Setelah ak jadi anak y4tim, harta smua adik bradik abah ambil trmasuk lah rumah kami. Tp keajaiban brlaku lps abg mak ambil kami

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Saya ingin minta pendapat semua.

Arwh suami saya baru sahaja pergi 2 minggu lepas. Suami saya anak kedua. Yang sulung kakak dan no 3 adik perempuan. Saya adalah satu2 menantu perempuan dalam keluarga tu.

Lepas suami saya pergi adik dan kakak sulung minta saya pulang kan barang kemas arwh ibu mereka. Ibu mertua saya pun sudah pergi 3 tahun lepas.

Sebelum ibu mertua pergi, ibu ada pesan yang brang kemas milik ibu semua adalah hak milik suami saya sebab suami yang tebus di pajak gadai. Total hampir 6k waktu tu.

Ibu beri segala barang kemas dia masa dia saakit. Memang barang kemas ibu masih ada dalam simpanan saya. Total gram hampir 55 gram. 2 bentuk cincin, gelang, rantai dan loket.

Lepas arwh ibu pergi mereka langsung tak ade ungkit bab emas ni sebab suami saya masih hidup lagi. Tapi bila suami saya tiada. Mereka minta saya pulang kan brang kemas tu semula.

Dia kata saya tak ade hak, kenapa la mase arwh suami ada mereka tak berani pula nak minta masa arwh ibu pergi. Saya ada bincang dengan kak long. Jika nak semula barang kemas arwh ibu.

Saya minta semula duit yang arwh suami saya tebus rm6k. Dan saya akan pulang segala barang kemas ibu. Tapi mereka maaki saya macam2 pula.

Cakap itu memang hak mereka sebab suami saya dah tiada. patut ke saya pulang kan semula brang emas ibu tu. Mohon bagi pendapat, terima kasih.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Namaku Ilya. Asal Perak. Aku anak sulung dari 5 beradik. Mak aku surirumah. Abah kerja company swasta. Hidup kami bahagia sehinggalah umur aku 9 tahun.

Abah disahkan mngal dunia akibat jntung. Kami hiilang tempat bergantung. Mak aku tak kerja, time tu aku baru DARJAH TIGA, dan adik bongsu aku baru umur setahun lebih.

Jadi, di sinilah erti hidup bermula. Semua pakcik makcik aku sebelah abah terus tak hiraukan kami. Mereka ambil rumah yg kami diami tu, termasuklah kereta arwh abah.

Dulu ketika abah masih hidup, kami semua rapat sangat-sangat, sehinggalah abah mngal, mak pun tak sangka mereka sanggup buat macam tu pada kami.

Kebetulan, abah menggal secara tiba-tiba, tanpa mngalkan sebarang wasiat, dan untuk pengetahuan pembaca semua, duit KWSP arwh abah aku pun hampir mereka sapu (sebab abah aku tak letak penama)

end up, lepas campur tangan abg mak aku, barulah kami dapat apa yg sewajarnya dapat (walaupun sikit, kami tetap dapat)

Sejak dari itu, abg mak aku iaitu paklong aku, terus bawak kami anak-beranak balik tinggal di kampung asal mak aku, di Kedah. Paklong dan maklong yg sediakan makan pakai kami.

Mereka yg menjaga kami sejak arwaah abah mngal, dari kecil sehingga sekarang, umur aku dah 26 tahun, dan adik bongsu aku dah 18 tahun. Pakcik makcik sebelah arwh abah? Langsung tak hiraukan kami.

Paklong dan maklong aku kerja kerajaan. Mempunyai anak 3 org. Tapi, mereka jaga aku dan adik-adik aku macam anak mereka sendiri. Mereka jaga kami yg anak yatim ni. Pergi sekolah, mereka yg hulurkan duit.

Makan pakai mereka yg sediakan. Paklong aku siap bina satu rumah sebelah rumah nenek supaya mudah dia nak jaga kami. Duduk dekat-dekat senang katanya.

Maklong aku langsung tak bantah bila suami dia dahuluukan kami. Malah dia support suami dia utk jaga kami. Anak-anak Paklong aku pun baik sangat-sangat.

Pernah adik kedua aku cerita, ketika mereka di sekolah, duit makan adik aku hiilang, jadi anak Paklong aku yg hulur duit kat adik aku utk makan (masa tu aku dah naik sekolah menengah, mereka masih di sekolah rendah).

