Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum semua. Terima kasih diucapkan kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan saya ini.
Nama saya Hafiz bapak kepada 3 orang anak dan berasal dari Kelantan serta dibesarkan di bumi Kedah Darul Aman. Tujuan saya luahkan ini untuk berkongsi bagaimana cara nak dapatkan jodoh.
Selepas saya grad dari universiti ketika usia 23 tahun. Saya telah tetapkan dalam benak fikiran saya untuk berkahwin ketika usia 30an.
Tapi ketika dalam usia 20an ini saya akan mempersiapkan apa yang patut sebelum melangkah ke harinya.
Apa yang saya persiapkan pertama saya mempersiapkan bekalan untuk bertemu hari mti dan kedua bekalan untuk ke hari tua.
Dari umur 23 tahun ini saya berusaha dalam menuntut ilmu agama, ilmu pengurusan kewangan, bina pendapatan hidup, buat simpanan, buat pelaburan, buat perlindungan, beli rumah, beli kereta,
Menuntut ilmu keibubapaan, menuntut ilmu psik0logi kekeluargaan, menuntut ilmu psik0logi kanak kanak, menuntut ilmu pengurusan emosi wanita dan menuntut ilmu pengurusan emosi lelaki.
Juga setiap ilmu yang saya pelajari ini. Saya akan aplikasikannya berdasarkan persekitaran hidup saya.
Sebagai contoh ilmu agama seperti ilmu fiqh wanita ini saya berusaha mendidik adik perempuan saya dan anak saudara perempuan saya supaya mereka hidup mengikut hukum agama.
Seperti ilmu keibubapaan dan ilmu psik0logi kanak kanak itu saya praktikkan pada anak saudara saya. Manakala ilmu pengurusan emosi wanita dan lelaki itu saya praktikkan pada adik adik saya.
Selepas itu bila masuk usia 30an masih tidak fikirkan tentang jodoh. Tapi ketika ini masih menjalani kehidupan seperti biasa samada berusaha untuk bertemu hari mti atau berusaha untuk ke hari tua.
Tiba tiba ketika umur saya 33 tahun. Dalam masa saya sedang mengasuh dan menjaga anak saudara saya yang datang dari pas4ngan pakar perubatan, Allah takdirkan saya bertemu dengan seorang ibu bersama seorang anak depan pintu pagar rumah saya.
Tibanya dia depan pagar rumah saya dan menyapa,
“Assalamualaikum, adakah ini rumah encik Aiman adik kepada doktor Aisyah”.
Bila saya jawab,
“Ya, saya adik kepada doktor Aisyah”.
Kemudian dia perkenalkan dirinya bernama Athirah dan bekerja sebagai pakar perubatan.
Dia jelaskan pada saya dia sibuk di hspital. Boleh tak dia minta tolong saya jagakan anak lelaki dia yang berusia 4 tahun.
Selepas saya bersetuju untuk mengasuh anaknya bersama anak saudara saya yang datang dari circle yang sama.
Bermulalah fasa untuk saya kenali dirinya. Sepanjang saya mengasuh anaknya sering kali dia datang ambil anaknya ketika jam 10 malam – 12 malam.
Malah sekitar jam 1 pagi hingga 6 pagi sering kali dia call saya tanya boleh tak dia nak hantar anaknya sebab dia oncall.
Saya tak pelik dengan pertanyaan dia sebab anak saudara saya yang saya mengasuh itu pun datang dari ibu bapa yang bekerja sebagai cardi0logist dan emrgency physician.
Tapi saya peliklah kenapa sepanjang saya mengasuh anaknya, saya tak pernah lihat kelibat bapaknya. Ketika itu saya tanyalah kakak saya kenapa dan kenapa.
Jawab kakak saya, ketua dia itu pada 2 tahun yang lepas baru bercerrai. Ini berpunca dari kesibukannya di hspital dalam menjaga keselamatan nyawa k4um ibu dan bayi yang akan dilahirkan.
7 bulan saya berusaha mengasuh anaknya. Tiba tiba selepas selesai saya dirikan solat subuh. Saya mula rasa kesian dekat dia yang perlu datang ke rumah saya dulu untuk hantar anaknya kemudian baru dia ke hspital.
Bila hati saya rasa kesian, saya pun mula ambil jalan untuk buat solat sunat istikharah.
Jawapan yang hadir itu bukan menyebabkan saya suka padanya tapi saya jadi lebih merasai untuk menyayangi anaknya dan mudah untuk membantu dalam menjaga anaknya sewaktu dia oncall.
Pada satu hari itu kebetulan ketika dia balik kerja awal dari hspital. Saya ada confess isi hati saya untuk memperisterikannya. Tapi ketika itu mudah untuk dirinya tolak dengan “MAAF”.
Selepas kena tolak itu saya bersangka baik mungkin waktu itu belum sampai masanya. Juga mungkin hatinya masih tertutup rapi untuk adanya suami.
