Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Bini aku suka tanam pokok bunga. Habis keliling rumah penuh dengan bunga. Aku pulak taklah menghalang tak jugak menggalakkan. Cuma kadang2 tu aku belikanlah dia baja ke pasu ke. Sebab konon cam support hobi dia tu.
Tapi bini aku ni ada satu perangai dia nak hobi dia tu aku pun kena terlibat sama. Kalau dia minat bunga aku pun otom4tiknya kena minat jugak.
Ada sekali dua tu aku tolong siramkan bunga dia sebab dia takde pergi kursus. Aku tolong la siramkan. Letakkan baja bagai. Bila dia call dia tanya aku pokok dia apa kabar.
Aku cakap la aku dah tolong siramkan. Dia happy lepas balik kursus dia dah start bising kalau aku tak siramkan atau bajakan pokok dia.
Dah macam tanggungjawab siram dan jaga pokok tu dah jadi keje aku pulak. Dia punya hobi aku pulak kena terlibat sama cara paksa. Mana boleh camtu.
Aku minat kereta, bila ajak dia sama2 basuh kereta dia tak mau pulak. Dari nak tolong ikhlas dah jadi langsung tak ikhlas bila siram pokok dalam keadaan aku tak nak buat kerja tu.
Bila tak siram dia start radio buruk dia membebel. Aku rimas dan stress. Satu hari isteri aku pergi kursus lagi. Dalam kereta siap pesan jaga pokok bunga dia dengan muka2 dia tunjuk kat aku konon dia serius. Aku dah start menyampah dah nak kena buat benda yg aku tak suka. Kena pksa pulak tu.
Hari pertama aku buat bod0h jer tk siram. Bila malam dia call aku cakap dah.. Dah siram dah. Siap letak baja lagi. Hari kedua pun camtu. Aku buat bod0. Sampai lah dia balik.
Sampai umah benda first dia terkam pasu dia lah bukan aku. Pastu dia perasan yg daun pokok bunga dia ada kena makan siput. Dia bising kat aku kenapa tak jaga. Aku punya menyirap drah. Mulut dia dah macam org berzanji marah kat aku. Aku stress..
Esoknya aku tak pergi kerja. Aku cakap kat dia aku tak sedap badan. Lepas jer dia gi keje aku masak air banyak2. Dengan guna electrick kettel. Dengan guna periuk lagi.
Bila air mend1dih je aku ceduk guna jug. Abis semua pokok dia aku siram guna air panaas. PUASHATI aku. Lepas 2 hari pokok semua kuning.
Aku balik keje senyum. Sampai telinga tengok dia acah2 merawat pokok dia yg dah kekuning kuningan tu. Dia tanya aku kenapa dgn pokok dia ni. Aku cakapla aku bkn dktor pokok. So aku tak tau.
Dia bengkek je ngan jawapan aku. Otw nak masuk umah akau dengar dia merungut. ‘ Ni mesti aku terlebih letak baja ni. Sebab tu kuning’. Aku senyum puas sambil melangkah masuk ke rumah.
Kisah ke 2 lebih menarik, ada juga perempuan yg hobi pelik macam ini. Baca perkongsian di bawah.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuam Nama aku Erika (nama glamour je) dan berumur 20 tahun dan sedang bersambung belajar di salah satu IPTA di Msia.
Aku ambik jurusan kejuruteraan awam, bukan sebab aku minat tapi sebab kehendak ibu bapa aku dan juga ini je la yang ditawarkan masa apply UPU dulu.
Alhamdulillah, aku boleh bawak jurusan ni dengan baik dan juga dapat score jugak la setiap sem. Tapi minat sebenar aku lebih kepada arts and crafts.
Bukan arts and crafts mcm dekat sekolah dulu tu, itu semua hal kecik yang aku dah professional dalam bab tu dah. Minat aku lebih kepada bahagian customizing, lebih teliti aku suka customize patung-patung Barbie aku.
Banyak video aku tengok dkt Youtube pasal doll customization dan entah kenapa aku memang tertarik dengan hobi ni sampai aku ingin mencuba sendiri.
So, aku senyap2 amik patung barbie adik aku and padam muka dia dengan nail polish remover dan lukis muka baru guna watercolour pencils.
First try tu emm memang la nampak selekeh, tapi selepas beberapa trial and error dapat jugak buat muka yang comel and lebih kepada style aku. Aku jugak suka botakkan barbie aku and buat wig baru untuk dia melainkan aku suka warna rambut yang barbie tu dah ada.
Aku juga suka buat costume untuk patung-patung barbie aku sebab kalau aku buat dalam size orang betul punya sape je nak pakai and kos lagi tinggi lagi. So kalau patung barbie ni senang skit nak buat baju untuk dia.
Sejak dulu lagi, mak ayah aku memang pantang kalau nampak aku buat something berkaitan dengan seni, tak kisah la edit gambar ke, melukis ke, mewarna ke.
Sebab diorg pikir aku membazir masa aku, and patut focus dekat studies aku and kata-kata diorg memang selalu buat aku rasa down and rasa macam nak quit je dengan hobi aku tapi aku fikir positif and teruskan je dengan hobi aku.
Tapi memang kos tinggi jugak la hobi barbie aku ni sebab patung dia mahal sangat, ingat lagi dulu ada je patung barbie baru RM30 tapi tu dah lama la.
Sangat bernasib baik sebab ada sedara mara sudi donate patung Barbie diorg kepada aku semata-mata untuk aku improve lagi hobi pelik aku ni.
Memang setiap tahun dapat duit raya, banyak spend dekat Barbie-Barbie aku je la sebab kalau aku nak mintak drpd parents memang diorg xkan kasi income.
Sorg je yang support fully dekat hobi aku dalam family ni iaitu adik perempuan aku sebab dia rasa best gila dapat barbie yang tak sama macam kawan2 dia yang lain bila ajak bermain.
Bila sedara mara datang rumah, makcik dengan sepupu aku sangat kagum dengan barbie-barbie yang aku customize sendiri dengan baju2 special dia sebab tak sangka ada orang boleh tukar patung barbie jadi camtu
dan aku terkejut sebab tak sangka sedara mara aku lebih memahami hobi aku daripada mak ayah sendiri. Memang banyak kali ditanya kenapa sambung uni amik engineering? Kenapa tak amik course yang sesuai dengan minat aku?
Aku explain la yang semua ni hobi aku, aku xde niat pun nak jadikan kerja tetap tapi diorg semua cakap aku membazir talent aku dan cakap sayang sungguh orang yang berpotensi tinggi macam aku boleh buat sambung belajar jurusan yang takde kena mengena langsung dengan minat aku.
Aku berpikir panjang sebab betul ke aku memang membazir talent aku dan tak guna seelok-eloknya? Aku dah masuk uni ni dah setahun, tinggal 3 tahun lagi je nak abis and aku bukan jenis yang suka tinggalkan kerja biar tak abis.
Tapi tanpa keizinan mak ayah aku untuk menyambung hobi aku ni, macam takde masa depan je untuk hobi aku walaupun semua benda aku beli memang dtg drpd duit aku sendiri.
Nasib baik mak aku tak buang patung-patung Barbie aku tu lagi tapi macam silap hari nanti bila aku balik rumah mesti macam ada satu barbie yang hilng nanti dan aku harap-harap sangat hari tu berjauhan lagi daripada sekarang.