kedua? Bila perempuan tu tanya, dia jawab anak kedua dia taktahu. Tah dengan siapa saya bersama.

– Dia cakap saya ada masalah mntal.

– Dia ajak perempuan tu kahwin

– Dan selepas saya sampai KL dari kampung, saya ikut dia merata selama seminggu kan? Nak tahu apa alasan dia bagi kat perempuan tu?

Alasan dia takleh jumpa perempuan tu sebab, mak dia meninggal! Kena berkabung 7 hari. Dia suruh perempuan tu diam diam duduk studio condo tu, habis berkabung, dia datang.

– Malam dia nak pukul mak dengan kayu sebab mak padlock rumah? Dia pergi studio condo tu, ambil perempuan tu dan pergi KLIA cari tiket untuk perempuan tu balik.

Tiket pagi esok baru available. Jadi diorang check in hotel KLIA malam tu. Lepas perempuan tu selamat naik flight, baru dia balik rumah minta maaf dengan saya.

Semua bukti kat atas ni bukan cakap kosong ye. Memamg perempuan tu hantar screenshot perbualan di LINE Apps. Hati saya yang dah sedia remuk, disiaat2. Memang pedih sampai hulu haati.

Perlu ke babitkan anak anak? Saya belah belah perut nak keluarkan anak-anak penyambung keturunan dia, ber-bin kan nama dia.

Selama ni kita selalu dengar suami mengaku bujang. Tapi suami saya, mengaku anak anak kami, anak luar nikah!

Kami sah suami isteri, dua tahun baru dapat anak pertama. Saya tahu tu perkara lama. Buat apa nak diungkit.

Tapi siapa yang berada kat tempat saya je yang boleh faham macamana hncur hti saya! Saya maafkan dia atas dasar saya ingat dia kena siihir. Tapi dia yang cari penyakit!

Saya tanya dia. Dia mengaku. Tapi dia marah saya kenapa saya masih berhubung dengan perempuan tu dan dia cakap saya yang bdoh sebab pergi skitkan hati sendiri.

Lepas tu hubungan kami dah teruk. Siang malam bergduh. Kami tak boleh bersama. Macam mti nfsu.

Asal jumpa je gduh. Bila jauh rindu. Saya sentiasa bandingkan cara layanan dia pada perempuan tu dan cara layanan dia pada saya.

Saya memang major d3pression. Saya macam orang giila. Kejap saya manja, kejap saya ketawa, kejap saya menangis, kejap saya menjerit. Memang huru hara hidup dia saya buat.

Sampai 1 malam, kami bergduh, sampai saya pergi dapur ambil plsau. Saya acu pada dia, saya cakap, “Cerraikan aku, cerraikan aku!”.
Demi Allah min..

Saya tak sedar. Saya sedar apa saya cakap, saya nampak plsau tu. Tapi saya tak dapat kawal mulut dan badan sya. Sayup sayup saya dengar, dia cakap, “I cerraikan u”. Saya nampak dia menangis.. Lepas tu dia keluar rumah. Tinggalkan saya.

Saya pengsan.. Tak ingat apa dah..

Saya bangun, saya nampak staff saya. Staff saya cakap suami saya yang suruh dia datang tengokkan saya.

Saya cakap pada staff saya, tolong call Ustaz E. Ustaz E datang rumah. Saya berubat 3 hari. Ada siihir rumah tangga.

Dah 6 bulan dengan saya. Memang ditujukan untuk saya.. Saya sedih. Saya menyesal. Saya sayang suami saya. Tapi mana dia waktu saya sakit? Sedangkan waktu dia skit, saya usaha sembuhkan dia.Siapa yang cakap tak percaya menda menda ni, syabas! Anda sama macam saya dulu. Tak percaya. Sampai saya sendiri kena, baru saya tahu. Menda ni betul dan wujud.

