Baru nak dapat kerja, ayah dah suruh beli H. Mak nak duit gaji aku bayar l0an kedai, aku tak tahu nk buat apa

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan terima kasih admin kalau post confession ni. Ceritanya macam ni, In Shaa Allah kalau ada rezeki Allah nak bagi mungkin awal tahun depan aku dah start kerja sebab surat lantikan dah dapat cuma penempatan tu tak tahu kat mana.

Of courselah excited kan, banyak benda nak dicapai terutama gembirakan parents, beli itu ini untuk mereka. Mereka pun mesti excited nak merasa gaji anak pertama dorang ni.

Cuma yang menjadi konflik kat otak aku sekarang ni bila mak aku ada mention pasal suruh buat loan untuk habiskan bayar bangunan kedai yang dia beli.

Dulu mak aku ada business tapi tulah business kan ada pasang surut so sekarang agak sesak juga nak habiskan bayar kedai tu bulan bulan.

Mak aku memang nak jual kedai tu cuma ayah aku pula cakap sayang kalau nak jual sebab mak aku dah bayar deposit kedai tu quite high which was RM200k macam tu.

Dan bukan senang nak beli kedai, who knows maybe in future kedai tu boleh digunakan untuk business.

Aku bukan nak kedekut dengan parents tapi let say kalau aku buat loan juga, bayaran bulanan kedai tu makan separuh gaji aku.

Yang lucunya mak aku cuba sedapkan hati aku dengan kata, “kalau kau sewa RM1600, sebulan bayar bank RM1300 lagi RM300 kau ambil lah. Untung tu, banyak mau sewa kedai tu.” dengan yakinnya mak aku cuba influence aku hahaha.

Aku tahu aku ni jenis patuh arahan parents ibarat robot yang ada controller tu tapi aku tak lah bdoh sangat (tersengih).

Dari mak aku beli kedai tu sampai sekarang lagi lagi PKP ni, belum ada lagi yang pernah sewa kedai tu. Kedai tu kosong (facepalm).

So macam mana aku nak ambil risiko nak buat loan yang besar tu? (nak nangis). Dahlah aku baru nak start kerja.

Aku nak beli kereta pun ingat nak ambil axia je sebab bulanan and maintenance murah (walaupun aku mampu ambik si H ibarat suggestion ayah aku),

Tapi aku tak suka ada bebanan hutang yang besar. Aku tak suka duit aku dihabiskan untuk kebendaan yang aku rasa benda tu tak penting untuk aku.

Like axia dengan honda, dua dua sama je function boleh berjalan cuma maybe in terms of cc and safety aspects memang honda la menang cuma aku bukan jenis suka drive laju laju jadi honda tu nantilah kalau gaji aku dah RM5k above ke.

So kalau kereta pun aku berkira nak bayar yang tinggi, apatah lagi loan untuk kedai yang tak tahu future nya (penat). Kalau loan tu RM200-RM300+ ke tak kisah juga cuma it’s RM1300 (nangis dalam kesepian).

Aku betul betul tersepit sebab parents aku keep reminding, “jangan kedekut dengan ibu bapa, dulu kami pun bagi atuk nenek duit tiap bulan biar RM50, janji ada. Tengok rezeki kami tidak pernah kurang. Sentiasa cukup.

Aku tak kisah tau kalau gaji aku level pengarah tapi ni aku baru nak start. It’s like RM3k+ maybe… Kedai pun takda orang sewa lagi.

Adakah aku berkira sangat dengan parents aku? And takkan loan tu je aku nak spend untuk dorang? Mestilah duit poket ke apa aku kena bagi juga. Dah kalau tinggal separuh gaji aku apa aku nak bagi, nak survive lol.

Yes, I know aku boleh je terus terang cakap AKU TAK NAK. Tapi kan seandainyalah dialog itu mampu diungkap semudah macam dalam drama, tapi hakikatnya rasa bersalah tu terasa sangat sangat di dada.

