Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Aku cuma nak berkongsi sedikit pasal perjalanan kehidupan aku waktu dulu.. Aku sorang perempuan pertengahan 20 an, dah berkahwin dan tengah sarat mengndung anak sulung.. usia perkahwinan baru setahun..
ceritanya macam ni, masa aku lepas habis spm, aku berkenalan dengan sorang lelaki, aku ni agak naif dalam perhubungan percintaan sebab tak pernah ade pengalaman bercinta zaman sekolah..
nak dijadikan cerita aku bercinta dengan lelaki yang aku kenal tu, 2 tahun jugak perkenalan dengan dia dan family nak satukan kami berdua, so waktu dalam bercinta selama 2 tahun tu,
aku dah terlnjur dengan dia, tapi hanya 2 kali itu pon saat hampir dengan tarikh perkahwinan kami.. aku termakan pujuk rayu dia sebab janji akan kahwin dengan aku jugak..
Aku sangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari.. semakin dekat dengan tarikh perkahwinan kami, semakin banyak perkara yang dia buat cuba untuk pvtuskan hubungan.
Sampai satu saat aku merayu melutut kat dia supaya jangan tinggalkan aku, sebab kami dah terlnjur..dia mintak aku belikan dia macam2, minta duit aku, aku bagi asal dia tak tinggalkan aku..
dah lah dia satu2nya laki pertama yang aku pernah cinta, dan satunya lelaki yang dah pernah terlnjur dengan aku.. sampai satu tahap aku merayu dekat mak ayah dia supaya pujuk dia jangan tinggalkan aku.. tapi, akhirnya jodoh kami memang tak sampai ke jinjang pelamin..
Dia tinggalkan aku tanpa belas kasihan, tanpa rasa bersalah walau sedikit pon, tanpa rasa tanggungjawab atas apa yang dia buat pada aku.. aku cuba move on, tapi hanya allah sahaja tahu perasaan aku..
Separuh jiwa hilang.. sebab aku terlalu sayangkan dia.. tak lama lepas tu, lebih kurang 8 bulan aku dapat perkhabaran yang dia telah berkahwin dengan sorang perempuan.
betapa hncur lagi hati aku bila dapat tahu.. masa tu aku dah give up.. aku malu, aku takot tak ade lelaki yang nak berkahwin dengan aku sebab aku dah takde d4ra..
Aku mula menyendiri, tak bergaul dengan sesiapa sebab risau aib aku akan terbongkar.. aku fokus pada kerja, aku busykan diri dengan pelbagai2 perkara smpai aku lupakan dia.. dan perkara ni berlanjutan bertahun2..
dan akhirnya tahun lepas ade sorang lelaki cuba mendekati aku, orangnya sangat baik, menjaga batas, menjaga solat dan lelaki yang cukup sempurna dimata perempuan..
bila terkenang kisah silam aku betul2 give up untuk bina satu perhubungan.. akhirnya dia datang berjumpa kedua orang tua aku untuk jadikan aku isteri.. ibu bapa aku terima dia..
Dalam masa setahun perkenalan, kami pon mendirikan rumah tangga.. suami banyak membimbing aku dalam agama..
Dari saat lafaz akad sehingga hari ni aku masih tak berterus terang tentang sejarah silam aku pada suami.. aku tak berani dan tak kuat sebab suami seorang lelaki yang sangat2 baik..
aku terlalu sayangkan suami.. Dia tak pernah syak apa2 pada aku kerana malam pertama kami aku masih berdrah aku pon tak tahu kenapa boleh jadi macam tu padahal aku tiada d4ra..
minggu lepas, aku pergi satu shopping mall jln2 nak beli baju baby lepas balik dari keje.. dan aku terserempak dengan ex aku dulu.. bayangkan setelah hampir 7 tahun aku tak pernah jumpa dia, dan aku ternampak dia..
Masa nampak aku, dia terus kaku..aku pulak terus larikan diri saat bertembung sebab aku rasa skit h4ti bila terkenang perbuatan dia pada aku dulu..
Dengan perut s4rat aku gigih kuar dari mall drive balik rumah.. rasa macam nak menangis je bila terkenang balik.. Aku ceritakan pada kwn baik aku pasal kejadian tu,
dan kawan aku pulak cerita yang ex aku dah kawin hampir 8 tahun tapi tak ade anak lagi dan pernah bercrai sekali dengan wife dia..
Aku tak tahu nak kata ni kifarah dia atau aku yang berdosa sebab pernah dulu aku berdoa agar ditarik segala nikmat kemewahan dalam kehidupan dia dan biarkan dia terus dalam keadaan kesedihan.
Pada wanita diluar sana, jangan sekali2 berikan kehormatan korang pada lelaki yang bukan suami korang.. sebab z1na tetap z1na.. ianya salah satu dosa besar.. ingatt lah ibu ayah sebab terlalu banyak keburukan mendekati z1na..