Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, nama aku Maisara (bukan nama sebenar).
Aku pernah bergelar ibu tunggal selama 6 tahun membesarkan anak-anak sekadar mampu. Dan sekarang telah berkahwin dengan Farid ( bukan nama sebenar ) yang aku kenali sejak 7 tahun lepas.
Bulan 12 ni insyaAllah akan genap setahun pernikahan kami jika diizinkan Allah, masih panjang jodoh kami berdua. Aku ceritakan serba ringkas tentang pernikahan kami. Bernikah pada bulan 12 tahun lepas dengan mas kawin hanya RM80 tanpa hantaran apa-apa.
Dan memang itu permintaan aku sendiri memandangkan aku hanya ibu tunggal dan dengan niat tidak mahu menyusahkan suamiku yang sudah berjanji dengan abahku untuk menyara dan menjagaku dengan keringatnya selepas berkahwin.
Sesungguhnya, untuk membuat keputusan berkahwin lagi setelah mengalami tr4uma hebat dipkul, disantau dan mengalami pelbagai gangguan selama bertahun-tahun semasa bersama dan setelah bercerrai dengan bekas suami, bukanlah satu benda mudah. Lagi pula aku sudah cukup selesa dengan hidup sendirian membesarkan anak-anak.
Takdirnya bersuamikan Farid, bahagia hanya beberapa hari sahaja. Kemudian Farid mula menampakkan cemburu buta pada bekas suami dan menuduh aku dengan pelbagai tuduhan berat yang aku tak pernah bayangkan untuk mengalaminya lagi setelah berkahwin kali kedua ini.
Aku pernah bercerrai kali pertama pada 7 Januari tahun ini. Hanya kerana Farid mempertahankan seorang perempuan di fb yang cukuplah aku nama dia sebagai Khairiah(bukan nama sebenar).
Si Khairiah ini adalah seorang ustazah dan janda beranak 6. Pernah membuka purdahnya dan menghantar gambar free hair kepada Farid semasa kami masih dalam pertunangan lagi.
Khairiah pernah memaki hamun aku tetapi aku merahsiakan dari Farid kerana aku fikir Khairiah bukan sesiapa untuk aku peduli. Rupanya dalam diam, Khairiah mengadu kepada Farid bahawa aku telah menyerangnya dengan pelbagai tuduhan.
Semasa Farid membuka fb nya, dia menunjukkan fb si Khairiah dan dengan selamba Farid mengatakan, “Ni musuh sayang ni” dengan gelak ketawa. Aku lihat dan pelik, sebab tak silap aku fb si Khairiah ini Farid dah remove.
Bila aku tanya, Farid jawab Khairiah bukan musuhnya, jadi kenapa dia perlu bergduh, Farid approve sahaja request friend dari Khairiah.
Dari situlah terkeluar cerita tentang kononnya aku yang menyerang si Khairiah. Aku ni sejenis pemendam. Sebab aku tahu Farid ni baaran dan tak suka orang sebut tentang silapnya.
Sampailah satu ketika, kami bertekak tentang password fb yang sebelum kahwin, kami tak ada masalah untuk share, tetapi selepas kahwin, semua benda jadi rahsia bagi Farid.
Alasannya untuk elak aku cemburu buta. Dan dicanangkan pada keluarganya aku sejenis perempuan yang suka cemburu sangat. Jadi apa yang aku pendam selama ini meletus.
Disebabkan tidak tahan dituduh cuurang, selepas Zuhur, Farid melafazkan talak satu dalam keadaan menjerit dalam talian. Tetapi pada hari itu, aku juga memujuk Farid supaya rujuk kembali memandangkan baru genap sebulan kami bernikah dan aku baru sahaja disahkan hamil.
Tapi tekanan demi tekanan, makian demi makian Farid suakan pada aku. Tapi dalam keadaan begitupun, Farid masih sudi rujuk kembali sejurus azan Maghrib pada hari yang sama.
(Kami pas4ngan PJJ) hingga keesokan harinya, aku keguguran bayi pertama kami. Aku ingat, bila aku keguguran, Farid insaf. Tetapi masih juga sama. Bahkan menyalahkan aku kerana keguguran.
Sejak hari tu, hidup aku sipi-sipi sahaja untuk bergelar janda. Silap sedikit, pasti ugutan cerrai akan keluar dari mulutnya atau tiap mesejnya. Lambat balas mesej, lambat jawab call, akan diugut dengan pelbagai ayat yang mengandungi perkataan talak dan cerrai.
