Suami terlalu pentingkan kerja sehingga aku terasa kesunyiaan. Aku nak anak tapi aku takut. Aku rasa kosong, rasa nak single balik pun ada

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, nama aku Erin, sudah setahun lebih berkahwin. Suami aku Alif, bekerja sebagai seorang engineer di sebuah firm engineering. Alif memang dari kecik lagi nak jadi engineer, belajar pun pandai so jadi la engineer.

Sebelum kahwin aku dah tau Alif memang busy nak mampus dengan kerja and fully 99.9% gilaa kerja dan sangat komited.

Sebelum kahwin pun dah banyak isu isu merajuk sebab aku rasa terabai. Alif dari segi kewangan memang dah cukup sangat nak kahwin so dia pun tak tahan aku asyik merajuk, dia ajak aku kahwin.

Aku pun okay je la sebab dah lama bercinta. Aku pulak seorang yang bekerja tetap, bertenaga dan sangat berdikari.

Aku tak reti meminta minta sebab aku biasa buat everything sendiri. Alif sibuk, aku pulak berdikari, so masing masing buat hal sendiri.

Aku terlalu sibuk menguruskan rumah sorang sorang. Alif sangat particular bab kebersihan so memang rumah kena tiptop.

Aku hari hari balik kerja mesti akan vacuum rumah, cuci toilet sikit sikit, basuh atau lipat baju and kemas dapur atau rumah. Aku balik awal dari Alif so aku akan masak dan terus kemas dapur.

Alif biasa balik waktu Isyak paling awal and jarang makan waktu kerja sebab waktu lunch hour pun dia tak lunch, dia lagi suka kerja.

So aku lepas balik kerja terus kelam kabut masak and kemas dapur sebab Alif tak suka sepah sepah.

Lepas makan Alif selalunya terlampau penat dan terus tidur sebab esoknya dia akan bangun awal untuk sambung buat kerja kat rumah sebelum gerak pergi office selepas subuh.

Aku pula bekerja shift, kadang kadang seminggu rasa tak bertegur dengan Alif sebab jadual kerja kami.

Pada hujung minggu pula, jika aku tak bekerja, aku akan duduk rumah tengok Alif berkerja. Dia stop jap untuk mandi, makan, dan solat.

Begitulah hubungan kami suami isteri. Aku sangat sunyi dan penat. Aku juga bekerja tapi gajiku tidak setinggi Alif dan pekerjaan aku tak se-gah Alif.

Setiap kali aku suarakan isu ni, Alif akan cakap, “Kerja kita tak sama, awak kena faham”. Aku cuba fahamkan tapi aku semakin sunyi.

Aku juga mahukan anak tapi aku takut untuk ada anak dengan cara kehidupan sebegini. Aku hampir melakukan semuanya berseorangan. Mampukah aku jaga anak sorang sorang nanti?

Pada awalnya kami memang merancang nak dapat anak lambat sikit, aku ada makan piil perancang atas nasihat dktor.

Bila tamat tempoh kami merancang, aku sebenarnya masih senyap senyap makan piil perancang kat office sebab aku takut nak dapat anak.

Aku sangat sukakan baby tapi aku tak yakin boleh jaga baby sorang sorang. Aku nak anak sebab aku sangat sunyi. Tapi sekarang pun aku dah cukup letih, mampu ke aku uruskan anak nanti?

Aku pernah tanya pendapat di Fb page lain tapi dikcam pula sebab tak memahami suami. Aku cuba fahami suami tapi siapa nak faham perasaan aku yang sunyi, penat dan risaukan rumahtangga kami.

Masing masing mengatakan syukurlah suami rajin kerja, suami orang lain tak bagi nafkah, sibuk memancing, lepak, etc.

Alif memang menyediakan secukupnya kelengkapan rumah, walaupun most of the time dia bagi duit je pastu aku pergi beli sendiri. Hadiah birthday pun kena aku kena beli sendiri hahaha, dia bagi duit je.

Memang takde usaaha langsung la nak romantik2 suprise2 ni. Waktu tidur pun Alif memang tidur mti punya tak sedar apa.

Jangan harap la nak cuddle ke, nak pluk ke. Hubungan atas katil kami pun tak pernah rancak dari awal perkahwinan, suam2 je.

Kadang kadang sudah separuh jalan, Alif boleh tertidur kerana keletihan. Hidup aku terasa kosong.

Aku pun tak boleh nak marah Alif sebab dia bekerja pun untuk menyara kami dan aku cukup faham berapa banyak projek dia handle dalam satu satu masa. Rasa berdosa pulak kalau mintak masa dia untuk spend together.

Tapi aku rasa kosong, rasa sunyi, rasa nak single balik pun ada kadang2 sebab single boleh buat sesuka hati nak hilangkan sunyi.

Entahlah kadang kadang rasa tak mampu bertahan tapi Alif seorang lelaki yang baik, tidak merkok, tidak tinggal solat, pandai jaga adik adik, bekerja bagus, ada ke lelaki lain yang lebih baik dari dia?

Rasanya perkahwinan terlalu awal untuk fikirkan perpisahan. Aku betul betul sayangkan dia tapi aku rasa sangat sunyi dan mungkin dpressed sedikit.

Aku nak selamatkan perkahwinan kami tapi Alif tak nampak pun di mana masalahnya perkahwinan kami.

Dia tau dia busy melampau tapi dia kata tu memang tanggungjawab dia. So aku yang kena faham. Setahun pun aku dah rasa nak dpress berkorban itu ini, macam mana nak bertahan seumur hidup.

Waktu tak akan kembali. Kami sia siakan usia muda kami dengan masalah2 macam ni. Aku tak tau apa nak lakukan lagi.