Mak malu kalau kawan2 tahu ada anak susah.Selama ni mak melayan Angah dengan layanan endah tak endah. Terduduk mak bila baca surat dari angah

Seorang emak yang terlalu rindukan anak2 memberanikan diri menaiki bas dari Mersing semata2 hendak melihat anak2nya.

Setibanya di Bustand Larkin. Si emak menelefon anak sulongnya, iaitu Along, Anak lelaki kesayangannya.

Emak: “Assalamualaikum Along, mak dah sampai dekat bustand Larkin ni.. Mak ingat nak pergi rumah Along.. boleh tak?”

Along: “Ah emak ni.. kenapalah tak bagitahu dulu nak datang.. Along sebuk ni.. Mak telefon Angah la suruh dia ambik mak dulu.. nanti malam baru mak datang rumah Along..”

Terdiam seorang emak, niat baiknya untuk buat suprise kepada anak kesayangannya di jawab sambil lewa oleh anak kesayangannya.

Beliau menangis dalam hati kecil beliau, sambil memegang handphone di tangan. Si emak cuba memberanikan diri menelefon Angah pula iaitu anak lelaki keduanya.

Emak: Assalamualaikum Angah, mak ada dekat bustand Larkin ni.. Angah boleh datang ambil mak tak?

Angah: Waalaikumsalam mak, Yeke? bila mak sampai? Mak tunggu tau.. nanti Angah datang ambik. (dengan nada excited)

Apabila sampai sahaja di Bustand Larkin..
Angah tak tunggu lama, terus salam dan peluk cium emaknya.

Tapi reaksi emaknya biasa2 sahaja. Macam tak berapa nak gembira..Yelah, Angah ni kerja biasa2.. bawak pun kereta Saga FLX sahaja..

Di dalam kereta, emaknya tak banyak bercakap.. Mungkin sebab Angah ni bukanlah anak kesayangannya..

Hanya Angah yang beriya2 hendak bawak ibunya berjalan2.. Tapi emaknya memberi respon yang tidak senang dan dengan pantas emaknya menjawab,

“Hantar mak ke rumah Along lah.. mak nak pergi sana..”

Angah tunduk tanda akur.. Angah sudah terbiasa makan hati sejak kecil… lalu Angah terus memandu ke Straits View iaitu tempat di mana Alongnya menginap..

Setelah sampai di rumah Along, emaknya di sambut oleh orang gaji Along bernama Bibik Yati manakala Along dan isterinya hanya duduk di bilik. Bibik Yati lah yang menyediakan makanan dan minuman untuk emaknya.

10 minit berselang, Along pun turun keseorangan.. manakala isterinya sibuk dengan handphone di dalam bilik… Dengan wajah yang berkerut Si Along menyapa maknya..

Along: “Kenapalah mak tak tunggu kat kampung je… nanti ada cuti Along baliklah..”

Emak: “Emak dah rindu sangat dekat Along.. sebabtu mak datang..”

Along: “Minggu ni orang sebuk, kalau ada masa tengoklah nanti baru Along bawak mak keluar.. Yani(isteri Along) pun sibuk mak..”

Emak: “Emak tak kesah Along.. Mak kesini pun hanya nak lihat kau..” (sambil kesat air mata yang berlinang).

Selepas tu Along keluarkan handphone di tangan.. tak lama lepastu gelak sorang2 dengan handphone.

Manakala emaknya terpinga2 di situ bagai tak dilayan. Melihat kejadian tu.. Bibik Yati dengan pantas membawa emaknya ke kamar..

Bibik: “Emak encik, ini bilik mak encik.. Emak encik rehat2 lah dulu ye..”

Sejak dari emaknya masuk bilik tu.. Along dan isterinya langsung tak jengah maknya di bilik.. Malah emaknya hanya menghabiskan masa di rumah bersama Bibik Yati..2 hari kemudian.. emaknya rasa terpinggir.. Lalu membuat keputusan untuk pulang.. Sekali lagi emaknya menelefon Angah.. untuk meminta bantuan untuk menghantarnya pulang ke bustand..

Emak: “Assalamualaikum Angah.. boleh hantar mak ke bustand Larkin..”

Angah: “Waalaikumsalam mak, kenapa cepat sangat mak nak balik, mak taknak singgah rumah Angah dulu ke?”

Emak: “Takpelah.. mak ada hal dekat kampung. mak nak balik..”

Angah: “Baiklah emak, kalau macamtu nanti Angah dan isteri siap2.. Angah hantar emak ye..”

