Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam min. Tolong hide fb saya ye. Saya nak kongsi cerita saya dan mungkin ada yang boleh bagi nasihat. Ceritanya saya dan suami masuk ni dah 4 tahun berkahwin dan kami pjj. Saya suri rumah je. Saya tinggal dengan family saya. Suami pulak tinggal dengan family dia.
Mesti tertanya2 kenapa saya tak tinggal dengan suami. Kisahnya saya suruh suami sewa rumah atau bilik dia cakap mahal, rumah family dia besar so dia suruh saya tinggal dengan family dia je.
Bukan saya tak nak duduk sekali. Jeng jeng jeng. Pertama mil saya jarang masak dan jenis makan dekat kedai. Lepastu dorang tak ada singki dan mesin basuh.
Bab mesin basuh saya boleh lagi nak basuh baju dengan tangan. Mil jenis nak siang ikan mesti dalam bilik air.
Pot0ng sayur pun dihamparnya sayur tu kedalam bilik air pastu papan pem0tong dia omangai hitam gile. Tak lalu nak makan.
Saya nak beli baru dia cakap guna je yg tu. Memang tak la. Toilet sekali dengan bilik mandi. Bayangkan dia letak periuk bagai kat atas toilet. Letak sabun dan pengosok tepi toilet kau berak tu.
Saya banyak kali suruh suami buat singki tarik je paip. Berapa ringgit sangat je. Dia boleh buat tak tau. Banyak kali dah ha saya bergduh dengan suami. K3s remeh2 je. Dekat dapur pulak bertempek kain baju tak basuh.
Saya skit mata nengoknya. Saya ada mintak nak kemas rumah. Nak deko la rumah diaorang. Kena sound ha dengan mil. Dia cakap biar la rumah dia. Tak payah nak kemas apa-apa.
Baru2 ni suami ada buat pinjaman. Dia cakap nak renovate bilik dia last duit dia tu bagi semua dekat mak dia untuk buat modal niaga. Lepas ni tak tau la jadi ke tidak bilik dia tu. Orang cakap kalau rumah kita tak cantik tak apa jangan peng0tor.
Kalau tengok rumah orang lain kat situ semua bersih2. Rumah diaorang je huru hara. Saya ingat kawin dengan orang kampung ni pembersih la. Sekali hauk.
Kisah ke 2 lagi mendebarkan, baca perkongsian di bawah
Assalammualaikum semua pembaca yang dikasihi. Sejak akhir-akhir ni kita sering baca dan dengar roommate/housemate yang menceritakan keburukan penghuni dalam rumah mereka yang pengotor di media sosial.
Tapi kisah saya bukan tentang roommate/ housemate rumah sewa pengotor tapi saya nak share cara bagaimana ex-housemate saya mengubah seluruh isi rumah sewa dari “PENGOTOR MENJADI PEMBERSIH”. Maaf confession ini agak panjang tapi bagus untuk semua.
Saya perkenalkan dahulu housemate yang mengubah kami semua iaitu cik rara (nama panggilan dia) yang berasal dari Melaka. Dia pelajar lagi dan kami semua telah bekerja.
Seorang yang nampak garang tapi peramah, suka tolong orang dan cepat mesra dengan penghuni rumah. Rara tinggal dengan kami hanya tiga bulan lebih sahaja sebelum berpindah ke rumah sewa baru yang lebih murah kerana sedang mengikuti pengajian peringkat Master di UPM masa tu.
Now, dia sedang menyambung pengajian di peringkat PHD di universiti yang sama. Ok, cukup saya perkenalkan siapa ex-housemate saya ni.
Ini gambaran rumah sewa saya ya. Saya akui rumah sewa kami memang sangat kotor dari mula-mula saya masuk menyewa lagi sebenarnya. Kenapa saya tidak kemas? Sebab saya tidak tahu mahu mula dari mana walaupun bilik saya bersih kerana saya sendiri tidak suka kotor.
Walaupun bilik saya bersih hakikatnya dapur berlumut, sampah2 penuh, minyak masak tidak di lap, pinggan tak basuh, makanan berkulat, bilik air ada lumut hitam dan hijau, bersawang ruang tamu & berterabur barang tidak tersusun, plastic makanan bersepah,
kipas hitam sampai minta nyawa dan baju yang tidak basuh berbau. Saya terpaksa bagitahu keadaan rumah saya sebab nak bagi gambaran kepada pembaca.
Semua berubah bila rara datang dalam rumah kami. Hari pertama rara hanya mengemas bilik dia dan susun barang & saya nampak dia kerap bersin masa hari pertama. Hari kedua, saya ingat lagi lepas dia solat subuh waktu tu, saya tanya kenapa tidak tidur balik?
Dia cakap ada kerja nak buat (tapi waktu ni dia tak cakap nak kemas rumah) & saya biarkan dia then saya terus bersiap untuk pergi kerja sama macam housemate lain. Tahu apa jadi bila kami semua balik???