Belum lagi masuk bab cemburunya menuduh aku masih berhubungan badan dengan bekas suami aku yang jauh dari kampung aku. Aku jadi stress. Menangis sendirian. Khairiahadang anak-anak jadi mngsa amarah aku.
Sebab aku pendam sendirian. Tak pernah aku luahkan pada sesiapapun walaupun abah aku. Dan untuk pengetahuan korang, percerraian kali pertama tu pun aku masih lagi rahsiakan memandangkan aku tak mahu Farid dipandang sebagai lelaki yang kurang sabar dan terburu-buru dalam menjatuhkan talak.
Pernah sekali, dia marah amat sangat dan menulis bermacam ayat mengandungi cerrai, dan aku terus block Farid.
Aku sangat yakin masa tu talak dah jatuh lagi untuk kali kedua atau kali ketiga. Selalunya Farid takkan pernah delete mesej dia di Whatsapp atau sms kerana Farid suka menyimpan kenangan mesej kami.
Tapi pada saat aku block Farid serta merta, dia seolah-olah tersedar kesilapan dia dan aku perhatikan satu persatu mesej Farid delete. Aku tak sempat screensh0t semuanya. Tapi Farid menafikan dia telah menjatuhkan talak pada aku dan beria meminta maaf kepadaku.
Dari saat itu, hati sudah mula rasa menyesal menerima lamaran Farid ini. Selama 7 bulan aku terpaksa hadap kata cerrai yang menjadi permainan di tulisan dan mulutnya, dan aku cuba melawan Farid untuk mengelakkan dia melafazkan talak yang akan membuatkan dia menyesal sekiranya benar-benar terjadi.
Dalam tempoh 4 bulan selepas itu, ada juga Farid berbunyi tentang cerrai tetapi aku terus mengiyakan untuk Farid terus mendaftar k3s di mahkamah, kataku, nak bercerrai, buatlah secara bermaruah dan hadapi susah payah sebagaimana dia bersusah payah untuk mendapatkan aku dan menyelesaikan urusan nikah kami dulu, dan aku minta dia pulangkan aku baik-baik kepada keluargaku.
Untuk pengetahuan kalian, Farid ini pernah mendapat lintasan, “aku cerraikan kau” sejurus selepas akad nikah kami. Ini dia sendiri yang bercerita masa kami sedang makan selepas tetamu pulang.
Aku sebenarnya tak tahu apa masalah yang melanda Farid. Jika ada yang tahu apa masalah sebenarnya, bolehlah suggest apa-apa jenis rawatan untuk Farid ini. Di saat ini, aku hanya menunggu masa untuk bekerja kembali setelah setahun lebih aku berhenti kerja.
Begitu mudahnya Farid mengambil aku menjadi suri, tetapi bila aku menerima tanpa syarat, aku dibuang seperti pela cur tak bermaruah. Aku dituduh sund*l, pelac*r, b*bi betina dan pelbagai perkataan lagi selama hidup bersama. Siap dituduh aku merajuk tak bermaruah.
Aku digelar derhaka, nusyuz dan tidak diampunkan d0sa hingga akhirat kerana meminta dia mencerraikan aku dengan cara baik. Maafkan aku jika jalan cerita tak teratur.
Doakan aku kuat lagi bila terpaksa menghadapi percerraian kali kedua ni. Ikutkan sayang, binasa lagi hidup aku. Tapi rasanya cukuplah aku lepaskan kali ini, demi kebaikan Farid dan aku juga.
Supaya tiada lagi rasa sangsi dalam hatinya pada aku bila sudah tidak bergelar isteri nanti. Aku tak salahkan lelaki. Sebab aku tahu ramai lagi lelaki yang baik untuk dijadikan suami.
Dan ramai juga wanita baik untuk dijadikan isteri. Mungkin aku bukan tergolong dalam wanita yang layak bersuami. Tapi aku harap tiada lagi lelaki yang menjadikan talak dan cerrai sebagai mainan bibir. Awal-awal mungkin seorang isteri boleh bertahan.
Tapi bagi aku sebagai wanita yang pernah dikasari fzikal dan mntal sebelum ini, akan cepat muak dan jemu jika berulang-ulang perkara sama dalam hidup.
Semoga kalian semua yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin, dipanjangkan jodoh dan kekal hingga ke syurga. Doakan aku sama. Wassalam.