Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, Aku wanita bekerjaya yang stabil dalam sektor kerajaan bergred S41, manakala bekas suami merupakan seorang pekerja sektor swasta di Kuala Lumpur.
Kami telah berkahwin hampir 5 tahun (Sehingga Jan 2021). Masuk 2022 ini genaplah setahun aku berpisah dengan bekas suami.
Ya aku dicraikan awal tahun yang lalu. Disaksikan anak yang sedang menyusu ketika itu. Bekas suami aku seorang yang ada rupa, berbanding aku yang biasa sahaja tapi manis tu ada.
Kami mula berkenalan ketika di alam Universiti, kami saling memahami antara satu sama lain.. Sehingga kami mengambil keputusan untuk bernikah.
Benar sebelum berkahwin segalanya indah. Kami berjanji untuk sehidup sematti dan saling memahami. Kami berbincang dengan selumatnya perancangan selepas berkahwin termasuk urusan PJJ kami.
Ketika itu masing-masing telah mempunyai kerjaya. Dia bekerja di Kuala Lumpur manakala aku di Terengganu. Episod keretakan rumahtangga kami bermula selepas dua tahun kami menjalani hidup secara PJJ.
Untuk pengetahuan semua kami akan berjumpa 2 minggu sekali. Kadangkala aku akan pulang berjumpanya di sana. Atau dia yang akan pulang bertemu aku di Terengganu.
To make it short aku terus list bagaimana konflik ini boleh berlaku. Bekas suami ingin menambah isteri. Alasannya kerana berjauhan, dia tidak boleh menahan perasaannya apabila aku tiada disisi.
Dia telah jujur bahawa dia hampir terlnjur dengan seorang rakan di pejabatnya. Aku agak terkejut kerana aku kenal suami sebagai orang yang menjaga agama dengan baik. Setelah diselidik lebih dalam, mereka telah pun buat ringan-ringan (berciiuman dll).
Perasaan aku pastinya hncur. Kepercayaan aku bagai dir0bek-r0bek. Aku berpenat lelah menguruskan anak sendirian dalam masa yang sama bekerja.
Namun sanggup suami melakukan perkara terkutuk tersebut dibelakang aku. Untuk tidak membiarkan suami terus melakukan dosa, aku redha untuk suami berkahwin lain walau aku sangat saakit dimadukan.
Ya aku pernah bertekad tidak akan sesekali mengizinkan diri bermadu dengan sesiapa pun. Tapi kerana kasih akhirnya aku izinkan jua.
Dipaksa untuk berhenti kerja. Namun, langit tak selalu cerah. Rumahtangga bekas suami dan Farah tidak bertahan lama. Hanya bertahan 5-6 bulan.
Alasan suami Farah terlalu kuat cemburu dan minta dilepaskan. Lalu aku yang telah tawar hati dipujuk kembali dengan bersungguh-sungguh. Hati aku lembut kembali.
Aku terima kembali ‘cinta’ suami seperti kali pertama kami bercinta. Indah sekali.Suatu hari bekas suami meminta kepada aku untuk aku berhenti kerja.
Alasannya dia masih boleh menyara aku dan anak. Dia takut jika dia kembali kepada perangai lama jika aku tidak selalu bersamanya. Prang besar pun terjadi. Aku masih ingat kata-katanya bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap isteri.
Tempat isteri adalah dirumah melayani suami. Isteri bukan untuk bekerja, isteri perlu menguruskan hal ehwal rumah (memasak, basuh baju dll). Sangat terkejut sebab kami dah bincang selumatnya perkara ini sebelum berkahwin.
Bukanlah tidak ada usaha dari aku sendiri untuk transfer ke Kuala Lumpur namun rezeki masih tidak menyebelahi.
Sudah semestinya aku tidak akan sesekali mngalkan kerjaya aku. Aku mempunyai ibu dan adik-adik yang perlu disara. Aku rela maaati demi mereka.
Dengan kewangan sedia ada bekas suami sendiri sememangnya tidak cukup untuk disumbangkan sedikit pada keluarga aku. Bahkan akulah yang paling banyak mengeluarkan duit sepanjang kami berkahwin.
Sewaan rumah suami di KL akulah juga yang membayar. Aku sendiri memang berkeras tidak mahu berhenti kerja berdasarkan banyak justifikasi yang ada. Malam itu pertama kalinya suami memvkul aku.
Dia mengatakan aku isteri derhaka. Sepanjang berkahwin tidak pernah sekali pun aku meninggikan suara kepadanya.
Jika mempunyai masalah akulah dahulu yang akan meminta maaf kerana aku tahu syurga isteri pada suami. Konflik berkenaan kerja ini berterusan setiap kali aku pulang berjumpanya.
Suami kembali cuurang. Bahkan lebih teruk dari sebelumnya. Beliau telah menjalinkan hubungan dengan seorang janda. Hubungan mereka berterusan sehingga ke atas katil. Hati aku begitu retak. Aku mengambil keputusan untuk dilepaskan juga walau apa cara sekalipun.
Aku sangat terluuka.Setelah pelbagai cara dibuat untuk aku dilepaskan akhirnya dia mencraikan aku. Malam itu aku menangis penuh kegembiraan dan keinsafan kerana menyesali segala dosa yang mungkin ada aku sebelum kami bernikah. Dan Allah turunkan ujiannya pada fasa perkahwinan kami.
Kini, aku sangat bersyukur dengan kehidupan Aku bersama anak. Dialah penawar dan penyejuk hati aku. Bekas suami? Pastilah terus-terusan menganggu dan meminta untuk dirujuk kembali. Tapi hati aku telah tawar.
Tiada lagi peluang kedua dalam kamus hidup aku berkenaan rumahtangga kami. Aku bersyukur menjadi seorang wanita yang mempunyai visi dan wawasan aku sendiri. Dan masih mampu berdiri di atas kaki aku sendiri untuk menguruskan urusan anak dan keluarga aku.
Nasihat ikhlas aku buat golongan wanita. Binalah diri sebaik mungkin supaya apa-apa yang jadi dalam hidup kalian suatu hari nanti kalian masih boleh mandiri. Tinggalkan sahaja mereka yang tidak menghargai kalian.
Kalian berhak bahagia.Jangan biarkan maruah wanita dienjak-enjak. Perlu ada wawasan dan jati diri walau setahap mana pun tahap pembelajaran kalian. Paling penting kuatkan ikatan dan tanggungjawab terhadap keluarga walau kalian telah berkahwin.
Akhir sekali belajarlah mencintai diri sendiri dengan sebenar-benarnya sebelum mencintai yang lain. Buat yang belum berumahtangga pilihlah bakal suami yang benar-benar baik untuk kalian, agama kalian dan anak-anak kalian. Kalian berhak memilih sebelum melangkah lebih jauh ke alam seterusnya.