Sk0deng suami kerja sbb selalu balik lewat. Anak menagis, sedih sbb kene ejek abah mereka sumbing sngau dan hItam

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan.Iye. Suami aku sumbingg sejak dilahirkan. Jadi dia kalau bercakap tak macam kita yang normal ni.

Dia akan cakap dengan sengau. Dan tak ramai orang yang betul betul faham kalau dengar dia cakap.

Aku kenal suami aku ni masa kami sama sama buat Diploma Pengurusan Ladang di UiTM. Iye, kami 1 kelas. Hihi. Tapi mula couple sem 4. Course ni ada 6 sem.Mula mula kami kawan aje macam kawan kawan sekelas yang lain.

Tapi masuk sem 4 tu dia kata nak kawan dengan aku lebih serius, nak couple sampai boleh kawen. Bukan couple main main. Ewahh…. kawen yek.

Aku masa tu rasa ehhh budak ni, biar betul. Dah laa kita pun tak faham apa dia cakap. Pastu tetiba ajak couple.Aku terus tak rapat dan tak kawan dengan dia. Aku jauhkan diri dari dia.Tapi satu hari tu dia jumpa aku.

Dia kata, anggap je laa dia tak pernah cakap apa apa pada aku pasal nak ajak couple tu. Sebab dia kata macam rasa kehilangan seorang kawan. Sebelum ni kami memang berkawan baik, ada lagi 2 orang geng kami.

So, kami berempat. Study sama sama. Kadang kadang buat group untuk assignment sama sama. May be dia rasa tak syiok gitu laa. Lepas dari tu kami rapat macam dulu balik sampai laa aku terbukak hati nak couple dengan dia.

Bila tanya pasal zaman kanak kanak, dia memang tak suka. Dia kata kalau boleh dia tak nak ingat langsung.

Kawan kawan selalu ejek ejek dia masa dia kecil. Sebab tu dia tak ada kawan.Lepas tamat diploma aku melanjutkan pelajaran ke Shah Alam, buat degree.

Aku ajak dia juga untuk sambung belajar.Tapi dia tak nak. Dia kata nak kerja dan kumpul duit nak kawen. Macam macam kerja dia buat dari kerja kilang, kerja kat hotel cuci pinggan, semua dia buat laa. Sambil tu dia cari juga kerja guna diploma.

Susah nak dapat kerja kalau sengau ni.Banyak tempat dah pergi interview tapi hampa.Selama aku menyambung pengajian, dia ada juga beberapa kali datang ke Shah Alam dari Johor. Pernah juga datang bawa komputer aku ke kolej. Mak aku suruh dia hantar.

Sebenarnya family aku tk setuju aku berkawan baik dengan suami masa tu. Dan dia pun tau. Jadi apa yang dia buat, ketika aku di Shah Alam, dia datang rumah mak abah.

Dia datang rumah belikan mak abah lauk, beli ayam, borak borak dngan mereka tanya khabar. Sampai laa mak abah aku terima dia seadanya. Sebenarnya, aku pun tak tau dia ada datang rumah masa aku tak ada.

Bila balik bercuti, nenek yang bagitau. At least, ada laa usaha yang dia buat kan. Akhirnya dia dapat kerja dengan satu company ni sebagai penyelia. Walaupun jawatan tu untuk SPM holder, dia terima je jawatan tu, masa tu tahun 2004 kot gaji lebih kurang rm750.

Kami nikah 2006. Dia memang tak beli kereta sebab kumpul duit nak kawen. Yang ada cuma motor aje. Tu laa motor pergi kerja, tu laa jugak motor balik kampung. Bila dah kerja ni macam macam dugaan dia. Yelaa, orang susah faham bila dia bercakap.

Kadang kadang boleh jadi salah faham juga. Dari penyelia kemudian dia naik pangkat jadi penolong pengurus.Masa pergi interview untuk naik pangkat, ramai juga calon lain pertikaikan diri dia.

Sengauu pun nak jadi penolong pengurus.Macam mana nak bercakap nanti. Orang bukan faham.
Selama berkhidmat dengan company ni dah 7 kali kami berpindah rumah. Memang begitulah lumrah kerja di sektor perladangan.

Ramai kawan kawan pun dah berpangkat besar, gaji 5 angka.Tapi suami aku ni setia dengan company ni. Aku ada juga suruh dia kerja kat company lain, tapi dia tak nak.

Dia kata, inilah company yang bantu dia dan terima dia bekerja dalam keadaan dia macam tu. Sekarang ni dah hampir 16 tahun dia berkhidmat di company ni.

Penyelia dia pun ramai dah jadi manager dan pangkat lagi besar dari dia. Dia masih di takuk yang sama. Kalau aku, mesti dah rasa down. Hihi! Ada laa satu hari tu dia balik kerja muka kelat aje. Bila aku tanya dia senyap je. Sampai laa dia cerita sendiri.

Dia kata ada boss besar dia ni bagitau laa, tak sangka suami aku ni boleh berada ditahap macam ni, jadi penolong pengurus.

Tapi suami aku tak boleh jadi manager sebab suami aku ni senggau. Nada dia cerita tu buat aku sebak sangat.Suami aku ni seorang giila kerja. Masuk kerja 6.30 pagi, pulang mungkin 7 malam. Kadang kadang balik waktu lunch makan kat rumah. Kadang kadang tak balik.

Time tutup buku siapkan gaji pun akan balik lewat 1 atau 2 pagi. Time musim buat bajet ladang pun sama, memang dah biasa sangat balik lambat.

Sampai aku rasa nak hantar toto dan selimut biar dia tidor je kat office. Office dengan rumah dekat aje tak sampai 10minit.Pernah sekali aku pergi buat spot check. Betul ke tak laa laki aku ni pergi office buat kerja, takut juga dia merendek ke apa.

Aku pergi office dia intai dari luar. Okeh, nampak dia tengah buat kerja hahahaha. Masa tu dia ada audit, memang tiap tiap malam pergi office dan balik lambat.Baru baru ni anak aku yang sulong umur 13 tahun balik dari bermain bola.

Tiba tiba dia mengadu dan menangis depan aku. Kawan kawan dia ejekk dia. Mamat senggau, mamat hit4m. Mamat tu panggilan abah dia. Alahai, dah bujang pun nangis. Kawan kawan dia panggil dia SKS. SKS tu singkatan satu keluarga senggau. Masa dia cerita tu, aku pun termenangis sekali. Ntah! Sebak sangat.

Tapi aku dah terangkan pada dia. Abah dia seorang yang hebat. Tak macam abah orang lain.Walaupun suami aku sumbingg dan senggau, dia sentiasa ada bila aku perlukan dia. Kami bersama dari saat kami susah dan sampai ke tahap ini, 15 tahun hidup bahagia.

Walaupun pada mulanya, dia kata nak anak sorang aje lepas dia tengok aku bersalin, tapi hari ini aku ada 4 orang anak, hahaha.
Laki aku selalu cakap kerja tu satu ibadah. Cuma mungkin aku aje yang tak faham.

Sebab dia selalu kata nak balik awal tapi sampai rumah lambat jugak. Di Johor hari Khamis boleh balik awal, jam 3.30 petang tapi dia balik macam hari hari biasa.Aku harap Allah limpahkan rezeki yang mencurah curah pada suami aku.

Terima kasih kerana buat kami bahagia, abah tetap sempurna di mata kami.