Tak lama selepas itu Angah pun sampai dirumah Along untuk menjemput emaknya, kalini Angah bawak kereta lain.. Bukan Saga FLX tapi Angah bawak Alphard Hitam.. Naik je dalam kereta..

Angah terus berbunyi,

” Emak tak payah naik bas.. Angah hantar emak sampai kampung.. lagipun JB ni dengan Mersing bukanlah jauh sangat tak sampai hati Angah biarkan Mak naik bas..”

Emaknya hanya mengangguk tanda setuju..Dan dalam perjalanan pulang emaknya pun bertanya.

“Kereta siapa yang kau bawak ni Angah..?”

Dengan merendah diri Angah menjawab..

“Kereta ni Angah ¥£€¢¢#$ …” Belum sempat Angah nak habiskan kata2nya emaknya dah menjawab..

“Emak dah agak yang kau takkan mampu pakai kereta ni.. Along je yang mampu.. Kau dari dulu tahu nak meminjam barang orang je..”

Angah hanya tersenyum saat menoleh emaknya di belakang.. Dalam diam angah kesat air mata yang berjurai di mata Angah..

Isteri Angah yang nampak kejadian tu cepat2 genggam tangan Angah.. Dalam kegelapan malam Angah tahan sebak dalam hati..

Dari dulu lagi, Emak memang pandang rendah pada Angah.. Mungkin sebab Angah kurang bijak dalam pelajaran.. Emak asyik memuji Along yang selalu mendapat keputusan baik semasa peperiksaan dan telah berjaya menjadi seorang doktor.

Manakala Angah hanya mampu bekerja di Kilang biskut dimana pada pengetahuan emaknya tidak menjaminkan kebahagiaan di masa hadapan.

Setibanya di Kampung Air Merah, Mersing.. mereka di sapa oleh ayah dan adik perempuan mereka yang menanti di rumah…

Ayah: “Wah, seronok lah awak balik naik kereta besar..”

Emaknya hanya mendiamkan diri dan terus masuk ke bilik.

Angah dan isterinya pulak bersalaman dengan Ayahnya. Selepas tu mereka duduk di ruang tamu sambil berbual. Tapi Angah tak boleh berbual lama kerana mereka perlu segera pulang ke JB atas urusan kerja.

Sebelum pulang, sempatlah Angah berbual2 dengan ayahnya dan memberi sepucuk surat ketangan ayahnya.. Angah sempat cakap,

“Mungkin raya ni Angah tak balik sebab terpaksa beraya di rumah keluarga Isterinya..”

Selepas semua pulang.. hanya tinggal Ayah dan Emak berdua di ruang tamu.. Manakala adik perempuannya si ucu sudah masuk ke dalam bilik.. Si Ayah mula lah hendak menyakat isterinya..

Ayah: “Macam mane awak dekat JB? seronok dapat jumpa anak2..?”

Emak: “Biasa2 je.. boring.. Along laki bini sebuk kerja..”

Ayah: “Kalau Along sebuk kerja, kenapa tak duduk rumah Angah..”

Emak: “Malaslah.. diorang dah la susah.. nanti saya lagi susahkan diorang.. lagipun rumah mereka sempit.. saya tak selesa..”

Ayah: “Amboi awak ni.. habistu rumah kita sekarang ni besar sangat ke?”

Emak: “Memanglah tak besar.. tapi saya malu kalau kawan2 tahu saya ada anak susah.. saya nak orang tengok saya ni ada anak orang kaya.. Anak berpangkat doktor”

Ayah: “Hurm.. tak sadar diuntung.. Awak tak bersyukur dengan apa yang awak ada sekarang?”

Emak: “Mestilah, Along selalu buat saya bangga.. dari dia kecik dia selalu buat saya bangga.. dia pandai.. dia hensem.

Angah tu apa ada? tengok gelang dan rantai yang saya pakai ni.. Semua Along yang beli.. Angah apa yang dia dapat bagi saya?”

Si ayah menangis mendengar penjelasan si emak.. lalu berkata,

“Betullah apa yang saya sangka selama ni memang awak lebihkan Along dalam segala hal.. sehingga awak sanggup biarkan Angah tak boleh sambung belajar dengan alasan nak simpan duit renovate rumah.

Awak sanggup beli kereta untuk Along belajar di universiti sedangkan Angah hanya guna bas ke mana2..”

Emak: “Ye, memang.. kalau saya memang dari dulu tak suka Angah tu kenapa? jadi masalah ke dekat awak..?”

Ayah berdiri.. lalu memegang rantai di leher mak..

