Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.
Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Aku surirumah umur 38, anak 4, 2 lelaki 2 perempuan. Kahwin umur 24 dengan suami 25, tak pernah bercinta atau berjumpa, tunang dan beberapa bulan terus kahwin.
Kami datang dari keluarga yang berbeza didikan, berbeza cara belajar, tapi sama matlamat hidup. Mahu bina keluarga untuk hidup dengan amal agma sehari2.
Bina keluarga bahagia dan akhirat adalah tujuan utama. Nampak tujuannya sama, cita2nya sama, tapi amalan dan usaha nya bertentangan. Aku, seorang yang langsung tak cukup kasih sayang.
Aku dari kecil anak yang paling disisihkan. Dibanding2 kan dengan adik beradik lain, dengan orang lain, siang malam pagi petang, buruk aku dicerita sana sini sampai aku benci diri aku sendiri.
Jiwa aku kosong penuh amarah. B4ran. Tapi tak nampak pun macam b4ran, aku simpan pendam sampai hati aku rasa nak hancor.
Ni cerita aku sebelum kawin. Bila aku kahwin, aku ada cita2, tujuan untuk keluarga kecil aku, aku nak hidup dengan amalan agama, penuh kasih sayang, sebab aku tahu keh4ncuran jiwa bila tak pernah rasa disayangi.
Jujur, keluarga aku hidup dengan amalan agma, dari kecil tiada tv, amalan, adab, semua ada.Solat, tahajud, Quran, khidmat ibu bapa, sempurna.
Aku, Hafizah 30 juzuk, semua sempurna aku amalkan, dari awal pagi, adab, doa, sunnah, aku amal.
Tapi satu je yang kurang, aku tak ada kasih sayang, yang aku ada baran, kebenncian, kusut, hitam, hati aku hitam.
Satu je jalan keluar, aku nak bina hidup baru bila kahwin.
Tapi seawal sebulan kahwin, aku dihadap benda yang asing bagi aku, aku bangun awal, tahajud, ulang hafazan, solat subuh. Suami? masih tidur. Tak apalah, masing-masing. Asalkan solat walaupun agak lewat.
Aku mengandung sebulan selepas kahwin, aku badan jenis lemah, selalu s4kit kepala kuat. Masa mengandung s4kit jadi kuat dan teruk.
Suami aku suka tengok tv sampai 2, 3 pagi. Cerita omputih tak cukup kain. Jujur aku s4kit jiw4 raga.
Ini bukan cara hidup aku, bahkan bukan cara hidup orang Islam tu sendiri. Bukankah matlamat kita sama? Keluarga dan anak Soleh solehah?
Dimana cara hidup Islam? Mana usahanya? Suami bila berborak atau bercerita, sibuk puji ank orang begitu begini, alim Soleh begitu begini.sekadar cerita? Tak ada usaha untuk buat? Walaupun begitu, aku ok saja, cuba ajak dia sama2 buat amalan, didik anak dan sebagainya.
Bila dah ada anak pertama, tak tahu nak katalah, anak kecil beberapa bulan dimarah ditengking tengkingg, depan orang ramai dan sebagainya.Aku, baran aku dalam diri aku simpan, aku tak nak keluarkan sebab aku dah azam nak jadi isteri ibu terbaik berbekalkan Al Quran dalam dada. Tembok sabar aku bina untuk keluarga kecil aku.
Aku, jiw4 aku yang hancur dari kecil ni aku balut dengan sabar dan air mata. Makin bertambah anak, suami begitulah, anak sulung aku lasak nauzubillah.Akulah jaga, akulah didik dia. Suami aku tahu tengkingg.
Aku bina keyakinan diri dia, tak malukan dia depan orang lain, cakap lembut2. Tapi suami aku suka hati dia nak buat apa. Aku bina, dia hancorkan hati bvdak tu. Pergi rumah orang, balik kampung, aku lah jaga anak2. Semata2 tak nak dia tengking mrah anak depan orang ramai.
Letih, Allah je tahu. Dengan s4kit kepala yang tak berpenghujung. Makin tahun, aku makin hancor, aku mula tunjuk b4ran aku. Kadang aku hilang kawalan, barang2 rumah mula pecah2. Anak-anak mula rasa buah tangan aku, walaupun macam tu, anak2 tak pernah lebam bila aku pukol, selalunya aku yang lebam bahagian jari sbb badan aku memang jenis lemah.
Hari ini, aku bukan aku 10 tahun yang dulu, aku hancor. Dunia akhirat aku hancor. Tak ada yang bertahan dengan aku. Solat aku tak ada awalnya sudah, Quran yang dulunya susah payah dan berendam air mata aku hafal entah kemana hilangnya. Makin pudar dari ingatan dan hati.
