Sya syg isteri sya. Hubungan kmi 10 thn ok je. Tiba2 isteri mnta dilepaskn utk dia kawin lain dan capai impian dia

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam kepada semua pembaca. Saya ada masaalah untuk didengarkan.

Berat bagi saya untuk simpan sendiri. Saya seorang suami dan mempunyai seorang isteri. Kami sebaya umur kami 33 tahun. Kami berkahwin awal pada umur 24 tahun. Tapi kami masih belum dikurniakan zuriat.

Masalahnya ada di sini. Setelah melakukan pelbagai usaha, doktor mengesahkan saya seorang seorang yang mandul pada usia perkahwinan kami hampir 5 tahun.

Saya sangat sedih, isteri berusaha menenangkan saya. Dktor juga mengesahkan Isteri saya seorang tiada masalah kesuburan.

Isteri saya adalah seorang yang sangat baik. Dia sangat taat pada Allah dan suami. Solat 5 waktu, setiap hari baca Al-Quran. Sangat menghormati saya sebagai suami dan hormat orang tua.

Dia sangat cantik, mix melayu-cina, kur0s dan putih. Tidak berjerawat, tidak make up keterlaluan, dan dia bekerjaya sangat bagus di sebuah syarikat oil & gas. Segala serba serbi tentang rumah tangga dia pandai uruskan.

Dia adalah 100% perempuan idaman saya. Pada pandangan dia pula, saya seorang suami yang baik, selalu tolong dia memasak, basuh pinggan, kemas rumah dan lain-lain kerja kami buat bersama-sama. Saya pula hanya bekerja biasa-biasa saja di syarikat swasta.

Kami berdua sangat bahagia selama hampir 10 tahun. Bergduh besar tidak pernah pun, bergduh kecil mungkin hanya sekali saja sejak berkahwin.

Setelah hampir 10 tahun berkahwin isteri telah meluahkan isi hatinya pada saya untuk dilepaskan supaya dia dapat mencari seorang suami yang baru untuk mendapatkan anak kandung.

Dalam logik faktanya ialah dia ingin merasai pengalaman mengandung dan melahirkan anak. Dia juga mahukan keturunannya tidak putus.

Waktu umur kami sekarang adalah waktu terbaik untuk dia mengandung sebab kalau umur lanjut wanita ada risiko untuk mengandung.

Pendapatnya juga ialah apabila sudah tua nanti, anak-anak yang ada boleh menjaganya sekiranya suaminya mti dahulu. Dia juga sangat teringin mahu ibu bapanya merasa mendapat cucu kandung sebelum keduanya mngal dunia.

Dia pula hanya ada 2 beradik, seorang lagi sedang belajar di universiti (maksudnya lambat lagi nak kahwin). Saya amat cintakan dia. Lebih dari apa pun.

Persoalannya Adakah saya harus terus bersama dia sehingga ke tua? Atau adakah saya harus melepaskan dia supaya dia mendapatkan bahagianya dan impiannya untuk ada anak kandung?

Kerana saya rasakan tak adil untuk dia sekiranya saya tidak melepaskannya. Dan saya juga rasa tersiksa apabila melihat dia nanti berkahwin dan bermesra bersama lelaki lain.

Dan adakah keputusan dia untuk minta dilepaskan adalah tidak adil untuk saya juga? Saya sangat buntu memikirkan semua ini.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum. Terima kasih admin jika sudi siarkan tulisan aku ini. 1st sekali aku nak ucapkan tahniah kepada Dato’Siti Nurhaliza atas pengumuman baby ke 2 beliau. Betapa peritnya bila diri dikata orang sebab susah nak dapatkan anak.

Kat sini, aku nak cerita tentang apa kawan baik aku lalui, Hani. Moga ia boleh dijadikan tauladan buat semua..Hani seorang wanita berkerjaya agak baik dan kategori sedap mata memandang juga.

Datang dari keluarga yang baik-baik. Suaminya hanya biasa-biasa baik dari segi kerjaya mahupun rupa. Yang penting, kalau hati sudah suka, semua itu bukan halangan.

Sepanjang berkahwin, beberapa kali Hani keguguran. Tiap kali cuti panjang, Hani diwajibkan balik ke Utara, rumah sebelah suami. 2 tahun sambut Raya Puasa atau Raya Aidiladha, wajib balik Utara juga.

Aku ada persoalkan juga kenapa tak balik Selatan sebab dia masih ada ibubapa. Katanya, mentua nak semua anak-anak berkumpul dulu. Raya ke 3 atau 4, baru boleh balik rumah ibubapa dia.

Tahun ke-2 perkahwinan, Hani selalu menangis kat tempat kerja. Katanya mentua dan ipar selalu perli dia mandul.

Maklumlah, kahwin tak sekufu, pantang silap sikit, mesti kena. Inikan pula melibatkan keturunan yang dia agung-agungkan.

Duitnya banyak habis dengan berjumpa pakar dan beli pelbagai produk untuk dapatkan anak. Jawapan pakar, dua-dua tiada masalah.

Pernah sekali dia bertanya pendapat aku cara untuk dapatkan anak. Salah satu cadangan aku, cuba posisi sekian-sekian.

Hani gelak sakan sebab rasa cadangan aku tu main-main. Bila aku tanya, Hani cuma tahu posisi biasa nan satu tu. Aku kaget. Tak cerita dah bab tu lagi.

Kemuncak perkahwinan, semua keluarga ipar datang ke rumah kawan aku. Segala kata nista dihamburkan termasuk perkataan “perempuan mandul”. Suaminya “dibawa” bersama selepas serngan tersebut. Mereka bercrai.

Selepas 2 tahun, Hani berkahwin dengan seorang jejaka berkerjaya agak baik (teruna). Kacak pula tu. Sekarang, sudah hampir 4 tahun dia berkahwin. Tak lama lagi dia akan lahirkan anak ke-3.

Masa baru lahirkan anak pertama dulu, Hani pernah bertembung dengan bekas iparnya di salah sebuah pasaraya. Iparnya memandang sekilas anak di dalam stroller dan muka memang nampak terkejut sangat.

Terus terang aku cakap, anak-anak Hani memang putih melepak dan sangat comel. Aku pernah bergurau, ada hikmah Hani tak dapat anak dengan suami pertama.

Kalau tak, gelap macam bekas suami dia. Dia gelak je. Sebab hati aku skit sangat Hani dituduh mandul dulu.

Suami Hani sekarang orangnya family type. Sanggup berhabis duit untuk anak isteri, jaga anak-anak yang skit dan akan bawa anak isteri bercuti.

Kalau dulu, nak bercuti pon, mentua akan ikut bersama kata Hani. Tak pernah sekali pon ada peluang untuk honeymoon dulu.

Hani kata, dia bersyukur sangat. Ada anak-anak yang comel dan sihat, mentua yang baik dan suami yang sangat bertanggungjawap. Rasa terbalas dengan kesabaran yang dia lalui sebelum ini.

Kata bekas biras Hani si Lin (Hani memang baik dengan Lin), bekas suami Hani hingga sekarang belum berkahwin. Kadang-kadang Lin sengaja cerita tentang Hani dan anak-anak depan suaminya sendiri.

Suami Lin buat-buat tak dengar walaupun dia sendiri terkejut masa jumpa anak pertama Hani dulu. Sekian cerita dari kawan baik Hani.