Sy isteri ke 2, time nk bt buku pink, suami suruh ngaku anak ni ank laki lain sbb dia sorokkn pkhwinan kami.Saya terpaksa aku sebab syarat dari madu

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Maaf kalau posting saya ni membuat kecaaman orang lain. Saya tahu ni semua salah berpunca dari saya sendiri. Saya buat keputusan terburu buru. Dulu ikutkan drah muda. Saya cuma buntu dan sangat2 tertekan.

Saya tak tau nak mulakan dari mana. Saya rasa macam separuh nak gilaa. Tapi pikirkan Allah masih ada dan saya bergantung harap dengan nya. Saya isteri ke 2. Dah sudah berkawen 6 tahun dengan suami saya. Saya kawen sejak umur 18 tahun dan sekarang saya sudah umur 24 tahun.

Keluarga saya semua dah tau saya kawen di sana. Mereka tak pernah membenci saya walaupun saya sudah buat keputusan membelangkagi diorang.

Cuma nya lepas saya kawen saya terus duduk dengan suami saya. Jauh dari ibu bapa saya sendiri. Dan sepanjang 5 tahun perkahwinan saya makan hati.

Isteri pertama tau pasal kami cumanya dia suruh saya sorok kan dari orang lain macam kawan2 suami dan sedara mara suami. Dia tak mau sapa2 tau suami saya kawen dua. Suami setuju keputusan isteri pertama. Dan saya sedar saya permpas jadi saya kena setuju.

Isteri pertama dah bagi tau jangan ada anak buat masa terdekat dan sepajang 5 tahun kami merancang untuk tak dak zuriat tapi Allah maha mengetahui saya tak tau mcm mana masuk 6 tahun perkhwinan kami saya di sahkan pregnant.

Hujung bulan 12.2019. Sejak tu suami saya berubah sikap dia selalu marah2 saya dan bila saya ajak pergi bukak buku pink dia tak mau sebab alasan dia tak mau orang tau dia kawen dua.

Sepanjang 6 tahun kami tak daftar sebab suami kami tunggu isteri pertama btoi2 redha baru dia daftar saya. Bila jadi isu mcm ni saya mula2 tak tau nak jawab apa dengan nurse.

Dan akhir nyaa saya mengaku sejujur nya saya isteri ke dua tak dak surat nikah sini. Tapi surat nikah siam suami saya pegang. Saya nak bagi bukti kampung diorang tak boleh sebab suami tak pernah bagi saya pegang sendiri.

Bila saya mintak nak tunjuk kt nurse. Dia tak mau bagi. Alasan dia tak mau orang tahu. Dia suruh saya mengaku anak ni anak luar nikah. Dan lelaki tu tak mau bertanggungjawab.

Hanya Allah saja yg tahu apa perasan saya masa tuu. Ya Allah demi Allah saya kawen sah di siam. Saya pergi mkamah sana angkat nikah sah. Tapi bila jadi mcm ni gamak suami saya suruh saya mengaku tu anak luar nikah dan lelaki tu tak mau bertanggungjawab.

Dia kata dia tak mau orang tau dia kawen dua sebb tuu janji dia dengan isteri pertama. Sekarang ni saya betul2 buntu. Sejak pkp suami saya tak balik rumah. Sebab dia bagi tau terkandas.

Saya faham tapi sekarang dah boleh rentas negeri dia bagi alasan duit tak dak. Untuk pengetahuan semua duit dalam acc saya dah tak dak sejak pkp bisnes suami saya merosot.

Saya gadaikan dulu gelang dan rantai saya untuk tranferkan kt suami saya. Dia ckap nk guna naikn balik bisnes saya. Duit dlm acc saya abis saya guna untuk perbelanjaan hari2 dan persiapan anak. Suami saya satu sen xbagi sebb dia kata perniagaan dia merosot.

Seminggu lepas kami bergadoh teruk sebab dia bagi alasan tak boleh balik. Sedangkan due saya dah nk dekat. Due awal bulan 7. Saya risauu takot2 saya terberanak awal tak dak sapa tolong saya.

Dia mrah terok malam tu dan dia cakap kau dan anak kau menyusahkan hidup aku ja. Kau berambus dari rumah tuu bawa anak kau sekali. Ya Allah hanya allah je tau apa perasan saya.

Tuan rumah pun ada chat saya suruh keluar rumah sebab suami saya dah tak bayar duit sewa rumah 2 bulan. Dan suami saya cakap yang dia dah tak mau duduk rumah ni. Sedangkan rumah ni saya yang duduk dengan anak dalam perut ni.

Saya sayangkan anak ni. Dia lah satu2 penyeri hidup saya. Saya tak tau nk duduk mana tambah due dh nk dekat. Nk balik rumah mak ayah saya. Saya dh lama tak balik sana tak kan saya nk balik sana menyusahkan diorang lagi.

Cukuplah saya dh bagi sensara kat diorang selamaa ni. Saya buntu saya stress tak tahu nk pergi mana. Suami saya dan isteri pertama sebelum ni tak bl0ck saya. Tapi sekarang dua2 bl0ck saya.

Dan suami saya last hantar wasap suruh saya keluar dan jangan cari dia lagi jangan maluukan dia mengaku yang saya ni megandungkan anak dia. Saya betul2 buntu.