Suami suka berhvtang . Kerana cintakn suami habis barang kemas tergadai. Selepas si suami dapat kerja baru tak sngka suami buat begitu

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Nama saya Mawar (bukan nama sebenar). Tak sangka pulak akhirnya saya terpanggil untuk berkongsi kisah ini kepada pembaca hanya untuk jadikan ia pengajaran dan tauladan.

Saya berkahwin dengan anak sulung. Suami saya mempunya 4 beradik. Adik kedua lelaki dan adik ketiga dan keempat perempuan.

Disini saya ingin berkongsi cerita kisah sedih adik ipar bongsu saya. Disebabkan dia anak bongsu, sedari kecil dia amat dimanjakan oleh aruwah ibu bapa mertua saya juga kedua abang dan kakaknya.

Semua kehendaknya seberapa daya dipenuhi. Disebabkan ibu mertua saya suri rumah sepenuhnya, segala kerja rumah dilakukannya sendiri. Ibu mertua saya adalah suri rumah yang amat rajin dan berdisiplin.

Anak anak memang tiada peluang untuk melakukan kerja kerja tersebut. Termasuklah suami saya anak sulung hinggalah yang bongsu. Sehinggalah adik bungsu yang kami panggil nama timangan “adik” menamatkan pelajaran dan berjaya menjadi seorang penjawat awam.

Sebaik tamat kursus, adik tidak mengambil masa lama untuk berkahwin dengan teman lelaki yang dikenali semasa belajar. Saya namakan dia DJ (Don Juan).

Pada awalnya, mereka nampak bahagia. Dari anak satu sehingga ketiga. A long the away, ada juga pasang surut. Ini lumrah hidup berumah tangga.

Disebabkan adik tidak begitu pandai membuat kerja rumah, juga memasak dan susah untuk mendapat pembantu untuk menjaga anak anaknya, ibu bapa mertua sanggup mngalkan rumah mereka dan tinggal bersama mereka.

Ketika ini bapa mertua telah bersara awal. Suami adik pulak bukan jenis suami yang suka menolong isteri di dapur.

Akhirnya tanggung jawab itu jatuh kebahu ibu mertua saya. Dari menguruskan anak anak mereka, kemas rumah juga menyediakan makanan. Yang mereka tahu balik kerja makanan telah terhidang.

Disebabkan semua telah terurus, DJ mempunyai banyak masa lapang. Disinilah cerita bermula. Dia mula kerap keluar rumah atas alasan berjumpa dengan kawan kawan. Kononnya mahu belajar berniaga. Bermacam macam cubaan jenis perniagaan dilakukan.

Dari jual/ beli/ repair/ computer, workshop kereta, kantin, supply barangan sekolah, potong rumput, cleaning services dan lain lain.

DJ menggunakan nama ayah dan adik DJ. (Sebagai penjawat awam tidak dibenarkan berniaga) Malangnya kesemuanya gagal. Paling lama bertahan hanya 6 bulan. DJ hanya berjaya mengumpul hutang.

Akibat pekara ini DJ sudah pandai menipu. Untuk melangsaikan hutang, DJ menggunakan nama isterinya untuk meminjam beberapa buah bank (nama telah disenarai hitam oleh pihak tertentu). Meminjam wang dengan saudara mara dan kawan kawan.

Gadai barangan kemas sehingga habis kesemua barangan kemas adik tergadai kerana percaya dan cintakan suami termasuk barangan kemas kakaknya yang dipinjam dan barangan kemas ibu mertua saya.

Ibu bapa mertua mula bising. DJ selalu lupa tanggung jawabnya sebagai ketua keluarga. Rumah masih menyewa, rumah lama diperbuat dari kayu beratapkan zink. Kerap bocor sana sini dan selalu dinaiki banjir kilat bila hujan lebat. Perbelanjaan rumah pun adik yang melunaskan.

Kadang kala Ibu bapa mertua juga membantu apabila barangan dapur sudah kehabisan. Pekara ini tidak menimbulkan masalah bagi DJ sebab keluarga isterinya akan membantu terutama kakaknya iaitu adik ipar saya yang no 3. Saya namakan dia Emah (bukan nama sebenar).

Emah, mempunyai pekerjaan yang stabil. Tidak mempunyai anak walaupun telah berkahwin selama lebih 10 tahun dan akhirnya mereka bercerrai kerana Emah tidak mau bermadu. Suami Emah mahukan zuriat. Emah sayangkan anak anak saudaranya terutama anak adik.

Banyak wangnya dihabiskan untuk anak saudaranya. Terutama bila tiba hariraya. Kebanyakkan keperluan hari raya mereka, Emah yang belikan. Malah, anak anak adik memanggil Emah dengan panggilan emak. (Emak kandung mereka, Mama).

