Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum semua. Thanks admin jika penulisanku ini diterbitkan.
Terketar juga nak menulis confession ni, takut jatuh anak drhaka pula. Harap dapat pandangan rakan2 sekalian.
Seperti tajuk di atas, ibuku seorang narsisis. Kami semua adik beradik dibesarkan oleh beliau yang bekerja sebagai penjawat awam,
Alhamdulillah semuanya cukup dalam Pelajaran, Agama dan Pekerjaan berkat doa Beliau juga kot mungkin (doa ibu tiada hijabnya kan).
Namun, berbalik pada sifatnya yang amat aku risau di alam kemudian seterusnya barzakh.
Ibu seorang narsisis yang terlalu over claim dan dom1nant dalam segala knflik yang berlaku sehingga Ayahku juga mengaku dia sebenarnya memang dah jtuh Nvsyuz pada suami sendiri, walhal bapaku adalah seorang kaunselor yang amat disegani dijabatannya.
Sampai dia pon telah beralah kerana tidak mahukan pencraian. Pernah dia meluahkan bahawa punca utama dia tak nak bercrai adalah kerana perangai Narsisis ibuku mula mencanak setelah kelahiran anak yang pertama (sebab anak).
Di khalayak ramai atau ketika keberadaan sepupu atau saudara mara yang lain, dia akan berlakuan sangat feminin, baik, dan solehah.
Dihidangkan air kepada suaminya, bercakap dengan nada lemah lembut, setuju dengan segala yang bapaku perkatakan.
Namun dikala hanya dia berdua bersama bapaku, dialah paling betul dan dominan (Ini semua diluahkan bapaku sendiri dan pemerhatian kami adik beradik).
Tengking, herdik, tinggi suara tak payah cakap la, memang selalu. Pernah juga ditinggalkan bapa kami di suatu majlis perkahwinan sehingga beliau yang warga emas tu terpaksa balik berjalan kaki lebih kurang 5KM sebab fon dalam kereta so tak boleh call anyone.
Pernah jugak bapaku meluahkan dia pernah bertempik padanya “D0sa tak D0sa aku Tetap Betul”.
Pernah jugak aku ingat kejadian masa aku kecil bila dia hangin semua perabot dalam rumah dia jatuhkan ( ko bayangkan habis kabinet, almari, kerusi meja satu rumah di terbalikkan nya).
Pernah dia marah kejar aku pakai p1sau dapur (masa aku kecik).
Pernah juga dia tinggalkan aku di sekolah masa umur 12 tahun sampai pkul 1 pagi sebab malas jemput aku sebab bapaku masih dalam flight during outstation. Tr4umatize aku
Kami Anak tiada kuasa menegur dia akan menggunakan kuasa veto “I AM YOUR MOTHER, Jangan jadi anak drhaka”,
Syurga bawah tapak kaki ibu (memang betul pon) dan Ibu tidak boleh minta maaf pada anak2 tu prinsip dia walaupun dia ternyata salah,
dia akan tempik paksa aku berhenti nangis masa kecik (aku pon tak tahu camne aku bole ingat, masih segar).
Walaupon sekarang ada je bende kecil yang kami buat salah pasti dicop jatuh drhaka.
Cakap baik2 slow harini macam ok, esok kalau ada angin dia datang, anak2 dan suami la bahan dia. Kalau pada anak2 takpela nak bebel, bende biasa. Ini suami pon dia tinggi2 suara.
Jauh dilubuk hati. Yes, we love our mother. Tapi bapaku juga dah berserah dan anggap Ibuku dah GIL. So hadap je hari2 walau macam2 cara islamik dia dah buat dan tinggal dia makan hati jela sian dia.
Ini yang paling aku tak paham sekali. Ceramah agama ustazah, ustaz kemain tonton hari2 macam2 ustaz, ustazah dia kenal. Ilmu agama macam2 ayat, mcm2 ilmu tahu.
Tapi bila ketaatan pada suami langsung dia tak ikut, paling aku sedih bila dia puji suami orang lain (harta dan rupa) depan bapaku.
Tahajud, Dhuha, Svnat, Almatsurat, Hajat, taubat selalu buat. Tapi bila nusyuz pada suami korang paham2 lah apa jadi semua amalan tu.
Ini yang kami risau, aku pernah dengar ustaz ceramah amalan isteri yang drhaka ni sejengkal dari kepala pon tak lepas naik.
Sekarang mereka berdua dalam umur warga emas. Yes kami sayang ibu kami, tapi biarlah keluarga ini tetap utuh sampai Ke-Syurga. Mohon pandangan sahabat2 semua. Sekian.