Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaram dari kisah ini. Assalam min tolong hide profile saya ye. Saya guna fb kawan. saya suri rumah umur 26 tahun. Suami pula 40 tahun. suami ada 3 adik-bradik. tak ada masalaah dalam rumahtangga saya tapi maasalah diri saya min. Saya ada perasaan pada abang ipar. Tak faham macam mana perasaan ni datang tiba2.
Saya berkahwin dengan suami 8 tahun dah. tapi kenapa sekarang perasaan ni saya rasa. Allah siksanya. saya berd0sa bersalah pada suami.
Suami saya seorang yang sangat baik. bagi saya dia sempurna sebagai seorang lelaki suami layan saya sabar dengan saya. Beri nafkah zahir dan battin secukupnya.
Nak kata abg ipar ada kelebihan. tak min. Mereka kembar seiras. hensem sama, perangai, cara semua lebih kurang sama. suka tersenyum, ramah, suka menolong. apa yang saya nak cakap. mentua berjaya didik mereka menjdi suami yang baik.
Pernah sekali suami out station, suami suruh abang ipar menjaga saya dan disitulah terjadi sesuatu yang tidak disangka, saya dan abang ipar tak sengaja terlnjur, dan bila suami pulang,
Saya melayan suami seperti biasa tapi sekarang saya hamil. Dan saya tak pasti anak dalam kandungkan saya anak siapa. Dan saya minta pendapat yang lebih pakar.
Kalau lah anak yang saya kandung adalah anak abang ipar, adakah anak saya sama dna dan suami? Sebab suami dan abangnya bersaudara. Tolong saya..
Hubungan kami adik-bradik sangat rapat. baik ipar atau biras. saya selalu berdoa semoga Allah buang perasaan nie.
Dan ampunkan segala d0sa saya. cukup lah prasaan ni hanya untuk suami. Semoga Allah kuatkan iman saya. perlihara saya untuk jadi isteri yang baik. Saya trima kec4man sebab saya tahu saya brsalah.
Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan mencemaskan para pembaca, baca perkongsian di bawah
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya, terima kasih admin kerana sudi menyiarkan luahan hati saya. Kepada pembaca yang budiman harap anda dapat memberi pandangan tentang permasalahan saya.
Saya ceritakan secara ringkas. Nama saya Ana (bukan nama sebenar), umur awal 30 an dan masih bujang. Saya bekerja sendiri, bisnes kecil-kecilan bersama kakak saya.
Kakak saya sudah berkahwin dan saya tinggal bersamanya memandang kan dekat dengan tempat kerja.
Hubungan saya dan kakak sangat baik, tiada rahsia antara kami.Kakak saya dah berkahwin lebih kurang 8 tahun dan dikurniakan seorang putri yang sangat comel.
Hubungan saya dan anaknya sangat baik.Saya sangat sayangkn anak buah saya seperti anak saya sendiri. Hubungan saya dengan abang ipar pun baik.
Sepanjang tinggal bersama mereka segalanya baik.Asam garam rumah tangga mereka tiada rahsia pada saya. Saya bersyukur dapat abang ipar yang tidak pernah berkira dengan kakak saya dan juga keluarga. Ibu dan ayah juga sangat menyanyangi abang ipar.
Pada pandangan saya abang ipar seorang lelaki yang baik, ayah yang baik dan juga suami yang baik, Tetapi manusia ini tidak sempurna , ada juga kekurangan dirinya seperti terlalu kerap main game dan cemburu.
Hubungan kakak dan abang kadang kala ok. Kadangkala tidak. Saya anggap abang ipar seperti abang sendiri, tidak pernah terlintas walau sikit dalam fikiran saya seandainya dia akan melakukan hal2 yang tidak baik pada saya.
Cuma baru2 ni ada perkara yang tidak terjangkau dalam fikiran saya ia akan berlaku. Ada satu kejadian. Saya tertido diluar, di depan tv.
Saya agak mamai, tapi saya boleh nampak abang ipar ingin ke dapur, tiba2 saya dapat rasa die selimutkan saya, dengan sentuhan yang pelik.
Saya terkaku dan die c1um bahu saya dan dia terus masuk bilik. Saya rasa amat terkejut dan tak sangka apa yang saya lihat. Saya cuba lupakan dan anggap mungkin ape yang die buat sebab rasa sayang dia pada saya sebagai adik.
Perkara tu amat mengganggu saya, 2 hari lepas kejadian saya tido dibilik. Bilik saya berkongsi toilet dengan bilik sebelah dan jika nk ke bilik saya boleh melalui bilik sebelah.
Abang dan kakak tido di master bedroom. Toilet pintu memang ada masalah. So tidak boleh dikunci.
Selama tinggal dengan mereka abang ipar tidak pernah masuk bilik saya, sejujurnya dia menghormti hak peribadi saya. Tapi pada malam itu, saya tersedar tiba2, dan saya nampak dia ada dalam bilik saya.
Ya Allah dengan pakaian tido saya yang tak sempurna, walaupun dalam gelap saya tahu itu dia. Saya menggerakkan badan saya dan saya nampak dia tunggu di pintu toilet.
Mungkin dia ingat saya hanya mamai. Saya tak jerit. Saya tak tahu apa perlu saya buat. Saya cuma buat banyak pergerakkan supaya dia tahu saya hampir sedar. Lama kemudian saya dengar dia masuk bilik.
Saya rasa sangat sedih dan kecewa, kenapa dia berkelakuan begitu. Saya tahu kakak saya kadang kala sangat sibuk. Kami kerja bersama dan kerja tidak menentu. Saya tahu keadaan rumah tangga mereka turun naik dan hanya anak pengikat cinta mereka.
Saya tidak tergamak nak beritahu kakak, saya tahu andai saya beritahu kakak, dia tak kan dapat maafkan abang ipar. Saya terbayangkan anak mereka, anaknya sangat rapat dengan abang.
Apa yang saya cuba luahkan, sepanjang 8 tahun kenal abang ipar, hidup bersama mereka tidak pernah sekali dia mengambil kesempatan.
Apa yang harus saya lakukan? Saya takut perkara ini berulang lagi. Perlu ke saya terus terang saja dengan abang ipar supaya tidak melakukan hal ini lagi demi anak dan isterinya. Saya tidak mahu rumah tangga mereka musnah.
Saya tahu abang ipar sangat sayangkan keluarga kecil mereka, cuma saya tak tahu kenapa dia bertindak demikian. Saya harap sangat sekiranya pembaca boleh beri saya pendapat. Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya