7 thn kawen baru tahu isteriku rupanya isteri org. Aku sruh isteri jumpa ex suami minta crai tp lps mrk jmpa istriku h1lang

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini.

Assalam. Setelah 7 tahun berkahwin, akhirnya aku tahu yang sebenarnya aku telah bernikah dengan seorang perempuan yang masih sah bergelar isteri orang.

Dia pernah berkahwin tanpa mendaftarkan perkahwinan. Setelah beberapa tahun, dia larikan diri setelah berkali kali gagal minta fasakh.

Atas kerana suaminya kaki pkul, hisap ddah dan tak berkerja .Masa aku tahu tentang status nya, dia melulut merayu supaya aku tak tinggalkan dia.

Tapi aku tak nak hidup dalam dosa. Aku harap dia berubah dan bertaubat. Dia seorang isteri yang baik selama ini. Aku terima dia kembali.

Setakat ini kami masih duduk sebumbung tapi aku tak akan sentuh dia lagi. Aku akan cuba tolong dia bercerrai dengan suaminya yang bagi aku terlalu keejam.

Hinggakan sanggup pkul dia sampai tangannya pernah p4tah sebelum berkahwin dengan aku.

Lepas tu aku akan nikahi dia secara sah. Aku sedih tengok anak anak kami kerana dari segi syarak mereka berempat beradik bukan nasab dari aku.

Harta pembahagian lepas aku mngalkan dunia ini mungkin tak akan dapat dekat mereka. Aku mohon semua doakan aku supaya urusan kami berjalan lancar. Semoga d0sa d0sa kami selama ini terhaapus.

Sambungan,

Assalamualaikum. Aku suami yang pernah berkahwin dengan perempuan yang masih sah bergelar isteri orang.

Aku tak pernah rasa kecewa macam ni. Sebelum ini aku pernah berazam nak usahakan cari suami lama isteri aku.

Sampai beberapa hari lepas, alhamdulillah process mencari suami lama pada isteri aku sangat mudah.

Terus aku berjumpa dengan suami lama isteri aku yang aku panggil Z. Jadi aku minta Z untuk lepaskan 1katan suami isteri antara dia dan isteri aku. Aku cerita pada dia aku memang bersungguh nak kahwin dengan isteri dia.

Lagipon aku dah bertahun jaga isteri dia dengan baik. Dia pon setuju dengan syarat aku suruh isteri aku jumpa dia secara personal tanpa aku masuk campur atau ada sekali.

Jadi aku pon setuju sebab bagi aku dia juga nak mudahkan process pencraian mereka. Lepas aku cerita pada isteri aku dia pon terus setuju dan aku set masa untuk dorang berjumpa.

Isteri aku tak bagi aku drive kan dia lokasi dorang nak jumpa. Dia siap rahsiakan lagi. Jadi bagi aku kalau ini untuk memudahkan urusan mereka, aku tak kisah.

Tapi yang buat aku sedih isteri aku tak balik sampai berhari hari sejak berjumpa bekas suaminya. Aku tak dapat contact dorang dua langsung sampai aku nekad buat report p0lis.

Tak sampai sehari, petang tu isteri aku balik dan siap bawa orang yang aku anggap dah jadi bekas suami dia. Hati aku berbunga bunga dan sangat gembira waktu itu. Sampailah isteri aku kata Z tak craikan dia pon.

Dia balik pon sebab nak ambil baju dan barang barang. Dia nak mulakan hidup baru dengan Z sebab mereka masih halal katanya.

Z bagitahu dia nak bawa anak pertama aku, sebab itu anak dia dalam kandungan isteri aku waktu dia lari dulu.

Dunia aku bagaikan runtuh dan hncur bila aku dapat tahu semua ni. Semua berlaku sekelip mata.

Aku masih sayangkan isteri aku. Aku tak pernah kecewa macam ini. Bagi aku hidup dah tiada makna. Aku tak sanggup hidup berasingan dengan dia.

Aku berharap suatu hari nanti bila suami dia masih berperangai sama macam dulu dia akan kembali pada aku.

Masa tu aku akan cintakan dia betul betul sampai dia tak kenal cinta lain selain dari aku.

Aku mohon semua doakan aku kuat untuk besarkan 3 orang anak aku yang isteri aku tinggalkan. Semoga pengkh1anatan ini akan menjadi pengajaran buat semua.