Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Saya cuma nak share apa yang saya rasa. Saya berkahwin muda. Pada usia 22 tahun dan Suami 29 tahun pada ketika itu. Kami dikurniakan 3 anak. Dua lelaki, sorang perempuan. Tahun ni sepatutnya ulang tahun perkahwinan kami yang ke 5.
Saya diuji dengan kehilangan suami pada seminggu sebelum pkp dilaksanakan suami kemlangan jalan raya. Sepanjang perkahwinan kami. Semua indah. Suami saya sangat 3 baik. Bertanggungjawab. Penyayang. Rajin.
Nafkah zahir batin lebih dari mencukupi. Tak kedekut. Tak penah tinggi suara. Solat jarang tinggal. Byk membantu jaga anak. Sangat rapat dengan kesemua anak. Perfect. Tiada caacat cela.
Tapi, saya seorang isteri yang eg0. Baaran. Mengungkit. Melawan. Suami saya akan bersabar setiap kali saya naik angin. Dia akan keluar rumah.
Dan ketika pulang, keadaan makin reda sbb dia akan pujuk saya dengan pluukan, nasihat serta hadiah waima hanya sebuku roti gardenia. Cuma saya isteri yang tak sedar diri.
3-4 bulan sekali saya akan buat perangai yang sama. Marah2, mengungkit. Dan saya tahu, dia sebenar nya give up, fed up. Saya dpt rasa dia cuba bertahan.
Sehingga lah, Seminggu sebelum kejadian, suami ada minta saya gorengkan karipap frozen yang dibeli tapi saya marah2, saya kata saya penat, hanya saya saja dalam minggu berkenaan yang ke dapur.
Sedangkan saya terlupa seminggu tu, dia tak membantu di dapur kerana byk uruskan anak2. Seminggu tu saya byk didapur tp bukan dengan anak2.
Dia merajuk. Dia goreng sendiri. Seminggu tu hanya bercakap bila perlu. Saya sangat terkilan. Di akhir hayat nya, pergduhan yang saya tinggalkan buat dia.
Pada hari doktor sahkan pada saya yang suami saya sudah tiada, saya ibarat kepatahan sayap. Kerana dia adalah segala galanya bagi saya.
Saya menyesal. Hingga ke hari ini. Jika boleh diputarkan masa, Tapi saya tahu itu mustahil. Cuma, saya rasa seperti nak baiki kesalahan saya semua.
Saya perluukan dia. Saya rindu kan dia. Saya sayag kan dia. Saya cinta kan dia. Saya mahu kan dia, kembali. Tidak akan ada lg lelaki seperti dia. Jd, hargailah apa yang ada didepan mata.
Kerana kita tidak tahu adakah itu waktu terakhir kita bersama yang tersayang. Sayangilah seperti esok hari terakhir bersama. Jangan jadi seperti saya.
Kisah ke 2 lagi mendebarkan, baca perkongsian di bawah
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Lama aku fikir sebelum nak menulis. Tapi aku perluukan pendapat dan tempat untuk meluahkan perasan. Dan akhirnya aku disini.
Sedikit pengenalan mengenai aku. Aku seorang anak yatim. Mak aku meniinggal masa aku umur 2 thn. Abah aku tak kahwin lain sejak mak aku tak ada. Aku anak tunggal.
Aku di jaga oleh nenek sebelah abah sampai aku kahwin sebab abah aku askar dan jauh nun di Borneo. Hubungan aku dengan abah mmg tak berapa rapat sebab aku sempat duduk serumah dengan abah 2 tahun saja.
Aku kahwin dalam usia yg muda,22 tahun. Aku kenal dengan suami aku dari aku tingkatan 6. Walaupun aku bercinta masa sekolah, pelajaran aku tak pernah abaikan.
Alhamdulillah keputusan STPM aku bagus, dan aku sempat ke U sehingga semester 5. Aku extand belajar. Tapi bkn sebab aku nak kahwin , tapi aku dapat kerja GOV. Dan lepas tu aku sambung semula belajar sambil kerja. Dan dapat degree aku walaupun agak terlewat.
Tapi, bkn itu yang aku nak kongsikan. Aku dah berkahwin 9 tahun. Punya 3 anak. Kehidupan aku mcm org lain. Ada pasang surut. 7 tahun usia perkahwinan aku dengan suami alhamdulilah. Kami selesa dan bahagia.
Tapi semenjak 2 tahun yg lepas, kehidupan kami suami isteri mula kacau bilau lepas mak mertua aku berpisah dengan suami kedua dia. (Bapa mertua aku suami pertama).
Suami aku anak sulung dari 2 beradik. Kami tinggal jauh dari mak mertua kerana tuntutan kerja dan buat masa ini adik ipar aku tinggal dgn dia.
Aku faham konsep, anak lelaki syurganya dibawah tapak kaki ibu. Dan aku tidak menafikannya sama sekali. Aku berlapang dada, sebab aku tahu, mak mertua aku perluukan sokongan anak-anak. Dalam menjangkau usia emas, tiba-tiba perlu menjalani masa tua sendirian.
