Suami blh syok keluar dgn kwn tgk bola sdgkan masa tu sy saakit stgh maati sbb kegvguran. Dia ckp sy lembik

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam min dan semua pembaca. tolong hide profil saya yaa. Just nak minta pendapat. Saya dah bkahwin selama 14 tahun. 4 orang anak. dari awal kawin kami memang sangat tak serasi. selalu gado. Sehinggalah saat ini. Suami saya sangat sayangkn keluarganya dari saya.

Bila saya mengadu saya kena buuli , kan marah dengan family dia pun, dia akan marah dan prov0k saya. Saya memang tak boleh mengadu pun. pasti saya akan di salahkn. Saya diam je.

Saya di ajar untuk berdikari hingga smua benda banyak saya buat sendiri. satu tahap, dia akan cakap saya ni habiskan duit, itu ini, beraslah. dan macam2 lagi hinaan.

Saya tak sanggup lagi dengan hinaan dia. bertahun2 saya sabar. saya diam je. dia lebihkan perempuan lain dari isterinya.

Waktu saya gvgur dia boleh keluar tengok bola sedangkan masat u saya setengah matti s4kit tapi bila mengadu, dia buat tak tahu atau dia kata saya lembik dan kena berdikari sendiri. Jgn mengharapkan dia je.

Saya nak minta pendapat, saya sekarang dah tawar hati dengan dia. langsung tak ade perasaan. saya pun konfius dan pelik dengan diri saya sendiri.

Apakah saya perlu bagi peluang lagi untuk ke berapa kali? saya rs berdosa sebab dulu hati asyik dndam dan marah dia. Saya dah banyak kali bincang, tapi pasti berakhir dengan gduh.

Saya hiilang punca. bantu saya min. saya dah cuba, hati saya tak cintai dia. tawar sangat hati ini.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Aku N. Dah berkahwin. Aku nak share pengalaman aku berkahwin dengan seorang yang punya masa silam. Ya, aku berkahwin dengan seorang bekas banduan.

Aku kenal dia masa kitaorang kerja di tempat yang sama. Dan dia dah bagitahu awal² ‘siapa’ dia yang sebenarnya. Masa aku kenal dia, dia dah kembali ke pangkal jalan. Dalam pemerhatian aku, Dia seorang yang jaga solat.

Dia juga sangat² menghormati mak dia. sebelum kitaorang serius, dia ada ingatkan, aku ne tak takut ke kalau² dia buat silap yang sama pada masa hadapan?

Aku masa tu, terfikir juga. Kalau aku dah kahwin dengan dia, aku tak boleh paatah balik dah masa tu. Tapi masa depan kita tak dapat nak ramal.

Aku ambil keputusan nak kahwin dengan dia walaupun dia punya masa silam. Aku kahwin dengan dia yang sekarang. bukan dengan dia di masa lalu. Dia istiqamah dalam beribadah. Aku yakin dia boleh bimbing aku.

Masa kitaorang masih dalam sesi berkawan tu, banyak la tentangan hebat yang aku dapat selepas family aku tau tentang masa silam dia. Terutamanya mak aku. yelah, mak mana tak sayang anak kan? Aku cuba yakinkan mak aku yang dia dah berubah. Tapi gagal.

Macam² mak aku buat supaya aku tinggalkan dia. Tapi tulah, kalau dah jodoh, dihalang macam mana pun tetap bersatu juga. Sampaikan hari² penting aku tunang dan kahwin, mak aku tarik muka dengan aku. Aku rasa skitnya tak dapat restu dari mak aku.

Lepas kahwin, aku ikut suami. kitaorang berhijrah jauh dari kampung. Masa tu lama jugaklah tak jumpa dengan mak. berhubung sekadar chat tanya khabar macam tu je. Suami faham dia bukan menantu pilihan. Aku minta suami bagi mak ruang dan masa untuk terima dia.

Selepas setahun kitaorang kahwin, alhamdulilah nampak perubahan dari mak aku. Mak aku mula terima dia sebagai menantu walaupun tak akrab mana tapi aku yakin, mak aku dah boleh terima dia. Alhamdulillah syukur ya Allah. Allah dah makbulkan doa² kami suami isteri.

Aku ingat tentangan daripada mak tulah ujian paling besar aku berkahwin dengan suami. Rupanya ada lagi yang lebih besar.