Berbekalkan jawapan dari solat sunat istikharah sebelum ini. Saya terus chat dengan dia dan memohon maaf serta saya suruh dia anggap luahan saya itu hanya untuk warna warni dalam hidupnya. Ini untuk memastikan dia tidak berfikiran menarik anaknya dari dijaga oleh saya.
Sepanjang saya chat itu dia beritahulah selepas dia bercerrai dengan bekas suaminya, Dia telah memasang niat untuk tidak bersuami lagi.
Ini kerana dirinya sibuk dan dia juga ada sejarah peny4kit mntal. Jadi dia takut kalau dia berkahwin lagi dapat suami yang tidak faham akan hidupnya dan lebih memberi tekanan terhadap dirinya.
Disebabkan jawapan dari solat sunat istikharah saya itu baik. Saya terus berusaha untuk memilikinya.
Usaha pertama saya ketika itu saya tanya pendapat kesemua ahli keluarga saya samada emak saudara saya, bapa saudara saya, abang saya, kakak saya dan adik saya.
Wajarkah saya memiliki seorang isteri yang sibuk di hspital dan mempunyai peny4kit mntal. Bila saya dapat jawapan dari mereka semuanya beri jawapan yang baik.
Kemudian saya ambil jalan untuk gunakan kaedah ruqyah mahabbah dari surah ali imran ayat 31. Tujuan guna kaedah ini untuk merawat hatinya yang masih sedih, kecewa dan takut.
Selepas saya guna kaedah ini dalam 3 minggu. Dengan cara saya baca doa ini semasa kami bersembang tentang anaknya.
Kemudian saya niatkan dalam hati supaya Allah bukakan pintu hatinya untuk menerima saya. Masuk minggu keempat tiba tiba dia kata nak kenal dengan adik adik, boleh.
Okay saya pun beri nombor hp adik adik saya. 2 minggu kemudian ketika dia hantar anaknya ke rumah saya.
Dia ada tinggalkan nota,
“Jika Encik Aiman ikhlas nak jadi bapa kepada anak lelaki saya dan ikhlas untuk memperisterikan saya, bolehlah datang masuk berjumpa ayah saya di alamat yang tertera”.
Bermula dari situ dan 4 bulan kemudian kami pun kahwin. Kini sayalah yang menjadi tulang belakang untuk hidupnya yang sentiasa sibuk di hspital dan sayalah juga pendokong untuk dirinya supaya kembali sembuh dari peny4kit mntal.
Walaupun usia perkahwinan saya masih setahun jagung dengannya. Tapi saya rasa macam sudah lama berkahwin.
Ini kerana sebelum kahwin saya sudah diajar oleh aruwah ummi untuk mengamalkan sikap ‘kita jaga kita’ dengan adik beradik. Jadi tiada apa yang baru dan semuanya berhadapan dengan sikap manusia.
Bila saya tanya,
“Kenapa sebelum awak tinggalkan nota persetujuan untuk berkahwin dulu, Awak kata mahu kenal dengan adik adik saya?”.
Jawab isteri saya tujuan dia nak kenal dengan adik saya untuk selidik diri saya melalui mereka. Soalan yang ditanya oleh isteri saya kepada adik adik saya:
Pertama bagaimana akhlak saya dengan mereka. Kedua dekat rumah berapa kali saya mengimami mereka ketika solat berjemaah.
Bila isteri saya mula menerima jawapan yang baik dari adik saya. Maka selepas itu dia mula lapangkan dada dan meminta Allah buka pintu hatinya untuk menerima seorang lelaki kembali.
Kata kuncinya, bahagia akan datang bila sekufu dan bahagia juga akan datang bila ada persediaan ilmu.
Sebab itulah agama melarang kita bercinta sebelum kahwin. Tak perlu bercinta sebab kita sudah dikurniakan keluarga. Jadi bercintalah dengan mereka.
Apa yang baik dari mereka disyukuri dan apa yang buruk dari mereka bersabar dan bertanggungjawablah pada mereka. Ketika itu ilmu yang memainkan peranan.
Kita nak apa sebenarnya dalam hidup ini. Sememangnya hidup di dunia ini Allah hamparkan dengan ujian.
Jadi berpada padalah dalam memilih pas4ngan. Jangan kata tiada jodoh jika otak kita sentiasa mencari yang sempurna.
Jika kita sentiasa berdoa Ya Allah kurniakan aku syurgaMu Ya Allah. Ingatlah apa yang kita doakan itu bukannya percuma untuk kita.
Jadi disebabkan ianya bukan percuma untuk manusia. Ketika dalam usaha memilih jodoh ini perlu menitik beratkan perkara utama.
Pertama berakhlak dan kedua memiliki kefahaman dalam agama walaupun kurang. Selebihnya kita perlu melengkapi hidupnya. Kerana manusia ini akhlak yang memandu hidupnya.
Kemudian kefahaman dalam agama yang dimilikinya akan menjadi garis panduan ketika memandu. Terima kasih kerana sudi membaca.