Sejak dari tarikh itu sampai sekarang suami aku terpaksa berulang alik dan boleh dikatakan selang sehari akan jenguk mak dia.
Sampaikan aku dan anak-anak terpaksa booking tarikh untuk keluar dengan babah diaorg sendiri. Kebanyakkan masa suami aku hanya untuk Mak dia.
Pernah dalam bulan puasa, mak mertua aku minta suami aku hantarkan makanan berbuka untuk dia sebab malas nak keluar. Dan masa tu da pkul 3.00 ptg.
Korang bayangkan, perjalanan suami aku nak balik ke rumah mak dia ambil masa 2 jam setengah. Lepas tu suami aku pula lebih suka naik motor bebanding kereta. Lebih jimat dengan cepat sampai. Alhamdulillah suami aku selamat smpai. Walaupun masa tu, suami aku da minta aku masakan makanan kegemaran dia.
Bukan itu je, Suami aku kena ikut setiap reunion yang dia pergi. Setiap majlis yg ada. Suami aku kena teman dia pergi shopping. Pergi bank dan semua urusan dia. Bila suami aku kata Tak boleh balik. Dia akan hantar whatsapp mcm-mcm.
Mesti korang terfikir, apa fungsi adik ipar aku ?? Adik ipar aku malas nak layan da sebenarnya. Sebab mak mertua aku ni ikut angin dia je. Dia je betul. Kami tak boleh bantah. Dia arah kami macam dia arah staff bawahan dia. Sbb dia bos.
Mcm aku cakap,mulanya aku berlapang dada. Aku positif. Sbb aku hormat dan aku sayang mak mertua aku mcm mak sendiri. Yelah, dialah org pertama yang aku panggil mak. Tapi aku lupa, aku manusia. Aku bukan Malaikat.Aku bukan Nabi. Aku punya emosi.
Aku penat sebenarnya. Bila aku balik rumah dia, aku kena kemas umah yang mcm tongkang pecah. Sedangkan dia dok dengan adik ipar aku je. Aku penat aku uruskan anak-anak sendiri. Penat uruskan hal rumah sendiri.
Aku tahu suami aku serba salah. Dia x cukup masa. Dia kerja tak macam orang lain. Bila off kena lari balik rumah mak dia. Esknya kena kerja. Aku kesian pada dia.
Aku mula tunjuk protes. Sbb aku nak perhatian. Tapi insiden baru-baru ni sangat memberi kesan pada aku dan anak-anak. Aku perlu ke Grik 2 hari atas urusan kerja. Anak-anak tak ade pengasuh sebelah malam.
Kalau waktu siang aku, pengasuh sedia ada boleh jaga. Dan takkan aku nak harapkan pengasuh untuk jaga anak aku pulak waktu malam. Sebelum ni, klau aku kena kursus suami akan ambil cuti dan jaga anak-anak.
Tapi tidak kali ini. Mak mertua aku paksa suami untuk ikut reunion dia dia Alor Setar. Suami aku , whatsapp ckp perlu jaga anak-anak sebab aku kena ke Grik. Tapi balasan whatsapp yang diterima membuatkan suami aku terpaksa pergi.
Mak mertua, tuduh suami aku lebih dengar cakap aku. Dan tuduh suami aku macam-macam. Allahu..sampai macam tu sekali. Sedangkan dia dulu kakitangan kerajaan. Pangkat bos. Takkan tak faham tuntutan kerja.
Allah je tahu, perasaan dan hati aku. Aku menangis semahunya. Mengenangkan anak-anak. Mengenangkan tanggunjawab yang perlu aku jalankan. Aku merayu pada suami aku.
Minta dia dahuluukan aku dan anak-anak untuk kali ni sahaja. Aku whatsapp mak mertua aku sekali lagi. Minta dia faham situasi aku. Tapi jawapan yang aku terima hanya menyakitkan hati.
Suami aku gerak pkul 2 pagi dari rumah. Walaupun aku menangis , merayu. Suami aku diamkan diri. Aku tahu dia serba salah.
Dan dalam 2 hari, aku berulang ke Grik sebab aku tak ada pilihan. Anak-anak tanggungjawab aku. Walaupun terpaksa bawak kereta 300km. Aku perlu balik untuk jaga diaorg.
Aku diamkan diri dari suami aku. Aku block whatsapp dia, bl0ck phone call dia sebab hati aku s4kit. Aku tak kuat.suami aku pm aku di fb. Dia minta maaf sebab tinggalkan aku dengan anak-anak dengan alasan dia perlu jaga mak dia.
Aku tak tahu sampai bila aku akan hadap situasi macam ni. Sekarang ni lagi adik ipar aku nak kahwin, mak mertua aku bagi berbagai alasan minta suami aku balik.
Doakan aku kuat. Doakan aku tak berdndam. Aku takut anak-anak aku terabai. Aku dan anak-anak juga perluukan perhatian. Aku hanya punya suami dan anak-anak. Kasihanilah kami.