2 minggu berlalu.. Dia tak balik balik. Dia tidur rumah pertama kami dengan mak dan ayah dia. 1 malam dia message saya, dia cakap esok dia balik. Dia rindu saya dan anakanak. Saya happy..Pagi esoknya, saya terdetik nak balik kampung. Nak minta pendapat mak ayah. Pagi tu lepas solat subuh, saya call mak dia.

Mintak tolong jaga anak sampai jam 8pm. Saya nak balik kampung. Tapi saya balik hari.. Mak cakap datanglah rumah. Hantar anak.

Jam 6.45am saya sampai rumah tu. Saya drop anak, saya dah ready nak keluar. Tiba tiba saya teringat nak ambil barang dalam bilik saya.

Saya ketuk pintu bilik kami. Dia tak bukak. Lock.. 1 minit dia buka. Tapi buka kecil je. Dia tanya nak apa.

Saya cakap saya nak ambil barang sikit. Dia tutup pintu, lepas 2 minit dia bukak balik. Saya masuk bilik. Bilik tu gelap.

Tapi ada samar cahaya dari hall rumah. Saya terdetik nak pandang belakang. Saya nampak langsir tu kembung.

Saya terdetik nak selak. Ada seorang perempuan tengah duduk menyorok. Saya yakin bukan perempuan yang sama.

Saya gelarkan dia Perempuan B. Sebab perempuan kali ni sangat gemuk dan pendek. Tapi muka dia macam saya pernah nampak..

Tahun 2016 waktu dia kantoi Perempuan A, saya ada nampak macam IG Perempuan B ni dekat blocked list setting IG account kedai saya. Saya pernah tanya dia dulu.

“Kenapa eh u block perempuan ni?”. Dia cakap, dia tak tahu. Staff mungkin yang tertekan block. Jadi saya abaikan.

Saya tak tahu hntu apa masuk badan saya, saya terajjang muka perempuan tu, badan dia. 3, 4 das juga dia kena. Saya terajjang suami saya juga. Berdosanya saya. Taktahu mana kekuatan tu datang.. Sampai ayah mak dia datang pegang saya kuat kuat.

Diorang cakap, “mengucap nak.. nanti polis tangkap kesian anak anak”. Saya terus teringat anak anak saya. Saya lari pergi kat diorang, saya peluk anak saya. Saya cakap,

“Allahuakbar, Astaghfirullah” Itu je yang saya ingat. Saya meraung sekuat kuatnya.. Anak anak saya pun menangis. Tapi diorang tak faham apa apa.

Allah maha kaya. Malam tu dia message nak rujuk. Pagi tu saya tangkap dia. Apa lagi saya nak tunggu?. Waktu tu haati saya tertutup.

Selama ini saya bertahan demi anak anak. Sekarang saya tekad nak cerrai demi anak anak juga. Sampai bila anak anak kena witness semua kejadian?

Mana dia waktu tu? Dia lari kejar perempuan tu. Perempuan tu lari keluar. Tapi saya sempat nampak ayah dia lmpang dia.

Abah dia peluk saya, “Abah mintak maaf.. Abah memang taktahu ada perempuan dalam tu”

Mak? Mak terduduk. Termenung. Mak Abah usia dah lebih 70an.

Saya cakap dengan maid dan mak, tolong jaga anak. Saya nak tenangkan fikiran. Mak setuju.

2017. Balik dari PD, saya failkan pencerraian. Saya tak faham kenapa mak bermusuh dengan saya sebab saya tekad nak cerrai. Katanya anak dia nak berubah. Nak pujuk saya.

Saya cakap takda apa nak dipujuk lagi. Waktu tu saya cuma fikir, mungkin mak cuma takut kehilangan cucu cucu dan menantu tunggal. Abah? Abah tak cakap apa apa.

Tak sangka, sepanjang proses pencerraian, mak sanggup ambil kereta saya, barang kemas saya, handbag branded saya (hadiah dari mak pada saya).

