Zahir tiba2 luahkan perasaan kepada aku. Aku terkedu time tu. Tunang aku tuduh yg aku sudah dipakai Zahir hnya kerana aku mudah dipelawa makan sekali.

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Aku baru lepas menghabiskan pelajaran master dalam bidang kedoktoran setahun lepas.

Alhamdullilah sekarang aku dengan bangganya menjadi seorang doktor.Cita cita aku dari kecil sudah tercapai.

Dalam mengejar cita cita aku terlupa usia dah memang perlu kahwin. (24++). Ramai kawan aku cakap aku ada semua wife material.

Aku pandai memasak, kemas rumah, suka kanak kanak dan haiwan.Memang ibu telah mengajar aku dari kecil lagi supaya berdikari.

Sejak usia aku 9 tahun aku sudah belajar memasak,mengasuh adik,so sekarang aku tak kekok nak buat benda tu semua. Aku berkenalan dengan seorang lelaki aka ustaz.

Sejuk mata memandang redup je tengok muka dia. Kami sudah memkirkan masa depan dengan mengutuskan untuk bertunang pada akhir tahun 2018 lalu.

Tunang aku ni dia mcm golongan golongan ustaz pandai mengaji lulusan universiti islam semua tu.

Malang menimpa semasa aku baru bermula bertugas sebagai seorang doktor aku aku terlibat dalam satu cinta tiga segi pesaakit aku sendiri.

Pada zahirnya aku tidak meninginkan lelaki tersebut. Just merawat sebagai pesaakit aku sahaja, tak terlebih dari itu.

Cuma pada suatu hari dia yang aku namakan Zahir telah text aku dan meluahkan perasaan kepada aku.

Aku terkedu time tu seperti tidak keterharuan bak kata pepatah haruan makan anak bila Zahir adalah pesaakit aku lagipun dia adalah bf kepada staff aku sendiri.

Dia bersungguh sungguh untuk dapat kan aku sehingga benda ini dapat dihidu oleh tunang aku.

Aku cuba perjelaskan bahawasanya aku tidak terlintas pun untuk bercinta dengan Zahir. Dia hanya syok sendiri.

Tunang aku merasakan Zahir bercinta padaku bila dia text “kalau tak puas makan malam ini,saya akan bawa awak makan hari2 di tempat yang sedap”.

Ya aku mengaku pernah keluar makan, tapi itu hanyalah di kantin hspital, tidak lebih dari itu dan hanya kebetulan aku mahu pergi makan tengah hari sahaja pada waktu itu.

Segala apa yang cuba terangkan pada tunang aku dia tidak percaya. Malahan aku dituduh sudah dipakai Zahir hnya kerana aku mudah dipelawa makan sekali.

Bertubi tubi tunang aku text aku betina tak guna dan paling sedih sekali bila mengeluarkan alasan tunang aku dingin dengan aku sebab aku dah tak menarik mcm dulu.

Aku usaha untuk sentiasa nampak cantik depan dia. Nak jumpa dia aku pakai baju cantik cantik, kemas kemas, mekap. Tapi entah, bagi dia semua tu belum cukup.

Dia selalu tegur pasal fizikal aku. Kenapa aku dah gem0klah dah kusamlah jerawat banyaklah. Orang perempuan pantang betul bila orang dia syg tegur mcm ni…Bila aku tanya “awak ni dulu pilih saya sebab rupa ke?”

Dia meng4muk ng4muk habis semua salah aku dia ungkit sampailah kami putus tunang. Jadi sampai sekrang aku rasa aku dah hiilang nilai dalam diri aku.

And i am very sorry to say this tapi aku dah sangat sangat skeptikal dengan golongan golongan pak ustaz ni.(ya aku tahu bukan semua mcm tu.)

Kadang – kadang jubah labuh smpai cecah lantai songkok tinggi melangit tapi mata tak berkelip pandang perempuan, kaki perempuan, miang gatal dsb(sorry bukan semua tp ada yg mcm ni)

Aku tahu aku doktor, kerjaya yang konon konon semua orang sanjung, dan ada juga yang mendekati aku tapi entah.

Aku rasa mcm aku takkan kahwin. Mcm tiada siapa yang akan suka seikhlasnya walaupun i do have several things that i should be proud of.

Masa menentukan semua selepas kami putus tunang Zahir muncul kembali dan dia buat pengakuan bahawa dia adalah kawan baik kepada tunang aku.

Dia dikatakan sruh rosakkan hubungan kami supaya tunang aku dapat tinggalkan aku dengan alasan aku ni perempuan cur4ng. Zahir mengaku kekhilafan dia memohon maaf atas apa yang berlaku.

Aku bagai pijak langit tidak rasa kaki lagi bila Zahir membuat pengakuan seperti itu.Hina sangatkah aku ni.Teruk sangatkah aku ini.

Dalam sekelip mata kami putus tunang bila Zahir menceritakan keadaan sebenar yang tunang aku ni kemaruk cinta dengan perempuan a.k.a pelajar dia sendiri berasal dari Indnesia.

Dan mereka dalam diam bercinta sewaktu tempoh kami bertunang. Allahu sedihnya.

