Ak ni dah 13 tahun kawin. Tiba2 isteri suka hiking. Pakaian dh mula ketat, melenting plk bila ditegur. Aku syak dia ada bela anak ikan

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca, namaku CMO tinggal di puchong, selangor. Berasal dari N9 mempunyai dua orang anak dan seorang isteri.

Usiaku sekarang 43 tahun. Kehidupan kami sangat bahagia since berkenalan pada usia aku 26 tahun. Pada usia tersebut aku sedang menuntut di satu pusat latihan di Temerloh, Pahang.

Aku berkenalan dengan isteriku semasa sesi minggu haluan siswa berlangsung di Pusat Latihan tersebut.

Isteriku, korang boleh kenal sebagai KD (umur masa tu beza 4 tahun dari usia aku 26) 22 tahun kot) sangat mengambil berat dan memahami jiwa aku pada masa itu.

Waktu itu beliau juga meluahkan tentang kehidupannya bersama keluarganya, sifat-sifat ibu dan ayahnya kepada aku. Pada waktu itu banyak luahan rasa tidak puas hati di dalam keluarganya.

Tetapi aku tak ambil pusing sangat, sekadar hanya boleh menasihati bertenang dan tidak mendorong beliau untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap keluarganya. (nak tunjuk baik la kononnya aku kekeke).

Setelah mendirikan rumahtangga pada tahun 2003, kami berhasrat untuk menyewa kediaman di Kuala Lumpur/Selangor atas sebab peluang pekerjaan disitu.

Waktu itu aku amat-amat caring dengan isteri aku sebab memandang dia seorang sahaja di KL ni, jadi aku lah peneman setia beliau pada setiap masa kecuali waktu kerja.

Pergi balik semua berhantar (tiada masalah). Sebab nak pastikan isteri aku sentiasa selamat, sehingga datang suatu masa dia mula mengambil lesen kereta,

pada waktu itu dia masih belum boleh memandu diatas faktor tidak yakin kerana kereta yang kami miliki itu transmisinya manual.

Oleh itu aku rancang untuk tukar kepada kereta yang lebih mudah dimana ianya transmisi automatik. Maka setelah itu baru isteriku dapat kebebasan untuk memandu sendiri ke tempat kerja.

Hari berganti hari kami membesarkan anak pertama kami yang lahir pada bulan Disember 2004 sehingga la anak kami tu membesar hingga 9 tahun, baru kami dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang comel yang dilahirkan pada tahun 2013.

Dalam tempoh tersebut, setakat gaaduh kecil2 membabitkan hal rumah tangga tu just lumrah sahaja, setakat ketidak pahaman sesama pasngan itu perkara biasa.

Sehingga lah tahun 2016 maka suatu evolusi berlaku pada isteri aku dimana dia mula meminati dengan dunia hiking. Aku tidak lah terkejut kerana itu memang minat dia dan juga aku pada usia muda dulu.

Tapi yang hairan ialah Isteri aku tersangka lahhh hiperaktif bidang ini, sehingga beliau dapat menawan semua G7 yang dibanggakan tu.

Dengan hasutan syaaitan dan ibliis, aku mula berfikir bukan-bukan tentang isteri aku, sama ada dia ada bela anak ikan ke,

ada orang mula jaga dia ke, ada sugar daddy ke, sebab start 2016 tu kewangan aku mula merosot dan kerja aku tidak menentu. dan hampir hiilang punca pendapatan.

Apabila bergduh kami akan berbaik semula, sama ada aku maafkan dia atau aku minta maaf, atau beliau sendiri minta maaf vice versa la.

Lepas tu perkara yang sama akan berlangsung dan tamat berulang kali mengikut season hahaha. (bila tanya benda ni kat pakar atau memana orang berpengalaman, mereka akan kata biasalah hidup suami isteri mesti salah seorang mesti mengalah fine, aku terima)

Tapi bende ni berlarutan sampai sekarang, but kali ni tahap ada bergduh sampai keluar perkataan tidak ada persefahaman dan perkataan perpisahan,

dimana ayat itu sepatutnya tidak timbul skang timbul sebab atas masing2 dah bengang keadaan yang berlarutan.

Isteri aku gaji semakin tinggi 2 ganda dari gaji aku sekarang, tapi syukur kerana aku masih tidak guna wang beliau untuk diri sendiri (memang tak mungkin) dan beliau aku akui membantu dalam membesarkan anak2.

So faktor inilah yang makin membesarkan api EG0 beliau terhadap aku dan pada masa yang sama dia akan pandang rendah pada aku, dan akhirnya dia hiilang respek pada aku.

Aku langsung susah untuk membuat perkara luar seperti cari income lebih untuk menampung perbelanjaan,

contoh aku buat uber, grab dan beberapa la kerja part time, tapi waktu itu hanya boleh dilakukan selepas waktu kerja (malam saja).

Sebaliknya isteriku dah penuhkan aktiviti nye pada setiap isnin hingga jumaat dengan aktiviti zumba dan gym, followed by saturday-sunday outdoor activity (hiking) almost 94% activity dia.

Aku cuba tegur dia supaya kurangkan, tapi beliau akan melenting dan akan menuduh aku asyik menyalahkan dia sahaja,

end up dia akan tumpahkan airmata (senjata org pompuan) which is this is the main point yang aku selalu tegur.

Selain tu juga aku tegur tentang etika dia berpakaian semasa hiking which is ketat menjolok mata jugalah pada lelaki gatal luar sana.

Dia akan pin point setiap kali aku tegur ialah pasal aurat dia. Memang dia melenting malah dia keluar bahasa kesat juga.

Sampai satu masa aku terfikir nak suruh ustaz buat ruqyah je pada isteri aku ni. Sebab selalu masuk hutan takut ada Jin yang ikut balik dan duduk damping dengan dia.

Silapnya aku ialah aku dulu kurang mendidik dan bertegas kepada beliau sebab aku sedari jika aku tertegur hal yang membabitkan kesalahan beliau

Beliau akan melenting marah dan melampiaskan kepada sesiapa yang ada kecuali aku (sebab mungkin dia sayang aku rasanya). Maka dia mula melepaskan kemarahan dia kepada anak sulung kami.

Setiap petang asal balik kerja kalau salah anak tu dia malas sikit ke, tak kemas rumah ke , habis bergegar dihamunnya anak aku yang sulung tu ( kesian ).

Ini berlarutan sepanjang bulan demi bulan dan aku dah mula rasa tak selesa dengan perangai isteri aku ni.

Karakter diri aku ialah, jika boleh aku tidak mahu ada sebarang perkara yang boleh menguris perasaan orang lain , melainkan perkara tersebut sudah sampai kemuncak dan harus diatasi.

Baru aku akan bertindak menegur dan sebagainya, insyaaAllah memukul itu tidak sekali la sebab aku tahu juga batasnya.

So diharapkan Lelaki yang baik2 diluar sana, jangan fikir selalu artikel banyak pin point hal EG0 kepada k4um lelaki sahaja,

k4um Hawa juga kalau kita termiliki mereka ni, memang payah sangat nak setelkan, korang perlu ada ketabahan hati yang padu untuk berhadapan dengan perempuan spesies semacam ini.

Sebaik mungkin aku tak nak juga perkara begini diakhiri dengan percraian, kerana memikirkan kebahagiaan anak2.

(Siapa tak sayang bini oii : kata P. Ramlee) mudah-mudahan perkara ini akan dapat aku selesaikan dengan cara yang terbaik.