Pergi mancing jauh2 boleh, bayar mahal2 tapi tentang aku dia lupa. Banyak benda aku buat kan untuk dia tapi dia tak faham dia tak hargai h4ti dan peras4an aku. Jeles aku tengok suami orang lain

Baru2 ni husband ada dapat duit isinar tapi satu sen pun dia tak bagi dekat aku. Dia cuma beli barang dapur dan belanja makan je. Kitaorg dah 3 tahun duduk rumah sewa mesin basuh pun takde lagi.

Hari tu aku ada cakap nanti kalau dapat duit kwsp tu belilah mesin basuh. Tu je aku minta tapi lain jawapan yg aku dapat.

Aku tahu dia betulkan kereta dengan duit tu, bayar hutang sikit2 dan settle kan bill2 air dan mantainance rumah tapi takkan takde lebih.

Last2 semalam aku saje cek duit dia dalam acc dari fon aku tinggal rm400 je. Aku sedih sangat. Boros sangat dia guna duit. Kenapa dia tak utamakan aku dalam apa2 hal.

Pergi mancing jauh2 boleh, bayar mahal2 tapi tentang aku dia lupa. Aku memang saje taknak minta duit tu aku nak tengok dia ingat aku tak dan aku faham tu duit dia kerja penat lelah dia pagi, petang sampai tak cukup2 tido.

Aku suri rumah je kadang2 nak jugak beli barang2 keperluan aku dari hasil titik peluh suami. Tapi apakan daya dia still tak faham aku. Semalam dia marah aku dia tanya kenapa tiba2 nak sentap xde angin xde ribut.

Dia paksa aku cakap kenapa apa salah dia tapi min aku xtak boleh nak cakap nak luah kat dia rasa macam berat sangat mulut aku ni nak luah. Aku just cakap kat dia tanya diri sendiri and kalau luah pun nanti buat lagi aku cakap macam tu .

Banyak benda aku krban kan untuk dia tapi dia tak faham dia tak hargai hati dan perasaan aku. Jeles aku tengok suami orang lain hargai sangat2 kat isteri dia.

Aku, mampu tengok jelah dan Doa2 suami aku macam tu jugak. Betul la kan lelaki diuji bila dia senang.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan menyakitkan hati pembaca, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum wbt dan salam hormat kepada pembaca sekalian..Pertamanya aku ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi menyiarkan kisah ni.

Aku cuma nak luahkan perasaan dan minta cadangan pembaca, bukan mengutuk suami atau membuka aibnya. Bismillah aku mulakan ye..

Sedikit latar berkaitan kami berdua. Kami tak banyak beza umur, suami awal 40an dan aku penghujung 30an. Kedua-dua kami bekerja sebagai penjawat awam (professional), suami aku satu gred lebih tinggi daripada aku.

Kami tinggal di sebuah bandar kecil di utara Semenanjung. Kami dikurniakan empat orang anak selepas 15 tahun berkahwin.

Banyak dugaan sepanjang perkahwinan kami, macam biasalah masa mula-mula dulu kewangan, kerja dan keluarga.

Makin tahun kami bersyukur sebab makin banyak Allah kurniakan kami nikmat rezeki, kerja tetap dan berjawatan, keluarga kecil yang simple.

Mak ayah dan mak ayah mertua kedua-dua belah juga mempunyai pencen, maka kami tak ada masalah kewangan yang terikat dengan mertua atau ibu bapa aku.

Masalah mula timbul apabila setahun lalu, suami aku buat keputusan untuk beli rumah yang agak mahal. Tidak perlu aku sebutkan di sini, cukup aku katakan beliau ambil pinjaman kerajaan hampir full quota pinjaman.

Aku dah cuba nasihatkan beliau supaya kita ukur baju di badan sendiri, nanti boleh beli lain kalau nak besar lagi memandangkan anak-anak masih membesar.

Aku juga katakan aku akan bantu selain daripada keperluan makan minum dan belanja anak-anak jika tak cukup. Tapi suami aku degil, dibuatnya juga loan, hasilnya yelah kami duduk rumah yang gah tersergam indah.

Namun dalam rumah hanya kami anak beranak saja yang tahu. Sejak ansuran bulanan rumah ditolak memang suami mengeluh setiap hari, katanya tak cukup nak belanja sampai habis bulan.

Tapi sebenarnya beliau dah selesa dengan gaji yang banyak sebelum ni, beliau nak simpan supaya seolah-olah banyak dalam akaun.

Akibatnya, aku lah yang tanggung untuk makan minum kami sekeluarga. Demi Allah aku tak berniat mengungkit. Kalau pembaca di tempat aku, hati sangat terkilan sebab beliau tak gunakan sepenuhnya gaji yang ada untuk makan minum (barang basah untuk memasak).

Hal-hal lain selain makan minum aku tak kisah dan memang aku yang keluarkan (baju anak, barang-barang harian lain, bil-bil rumah). Peti ais setiap hari kosong tak pernah ada ayam ikan sayur kalau aku yang beli. Bila aku minta semula katanya aku kedekut..

Untuk pengetahuan pembaca, suami aku agak dikenali ramai di tempat kami begitu juga dengan aku sendiri sebab bandar yang kami tinggal ni agak kecil. Suami aku dikenali sebagai orang yang baik-baik, peramah, suka membantu.

Aku tak mampu nak buka pekung beliau jika aku adukan pada mana-mana pihak (jabatan agama, atau nasihat kawan-kawan beragama yang baik).

Kami kerap bergduh akibat daripada masalah ni. Demi Allah aku halalkan duit ringgit yang aku keluarkan kalau betul-betul dia dah habiskan.

Tapi selalunya tak sampai dua minggu dah kata dah habis gaji, sebab beliau nak “simpan” sampai hujung bulan bagi ada baki ribu-ribu ratus-ratus jugak, maka mngsanya ialah aku.

Aku cukup sedih sebenarnya. Orang lain tak kerja tetap, peti ais mesti ada bahan mentah untuk masak. Seboleh-bolehnya nak juga usaha untuk tanggung makan minum walaupun susah. Lain hal pulak dengan suami aku.

Beras kalau tak habis dan aku tak suruh dua tiga kali beli, memang dia tak akan beli. Bahan mentah ayam ikan sayur pula, aku kesiankan anak-anak memang aku beli dan masak.

Wallahi sekalipun tak pernah tanya, hanya makan. Seolah-olah makanan tu jatuh dari langit. Adalah dalam sebulan dua tiga kali beliau akan beli bahan-bahan mentah.

Aku ingin memohon pendapat para pembaca yang budiman sekalian, apakah yang patut aku buat? Aku takkan adukan pada sesiapa sebab pada aku akan membuka aib suami yang amat dipandang tinggi oleh orang sekeliling.

Aku bangun malam setiap hari, mohon Allah kuatkan aku dengan ujian suami yang sikapnya macam ni. Bukan masalah kewangan, masalah sikap beliau.

Cuma kadang-kadang aku rasa aku tak kuat untuk hadapi. Aku rasa aku nak lari (berpisah) daripada suami, tapi memandangkan ada anak yang akan ambil peperiksaan besar tahun ni aku gagahkan juga diri.

Oleh itu, aku mohon para pembaca kongsikan doa-doa yang makbul untuk dibaca, amalan-amalan yang patut aku buat atau apa-apa sahaja nasihat yang dapat membantu aku. Aku sedih dan keseorangan. Harap para pembaca dapat membantu, terima kasih.