Setakat ini, ibu bapa mertua masih tinggal bersama mereka sehinggalah ibu mertua saya mngal dunia kerana saakit jantung. Waktu itu ibu mertua baru saja selesai memasak tengahari dan baru lepas mengambil kain dijemuran, tiba tiba dia terkena ser4ngan jntung.

Beliau mngal dunia sementara menunggu ambulan sampai. Kejadian berlaku ketika mereka suami isteri tiada dirumah hanya disaksikan bapa mertua dan ke tiga tiga anak mereka sahaja.

Nasib menyebelahi mereka kerana mereka tiba dirumah beberapa minit sebelum ibu mertua saya menghembuskan nafasnya terakhir.

Selepas ketiadaan ibu mertua, bapa mertua mengantikan tugasnya menguruskan anak anak adik terutama yang ke 3, berumur 6 tahun.

Kedua anak mereka yang tua mula belajar berdikari. Adik pun mula belajar kedapur dan membuat kerja kerja rumah tangga yang lain walaupun tidak sesempurna macam ibu mertua lakukan.

Akhirnya DJ mengambil keputusan untuk berpindah kerja. Disini perangai DJ semangkin menjadi jadi. Tugas barunya memerluukan dia kerap keluar daerah. Mulanya 2/3 hari, kemudian berminggu dan akhirnya lebih 30 hari.

Adik ipar saya mula curiga. Dia semakin murung setelah kehiilangan ibunya dan juga dengan sikap suaminya. Mereka kerap bergduh.

Dan penyiasatan dilakukan dengan bantuan kakaknya Emah. Akhirnya terbongkar yang dia mempunyai teman wanita diluar sana. Seorang balu beranak 2, juga bisnis woman.

Apabila rahsianya terbongkar, DJ lebih berani kerap keluar rumah hanya balik selepas subuh kerana terpaksa menghantar isterinya ketempat kerja. Adik tidak pandai mengayuh basikal, membawa motor juga memandu kereta. Langkahnya terhad.

Disebabkan kekurangannya ini, adik bertahan. Lebih sanggup bersabar dan menderita dengan kerenah suaminya daripada menjadi janda. Dia banyak memendam rasa dan murung. Tidak lagi seceria dulu. Kalau dulu, adik seorang yang happy go lucky dan disayangi. Kini, semuanya berbeza.

Dia menjadi seorang yang pendiam, tidak mau bergaul lagi, tidak mau berjumpa saudara mara, tidak mau hadir dimajlis majlis keluarga termasuk majlis kenduri doa selamat, harijadi juga perkahwinan.

Masanya dihabiskan didalam bilik dan bersama anak anak di rumah sewanya sahaja. Bapa mertua masih bersama mereka ketika ini dan Emah kerap bersama mereka membantu apa yang patut.

Rumah sewanya semakin usang. Terlalu banyak bumbung yang bocor sehingga hampir keseluruhan rumah.

Akhirnya atas desakkan, tuan rumah akan membaiki rumah dan terpaksalah mereka mencari rumah lain untuk tinggal. Disini alhamdulilah DJ terbuka untuk membelikan rumah untuk keluarganya tinggal.

Mereka pun berpindah kerumah baru. Malangnya bapa mertua tiada kesempatan untuk merasa tinggal dirumah baru mereka kerana selepas 3 tahun ibu mertua mnggal bapa mertua pulak menyusul mnggal dunia selepas sebulan mendapat rawatan di hspital.

Ketika bapa mertua s4kit, DJ tiada dirumah sehinggalah beliau mngal dunia dan dikebumikan.

Ketika bapa mertua mnggal, DJ berada di luar negara berbulan madu. Itu pun setelah banyak kali panggilan dibuat dan akhirnya berjaya dihubungi apabila suami saya menghubunginya.

Dengan rasa tidak bersalah, menyuruh suami saya dan keluarga menguruskan jnazah tanpa perlu menunggunya.

Kembalinya DJ selepas berbulan madu, DJ confess dengan adik. Berjanji akan berlaku adil dan akan bertanggung jawab. Sebulan mereka berbaik dan akhirnya adik bungsu mengandungkan anak ke 4.

Malangnya, janji tinggal janji. Secara serentak, isteri kedua pun hamil. Disana memerluukan perhatian yang lebih.

Akhirnya, adik mengurus diri sendiri sepanjang kehamilannya. Berpantang sendirian. Sedih ketika saya menziarahnya semasa adik berpantang, pkul 11.30 pg masih belum makan.

