Ak dah lama kawin tp takde anak. Nak ambil anak angkat dari jnda cantik. Tak sgka suami sangkut dgn jnda tu plk

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Saya dulu pernah post tentang beli cincin sebab suami nak blanja awek baju raya.

Dalam komen ada terbaca yang kata saya ni boleh hadapi situasi dgn tenang sbb mngkin sblm ni dah pcah telefon suami agaknya. Ya betul. Telefon dah 4 biji pecah sepanjang tempoh bersama.

Last skali 2 tahun lepas saya pecahkan telefon saya sendiri bila suami balik keje tengok dah berderai saya mintak dia beli baru walau pun jenis lain, alhamdulillah dapat jugak phone baru sebab yang lama bateri dah tak ok.

Kenapa saya bertahan walau dah banyak kali kantoi dah banyak kali juga telefon pecah? Sebab suami saya tak pernah tinggi suara apatah lagi naik tangan.

Seorang yang mudah menolong, hormat ibu bapa dan tak kedekut bila ada duit lebih. Cuma penyaakit nak kena ada orang lain sahaja yang traagis.

Dalam banyak2 pengalaman tu ada 2 skandal yang paling saya tak boleh lupa. Saya ceritakan yang pertama yang plg saakit bg saya.

Saya dah kahwin 10 tahun tp tiada anak. 7 tahun yang lalu, kami pvtuskan untuk ambil seorang anak angkat perempuan dari seorang janda anak 3 (termasuk anak angkat saya). Janda tu muda lagi dari saya n cantik orangnya.

Nak dijadikan cerita saya usaha nak bagi susu badan pada anak ni. Siang malam usaha makan piil dan ambil sntikan hrmon semua bagai. Tapi sebaliknya suami main cinta plak dengan janda ni.

Memang masa tu saya rasa down sangat2. Kekurangan diri menjadikan saya putus semangat. Ditambah lagi saya dihiina mandul, meroyan dari janda tu.

Satu ayat dia yang saya terasa sangat ‘apa2 pun budak tu anak saya jadi laki akan pg pada saya, saya lebih berhak sebab akak takkan berjaya susukan baby tu’.

Allah… dugaan sungguh. saya sanggup berhabis duit bayar bil dia bersalin di hspital swasta tapi ini balasannya. Saya tak salahkan dia sepenuhnya, tapi suami saya yang sebenarnya kjam.

Memang masa tu saya rasa macam hiilang punca hiilang segalanya. Saya pandang wajah baby tu, saya nangis siang malam. Pg keje nangis balik keje nangis.

Ada masa pg keje jalan pun nampak samar2 bila air mata asyik mengalir, alih2 saya pusing pg klinik saya ambik mc. perasaan menyesal tu timbul. saya rasa seolah2 baby itulah punca segalanya2nya.

Mujur saya ni masih waras lgi. Bertambah skit hati bila suami bg belanja kat janda tu konon nak bg makan anak2 dia yang 2 orang lagi kat umah.

Sebelum saya tahu hal ni memang saya banyak bantu suami. Barang dapur banyaknya saya. Bil2 umah saya yang bayar. Suami bayar umah dan beberapa keperluan lain.

Pada masa ni saya ingat lagi suami selalu tak cukup duit. Andai kata pergi berbelanja sayalah yang akan bayar. Rupanya duit guna bg nafkah orang lain. Skitnya hati Allah je tahu….

Pada masa ini memang bergduh besar dan telefon suami pecah berderai. Suami melutut di kaki saya untuk minta maaf dan mintak diberikan peluang.

Saya bg pilihan pd suami, antara saya dengan janda tu. Kalau nak janda tu pegilah, bawak skali anak ni. Saya boleh terima kenyataan walaupun hakikatnya kecewa yang amat dalam.

Namun suami janji akan putvskan hubungan dengan janda tersebut. Tapi sejak itu, saya takkan pernah untuk bg kepercayaan sepenuhnya pada suami.

Saya mula rasa curiga dan perasaan ingin tahu tu membuak2. Saya mula siasat dan siasat lagi, rupanya sebelum ini memang suami ada hubungan dengan janda lain.

Yang ini pun sama trg2 tahu suami orang tapi melayan jugak siang malam. Bila saya tanya janda tu, jawapan dia mudah ja, saja kawan2 tapi panggil sayang abang.

Sejak k3s suami dgn mak anak angkat saya, saya nekad berubah mementingkan diri lebih dari segalanya, saya pun berubah jadi kedekut, duit gaji saya hanya untuk diri saya sendiri.

Ada lebih saya bagi pada mak ayah saya. Malah, saya sambg blajar pun saya mintak suami untuk byar yuran semua.

Segala perbelanjaan rumah saya tak bayar dah sekarang. Saya cuma bayar kereta sendiri dgn yuran tadika anak. Yang lain saya buat taktau. Bukan sekelip mata, tapi secara berperingkat2.

Mest ada yang tanya kenapa masih bertahan dah tahu hati tu skit? Sebab saya tengah kumpul harta skrg. Tgh beli emas sikit2 dan bayar ansuran rumah sendiri.

Sementara gaji takusik untuk belanja rumah. Sebagai backup. Lagipun hati ni dah terbiasa. Masih ada sisi baik suami yang perlu saya lihat untuk terus brtahan.. takkisahla apa yang jadi suatu hari nanti.

Andai kata suami berubah alhamdulillah.. andai kata suami tak berubah saya dah ada tempat untuk berteduh dgn anak angkat saya.

Anak angkat saya pun saya tak pernah abaikan, saya didik sebaik yang mungkin. Andai kata suatu hari nanti dia kembali pd ibu kandungnya, saya harus redha.

Saya tiada hak untuk menghalang, sekurang-kurangnya saya dah bentuk dia menjadi seoarng insan yang berguna.

Dalam hadapi semua dugaan ini saya cuma berpegang pada prinsip, walau apa jua masalah dalam rumahtangga jangan libatkan ahli keluarga yang lain terutama mak dan ayah.

Saya boleh agak sekiranya ahli keluarga tahu sudah pasti masing2 akan pertahankan drah daging sendiri. Biarla kita hadapi sendiri. Andai kata dah tak boleh tahan cerita pada rakan yang btl2 boleh dipercayai.

Atau plg baik pgla kaunseling. Usah ditayang pada media social.. kena tanam dalam diri tak semua orang suka dan mendoakan kebahagian kita.

Sekali menipu selamanya akan menipu. kata2 ni sememangnya betul.. jadi bijakla wahai k4um hawa. ambilla peluang yang ada.. jangan mudah mengalah.