“Kalau awak nak tahu.. rantai dan gelang yang awak pakai ni.. Angah yang bagi.. Kalau awak nak tahu, anak kesayangan awak tu cuma beli rantai untuk isteri dia sahaja..”

Emak terdiam seketika..

“Lalu bertanya? bukan ke awak cakap dengan saya rantai ni anak kesayangan saya yang bagi?”

Ayah: “ye, memang saya cakap anak kesayangan awak yang bagi.. tapi anak kesayangan awak tu maksud saya Angah.. Apa awak ingat Angah tu bukan anak kesayangan ke?”

Ayah mula menangis sambil masuk ke bilik..tunjuk sampul surat yang Angah berikan kepadanya tadi..

“Nah, tengok apa dalam sampul surat ni..”

Si emak ambil dan buka.. Bila di baca, rupanya nama mak dan ayahnya telah didaftarkan untuk menunaikan umrah pada bulan Jun nanti melalui syarikat Tiram Travel..

Emak terduduk.. diam seketika.. Lalu bertanya kepada ayah..

“Mana si Angah tu dapat semua duit ni?”

Ayah menjawab: “Awak pernah tak duduk berbual dengan dia? tak pernah kan? pernah tak awak ambik berat pasal dia? takkan? Dia dan isteri dia sama2 buat pinjaman AIM.. meniaga biskut raya dan kek on9 kecil2an sambil bekerja di kilang seperti biasa..

Bila pelanggan dah semakin ramai.. Mereka buka kedai kecil2an dan sekarang mereka dah pun ada 10 cawangan di sekitar JB.. Kereta Alphard hitam retis yang awak naik tu ialah kereta ke 4 mereka..”

Allah, si emak terdiam.. menangis.. terfikir selama ni dia melayan Angah dengan layanan endah tak endah..

Lalu si emak menelefon si Angah untuk memohon maaf.. di telefonnya berulang kali tapi tiada yang jawab.. semuanya dah terlambat.

Part 2: “Dosa Ibu”

Emaknya sudah semakin risau kerana jarang2 sekali Angah tak angkat telefon.. Mereka menjangkakan ada yang tidak elok berlaku.. Lalu emaknya menelefon isteri Angah pula.. juga tidak di angkat..

Rupa2nya Angah hanya selangkah dari rumah emak.. Angah telah patah balik dari Taman Wawasan 15 minit yang lalu sebab tertinggal telefon di atas sofa.. handphone tersebut telah disilentkan kerana kekurangan bateri sebabtu bila call tak berbunyi.

Angah dah dengar semua perbualan di antara mak dan ayahnya.. Menggeletar tubuh Angah dengar semua penjelasan emaknya. Terngiang2 ayat emaknya di telinga Angah.

Emak: “Mestilah, Along selalu buat saya bangga.. dari dia kecik dia selalu buat saya bangga.. dia pandai.. dia hensem..

Angah tu apa ada? tengok gelang dan rantai yang saya pakai ni.. Semua Along yang beli.. Angah apa yang dia dapat bagi saya?”

Allahuakbar..Angah genggam tangan kuat2.. Angah menangis teresak2 di bawah tangga di hadapan rumah.. tanpa sesiapa pun sedari kelibat Angah kerana Angah parking kereta jauh di pagar sana..

Angah terus berlari ke arah kereta.. Angah reverse kereta dan si isteri hanya mampu terdiam melihat Angah sedang menangis.. Isteri tunjuk telefonnya kepada Angah..

“Abang, tengok ni mak call.. abang angkatlah”.. pujuk isterinya

Angah: “Takpelah, biar dulu.. abang belum bersedia nak hadap semua ni.. Abang dah tahu, selama ni mak memang tak pernah sayangkan abang..”

Isteri: “Kenapa pulak abang cakap macamtu”

Angah: “Abang dah dengar semua perbualan mak dan ayah masa nak ambik handphone tadi..”

Isteri Angah hanya mampu terdiam melihat suaminya.. Dirangkul tubuh Angah dan isterinya usap air mata yang berjurai dari tubuh suaminya itu.. Betapa isterinya tahu hati suaminya betul2 terluka..

Isterinya cuba menenangkan suaminya dengan bersandar di bahu suami dan memberi kata2 semangat.. lalu Angah menjawab..

“Awak cakaplah apa pun.. saya tetap tak percaya.. saya dah dengar sendiri dari mulut mak.. memang saya ni memalukan dia..”

Isterinya pun berjurai air mata melihat sang suami tak mampu lagi bercakap kerana terlalu sebak..

