Mak saya, ibarat bibik pula dia buat.Dahlah kena jaga cucu.Niat mereka berkahwin untuk susahkan mak ayah saya ke

Foto sekadar hiasan.Hi semua. Saya ada masalah sikit, mungkin bagi orang benda ni simple je. Tapi bagi saya, benda ni sangat besar sebab dah ganggu mental dan emosi saya.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang tidaklah terlalu mewah, tapi kalau nak apa apa inshaa Allah dapat.

Saya ada kakak yang sudah berkahwin hampir lima tahun, dan sekarang dia ada tiga anak. Apa yang jadi masalahnya, dia masih mengharapkan mak saya dalam tiap apa yang dia buat.

Contohnya, memasak, jaga anak, uruskan pakaian dia sekeluarga (termasuk semua pakaian suami dan anak anak ye).

Dan banyak lagilah dia masih harapkan mak saya dalam hidup dia. Patut ke seorang anak yang dah berkahwin masih buat perkara macamni?

Dia ada rumah sendiri, tetapi kerap dia datang rumah mak saya dan tidur dekat sini.

Saya tak kisah dia nak melawat mak ayah saya, tapi dia tak hormat privacy adik adik dia.

Dia akan tidur dekat rumah berhari hari, jadi saya sebagai adik perempuan terpaksa bertudung, nak jaga aurat dekat rumah.

Dahlah kena jaga aurat, yang lebih menggeramkan hati saya, dia datang sini untuk berehat.Ibu saya pula yang kena bersengkang mata dan kerah tenaga untuk jaga anak dia.

Dia dan suami dia pula tenang berehat dalam bilik ibarat tak pernah ada anak.Bila makanan dah terhidang, dia dan suami paling laju nak makan.

Sedangkan mak saya tadi dah penat memasak tapi mak saya kena jaga cucu dulu sementara mereka makan.

Patut ke benda ni terjadi? Dia tak paksa mak saya untuk jaga cucu, tapi mereka membiarkan mak saya jaga cucu.

Saya sangat marah bila fikir dan saya ni jangan betul betul naik baran je. Bertahun dah saya makan sabar.

Saya bukan taknak tegur, tapi susah bila wujud orang yang rasa dia je betul, tak nak dengar cakap dan teguran orang.

Saya ni kesian dekat mak saya, ibarat bibik pula dia buat.Dahlah kena jaga cucu, cucu pula bukannya perangai elok mana. Dan mak saya juga jaga kakak saya 100% daripada dia bersalin.

Suami dia hanya tengok saja. Tak tolong mandikan, makanan pantang kakak saya pun mak saya uruskan.

Dia tak ada tolong apa apa.Dan bila anak kakak saya tu buat perangai, dia bagi anak dia dekat mak saya sebab bagi dia, mak saya boleh tenangkan.

Sejak anak pertama dia kecil lagi, dia duduk kat rumah ni dan bila dia pergi kerja, mak sayalah yang jaga.

Dia tak fikir ke mak saya dah tua, emosi dia pun tak berapa nak stabil dah bila nak hadap anak kecil?

Saya agak geram bila dia jadi lepas tangan, tanpa fikirkan apa yang dia buat tu salah. Dia dan suami dia sama saja. Datang sini nak makan dan berehat.

Tak pun main phone. Cuba bayangkan, mak saya tengah jaga anak diaorang, dan diaorang boleh main phone depan mak saya?

Persoalannya sekarang, itu anak anak siapa? Bila anak menangis, mak saya yang buatkan susu dan dodoi sampai tidur. Kenapa mak saya yang perlu bersusah payah?

Mana tanggungjawab ibu bapa anak anak tu selepas jadi ibu bapa? Niat mereka berkahwin untuk susahkan mak ayah saya ke?

Saya dah terlalu lama pendam. Mak saya pula bila dia dah penat melayan kerenah cucu yang kejap menangis, kejap mengamok, kejap buas sana sini.

Dia akan terbawa bawa emosi marah dia kepada anak anak dia yang lain. Contohnya, sayalah.

Saya yang selalu kena marah sedangkan saya tak ada buat apa apa. Emosi saya cukup terganggu sebab saya pun ada masalah sendiri dalam hidup saya, dan saya juga perlu hadap banyak masalah daripada masalah yang kakak saya cipta.Saya nampak semua ni.

Tapi saya tak mampu nak tegur mak dan kakak saya. Nanti saya yang disalahkan sebab tak cuba nak faham kakak saya yang susah nak jaga tiga anak dalam waktu yang sama.

Tapi pada saya, seorang anak yang sudah berkahwin perlu keluar daripada rumah ibu bapa dan jalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu, dan bentukkan anak anak sendiri tanpa campur tangan ibu bapa.

Lainlah cerita kalau ibu bapa tu sakit dan perlukan pertolongan anak anak. Ni yang kakak dan abang ipar saya yang cukup mampu dan sihat untuk jaga anak anak sendiri.

Bukan niat saya untuk jauhkan hubungan diaorang dengan mak ayah saya. Tapi berpada padalah dan tak perlu susahkan mak ayah saya.

Saya faham besarkan anak anak kecil tu susah, dan saya sendiri belum berpengalaman jaga anak sendiri tetapi perlukah susahkan mak ayah saya yang makin tua dan berkurang kudratnya?

Bukankah benda tu suatu benda yang salah dan ibu bapa perlu tahu untuk jaga anak sendiri? Ibu bapa kita semua dulu dahulu mampu besarkan anak anak sendiri walaupun susah, kenapa sampai kakak saya dia tak boleh?Dan kalau macamtu, apa tujuan kahwin? Dapat anak ramai ramai dan lepas tangan?

Kalau tahu tak mampu jaga, kenapa tak merancang keluarga terlebih dahulu? Kenapa sekarang menyusahkan orang ramai, sampai adik adik seperti saya yang terpaksa hadap tempiasnya?

Saya fikir jadi seorang adik sangat berat bila adik beradik yang lain sudah mula berumah tangga.

Saya sebagai adik terpaksa kawal emosi sendiri, hadap masalah sendiri sebab tiada siapa mahu dengar masalah saya.

Semua sibuk dunia sendiri dan bila mereka penat jaga anak dan nak berehat, masa tu lah baru nampak adik adik ni.

Setakat ini, itu sahaja. Tapi ini baru 40% yang saya ceritakan, banyak lagi benda yang saya pendam. Saya sangat emosi masa tulis cerita ni sampai saya menangis.

Maaf semua, saya tak ada tempat nak mengadu, saya sensitif dan malu nak bercerita tentang keluarga. Takut sangat buka aibb.

Harap cerita saya ni dapat perhatian dan saya nak sangat baca pendapat orang ramai, dan paling penting saya hanya nak difahami.