Semua diambil sebab hadiah kecuali kereta. Kereta tu memang saya yang bayar tiap bulan RM1800 loan 5 tahun lagi 3 bulan nak habis loan, dia minta kereta tu balik.

Alasan, sebab kereta tu nama dia. Saya terkejut. Saya tak tahu. Saya terpaksa pulangkan.

2018. Hari hari saya ulang alik hantar ambil anak dari sekolah naik uber. Sampai hampir 5 bulan, saya kebetulan ada business dengan seorang brand owner.

Untuk reviewkan product dia. Saya buat review product di FB dan IG. Perkenalan tu menjadi sahabat.

Dia yang ambil tanggungjawab hantar ambil anak sekolah. Hantar anak pergi hospital. Bawa anak keluar weekend. Saya tak jatuh cinta pada dia.

Cinta saya dah m4ti.. Saya jatuh cinta dengan layanan dia pada anak anak saya. Sampai kalau dia takda, anak akan tanya “Mama, wheres uncle?” Remok hati saya admin..

Setahun, dia ajak saya bertunang. Dia jumpa mak ayah saya. Dia bawa saya jumpa mak ayah dia. Dengan anak anak sekali. Kalau keluar, anak pop pop, dia yang basuhkan. Tanpa disuruh.

Saya jadi segan. Sedangkan seumur hidup diorang, boleh kira dengan jari berapa kali bapa kandung diorang mandikan dia, basuh pop pop dia.. Saya jadi sebak.

Kenapa Allah hantar lelaki macamni dalam hidup saya? Sedangkan hati saya dah mati? Yang paling kelakar, DIA SEORANG PILOT. Tapi buat side income ada product sendiri.

Umur 33 tahun. Masih bujang, Saya rasa rendah diri, kenapa dia ni nakkan saya? Saya huru hara lepas cerrai.

Apa yang saya usahakan dirampas oleh bekas suami dan mak mertua. Saya kena halau dari business yang saya sendiri bangunkan dengan titik peluh dan modal saya.

Sebab nak build hidup balik. Sebab takda kereta. Sebab mak dah pergi preschool anak fitnah saya bercerrai sebab saya kena tangkap khalwat. (Kadang kadang saya rasa. Bukan bekas suami je giila.

Mak mertua saya pun dah semacam sasau. Cakap tak betul. Cikgu sekolah sendiri bagitahu saya..)

Saya terpaksa serahkan anak anak pada keluarga mertua. Saya bekalkan maid seorang. Itupun sebab abah minta. Ayah mertua saya sangat baik.

Memang baik sangat macam malaikat. Cuma dia takut dengan mak mertua. Selalu dia kena tengking. Tapi sikit dia tak tengking balik..

Saya bagi anak pada April 2018. Saya cuma jumpa anak weekend, Jumaat saya akan ambil anak dari Nilai ke KL. Ahad saya hantar balik ke Nilai.

Tapi sampai sekarang, saya tak jumpa mak mertua. Sebab fetch and drop off anak bukan kat rumah dia. Tapi kat mamak depan taman rumah. Abah yang akan hantar.. Tiap minggu kat situ.

Saya terdetik nak menulis, sebab 22/12 ni saya ambil anak for good. Gembiranya hati. Ya Allah.. Tahun depan diorang sekolah di KL. Diorang tinggal dengan saya. Yang No 1 dah 6 tahun No 2 dan 4 tahun, tahun depan…

Ingat tak yang Ustaz C (2016) cakap janda anak 1? Ye, Perempuan B yang saya tangkap menyorok bawah langsir adalah janda anak 1 (bukan bngsa melayu tapi warganegara kita). Badannya gempal. Sama macam description Ustazz C.

Padahal waktu jumpa ustaz C tahun 2016, saya cuma tahu kewujudan Perempuan A. Apakah misteri disitu?.

Sebenarnya Perempuan A (2016) atau Perempuan B (2017) yang siihirkan dia dan saya? Kalau perempuan A, kenapa dia lepaskan suami saya? Saya pun tak tahu..