Sebelum kahwin, family suami semua okay. Restu aku dengan suami. Tapi selepas kahwin, masingmasing tunjuk ‘belang’. Awal perkahwinan, adik suami buka cerita macam² tentang suami masa bujang.

Cerita tentang aib suami. Sampaikan adik suami tu terlepas cakap dengan aku, “kalau aku jadi kau, lama dah aku tinggalkan dia. Buat apa nak stay dengan orang macam tu?” Aku masa tu hanya mampu senyum.

Aku terfikir, dia nak kami bercrai ke? Aku yang dah sedia maklum dengan suami yang dulu, buat endah tak endah je dengan cerita dia walaupun menyakitkan. Tapi lama kelamaan aku dapat tahu yang adik suami tu ada dndam lama kat suami.

Dia sangat² benci dengan kisah silam suami yang bagi dia dah calarkan maruah keluarga. Dia tak nak tengok suami bahagia. Sebab tu dia cuba hasut aku supaya aku tinggalkan abang dia. Sampai sekarang dia masih cuba ‘cucuk’ jrum.

Tak cukup dengan adik ipar. aku diuji lagi sekali oleh bapa mertua. Bapa mertua sangat² memegang kisah silam suami. Bila suami tegur bapa mertua, bapa mertua akan balas dengan kisah silam suami.

Bapa mertua cakap suami tak layak nak tegur dia. Sampaikan kadang² tu, bapa mertua tak mengaku suami tu anak dia. Allahu. Suami tegur bab agama, bapa mertua kata tak layak.

Bapa mertua cakap suami tu penagih, peminum arak. Tak layak bercakap pasal agama dengan dia, ahli neraka, tak layak masuk syurga. Allahu. Aku tahu suami kecewa. Suami selalu meluah, dia risau kata² bapa mertua tu jadi 1 doa untuk dia. Aku sebagai isteri ne, terluuka juga.

Bapa mertua akan cakap macam tu bila suami tegur kesalahan bapa mertua. Terutama bab agama. Sebagai anak, takkan suami nak biar bapa mertua terus terusan buat perkara bid’ah.

Tapi bila suami tegur walaupun dengan cara baik, bapa mertua tetap akan lawan. Lawan dengan masa silam suami.

Sehingga selalu jadi pertengkaran dua beranak. Aku sebagai isteri cuma mampu cakap kat suami, sabar je. Ne ujian kita. Walau macam mana pun, dia tetap bapa.

Aku pula kadang² tu rasa macam hiilang rasa hormat kat bapa mertua. Bapa mertua slumber sumpah seranah suami. Aku paling skit bila bapa mertua nak sangat suami masuk penjara lagi. Allahu.

Aku nak kata apa pun tak boleh. Aku tahu suami tegur sebab apa. Walaupun pun penerimaan bapa mertua tu tak seindah yang diharapkan.

Perkahwinan kitaorang masih baru. Belum dikurniakan anak. Dan oleh sebab kisah silam suami tu, adik ipar lain pula cakap suami dilaknat Allah takde anak sebab suami dulu penjenayah. Menangis rasa hati dengar suami dihina sedemikian rupa.

Hanya sebahagian ipar² aku yang bersyukur dengan perubahan suami. Alhamdulillah. Aku tahu benda ini akan aku lalui sepanjang bersama dengan suami.

Masa ini dan akan datang. Aku tak pernah putus berdoa supaya aku dan suami dipermudahkan segalanya. Aku hanya insan biasa. Begitu juga suami. Aku tak cakap suami selepas berubah dia dah tak buat silap.

Tapi silap suami sekarang tak sebesar silap dia yang dulu. Bapa mertua, ipar² semua macam tu sebab bagi diaorang, darjat suami cuma bawah tapak kaki. Tak layak untuk dihormati.

Aku tahu kisah silam suami yang suami dah tinggalkan satu masa dulu, akan jadi bayang² di masa sekarang dan akan datang.

Korang doakan kami suami isteri dipermudahkan segala urusan ye. Dikurniakan zuriat yang soleh solehah. Semoga kami sama² kuat hadap semua ujian hidup ne. Semoga hati kami tak pernah berpaling dari Dia. Aku insan lemah yang terskiti.