Yelah, aku berjaya sampai dapat kerja ni pun semua jasa mak ayah. Bukan aku besar besar macam tu je. Benda ni complex sebenarnya seolah olah kau nak tarik rambut dalam tepung.

Jadikan, korang ada suggestion tak macam mana, “nak tarik rambut tu tapi tak nak tepung berselerak juga”? Aku nak happykan dorang tapi bukan cara macam ni.

Tapi aku risau juga kalau aku tolak nanti dorang dah tak ikhlas nak terima pemberian aku yang lain. Pasal parents aku ni, aku faham mungkin dorang prefer “kebendaan” ni sebab masa kecil dorang orang susah. Jadi sekarang they really treasure it.

So tu jelah citernya. Hopefully korang boleh bagi suggestion and terima kasih sudi baca.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum, terima kasih jika confession ini disiarkan. Nama saya Sarah. Saya terbaca mengenai confession tentang sikap suami yang mana membuatkan isteri hiilang sabar. Ada sedikit sebanyak persamaan dengan saya.

Saya seorang yang berkerjaya, dan gaji saya lebih besar berbanding suami saya. Hampir sekali ganda. Kami sudah berkahwin hampir 15 tahun dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah InsyaAllah.

Awal perkahwinan kami bahagia seperti orang lain yang baru berkahwin. Tapi lama-kelamaan saya dapati dia culas bab solat dan langsung tidak pandai membaca al-Quran. Cuma hafal beberapa surah.

Pernah kami bergduh hanya kerana saya suruh dia solat dan dia buat tak tahu. Geramnya waktu tu. Apabila saya tinggi suara, dicampaknya remote tv tapi bukan pada saya. Saya menangis kerana terlalu geram.

Kalau depan keluarga saya pandai pulak dia solat. Tapi seingat saya beberapa tahun perkahwinan kami, saya tak pernah nampak dia solat Subuh. Hanya solat Maghrib sahaja dan kadang solat Isyak.

Pernah juga saya rasa nak minta crai sebab dia tak seperti suami dambaan saya yang romantik, yang boleh imamkan saya.

Tapi tak pernah terkeluar dari mulut ini. Hinggalah apabila kami mendapat anak yang pertama. Saya jadi makin cepat marah. Sikit-sikit kami bergduh walaupun tak teruk tapi waktu tu kami tak seperti orang yang berkasih sayang.

Pernah waktu solat Jumaat di kampung dia waktu tu, saya cakap pada suami kakak ipar (biras saya), ajaklah suami saya ke msjid sama-sama.

Biras saya kata, dah ajak tapi dia tak nak. Mengalir air mata saya. Biras saya sempat pesan, Sara kena kuat, kalau Sara tak kuat dia takkan berubah.

Saya mungkin tidak begitu menghormatinya mungkin kerana gaji saya lebih besar pada dia. Saya mampu berdikari, apa-apa yang saya buat tak perluukan bantuan dia.

Kereta dan rumah semuanya saya yang buat pinjaman bank kerana gaji saya lebih besar dan mudah buat pinjaman.

Namun kami berkongsi membayar. Disebabkan ini saya rasa saya patut tegur dia jika dia masih tak solat.

Sebenarnya suami saya baik, cuma dia culas bab solat dan tak romantik je. Maklum la orang perempuan kan selalunya nak suami yang romantik kan.

Suatu hari saya mesej seorang ustaz di facebook. Saya tanya macam mana cara saya nak nasihatkan dan nak ubah suami saya yang tak solat? Mudah sahaja jawapan ustaz tu.

Kata ustaz, kita tak ada hak nak ubah orang. Lagilah nak nasihatkan suami. Hati seorang suami tu dipegang oleh Allah, jadi mohonlah pada Dia. Biarlah Dia yang ubah suami awak, kata ustaz.

Sejak hari tu saya dah kurang suruh atau paksa suami solat. Saya hanya doa pada Allah minta Dia lembutkan hati suami.