Saya antara yang balik awal sebab tempat kerja dekat dengan rumah sewa Sejujurnya, saya terkejut gila sebab tengok plastik hitam penuh kat luar rumah. Masa ni saya fikir ada housemate lain nak pindah rumah rupanya tak.
Bila masuk rumah lagi la terkejut dan mengucap panjang sebab keadaan rumah sangat bersih, teratur, dan kemas dari ruang tamu, dapur, rak makanan, bilik air, kipas dan meja makan.
Waktu ni rara sedang memasak dan saya pun tanya siapa yang kemas semua ni? Rara jawab dia yang kemas dari pagi tadi. I’m speechless…(dalam hati rasa bersalah )
Ya Allah, korunk bayangkan dia kemas seorang diri dari pagi sampai petang dan siap masakkan kami makan malam lagi masa tu, Saya pluk rara dan ucap terima kasih sangat2 sebab bersihkan rumah.
Masa kami makan sama2 semua housemate ucap terima kasih pada dia dan dia cakap macam ni “rara da kemaskan rumah ni semua, lepas ni kita jaga kebersihan rumah ni bersama ya”.
Masa dia cakap ni nada dia ceria & muka tersenyum walaupun saya tahu dia keletihan. Ya Allah baiknya dia (ingat balik rasa nak nagis). Permintaan rara disambut baik oleh penghuni lain walaupun dia baru masuk masa tu. Dia tidur awal malam tu sebab keletihan. Oh lupa, rara duduk bilik single dan kami ada 5 penghuni.
Sebabkan rara ni rajin kemas rumah, ada housemate lain yang memang da masak tidak reti lap minyak terpercik dikeliling dapur dan tidak basuh pinggan makan dia. Rara ni laa akan kemas dan basuhkan.
Saya pun tak faham kenapa dia rajin basuhkan dan boleh sabar dengan perangai housemate lain. Saya pun cadangkan pada dia tulis arahan disemua sudut supaya housemate lain tak ulang perkara sama tapi dia tolak sebab katanya itu bukan caranya. Masa ni saya agak geram juga sebab dia tak nak dengar cadangan saya. Padahal saya kesian dekat dia.
Genap tiga bulan rara tinggal dengan kami, dia menyatakan hasrat untuk berpindah rumah sewa yang lebih murah dan dekat dengan universiti.
Masa ni saya dan housemate semua agak terkejut dan fikir mungkin rara penat asyik kemas rumah kami je. Akhirnya, tiga bulan setengah je rara duduk dengan kami dan berpindah.
Memang rasa macam kehilangan sebab rara ni la yang kemas rumah, memasak, suka tolong orang dalam susah dan suka buat lawak dengan bahasa melaka dia tu dan dia suka cakap “hawau”. Hahaha saya pun selalu kena hawau dengan dia.
Dia memang masak sedap untuk kami dan dia selalu bawa balik lauk masakan asam pedas dan sambal goreng mak dia yang sedap tu untuk kami semua bila balikdari Melaka. Macam putus cinta bila rara pindah. Hahaha . Tahu tak apa jadi dengan hausemate saya yang lain?
Mereka mula basuh pinggan sendiri, lepas masak kemas balik, cuci toilet, sapu lantai dan lap kipas (bila da kotor) macam rara buat. Satu ayat yang akan sering keluar dari mulut housemate pula termasuk saya adalah ayat rara ni “aku da kemaskan rumah ni semua,
lepas ni kita jaga kebersihan rumah ni bersama ya” sambil tersenyum. Ayat ni memang selalu keluar dari mulut rara setiap kali dia kemas rumah dan sekarang saya dan housemate pula guna ayat ni. Hahahahah
Kenapa saya confess tentang kebaikan dia? Sebabnya rara tidak pernah post gambar rumah kami yang “kotor” bahkan lebih teruk dari gambar yang ditunjuk. Kalau dia buat macam tu, tidak tahu mana kami nak letak muka kami.
Betul cakap rara, bila balik kerja tengok keadaan rumah bersih dan kemas akan rasa tenang. Kepada semua pembaca, anda mungkin fikir saya membuka aib sendiri tentang keadaan rumah kami.
Tapi apa yang saya cuba sampaikan adalah “sikap kerajinan dan kesabaran rara” telah mengubah kami semua penghuni rumah sewa. Ayat dia guna betul2 memberi kesan pada kami dan saya harap anda yang membaca boleh juga share cara tegur “housemate yang pengotor & berhasil” diruang komen. Moga ia memberi manfaat pada kita semua.
Terima kasih rara sabar dengan kami & kami sayang rara sangat2. Moga Allah permudahkan urusan pengajian PhD rara dan dapat calon suami yang baik. Rindu donut gebu & nasi lemak rara