Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum Admin. Tolong hide kan profile saya. Saya nak minta pendapat. Sebab dah tak tahu apa jalan penyelesaian untuk masalah saya ni.
Saya dah kahwin 12 tahun. Ada anak 2. Sorang 12 tahun sorang 9 tahun. Saya pula full housewife. Nak kerja dulu, suami tak bagi. Katanya nanti nak bagi 1k sebulan. Saya pun rasa ok lah fikir masa tu.Tapi kesudahannya tak ada juga suami bagi 1k tu. Masa tu fikir tak apalah, asalkan makan pakai cukup semua, dah alhamdulilah.
Dari start kahwin sampai sekarang dah 12 tahun. Suami selalu kerja out station dari anak lahir sampai la sekarang hanya saya sorang yang jaga.
Sampai lahirkan anak ke2. Berpantang pun entah ada pun tidak sebab saya pantang sorang sorang sahaja.
Berurut lepas pantang pun tak ada. Cuma adalah makan ubat atau piI yang beli untuk ibu ibu lepas berpantang tu la.
Dengan tengah jaga anak yang pertama lagi masa tu, dengan anak yang baru lahir lagi. Ditambah pula dengan kerja rumah lagi, saya terkapai kapai buat sorang sorang.
Sebab masa tu mak dah tak da. Masa anak first dulu, mak sempat juga tolong jaga beberapa bulan sebelum dia meninggl.
Mertua pun tak pernah kata nak tolong jaga. Jadi jaga anak, jaga rumah, jaga diri semua saya buat sorang sorang saja.Dan masa tengah berpantang tu, ada sehari suami tak balik rumah. Alasan kena tangkap p0lis sebab main jvdi dengan kawan. Sehari lepas tu saya cuci baju, terjumpa knd0m yang dah dipakai dekat dalam mesin basuh.
Tapi kond0m tu tak ada isi la dah habis bersih saya cuci. Bila ditanya pada suami, dikatanya kawan an1aya dia sengaja letak benda tu dalam poket dia. Saya positif saja la masa tu, case close antara kami.
Sampai satu tahap sekarang ni saya dah rasa saya boleh buat semua benda sorang sorang. Termasuk lah hal hal baiki barang rosak contoh sink sumbat, paip rosak, atau benda benda lain, saya buat sendiri.
Dalam 2 tahun lepas, suami saya ada la tolong tolong kerja rumah. Memang rasa bahagia sangat.
Tapi sekarang memang dah tak ada. Walau pun kadang diungkit balik kerja kerja yang dia buat kalau kami berg4duh. Sakit hati juga lah.
Tapi sekarang kerja dia hanya tidur bila pulang rumah. Outstation bukan sehari dua. Tapi sebulan.Dia kerja sebulan outstation, 2 bulan tak kerja. Sebab tak da permit.
Tak boleh stay lebih sebulan. Jadi dalam masa 2 bulan tak kerja tu, tidur lah sahaja kerja dia. Bangun makan, mandi, tidur.
Kadang saya rasa lagi bagus dia tak ada dekat rumah. Mata saya tak sakit tengok dia asyik tidur.
Kadang ambil anak balik sekolah, anak pun tanya, ”papa buat apa mami? tidur lagi ka?. Dah pukul 3 petang. Hari hari tidur je.” Dalam hati saya bisik, anak pun mula terkesan.Masalah tidur dia memang dari sejak awal kahwin memang dah ada.
Tapi saya tak kisah sebab masa tu dia bangun pun 2-3 petang. Jadi saya anggap dia penat walaupun saya penat jaga anak anak yang masih kecil.
Tapi lama lama dia jadi bangun makin lewat sampai 7-8 malam. Anak anak pun dah tak peduli. Bila saya tegur akan jadi g4duh.
Jadi saya diam kan untuk elak dari anak anak tengok kami asyik bergduh. Dan makin lama sekarang, sampai berhari hari tidur dalam bilik. Bila tegur jadi g4duh.
Lepas gaduh lagi teruk dia kurung diri dia dalam bilik, pernah ada sampai seminggu. Tak faham saya. Tak makan.
Tak buat apa cuma terbaring. Bila tanya, dibagi alasan kepala pening. Macam mana tak pening kalau dah terlebih tidur, jadi malas, badan sakit, otak tak berfungsi.
Saya sedih sangat. Anak anak tak di peduli. makan kah, sakit kah. Tak ambil tahu langsung. Kalau dia outstation. whatsapp semua manis manis tanya pasal anak.
Dah makan ke, makan apa hari ni. Nak balik rumah tengok anak dan isteri. Tapi bila dah balik dia tidur je.
Tapi bila masa dia nak ‘bersama’, dia akan bangun awal. Tolong kerja rumah sikit sikit, layan saya elok manis. Lepas malam ‘bersama’, esok start tidur lagi.
Bila tegur, kata faham dia salah, akan berubah. Tapi lepas 2 hari datang balik perangai tidur.
Suami saya baik, tak melepak,makan pakai cukup, tak da perempuan. Saya tak tahu lah sebab dekat sana saya tak nampak. Hanya Allah boleh tahu.
Kadang bila bergaduh, adalah dia mengungkit ngunkit. Yang dia dah bagi macam macam pada saya. Sedih juga la, sebab saya tak kerja kan. Hanya mengharap duit dia. Tapi bila dia elok, pijak semut tak m4ti. Manis mulut.
Tapi yang sy kisah kan, selagi dia hidup bersama saya, dia asyik tidur sampai kan semua benda saya buat sorang sorang.
Anak anak cuti sekolah panjang pun dia tak peduli nak bawa anak anak pergi mana. Apatah lagi kalau cuti hujung minggu.
Kadang saya rasa bosan, tak da orang nak bersembang, bercakap. Sebab keluarga saya jauh, kawan pulak memang saya tak hubungi sebab suami tak bagi.
Jadi saya hormat.Tapi lama lama dia buat macam ni, buat sy dengan anak anak tak wujud. Rasa bosan. Saya sayang dia, sayang anak anak, sayang rumah tangga yang saya bina selama 12 tahun ni. Saya cuba bertahan dan bersabar.
Tapi sampai sekarang ni saya dah tak tahu kesabaran saya ni boleh lagi bertahan atau tidak sebab saya rasa saya boleh hidup tanpa dia.
Sebab masa berpisah masa suami outstation, saya yang buat semua. Bila dekat rumah pun saya sendiri uruskan semua nya. Sampai sekarang anak anak pun dah makin besar.
Jalan terakhir saya adalah bercerrai. Betul kah keputusan saya ni?. Saya dah cuba bawa berbincang dalam sebulan ni tapi gagal, semuanya berakhir dengan pergduhan.
Dan saya dah cuba suruh dia pergi jumpa doktor tanya apa masalah. Dia asyik tangguh tangguh dan tidur saja. Dan bila g4duh lagi, saya lah yang uruskan semua nya juga.
Dengan stress, dengan tak cukup tidur. Nak diadu pada keluarga atau kawan, takut dijadikan bahan cerita.
Jadi saya ambik keputusan minta pendapat pembaca semua. Saya tak kenal awak, awak tak kenal saya.
Minta maaf semua. Cerita saya panjang sangat. Ye la, dah 12 tahun di pendam, tak da tempat mengadu. Kalau 20 tahun mungkin kena buat buku pula.