Serius aku cakap, family Paklong aku sangat-sangat baik, dari bapak sehinggalah ke anak bongsu, semua baik.

Mereka membela anak yatim. Dari aku sekolah rendah, sampai sekarang aku dah kerja, Paklong and Paklong aku tetap ambil berat pasal aku. Aku sambung Diploma, Degree dan Master, semuanya guna duit Paklong Paklong aku.

Dia langsung tak berkira kalau bab pelajaran. Adik-adik aku masuk universiti pun, dia yg tanggung.

Mak aku? Mak aku ada. Bukan dia tak kerja. Dia pun kerja sebagai penoreh getah. Mak aku pun sara kami. Tapi banyak yg Paklong and Paklong aku topup bagi pihak mak.

Mak aku beruntung dapat abg dan kakak ipar yg sangat baik (langsung tak berkira dgn anak yatim).

Dan skrg, Alhamdulillah, lepas aku habis pengajian Master, aku terus dapat kerja dan sekarang aku pulak yg sara adik-adik aku. Aku dah boleh balas jasa Paklong and Paklong aku sikit-sikit.

Nak tahu apa yg Paklong and Paklong aku dapat sejak dia membela anak yatim? Allah maha Kaya, rezeki mereka melimpah ruah. Naik pangkat sangat mudah, dan anak-anak mereka pun sangat berjaya sekarang.

Dan sekarang, paklong dan maklong aku telah pun bergelar Datuk Seri, diatas segala pengorbanan dan contribution mereka ke atas negera, mereka dapat pangkat dunia, dan diatas semua pengorbanan mereka ke atas anak yatim,

Allah naikkan darjat mereka, semua org menghormati mereka tanpa ada yg mencela, sehingga satu saat aku pernah ke kawasan pedalaman di Kedah,

aku pernah dengar org kampung memuji Paklong aku atas keprihatinan beliau ke atas rakyat, Allahuakhbar,

aku sangat bangga walaupun org kampung tu tak kenal pun aku sebenarnya anak saudara kpd Paklong aku.

Paklong and Maklong aku bukak account ASBloanfinancing dekat kami lima beradik. Tahun pertama, mereka bayar.

Tahun kedua, kami sendiri bayar guna dividen. Ada ka manusia yg sebaik Paklong Maklong aku di dunia ini?

Bayangkan kalau seorang buat loan 100k, lima org dah berapa k kena bayar utk tahun pertama? Itu belum masuk ASB anak-anak mereka lagi. Allahuakhabar.

Betapa mulianya mereka. Aku masih ingat, ketika aku nak sambung Master dia Shah Alam, aku kena cari rumah sewa.

Masa registration, Paklong and Maklong aku yg hantar aku, dia jejak ja dalam rumah sewa tu, dia terus tak berkenan.

Sebab apa? Sebab rumah tu dekat tingkat 11. Lift pun ada 3 jer, itu pun satu dah rosak. Plus ramai foreigners dekat flat tu.

Safety memang zero. End up, Paklong aku call kawan dia, mintak tolong cari rumah sewa lain, and Alhamdulillah, aku dapat rumah sewa baru.

Fully furnished, ground floor lagi, sewa mahal sikit la. Tapi Paklong and Maklong aku terus tulis cheque RM10, 000 utk owner tu, lepastu cakap “Kakak belajaq ja, tak payah pikiaq pasal rumah, abah dah settle).

Aku panggil Paklong and Maklong aku : abah and mama – Allah, mulianya hati mereka. Patutlah rezeki limpah ruah. Langsung tak berkira dgn kami anak yatim.

So, kepada pembaca semua. Bantulah mereka yg susah especially anak yatim. Allah akan naikkah darjat anda. Paklong and Maklong aku dulu bukan org senang.

Tapi semenjak mereka menyara kami adik beradik dari tahun 2001, sampailah sekarang, tahun 2018, pelbagai anugerah yg mereka peroleh,

rezeki tak henti-henti, dtg bergolek, dan Alhamdulillah, mereka still humble, down to earth, tak riak dan masih menjadi idola utk aku dan adik-adik.

Buat Paklong dan Maklong, nama kalian sentiasa yg teratas dalam doa kakak dan adik-adik. Syurga buat kalian. Kakak, adik-adik dan mak sayang abah dan mama dunia akhirat.