Aku kumpulkan semangat baru,aku mula tarik nafas baru agar melupakan segala cerita sedih aku dan dia ini.Takpe je kan kalau tak kahwin daripada kahwin tapi hidup menderita?Aku mcm dah serik.

5 tahun aku dengan tunang aku, aku tak pernah sedar selama ni dia hanya pandang rupa mempermainkan cinta aku yang ikhlas ini.

Aku cuma risau kalau aku ini tidak akan kawin sampai bila bila. Mmg lah ada orang cakap “takpe Allah sediakan jodoh dekat syurga.”Buat bekas tunang aku tersayang .

Aku doakan kau bahagia bersama si dia,aku doakan kau peroleh kebahagiaan dengan apa yang telah kau lakukan pada aku,aku redha dengan ketentuan ini,aku pasrah aku akur, Jodoh kita sampai disini sahaja. Salam sayang dari NITA.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Salam semua. Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya dengan anda semua. Saya tak pernah menulis panjang lebar. Harap maaf jika ada kekurangan.

Tujuan saya kongsikan kisah ini agar wanita di luar sana dapat ambil sebagai pengajaran dengan apa yang telah terjadi pada saya.

2 tahun yang lepas saya telah nekad putuskan pertunangan yang telah 2 tahun terjalin. Saya dan M telah kenal selama 5 tahun sebelum mengambil keputusan untuk bertunang dan kearah menghalalkan hubungan ini.

Selama kami bersama saya tahu dia seorang yang panas baaran dan suka salahkan orang lain dalam setiap masalah yang timbul. Sebelum terlupa dia berkerja sendiri dan saya seorang eksekutif di syarikat swasta.

Saya memutuskan pertunangan ini beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan kami. Segala persiapan telah dilakukan. Keluarga dan saurada mara juga telah dimaklumkan. Secara jujurnya bukan mudah untuk membuat keputusan ini.

Masalah bermula bila M mengalami masalah dalam perniagaan. Saya selalu mendahuluukan kewangan kepada dia dan M tidak pernah membayar balik.

Kesilapan saya di sini kerana memikirkan kami akan berkahwin dan tanggungjawab saya untuk sama-sama membantu sewaktu M dalam kesusahan.

Untuk pengetahuan semua saya menanggung kedua orang tua dia kampung. M mula bertindak kasar dengan memaki hamun saya dengan kata2 yang kesat bila bergduh dan tidak pernah mengaku salah.

Setiap kali dia melakukan kesalahan, dia meminta saya minta maaf. M juga seorang yang sangat cemburu. Saya tidak dibenarkan untuk keluar bersama kawan2 perempuan dan dia juga mengawal kewangan saya.

Beberapa bulan sebelum memutuskan pertunangan ini, saya dengan mata sendiri melihat macam mana M tidak menghormati kedua ibu bapa dia dan jugak saya.

M pernah menenking ibu ya dia hadapan saya. M jugak selalu memarahi dan merendahkan saya di hadapan keluarga dan kawanyer. M selalu berkata saya patut bersyukur kerana dia memilih saya.

Sedangkan ramai lagi perempuan cantik diluar sana mahukan dia. M juga selalu menghina saya yang datang dari kampung.

Masa itu saya sudah tawar hati, jika ibu yang melahirkan dia tidaj dihormati lagikan saya orang luar. M pernah katakan dia tak akan sesekali mencraikan saya walau apa yg terjadi.

Hampir setiap hari saya menangis kerana disalahkan dalam semua perkara yang terjadi pada dia. M jugak seorang yang percayakan perkara tahyul.

Menurut M bisnes dia merosok kerana orang menghantar bomoh. Bila saya katakan bisnes dia merosok kerana cara dia melayan customer dia akan memarahi saya. sudah puas kami menegur dia. tapi kami disalahkan.

Saya mula terfikir, apa yang akan terjadi kalau kami berkahwin. sangat sukar untuk membuat keputusan ini.

Lebih2 lagi melibatkan keluarga. Selama 2 minggu saya sujud kepada Allah meminta pertunjuk sehingga la awal tahun 2017. Kami bergduh teruk dan M hampir memukul saya. Ketika itu saya rasa Allah telah hantarkan pertunjuk.

Kedua ibu bapa jugak bersetuju dengan keputusan saya. Kata mereka jangan peduli apa kata orang, kerana saya yang akan menanggung segala ini jika memilih untuk berkahwin.

Saya bersyukur kerana nekad untuk putus walaupun telah bayak bazirkan masa, kewangan dan tenaga. Saya tidak menuntut walau sesen pun hutang saya dari dia. Saya tidak mahu ada apa2 hubungan dengan dia lagi.

Kepada semua wanita diluar sana, jangan takut untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda, Saya juga telah berumur awal 40an dan masih bujang sehingga sekarang.

Saya tutupkan telinga apa yang orang katakan pada saya. Ada orang salahkan saya kerana tidak sabar dalam hubungan, tapi saya paham mereka tidak tahu apa yang terjadi.

M sehingga kita masih burukkan saya, tapi saya tahu Allah maha mengetahui. Wahai wanita yang menghadapi masalah yang sama bangunla, buka la mata anda semua. Hargai la diri anda.