Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Terima kasih banyak2 sebab terima post saya ni.
Saya suami dan ayah kepada 2 anak berumur 4 & 5 tahun. Isteri saya seorang guru dan saya hanya pemandu grab.
Saya pernah bekerja tetap lain di Singapore dan Malaysia sebelum ni tapi isteri cakap saya tiada masa dengan keluarga.
Isteri selalu baca petikan ucapan ustazah di tv “semua kerja rumah tanggungjawab suami, isteri dah melahirkan anak”. Pernah juga saya dibuang kerja sebab selalu ambil cuti jaga anak demam.
Isteri tak nak guna cuti CRK yang diberikan kepada guru atas alasan untuk dapat pencen penuh bila dah bersara nanti.
Jadi, 2 tahun tahun lepas saya beralah dan sekarang bergelar househusband dan juga merangkap pemandu grab.
Isteri pernah maklumkan kepada saya sebelum ni yang dia pernah bercita-cita untuk memiliki pasngan kakitangan kerajaan sama sepertinya sebelum berkahwin.
Saya simpan ucapan dia sehingga hari ni. Sedih tu bukan ayat lisan seorang lelaki. Bila gduh dgn saya, isteri ugot sy kalau saya tak dapat kerja kerajaan dia akan minta crai. Saya diam je time tu.
Bukan senang nak dapat kerja kerajaan. Sekarang ni saya tidak dapat bekerja seperti pemandu grab yang lain sebab pagi hari dah bangun uruskan anak2 bersiap pergi taska. Matahari dah naik dalam pkul 9am baru boleh bawa grab.
Tak dapat merasa bawa grab waktu peak hour pagi. Pkul 4pm dah kena ambil anak dari taska. Lepas tu kena tunggu isteri balik dari sekolah.
Isteri mengajar kelas Pendidikan Khas sesi pagi. Selalu pulang lewat petang. Katanya banyak aktiviti di sekolah. Di rumah mandi anak2, masak utk makan malam.
Lepas solat isyak teman anak2 buat kerja sekolah, lepas tu keluar sambung bawa grab sampai pkul 11pm atau 12am. Kerja saya sekarang tak ada cuti berbanding kerja sebelum ni.
Jumaat sabtu saya bawa dari pagi sampai malam. Terpaksa kerja keras sebab isteri dah bising income grab saya tak seberapa.
Cukup untuk bayar ansuran rumah, ansuran kereta, susu pampers anak, barang dapur, yuran taska 2 anak (bahagi 2 dengan isteri) , nafkah mak dan isteri saya hanya dapat bagi rm150 jer sebulan. Nasib baik ada income tambahan dari sewa rumah flat.
Saya tak dapat lagi bawa isteri pergi melancong dalam negeri seperti sebelum ni. Tak dapat pulang ke kampung isteri setiap kali cuti persekolahan. Kadang tu isteri bawak anak2 balik kampung sebab saya cakap tak dapat ikut.
Senang cerita setiap kali cuti sekolah, isteri saya merajuk dan marah kat saya. Hari cuti lah peluang saya untuk cari duit lebih bawa grab.
Dulu waktu saya kerja singapore bergaji besar, saya dihimpit masa bersama keluarga tapi sekarang ni bila dah ada banyak masa dengan keluarga, saya dihimpit masalah kewangan pula oleh isteri.
Isteri bising sebab kadang2 terpaksa dahuluukan bayar bil api aii rumah sebab kadang2 sewa rumah lambat masuk. Saya pernah cakap dengan isteri yang dia tak boleh dapat kedua2 tu dalam masa yang sama kat saya sebab saya bukan anak orang kaya, saya bukan dato’, saya bukan kakitangan kerajaan.
Saya rasa isteri beruntung dpt suami bekerja swasta atau freelance sebab kalau anak2 tak sihat atau isteri ada program..saya yang kena cuti tanpa gaji.
Kalau dia dapat suami kerja cikgu macam dia, macam mana agaknya nasib anak2 bila suami isteri sayang nak guna cuti CRK. Untuk pengetahuan admin, musim pkp ni, saya mengasuh anak2 dari pagi sampai petang.
Sekolah tak mula lagi, meeting tak habis2 kat sekolah. Taska tak buka lagi dan babysitter dulu pun tak berani terima anak2. Saya bawa grab dari petang sampai malam..nak dapat kasar rm100 pun payah. Kadang rm50 pun tak sampai.