Kalau Perempuan B, lama mana hubungan mereka? Saya yakin waktu dia pvtus dengan Perempuan A, dia putus juga dengan Perempuan B. Tapi mungkin keinginan Perempuan B terlalu kuat, dia hantar sihirr rumah tangga.

Selepas kami berbaik.. Dan saya yakin dia tahu suami saya dah beristeri. Sebab die kelihatan tenang je waktu kena belaasah dengan saya. Korang rasa?

Baru baru ni bekas suami ada pujuk nak rujuk. Dia cakap dia tak sayangkan Perempuan B. Dia cuma nak dapatkan tender projek government.

Sebab perempuan tu PA kepada seorang dato kaya. Bekas suami dah jual semua kereta kami.

Sekarang dia pakai range rover. Haha, dan dengar cerita dah beli pangkat Dato. Alhamudlillah, tercapai hajat dia tinggal anak bini demi kekayaan dari Perempuan B. Dan mereka masih girlfriend boyfriend sampai sekarang….

Saya pernah sayangkan seorang lelaki lebih dari nywa saya sendiri. Saya ikut setiap apa Islam ajar. Taat, jaga diri, setia. Saya hambakan hidup saya pada dia.

Saya cuma nak dia bahagia. Walau saya saakit, penat, takpe. Asalkan dia happy. Dalam setiap solat saya, saya doakan kesejahteraan dia. Rezeki dia.. Saya tulang belakang business dia.

Dan saya tulang belakang keluarga, anak anak. Sebab saya terpaksa jadi semua watak, bila bersuamikan anak tunggal ni, Nauzubillah siksa dia.

Apa benda pun dia tak tahu nak buat. Tapi pengorbanan saya tak cukup untuk buat dia kaya. Doa saya tak cukup untuk buat dia kaya.. Saya tak dapat bawa kekayaan macam apa yang Perempuan B mampu.

Tahun depan saya insyAllah akan bernikah lagi. Saya takut. Sumpah saya serik. Tapi bila pandang muka anak anak, saya tahu mereka masih perlukan seorang father figure in the family.Saya masih nak m4ti sebagai seorang isteri.

Isteri yang diredhai suami, boleh masuk mana mana dari pintu syurrga. Saya masih nak ada imam dalam setiap solat saya.Tahun depan juga saya kan selesaikan semua tuntutan harta mutaah, edah, sepencarian.

Selama ni saya sangat sibuk. Saya kerja pagi ke pagi untuk sara diri. Lagipun ekonomi tak baik untuk bayar lawyer.Kalian semua, doakan saya, doakan anak anak saya jadi anak soleh mengenal Al-quran. Doakan perkahwinan ini perkahwinan terakhir.. Saya sangat takut. Saya tawakal.

Suami diluar sana, tolong hargai wanita yang bersusah payah dengan anda. Tolong tutup pintu pintu nfsu anda. Nikmat mana yang anda dustakan?

Nikmat dari yang haaram, memang indah sebab dikaburi hasutan syitan, sampai yang halal tu nampak buruk.

Yang h4ram nampak indah.Sebuah pengkh1anatan sangat mudah untuk bermula, tapi sangat payah untuk sembuh. Luka saya, mungkin tak akan sembuh sampai akhir hayat saya…

Sampai sekarang saya tak mampu maafkan dia. Saya cuba. Saya tak mampu. Kalau dia terbaca ni, ketahui lah.

Saya lah wanita yang awak dah hncurkan segala cinta, hati, jiwa dan hidup saya. Dalam keadaan yang sangat sadis. Saya tak mampu maafkan awak, Mungkin waktu akan membantu, Tapi bila? Saya tak tahu.Saya tak doakan keh4ncuran hidup awak.

Cukuplah balasan yang setimpal yang buat awak sedar kebaikan dan peng0rbanan saya selama ini. Cukup untuk awak rasa walaupun 10% pun dari apa yang saya dah rasa.Sebab sekarang yang awak nampak cuma keburukan.

Tapi satu hari nanti, bila dah tersedar, mungkin waktu tu dah terlambat. Terima kasih sebab tak pernah lupakan nafkah anak. Walaupun segala harta saya awak aniaya cukup cukup.

Kepada ibu mertuaku.. Saya sayang mak. Saya rindu mak. Tapi kenapa hati saya susah nak maafkan fittnah fittnah mak pada keluarga mak mengenai saya? Kenapa mak kena tutup aibb anak sendiri sampai fittnah saya mak? Kenapa sampai macamni?

Sampai akhir hayat saya, saya tak mampu maafkan mak. Sebab mak pun tak pernah sedar dan minta maaf. Saya tak minta maaf mak, saya cuma minta mak bersihkan nama saya.

Saya malu mak. Demi Allah saya tak pernah ditngkap kh4lwat sepanjang saya bergelar menantu mak. Kenapa fittnah saya? Mak je yang ada jawapan.

Kepada bakal suami baru, bimbinglah saya dan anak anak penuh dengan agma. Saya dah tak sanggup bersuamikan, berumah tangga tanpa pasakan agma.

Jadikan saya isteri terbaik untuk awak, yang mampu cukupkan semua kehendak awak. Saya tak ada keyakinan pada awak. Saya berhenti yakin pada makhluk. Saya letak sepenuh tawakal saya pada Allah.

Kepada wanita diluar sana, saya tahu bukan mudah untuk meninggalkan sesuatu perkahwinan atau sesorang yang pernah bersama kita hampair separuh usia kita.

Tahun depan saya 30 tahun. All my 20s dihabiskan bersama sama manusia yang tak akan lagi bersama sama saya harungi my 30s? Sedih? Sangat sedih.. Kesal? Lebih separuh nyaawa.

Tapi, bersangka baiklah dengan takdir Allah. Memang perit. Memang saakit, tapi teruslah harungi dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Menangis puas puas, meraung bila perlu, tapi bila berhadapan dengan semua, senyumlah. Kerana anda wanita hebat!

Jangan ulangi kesilapan saya. K0rbankan karier, k0rbankan wang ringgit semua pada suami. Tanpa sikitpun fikirkan diri sendiri. Jangan terlalu cinta.

Sebab sakkit dia bila kecewa, lebih skit dari mana mana kesaakitan. Pastikan segala harta, ada nama anda.

Pastikan segala duit anda adalah untuk anda. Hanya bantu 10% dari segi kewangan dan nafkah. Bukan semua.

Jangan ulang silap saya. Sebab bila jatuh, jatuh tu bukan terduduk. Tertiarap terus tak tahu bila mampu bangun.

La tahzan buat semua yang sedang melalui atau sudah melalui. Allah tak uji seusuatu yang kita tak mampu tanggung.

Kesimpulan cerita saya, 2016 dia yang mula mula cari penykit. Bila Perempuan A dah sayang, dia minyakkan tanpa sedar itu suami orang. Itu sebab suami separuh giler.

Dalam masa yang sama sebab kami kerap bergduh, dia berhubung dengan Perempuan B, saya syak mereka dari college yang sama dulu, sebab saya nampak Fcebook perempuan tu, ada college yang sama.

Tapi bila dia sembuh in 2016, dia tinggalkan keduanya. Tapi sihirr yang sampai pada 2017, dari Perempuan B. Dan dia berjaya hingga sekarang.. Perempuan B pun ada drah negera seberang. Sebab saya nampak yang comment Fcebook dia pakai Bahasa sana dan dia reply Bahasa sana.

Kisah ni masih kekal misteri pada saya. Tapi saya pilih untuk tidak ambil tahu lagi.Assalamualaikum.

Sumber – NURUL (BUKAN NAMA SEBENAR).