Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih admin jika siarkan conffesion ini.
Aku cuma nak meluahkan rasa yang terpendam dalam hati selama hampir 20 tahun. Sebelum itu, aku kenal kan diri.
Wanita yang sudah berkahwin, ada suami, ada anak lelaki. Seorang penjawat awam beruniform.
Confession dahulu ada cerita ringkas tentang ayahku. Semasa umur aku di awal sekolah rendah, ayah aku menghalau aku, adik adik, dan mak aku sendiri sehelai sepinggang dari tempat berteduh.
Duit sesen tak ada dalam tangan.Mujur ada tuan yang baik hati (pada mulanya baik tetapi ada niat yang tak baik) sewakan rumah kampung untuk kami berteduh sementara.
Untuk cari sedikit wang demi kelangsungan hidup, mak aku hantar kuih muih, nasi ke gerai jualan pagi. Adakala berniaga di pasar malam.
Kitaorang tak ada kenderaan langsung. Hanya ada 3 buah basikal buruk sahaja yang ada. Dengan basikal itu lah kami angkut barang jualan.
Tenaga budak sekolah, apa la sangat. Tetapi entah macam mane aku boleh angkat payung kanopi dan angkut bawak setiap kali meniaga (berat badan overweight tahap 2). Masa ni dah tingkatan 1.
Jarak rumah dengan pasar malam dalam 5km jugak la. Jauh bagi yang tak ada kenderaan macam kami.
Macam macam aku lalui, pergi sekolah ada kala tak ada duit belanja. Ada juga insan yang baik hati bagi duit belanja sekolah.
Baju sekolah lusuh, kasut koyak, tak pernah berganti. Hanya mengharap pemberian dari jiran jiran yang baik hati.
Ada kala tersisip rasa malu pada kawan kawan sekelas.Kawan kawan sekelas semuanya berasal dari keluarga yang senang.
Namun, mereka semua sangat sangat baik dan tak pernah menyisihkan aku dari mereka. Kadang kadang, mereka bagi makanan, kongsi makanan mereka bawak, serius, sangat sangat terharu dan tak pernah lupa.
Cuma aku tak dapat sertai mereka kemana mana kerana faktor wang.Sepanjang aku bersekolah, tiada satu pun kelibat ayah aku ke sekolah. Bertanya keadaan anak ini, adik adik aku pun sama.
Tak pernah muncul. Tak pernah bertanya atau menghulurkan sesen dua wang.Sedangkan rumah ayah aku dengan sekolah dalam kawasan yang sama. Aku jatuh sakit atau terjadi apa apa. Tidak pernah sekalipun.
Disaat itu, aku anggap ayah aku dah mati dalam hidup aku sendiri.. Aku kahwin pun, aku guna wali hakim (ada syaratnya yang aku tak dapat nyatakan disini sebabnya).Dalam masa hampir 20 tahun ni, aku, adik adik dan mak aku dah bahagia dengan hidup sendiri. Ada kerjaya sendiri, keluarga sendiri.
Dalam jangka masa waktu itu juga, tak pernah sekalipun bertembung dgn ayah aku. Sedangkan kami dalam satu daerah K. Bandar K pun tak besar mana.Adakah Allah S. W. T. tidak izinkan ayah aku berjumpa dengan anak anak yang dia buang ini?
Di ketika ini, orang kampung ada sampaikan kepada adik ipar. Adik dan adik ipar tinggal di kawasan yang tidak jauh dari rumah lama yang dihalau.
Orang kampung bercerita yang ayah aku kini kurang waras, sakit tua. Berjalan kaki dalam kampung seorang diri sampai langgar tiang lampu, benteng.
Kerap kali bertanya dengan orang kampung yang dia kenali tentang aku, anak sulungnya.
“Ada terjumpa Along tak?? Abah nak sangat tengok Along”
“Kat mana nak cari along”
“Kenapa along tak cari abah”
“Along macam mana agaknya ya”
Dalam hati aku ada macam macam rasa. Aku terkesima. Kenapa aku dah besar, ada kerjaya, mampu berdiri tanpa seorang ayah, ada keluarga sendiri baru mencari cari.
Kenapa bukan 10-15 tahun lepas??Kenapa disaat ayah aku senang, dengan duit berkepuk kepuk beratus ribu dalam tangan hasil jualan tanah pusaka, kerajaan S ambil untuk buat highway, ayah aku buang aku macam tak ada nilai anak di mata dia.
Dan kini, merintih rintih mencari anak yang dibuangnya ketika dulu. Malah, dengan bangganya berkata-kata, “jangan cari abah walau apa pun berlaku”.
Dan aku pegang pada kata kata nya sehingga sekarang. Aku anggap ayah aku dah m4ti dan anak yatim sebelum masanya.Rumah lama aku tahu di mana. Tetapi aku tak ada kekuatan dalam diri.
Namun, mak aku dan adik adik aku masih tak mampu menerima kembali ayah aku setelah apa yang ayah aku laku kan. Aku dilema. Aku tak kuat. Ada sisi dalaman aku yang aku tak mampu terima.
“Abah, kenapa buang Along”
“Apa salah Along abah??”
“Kenapa tak cari Along???”
“Abah memang tak nak jumpa Along”
Kenapa aku yang selalu disebut sebut berbanding anak anak yang lain. Banyak persoalan yang aku simpan selama ini dan liku liku kehidupan sukar yang aku lalui sebagai seorang kanak kanak sehingga kini. Tentang mak aku, aku perlu tunggu mak aku. Hati dia pun, aku kena tahu.
Macam macam rasa ada sepanjang 25 tahun digantung tak bertali. Ada hati yang perlu dijaga. Mak aku sendiri seolah olah masih di awang awangan.
Jika aku pergi mencari, aku perlu bawa mak aku sekali.Adakah aku perlu mendapatkan sendiri kemaafan dari perigi yang membuang???. Orang yang tak pernah merasa dibuang pasti mengecamm.
Tetapi ketahui lah, sebagai anak, cemburu orang lain ada ayah. Tetapi aku?? Dibuang ayah sendiri. Aku tahu memaafkan perkara yang sangat mulia. Tapi…
AKU TAK KUAT… Sungguh.
Sekadar coretan dlam hati seorang anak kecil yang kehilangan nilai seorang ayah sebelum masanya.
Aku memerlukan kata kata semangat dari semua. Allah S. W. T. juga yang menggerakkan segala galanya dengan waktu, masa yang tepat. tidak cepat dan tidak lambat.