Foto sekadar hiasan. Baca perlahan2 semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam min. Maaf saya type balik ya. Tolong hide profile saya ya min.
Terima kasih min dan maaf cerita saya agak panjang. Saya dah berkahwin 4 tahun dan ada seorang anak perempuan umur 7 bulan.
Suami saya seorang yang pnas bran tapi dia tak pernah lokek tentang duit dan lepas dia dah mrah2 dah pkul maaki saya dia akan mintak maaf dan pujuk saya.
Masa bertunang saya diuji suami saya bersama dengan perempuan lain dan dia jujur masa to kami lagi 2minggu nak kahwin dan kad semua dah edar jadi saya tak ada pilihan.
Saya tak nak maluukan keluarga sebab dia pilihan saya sendiri (umur kami baru 20) dan lagi satu suami saya dari keluarga yang tak sempurna sebb mak ayah dia dh crai jadi saya kesian kan dia kalau saya tak ada macam mana hidup dia sebab dia tak ada sesiap.
Jadi saya maafkan dia dan teruskan dengan perkahwinan kami. Lepas kahwin kami diuji hidup susah smpai kan pernah ada seringit je dalam wallet tapi saya tetap sabar dan tetap dengan dia sampai sekarang alhamdullilah hidup kami maakin senang.
Tapi baru2 ni suami saya kantoi cuurang dengan saya dia jujur cerita dia cakap perempuan tu goda dia dan dia layan perempuan tu dan mereka ada hubungan dah sebulan lebih.
Suami jujur dia dah bersama dengan perempuan to 3-4 kali. Suami ckp dia layan perempuan tu sebab marahkan saya sebab saya tak layan suami masa tu seminggu saya tak bersama dengan dia dan pada masa yang sama perempuan tu tetiba luah perasaan cakap yang suami perempuan tu dah lama tak sentuh dia.
Perempuan to ckp dia dah lama sukakan suami saya (perempuan tu bini orang dan lagi tua dari suami saya) saya mengaku salah saya sebab tak layan untuk bersama dengan suami saya masa seminggu.
Tu sebab saya macam dah betul2 tawar hati sebab dia selalu maaki pkul saya tapi untuk berpisah saya macam tak sampai hati sebab kenangkan dia tak ada sesiapa dah lagi sekarang kami dah ada anak.
Paling sedih masa saya mengandung pon dia tetap pkul dan saya pernah kena baling dengan kunci dan saya kena pkul masa tengah susukan anak susu badan.
Dalam pantang dan masa malam kenduri tahlil arwh ayah saya pon dia pkul saya. Sebabtu saya rasa stress sgt sebab selama ni saya tak pernah kongsi dengan sesiapa pon termasuk keluarga atau kawan2 semuanya saya pendam sendiri sebab saya tak nak buka aib suami.
Lepas suami jujur pada saya saya pandang anak saya saya pluk anak saya untuk cari kekuatan. Suami mintak maaf dekat saya dia cakap dia dh putuskan hubungan dengan perempuan to.
Dia cakap dia tak akan ulang lagi benda tu. Dia ckp kalau saya layan dia mesti tak akan jadi benda to semua. dia buat saya ikut sama rasa salah walaupon sekarang salah tu dia yang buat.
Walaupun saya terima dia tapi hati saya rasa kosong cuma saya terima dia sebab ANAK. Sebab ank saya mmg manja dengan suami saya dan saya tak nak anak saya mmbesar macam dia tanpa ibu ayah yang sempurna sebab saya tahu mcm mana hidup dia.
Sekarang hidup saya tak tenang saya selalu akan terbayang perbuatan dia dengan perempuan tu. saya taktahu perlu buat apa.
Kalau saya berpisah saya takut saya tak mampu besarkan anak saya dan paling saya taknak anak saya yang jadi mngsa sebabkan salah mak ayah dia patut ke saya saya salahkan diri saya punca sebab benda ni jadi?
betul ke keputusan saya teruskan perkahwinan ni hanya sebab anak dan sebab saya kesiankan dia yang tak ada sesiapa ? dan kalau ada single mom yang baik hati boleh kongsikan apa cabarran paling berat kalau bergelar single mom ni.. terima kasih admin.
Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan menyakitkan hati pembaca, baca perkongsian di bawah
Thanks admin kalau sudi post confession ni. Aku ni bkn jenis share masalah aku dgn org. Aku lebih suka pendam and aku lebih suka luahkan perasaan dlm bentuk tulisan.
Aku just nak cerita masalah aku tanpa sesiapa tahu siapa aku. Akak aku wasap aku ckp dia nak share something dengan aku. Aku waktu tu dah fikir mcm2. Dia ckp aku satu2nya adik yg dia percaya.
Aku terus menangis sbb aku rasa mmg kali ni masalah dia berat. Then, dia ckp husband dia ada perempuan lain. Sebelum ni aku selalu baca cerita org lain je dan kali ni jadi kat family aku sendiri ???.
Aku sruh dia slowtalk dgn husband dia atau mungkin juga dengan perempuan tu. Bincang elok2. Aku kalau boleh taknak la akak aku sampai pergi seraang tarik2 rambut ke apa ke mcm drama2 tu.
Aku kesian kat akak aku, kenapa la husband dia nak buat mcm tu. Tak hargai langsung akak aku ni. Padahal masa dia susah, akak aku la yang banyak tolong.
Kalau nak ikutkan, akak aku banyak keluarkan duit utk rumahtangga dia. Dia sampai pernah gadaikan brang kemas yg mak ayah aku belikan utk dia.
Aku tak faham kenapa perempuan tu melayan abg ipar aku tu padahal tahu je yg tu laki org. Serious tak faham. Abg ipar aku ni pun satu, miang jugak.
Yang tak boleh blahnya, siap wasap bersayang-sayang lagi tu. Hantar gambar yg bukan2 pastu hantar ayat yg menghampiri lucah(bagi aku agak lucah la juga). Siap ada k1ss2 bagai.
Tak faham apa yang orang laki ni nak sebenarnya. Benda2 mcm ni sebenarnya buatkan aku takut nak kahwin. Even kawan lelaki pun aku takde sgt sbb aku takut dikecewakan.
Dulu dorang pun ada je masalah tapi dia tak pernah lagi la cerita kat aku. Mungkin masa tu masalahnya tak cukup besar lagi. Dulu aku pernah terfikir, kalau dorang bercrai pun, aku sokong je.
Aku ada, aku boleh tolong akak aku. Aku sanggup bagi duit aku (bila dah keje nnti) utk sara anak2 dia. Aku tak kisah pun kalau tak kahwin asalkan akak aku ni happy dan tak sedih.
Bila akak aku sedih, aku pun sedih sama. Mungkin lagi sedih dari dia sbb aku syg sangat kat akak aku ni. Tapi, takde la aku ckp kat dia suruh dia bercrai ke apa.
Aku fikir lagi pasal anak2 dia apa semua tu lagi. Dan aku pun dah cuba yang terbaik utk nasihatkan akak aku tapi yelah. Aku tak berada kat tmpat dia so aku nasihat sekadar yang mampu.
Aku taktau nak comfort dia dgn ayat yang mcm mana lagi. Maybe korang ada nasihat yang lebih baik utk aku bagi kat akak aku ni. Hmm, thankyou sudi baca