Adik sedang sibuk menguruskan baby keseorangan. Hanya bertemankan ketiga tiga anaknya. Nasib baik Emah ada bekalkan masakan lauk singgang untuk adik. Menurutnya, DJ ada balik sesekali membelikan barang keperluan itu pun tidak mencukupi.

Selepas bapa mertua mnggal keadaan adik bertambah teruk. Berat badannya bertambah, kerap s4kit. S4kit yang tidak tau puncanya.

DJ tidak lagi memberi duit nafkah. Kerap kali Adik kehabisan wang terutama anak anak semakin meningkat dewasa juga keperluan anak ke 4 (baby bungsu).

Adik selalu kehabisan wang disebabkan membayar hutang bank yang dia sendiri tidak merasai wangnya dan hutang rumah yang dipaksa beli oleh suaminya.

Rumah yang dibeli jauh dipinggir Kuala Lumpur berpuluh km dari tempat kerja beliau. Rumahnya kini terbengkalai usang dan tidak pernah sekali pun didiami. Hanya setiap bulan membayar hutang yang ditolak terus dari gaji adik.

Pelajaran anak anak semangkin tidak terurus. Nasib baik Emah banyak membantu. Akhirnya berjaya juga ketiga tiga anaknya ke kolej.

Perangai DJ tetap tidak berubah malah bertambah teruk. Kerap kali adik bungsu dan anak anak disrang oleh isteri kedua, Nani (bukan nama sebenar) kerana mencari suaminya.

Nani tidak percaya suaminya sudah lama tidak balik kerumah adik. Kerana tidak tahan kerap di ganggu, anaknya memberitahu, carilah bapanya dipejabat.

Terbongkar cerita, rupanya DJ sudah mengoda boss disitu walaupun boss itu telah bersuami. Disebabkan Nani telah membuat bising menyerang DJ dan teman wanita baru (ke 3), akhirnya boss dan Dj dipindahkan.

Teman wanita tersebut yang saya namakan Ros (bukan nama sebenar) dicerraikan suaminya sehelai sepinggang. Akhirnya mereka berkahwin juga di sempadan.

Ketika ini, adik sedikit demi sedikit sudah menerima hakikat nasibnya. Anak anak pun sudah dewasa. Dia tidak lagi mengharapkan suaminya. Menurutnya, dia sudah tawar hati terhadap suaminya.

Semasa DJ meminta izin untuk berkahwin kali ke3, adik menerima dengan senang hati malah memberikan keizinannya sekiranya DJ ingin berkahwin lebih dari 3.

Dengan keterbukaan ini DJ lalu mengenalkan Ros bakal isterinya ke 3 kepada Adik. Disebabkan mereka dibidang yang sama mereka boleh menerima satu sama lain.

Menurut adik, sejak berkawan dengan Ros, DJ mula balik kerumah. Sedikit bertanggung jawab memberi nafkah kepada Adik.

Malah ketika anak sulung ingin bertunang, adik membenarkan Ros turut serta tetapi ditentang keras oleh Emah juga kami. Kerana setahu kami ketika itu, Ros masih isteri orang dan mereka pun belum lagi berkahwin.

Walaubagaimana pun Dj tetap membawa Ros dan mereka tinggal dihotel bersama. Adik dan anak anaknya menginap bersama kami. Begitulah biadapnya Dj.

Selepas majlis pertunangan, keadaan kesihatan adik semangkin teruk. Sepanjang PKP pertama, bulan Ramadhan dan aidil fitri dia tinggal di rumah Emah bersama anak sulung dan anak bungsu.

Sepanjang PKP, kerap kali adik mengadu saakit. Kadang kadang demam panas. M1grain, gatal gatal seluruh badan, bisa bisa seluruh badan. Dia kerap menghabiskan masa mendiamkan diri didalam bilik.

Anak sulungnya akan membawanya ke klinik sekiranya adik rasa tidak lagi tertahan akan s4kitnya.

Emah menasihatkan nya untuk ke hspital membuat medical check up kerana kesihatannya semangkin hari semangkin merusut. Peliknya, berat badan nya bertambah. Perutnya membuncit. Tetapi dia tetap enggan ke hspital untuk mendapatkan rawatan.

Keadaannya semakin teruk. Dalam sebulan kadang kala hanya seminggu sahaja dia ke tempat kerja. Selebihnya cuti saakit.

Seperti biasa, hanya berulang alik ke klinik berdekatan dihantar oleh anak anaknya. Kadang kala Dr. kata adik menghidap denggi, ker4cunan makanan, athritis, g0ut, mgrain dll.