Tapi, jangan ingat sekejap doa dia dah berubah. Kalau dua tiga kali doa dia dah berubah, senang la kan.

Bukan.. Kadang-kadang rasa putus asa juga, doa pun sama tak berubah. Kadang-kadang juga saya rasa malas dah nak suruh dia solat. Sehingga saya terdengar ceramah seorang ustazah.

Katanya nak ubah suami atau isteri, kita dulu yang kena berubah. Kalau suami rasa isterinya degil, susah nak dibentuk, suamilah yang kena ubah dirinya dulu. Isteri pun sama.

Jika rasa suaminya bermasalah, maka yang perlu berubah ialah isteri.

Sungguh, kata-kata ustazah tu membuatkan saya tersentak. Rupanya saya yang kena berubah dan bukannya paksa dia berubah. Termenung dengar ceramah ustazah tu. Terasa pulak banyaknya dosa saya.

Saya muhasabah diri. Walaupun saya sentiasa solat, mengaji, saya bukan orang yang lemah lembut dengan suami. Tapi saya nekad saya nak berubah.

Saya cuba ubah cara bercakap dengan suami, dulu saya eg0 kerana saya lebih berpangkat dari dia. Sedangkan dalam apa keadaan pun saya wajib hormat dia sebagai suami walau apapun kerjanya.

Saya cuba untuk lebih mengutamakan pendapatnya dalam apa-apa hal. Saya minta izin darinya jika saya nak buat sesuatu atau nak ke mana-mana.

Pendek kata saya lebih utamakan dia berbanding dulu. Jika dulu saya berdikari, sekarang saya akan bagi dia rasa yang saya sentiasa perluukan dia.

Kemudian perlahan-lahan saya nampak dia berubah, namun semuanya mengambil masa beberapa tahun juga.

Tapi dalam masa yang sama tetap saya nasihatkan dia secara tak langsung tentang solat. Saya cuba forward pada dia tentang azab jika orang tak solat, juga tazkirah-tazkirah pendek walaupun dia hanya membiarkannya blue tick sahaja.

Benda-benda ni bukannya dia tak tahu, saya sedar dia tahu. Tapi kadang-kadang kita perluukan orang ulang-ulang bagitahu kita supaya kita sedar.

Alhamdulillah makin lama makin dia terima. Lagipun anak-anak dah makin besar. Ibu ayah contoh pada anak-anak kan.

Kalau dulu saya nak jadi makmum dia tolak sebab dia kata dia tak yakin. Akhirnya kami sekeluarga sekarang sentiasa solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Pertama kali kami berjemaah, saya solat di belakang dengan linangan air mata. Saya sungguh bersyukur kerana kami sekarang lebih bahagia. Walaupun kami tidak hidup mewah tapi kami ada semuanya. Dan saya nampak dia dah tak tinggal solat. Alhamdulillah..

Mungkin itulah perkongsian saya. Apa yang saya nak sampaikan, orang lelaki ada eg0nya sendiri. Kita sebagai isteri perlu hormat suami dan sebaliknya.

Selagi tidak melewati batas-batas agama, taatlah pada suami. Rumah tangga mana yang tidak dilanda badai, suami isteri mana yang tidak bergduh, lidah mana yang tidak tergigit.

Kedua-dua pihak perlu ada sikap tolak ansur dan saling menghormati. Saya juga doakan para isteri yang diuji dengan sikap suami sebegini, bersabarlah kerana InsyaAllah suatu hari nanti ada manisnya.

Saya nak selitkan sedikit pesanan daripada Ustazah Asma Harun, jika anak-anak kita mencabar kesabaran kita, elakkanlah daripada marah atau puukul.

Bacalah ‘Innalillahiwainnailaihirojiun..’ di depannya. Kerana itu ujian bagi kita. Semuanya daripada Allah. Bukan anak saja, kalau suami pun boleh. Hehe.

Maafkan saya jika ada salah dan silap dalam penulisan ini. Yang baik itu semuanya dari Allah. Terima kasih.