Ipar ku acah2 diva. Mak pesan beli cili. Dimintanye rm2 dr mak. Bukan pilih kasih, kami layan sama rata tp mcm ni yg ipar buat

Gambar sekadar hiasan.Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini.Terima kasih kerana membaca artikel ini.

Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Berkali-kali Kak Nana fikir, perlu atau x, utk share di sini.

Kak Nana harap, dgn confession ni, secara x langsung boleh dijadikan panduan bg sesiapa yg akan berkahwin, yg bakal menjadi menantu & ipar.

Kedua-dua adik lelaki Kak Nana, berkahwin tahun lepas. Masing-masing belum ada anak. Adik ipar A & adik ipar B, dua-dua pun keluarga kami sayang, kami x bezakan, layanan sama rata.

Tapi sikap A betul-betul penyayang & rendah diri, buat kami sgt sayang & senang dgn dia. Emak Kak Nana pun selalu memuji A, tapi bukanlah puji di depan B, takut B terasa hati.

A masih muda, baru bekerja, tapi bila datang ke rumah emak, mesti dibawanya buah tangan. Bukanlah buah tangan mahal sbb dia pun baru bekerja, gaji pun kecil lagi.

A belikan pisang goreng tepi jalan pun emak dah gembira sangat, mungkin orang tua tu rasa dirinya dihargai.

B pulak bergaji besar, tapi mungkin dia x biasa dgn budaya memberi, memang dia x berilah buah tangan.

Baru ni masa pulang beraya, emak pesan adik lelaki utk beli cili padi. Kebetulan adik akak dan isterinya B tu ada di luar. Balik tu, belum sempat emak tanya berapa RM, B minta RM2 dari emak.

Akak memang x kisah la sbb memang dah anggap B tu x biasa dgn budaya memberi tapi kesian tgk emak yg dah tua tu, terkulat-kulat bila diminta RM2.

Emak bukan jenis pesan dgn air liur, tapi selalu lepas barang dibeli, dia akan tanya berapa & bayar kemudian.

Bila berjalan ke mana-mana, kami semua akan berebut-rebut utk bayar makan, tapi B akan senyap, sambil buat-buat tgk phone.

Nak kata B berjimat pun, handbag dia semuanya RM2000 ke atas. Selain berkira, B jugak acah-acah diva. Masa berkunjung ke rumah nenek, cuma ada satu bilik tetamu.

Sepatutnya utk jaga aurat, biarlah perempuan (emak & B) tidur di dalam bilik, dan lelaki (ayah & adik) di ruang tamu. Tapi B nak juga dia & adik lelaki akak tidur di bilik.

Disuruhnya emak & ayah tidur di ruang tamu. Adik lelaki ikut juga kemahuan isterinya tu. Tapi bagi akak, anak yg baik, perlulah dahulukan orang tua.

Bila emak & ayah nak tumpang kereta, laju je B, duduk di sebelah driver seat. Ada sekali tu, ayah dah buka pintu utk duduk di depan, tapi B nak jugak duduk di depan.

Berbeza dgn adik ipar A, mesti dia pelawa ayah utk duduk sebelah driver seat, sbb memang selalu ayah duduk di depan. A pulak akan duduk di belakang, bersembang dgn emak.

B jgn kata nak bersembang, bila emak tanya soalan pun buat acuh tak acuh. Bila balik beraya, semua orang lepas Subuh dah keluar bilik, sibuk di dapur.

A walaupun dari kecil, rumahnya ada maid, sibuk jugak la dia nak membantu. B pukul 10 baru bangun, itupun sebab dipanggil utk makan. Dah makan, masuk semula bilik.

Kami x kisah kalau dia x suka buat kerja rumah, tapi apa salahnya luang masa dgn emak & ayah. Dari umur, A muda lebih 5 tahun dari B, tapi akalnya lebih matang & sikapnya lebih penyayang.

Jgn pulak yg kata B sikap begitu sbb asal dari keluarga berada. Tak ye. Ibunya surirumah, ayahnya buruh. A, yes, anak orang berada, tapi dia simple & humble.

Asal usul xde kena-mengena akak rasa, cuma mungkin B tu tak terfikir, apa sepatutnya sikap seorang menantu perlu ada.

Memang sekufu la B dgn adik lelaki akak tu. Dalam adik-beradik pun memang dia kurang ambil berat tentang emak ayah. Kami adik-beradik ada menegur, tapi biasalah, x mahu terima.

Kesian sbb kalau x dahulukan emak ayah, macam mana Allah nak dahulukan kita?Apapun, yg bakal berkahwin, layanlah emak & ayah mertua kita sama macam emak ayah kita.

Jangan berkira & jangan berlagak diva. Dahulukan orang tua, gembirakan hati diorang, inshaAllah yg baik jugak nanti datang pada kita. Itu je Kak Nana nak pesan – Kak Nana