Isteri anak lapar kt rmh xde beras suami buat xtahu je tapi bila perempuan tu minta suami belikan sesuatu laju je beli.Paling sedih saya kenal perempuan tu.

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalamualaikum admin mohon hide nama saya ye. Saya dalam dilema sekarang apa nak buat bila suami ada hubungan dengan isteri orang. Siap bersayang2 semua.

Bila dah kntoi pandai minta maaf. Dengan perempuan tu bila cakap kat rumah tak de barang terus pergi kedai belikan apa yang tak ade.

Tapi isteri sendiri minta tolong belikan beras untuk anak2 makan buat tak tahu. Paling sedih saya kenal perempuan tu.

Dia dah bersuami tapi sibuk menjaja cerita hal suaminya kat mana2 lelaki yang dia jumpa siap cakap suami dia macam tu suami dia macam ni. Senang cerita semua keburukan suami dia la.

Suami janji tak kan berwasap lagi. Tapi dia masih buat jugak. Perempuan tu pun sama masih melayan. Saya dah wrning banyak kali tapi tetap jugak melayan. Kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi.

Perluukah saya jumpa dan cerita pada suami perempuan ni tentang hal ni? Dan ajak mereka bersemuka. Paling menyakitkan hati suami dan perempuan ni bl0ck wasap saya.

Bila kantoi suami dan perempuan ni akan bl0ck sesama sndiri. Lepas tu mereka buka semula bl0cknya untuk berwasap. Saya memang rasa dah tak tahan sebenarnya umpama saya tak de function dalam rumah sndiri.

Suami langsung tak boleh tinggal hp. Sanggup tinggalkan solat asal bukan tinggalkan hp. Bab solat saya memang tak akan tegur dah sebab kalau tegur tapi diri sndiri tak nak buat tak guna jugak.

Yang saya mampu berdia agar Allah bukakan hati dia untuk solat. Saya pernah bagitau dia seandainya dia tak nak perbaiki solat dia tunggu la masa keruntuhan rumahtangga kami.

Kesian kat anak2. Setiap waktu tanya kenapa papa tak solat dengan kita. Dan paling saya malu bila blik rumah keluarga sebelah saya.

Bila keluarga tanya kat rumah solat tak? Solat dengan siapa. Anak2 akan jawab dengan mama je. Papa tak solat pun. budak2 tak pndai mmbohong. Kalau dulu boleh la saya cover sekarang dah tak ade peluang nak cover dia dah.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Selama ni saya cuma pembaca tetapi kali ini konflik yang saya alami sangat membuatkan saya rasa saya perlu nasihat dan pandangan. Perkara ini tidak pernah saya ceritakan pada sesiapa selama ini.

Saya seorang perempuan bujang yang telah memasuki usia angka 3. Selama ini saya adalah perempuan yang sangat bencikan perempuan permpas suami orang/pengganggu rumahtangga orang. Justeru suami orang memang bukan dalam list calon suami yang mahukan. Namun kali ini saya diuji.

Semuanya bermula apabila salah seorang lelaki teman sekerja saya yang berstatus suami orang dan bapa kepada 5 orang anak selalu chat menunjukkan sifat prihatinnya terhadap saya.

Sebelum ini chat kami hanyalah atas urusan kerja. Saya tiada teman istimewa dan saya mula dibuai rasa senang apabila ada seseorang yang prihatin terhadap saya.

Selama ini saya layan dia sama dengan cara saya melayan teman sekerja lelaki yang lain. Saya bergurau, saya senyum tanpa langsung ada perasaan lebih dari teman sekerja.

Chat mesra itu terjadi selama lebih kurang seminggu lebih sehingga akhirnya saya bertnya kepadanya kalaulah isterinya membaca semua ini mesti dia marah dan kecewa.

Dan pada hari itulah dia berterus terang bahawa dia telah lama jatuh hati dengan saya sejak saya mula bekerja di bangunan yang sama kira-kira 3 tahun lalu.

Saya rasa bersalah dengan isterinya lalu saya menasihatinya. Dia memberitahu bahawa isterinya juga pernah ada hubungan dengan lelaki lain yang berstatus suami orang kira-kira 4 tahun lalu. Dua kali isterinya tertangkap ada hubungan dengan lelaki itu melalui whatsapp sehingga isteri lelaki itu sendiri menghubunginya.

Selepas itu menurutnya hubungan itu tamat namun dia sendiri tidak pasti kerana dia tidak mahu menyelidiki lagi perihal hubungan isterinya dengan lelaki lain.

Dia tidak mahu rasa skit lagi. Saya percaya dengan kata-katanya kerana selama saya kenal dia, dia bukan jenis penipu.

Walaubagaimanapun saya masih meragui cintanya sehingga kami bercakap secara berdepan dan saya tahu dia betul-betul cintakan saya dan ingin memiliki saya.

Perasaan saya padanya makin kuat sejak itu. Tapi pada masa yang sama dia masih mencintai isterinya dan enggan melepaskannya.

Saya juga tidak mahu mereka bercrai kerana saya dan juga tidak mahu bermadu. Maka saya mengatakan bahawa hubungan kami tiada masa depan dan akan berakhir bila saya jatuh hati pada lelaki lain.

Beberapa hari selepas itu rasa bersalah saya masih menebal sehingga saya memutuskan hubungan itu. Rupanya perbualan panjang kami itu telah dibaca oleh isterinya. Dia sangat sedih dan kecewa kerana selama ini dia begitu percayakan suaminya.

Saya meminta maaf kepadanya. Dia tidak begitu menyalahkan saya tetapi lebih menyalahkan suaminya. Mungkin dia faham situasi itu kerana dia juga pernah berada di tempat saya.

Saya telah berjanji tidak akan mengganggu suaminya lagi. Tetapi kerana perasaan cinta itu telah pun ada dalam hati saya dan kami kerap bertemu di tempat kerja hubungan itu hidup semula.

Saya masih dibelenggu rasa bersalah tapi pada masa yang sama saya cintakan dia. Dia memiliki ciri-ciri lelaki yang saya idamkan selama ini. Jadi saya minta dia periksa telefon isterinya dan siasat jika dia masih ada hubungan dengan lelaki lain.

Dia ada memeriksa hp isterinya tetapi belum secara menyeluruh kerana isterinya selalu menggunakan hp itu. Belum ada tanda dia ada hubungan dengan lelaki lain.

Itu saja yang memberi harapan untuk saya bersama dengannya kerana katanya jika isterinya masih ada hubungan dengan lelaki lain maka dia akan lepaskannya.

Tapi saya tahu harapan itu tipis kerana isterinya seakan tiada lelaki lain. Dia semacam berusaha menambat kembali hati suaminya. Dia juga sangat kerap memeriksa telefon suaminya.

Sekarang saya buntu. Saya ingin mengakhiri hubungan ini tapi saya sayangkannya. Saya tidak mahu hubungan mereka berakhir kerana saya dan saya tidak rela bermadu.

Untuk menunggu mereka berpisah kerana isterinya crang itu saya tidak pasti bila dan adakah isterinya akan cuurang lagi atau tidak saya tidak pasti. Saya mohon nasihat daripada pembaca sekalian. Terima kasih.