Baran aku pulak semua dah tak bertapis, tengkingan kalah suami, barang rumah pecah2. Segala adab amalan seharian entah kemana.
Tengok muka suami rasa nak tumbuk dan m4ki sekuatnya.
Tak mampu nak tengok muka dia. Mungkin masalah aku tak sebesar orang lain, tapi aku tak ada hati sekuat orang lain.Hidup aku nampak mudah, tak banyak liku, tapi tetap nya aku disatu tempat menghancorkan aku.
Aku hanya menerima, tak pernah diberi peluang dan pilihan untuk hidup aku. Segala yang aku impikan untuk ubat hati dan jiw4 aku, dah aku tak kisah. Tahun tahun yang aku lalui dengan jiwa yang rapuh bukanlah mudah.
Aku dah cukup bersabar. Aku hilang rasa nak hidup. Hilang rasa nak didik anak. Aku biarkan sahaja, rajin aku ajar anak mengaji. Malas aku biarkan sahaja. Masa lepas lahirkan anak ke 3, aku bersalin bedh. Perut aku lama rasa ngilu dan aku badan memang kurus. Berat dalam 40 kg lebih sahaja.
Umur anak sulung masuk 7 tahun baru nak belajar solat. Pagi2 nak kena kejut subuh. Aku minta suami kejutkan setiap pagi sebab budak-budak kena angkat terus bawak bilik air kalau tak tak mahu nya bangun. Pinggang aku s4kit. Serius badan aku s4kit. Tapi langsung tak pernah ditolong nya. Cuti pon macam tu jugak.
Aku gagah angkat. Aku mula angkat anak ni masa dari dia 5 tahun, sebab dia nak pergi pasti pagi2. Bertahun aku minta dia tolong, janji nak tolong tapi buatnya tidak.Sekarang aku dah malas Aku penat. Kalau tak sekolah, subuh gajah je anak aku. Lantakkan aje.. Ayah kau ok saja..
Tahun lepas aku serius minta cerrai, aku sungguh nak berpisah. Sebab aku memang tak boleh tengok muka suami. Aku rasa nak m4ki. Aku nak bina semula hati dan jiwa aku, sendAku nak didik anak-anak aku sendiri. Aku tak nak anak-anaknya aku jadi macam aku, baran, tak ada keyakinan diri.
Aku tak pernah tinggi suara pada suami, tak pernah. Aku taati dia. Tapi malang bagi aku, dia pon selalu bandingkan aku dengan orang lain. Maaflah kalau aku tulis agak serabut dan ntah apa apa.. Aku serabut… Sungguh serabut…. Kadang waktu solat, walaupun solat lewat, aku dapat rasa satu perasaan rindu yang berat dan dalam.
Jauh dalam hati aku… Kadang jatuh air mata aku. Tubuh dan hati aku rindu semua yang pernah aku rutin kan dulu.. Tapi fikiran dan jiwa aku kosong dan menolak. Sekarang suami mula berubah, sejak aku minta cerrai, dia dah mula rajin didik anak. Mula bincangkan tips didik anak dan sebagainya.
Aku, dah malas. Bertahun aku ajak dia sama2 didik anak, segala macam tips aku wasap. Dipandang sepi. Aku cuba jadi macam yang dia nak, tapi masih bandingkan aku dengan kawan-kawan perempuan dia, isteri isteri kawan dia.
Kau tak nak aku, cerraikan aku. Buat apa simpan. Jujur pada diri kau tak ada apa yang aku suka…Bertahan sebab hidup aku kau yang nafkah kan semua.
Aku dah malas, anak2 semua macam singa, meng4muk, kasar, menjerit2. Nampak jiwa mereka tak terawat. Aku dah cuba yang terbaik sedangkan aku sendiri tak terawat.
Kalau ini yang suami suka, biarkan.. Aku lantakkan saja.. Dia pun dah mula prihatin pada kesihatan jiwa aku dan anak-anak.Mula nak jadi ketua keluarga yang baik. Aku biarkan sahaja.
Buat apa kau suka, aku ikut sahaja.. Aku tak kejut anak solat, aku nak rehat, letih bangun malam 2, 3 kali layan anak. Aku buat mana aku mampu. Jadi macam ni aku tenang, tak perlu fikir bila orang bandingkan dengan orang lain. Tak suka aku sudah. Love your self ok.
Aku tak buat dosa, aku tak melawan, cuma aku tak seperti dulu, dah tak ada tujuan hidup. Tak ada apa-apa yang aku harapkan. Aku kosong.. Aku masih berharap aku dapat bangkit semula.. Aku nak kejar buat amalan, biarlah aku disayangi selepas m4ti, dapat syurga.
Tapi tulah… aku… tak jumpa semangat tu dah…. Mohon doakan aku berjaya dunia akhirat. Aku yang jahat, – Lie (Bukan nama sebenar)