Isteri aku ustazah. 2 tahun kahwin isteri xbg “sentuh” dia. Semuanya terbongkar lepas aku check hp dia.aku buntu

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera semua pembaca. Nama saya Man, asal KL tapi bekerja di perak. Kerja syarikat swasta.

Umur hujung 20 an. Cuma nak kongsi kisah ringkas buat pengajaran untuk pembaca semua.Saya sudah berkahwin hampir 2 tahun, belum dikurniakan cahaya mata.

Perkahwinan kami asasnya suka sama suka, tapi sangat jarang berhubung dalam tempoh bertunang, jadi boleh katakan kami bercinta selepas nikah.

Dalam tempoh bertunang alhamdulillah tiada apa-apa halangan antara dia dan saya, namun ujian saya berbeza, saya diuji selepas berkahwin.

Awal perkahwinan kami bahagia, kami sempat berbulan madu, berjalan-jalan, orang kata kentut masih wangi.

Tapi minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, hubungan kami terasa dingin makin dingin, saya tak tahu di mana punca, saya mula bersangka buruk pada bini tiap waktu, untuk makluman semua dah 2 tahun saya ber “PJJ”.

Bini saya seorang guru mengajar subjek agama berlainan negeri, sbb dpt tawaran kt sana, jd sgt jarang berjumpa, sebulan mungkin sekali atau 2 kali je berjumpa, bini duduk di rumah ibu bapanya, asalnya ikut saya di perak, tp lepas dpt tawaran dia dpt balik negeri dia sekolah tak jauh dari rumah keluarga dia.

Makin lama kami kurang bertegur sama ada call atau mesej, semua bermula dari saya dulu, kalau saya tak tanya, bini memang takde nak mesej.

Kerja saya pun sibuk, ada shift, kadang tak sempat nak call atau mesej, tapi bagi saya saling bertanyalah, baru adil.

Maaf agak peribadi, secara jujur dalam tempoh perkahwinan saya belum pernah bersama dengan bini, saya tak tahu nak cerita kat siapa, boleh bayang macam mana ketahanan saya?

Bini depan mata boleh tengok je, asal berjumpa tengah cuti, asal nak cakap penat, cakap ngantok. Sebab tu belum ada anak.

Ada yang pernah cakap kenapa tak ikut bini pindah sekali kan lagi mudah kawalan, saya bukan taknak, tapi alhamdulillah rezeki saya kerja kat sini gaji hampir 5k, kalau ikutkan dia tak payah kerja pun boleh, cukup sangat nak sara, saya bukan tak pernah applykan sekolah area sini, dapat dah pun, tapi bini yang taknak, yelah sana dekat dengan rumah dia.

Cerita ni berlarutan sampailah beberapa bulan lepas saya balik, Allah nak tunjuk kat saya, bini saya lupa log out fb dia kat laptop, saya buka; sangat terkejut, saya ambik jugak hp dia (waktu dia tidur) saya buka (mujur saya pernah nampak dia taip password), dalam tu bukti semua kekusutan saya terjawab.

Rupanya bini saya ni s0ngsang. Allah.. saya sgt terkejut,mengucap panjang saya, saya tgk gmbar video whatsap sgt menjijikan. Sy tak sangka dia mcm tu, dan sy check balik kt FB dia, sebenarnya benda ni da berlarutan 2 3 tahun sebelum sy kahwini dia lagi.

Saya terfikir, adakah dia berkahwin sebab dia nak tutup aib, atau keluarga paksa sebab dah tahu rahsia anak, tapi mngsanya siapa ? AKU.

Positifnya saya fikir Allah nak uji saya, tapi ujian sangat berat, dalam syarikat saya sebagai eksekutif ramai kenalan, saya ada keluarga besar, saya fikirkan apakah kesan selepas ni.

Saya pegang hp dia, memang ikutkan saya langsung tak pernah pegang hp dia, sebab dia tak bagi, kalau tidur dia letak bawah bantal, tapi malam tu, dia cas hp letak sebelah laptop kat ruang tamu, saya cuba kawal marah, waktu tu ibu ayah dia dah tidur, saya seorang diri kat ruang tamu, bini saya dah tidur kat bilik.

Esok paginya lepas sarapan, saya panggil dia masuk bilik sekali lagi saya cuba kawal marah supaya ibu ayah dia tak dengar, saya mintak penjelasan dia, hampir 2 jam saya dengar dan membalas, selama ni yang saya anggap bini yang baik, solat malam tak tinggal, tapi ini perbuatan dia belakang saya.Pagi tulah terbongkar semua.

Dia dah mula tinggi suara, marahkan saya, salahkan saya, seolah saya membuka aib & pekong dia, tapi saya tak tahu macam mana, saya tak marah kat dia, saya bagi peluang kat dia, dengan harapan bini saya berubah & menyesal perbuatan dia tu.

Cikgu agama apakah begitu ? Silap hari bulan anak murid jadi mngsa, saya walaupun bukan ust tapi saya tahu basic agama, saya tahu mana haram mana halal, patutlah makin tak bertanggungjawab,

selama ni fokus dia kat kawan s0ngsng dia tu, dan lagi sadis, kawan dia pun baru berkahwin, kesian suami dia sama macam saya nanti. Dan saya ada terbaca, golongan sonsang terutamanya perempuan ada lah yang paling susah sekali nak kesan, elok berjubah, elok bertudung labuh.

Tapi disebalik tu kita tak tahu, mungkin ni ujian saya, sekarang saya buntu tak tahu nak buat apa, lepas kisah tu, saya buat biasa depan family dia, saya balik ke perak semula pun macam biasa, family dia & family saya belum tahu kisah ni.

Saya yang rasa tertekan, stress, kerja saya tak boleh nak fokus, dah 2 bulan saya tak balik, saya duduk tak berurus kat rumah sewa, dalam 2 bulan ni dekat 7 hari saya dah cuti, tapi saya tengok kehidupan normal, macam langsung tak bersalah, saya follow je status whatsapp dia, fb dia, macam takde apa-apa yang bersalah.

Tapi beberapa hari lepas, dia whatsapp saya, mintak saya lepaskan dia, lagi bertambah stress saya, memang saya rasa dia langsung takde perasaan kat saya selama ni.

Saya fikirkan majlis dia yang lalu, majlis saya yang lalu, usaha ibu ayah dia, mak ayah saya, saya rasa kalau keluarga masing-masing tahu agaknya saya yang dipersalahkan, tapi bukti ada saya simpan, sempat saya snap mana yang penting kat hp saya.

Dan kalau takde bukti, saya tak rasa keluarga dia boleh terima, sebab dia keluarga yang baik-baik, kebanyakan adik beradik dia mengajar agama, jadi kalau saya balik hujung bulan ni, akan ada konflik terbesar yang akan jadi.

Saya tak tahu apa perlu buat sekarang, nak berhadapan dengan keluarga, kawan2, staff syarikat, kalau jadi berpisah, saya rasa macam saya buat satu kesalahan paling besar dalam hidup, track record saya dah buruk, saya menyumbang angka pencraian.

Saya rasa tu dulu cerita saya, tak mampu nak taip dalam sedih ni, suami menangis, kalau rasa kahwin boleh datang mudharat pada diri & orang lain, lebih baik jangan berkahwin, sudahnya masing-masing dalam kesusahan.