Ketika ini adik masih enggan ke hspital. Sehinggalah, satu hari adik lemah, tidak boleh berjalan, hiilang selera makan, muntah drah, berak drah. DJ datang setelah diberitahu dan akhirnya membawanya ke hspital.

Waktu ini, sudah terlalu lambat untuk adik diselamatkan. Dktor memberitahu kesemua organ dalamannya r0sak. Drahnya bercun dan tidak setabil, sekejap tinggi sekejap rendah. Jantungnya lemah, paru paru bengkak dan berair. Walaupun dengan bantuan oxsigen, adik masih susah bernafas.

Tambahan drah diperluukan. Sel drah putih lebih banyak dari sel drah merah. Sepanjang di w4rd dia hanya mau Emah menjaga dan menemaninya. DJ pun awal awal lagi memberitahu Emah yang dia tidak boleh menjaga adik sebab busy katanya.

Menurut Emah sepanjang seminggu diward, sempat juga adik menceritakan keadaan dirinya dan keluhannya. Menurutnya, ada khabar angin mengatakan sekarang DJ sedang berskandal dengan seorang perempuan Cina ditempat kerja yang sama.

Adik juga telah berpesan seolah olah tahu masanya tidak lama lagi. Dia mau Emah menjaga anak anaknya. Juga adik mau ketiga tiga anaknya memandikan jnazahnya apabila dia mnggal dunia.

Akhirnya Adik menghembuskan nafasnya terakhir sebelum pembdahan dilakukan.

Menurut Dr. dengan tanda tanda yang ada, adik di syaki mengidap knser. Genap seminggu adik dirawat di hspital akhirnya dia dijemput kembali oleh ke penciptanya dengan membawa segala kesedihan dan penderitaannya.

Alhamdulilah, kami keluarga adik, termasuk adik beradik, ipar duai, anak anak saudara selamat menguruskan jnazahnya dan dikebumikan berdekatan kawasan rumah kami (kesemua adik beradik adik termasuk rumah ibu bapa mertua tinggal dikawasan yang sama).

Sempat juga menguruskan majlis tahlil untuk adik 3 kali berturut termasuk sebelum adik dikebumikan. Ingin diteruskan tetapi PKPB semula dan mesjid terpaksa ditutup kembali.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Kami sayangkan adik tetapi Allah lebih sayangkan mu dik. Semoga adik damai disana.

Setelah kepergian adik, DJ tidak langsung menunjukkan penyesalannya. Malah tidak sabar mahu menguruskan segala harta peninggalan adik. Wang pencen, wang sagu hati persaraan dan sumbangan orang ramai. Malah telah berkira kira ingin menggunakan wang adik menceburi bidang perkantinan.

Dia membertahu anak anaknya, wang pencen adik, sebagai suami dia lah yang layak nenerimanya bersama anaknya yang bungsu (9 tahun). Dia sebagai pemegang amanah. Dia juga mencadangkan, akan membawa salah sorang isterinya tinggal dirumah adik.

Menurutnya rumah itu memerluukan seorang perempuan untuk menguruskannya. Untuk mengelakan DJ membawa salah seorang isteri nya tinggal disitu, Anak anaknya mau Emah tinggal bersama mereka sehingga anak sulung nya berkahwin.

Ketika ini DJ tidak langsung menanyakan sama ada adik masih mempunyai hutang piutang untuk dilangsaikan. Sedangkan dia tahu kebanyakkan hutang adik adalah hutangnya.

Setelah diteliti oleh anak sulung adik, adik masih perlu meyelesaikan hutang bank juga hutang 3 credit card dan hutang peribadi dengan koperasi.

Semoga adik mempunyai insurance terhadap hutang hutangnya. Dengan adanya insurance hutang hutang akan terlangsai dengan sendirinya. Keluarga menasihatkan anak sulung nya untuk meneliti pekara ini, dan akan berusaha bersama melangsaikan hutang piutang adik.

Begitulah akhirnya kisah sedih seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Nasihat saya, sebagai seorang perempuan, siapkan diri dengan ilmu sebelum menjadi seorang isteri. Para ibu juga perlu ajar anak anak baik lelaki atau perempuan kerja kerja rumah.

Tahu hak nya. Jangan sesekali membenarkan diri kita ditindas dengan alasan sayang suami dan Syurga dibawah kaki suami. Perlu kuat, bangkit and move on. Tanam semangat di hati bahawa aku boleh menjadi lebih baik dari hari hari semalam dan perempuan tidak akan m4ti tanpa lelaki disisi.

Semoga Allah bukakan pintu hati DJ untuk bertaubat dan menjadi suami dan ayah yang lebih bertanggung jawab terhadap keluarganya. Kalau tidak bahagiannya ada menunggu di akhirat nanti.