“Awak tak rasa apa yang saya rasa yang.. Apa awak buat kalau awak dengar mak awak sendiri yang cakap macamtu”

Isterinya hanya mampu terdiam.. tunduk tanda paham.. Angah terus memandu laju tanpa memikirkan handphonenya..

Sedang dirumah ayahnya sudah heboh berita mengenai Angah tidak angkat telefon.. Adiknya si Ucu pun dah keluar dari bilik kerana kekecohan tersebut..

Sedang mereka cuba call Angah dan isteri berulangkali.. Adiknya ternampak kelibat handphone di bawah bantal diatas sofa..

Ucu: “Eh mak, ni handphone Angah..
patotlah mak telefon Angah banyak kali tak angkat..”

Emak: “Masalahnya kalau handphone Angah dekat sini.. kenapa kakak ipar kau pun tak angkat telefon? Ke jadi apa2 dekat diorang?”

Mereka bertiga terdiam seketika..memikirkan apa yang terjadi.. Si Ucu cuba memegang handphone Angah dan cuba untuk buka tetapi ada password.

Tetapi apa yang menyedihkan Ucu, di wallpaper Handphone Angah bukanlah gambar Angah dan isterinya.. tetapi gambar Emak sedang memeluk erat Along..

Lalu Ucu terus menyerahkan handphone Angah ke tangan Mak.. Berjurai air mata mak lihat wallpaper Angah.. betapa selama ini Angah terkesan dengan layanan mak terhadap dia selama ni..

Betapa mesranya gambar Along dan mak dalam gambar tu tapi Angah tak pernah merasa semua tu..

Ayah berkata : “Tu lah awak, selalu sangat pilih kasih pada anak2.. awak sedar tak apa yang awak buat ni buruk kesannya pada hati dan jiwa Angah kelak? dah, awak pergi telefon Along suruh dia balik sini sekarang.. kita selesaikan masalah ni sebelum berlanjutan..”

Emak pun terus menghubungi Along dan menceritakan apa yang berlaku dan mereka belum dapat hubungi Angah dan isteri sampai sekarang..

Kalau hendak buat report polis pula masih terlalu awal sebab belum 24 jam kehilangan Angah dan Isteri.

Along yang kebetulan ada program di Bandar Penawar terus buat keputusan untuk pulang ke Mersing kerana risaukan keadaan Angah..

Manakala Angah dan isteri sebenarnya tidak pergi jauh.. Angah memberhentikan kenderaannya di Masjid Jamek Bandar Mersing untuk menunaikan solat isyak dan menenangkan fikiran.

Isteri Angah di dalam kereta serba salah kerana tak jawab telefon dari keluarga mentuanya.

Selesai solat..Angah di sapa oleh seseorang pakcik yang kebetulan solat di situ.

Pakcik: “Salam adik.. adik dalam masalah besar ke? pakcik tengok awak solat sambil menangis berjurai air mata..”

Angah: “Tak lah pakcik.. saya buat solat Hajat.. agar dibukakan hati emak saya untuk menerima saya.. agar menyayangi saya sama seperti dia sayang Abang saya..”

Pakcik: “Ya Allah.. Pakcik juga berdoa di dalam masjid ni supaya dibukakan pintu hati ibu kamu.. supaya menerima kamu seadanya.. ”

Angah: “terima kasih pakcik.. saya tiada sesiapa didalam hidup ni untuk mengadu.. Hanya pada Allah.. tempat saya luahkan segala kesulitan hidup saya..”

Lalu mereka pun beredar.. Setibanya di dalam kereta.. Isterinya menunjukkan telefonnya berdering lagi.. Kali ni bukan dari Mak.. tapi dari Along.

Isteri: “Abang, Along call ni.. Abang jawablah.. tak baik buat semua orang risau..”

Angah: “Baiklah.. abang angkat.. bak sini telefon tu..”

Lalu Angah pun menjawab telefon dari Along..

Along: “Assalamualikum Angah.. kau dekat mane sekarang ni?”

Angah: “Aku dekat Masjid Jamek Bandar Mersing Long.. Kenapa?”

Along: “Along on the way balik Mersing dari Bandar Penawar ni.. dalam lebih kurang 1 jam abang sampai sana..Tapi sebelum tu
Along nak tanya kau?

Kenapa mak dan semua orang telefon kau tak angkat? Kau tahu tak semua orang di rumah sana risau fikirkan keselamatan kau?”

Angah: “Takpelah along, takde siapa yang hairan pun kalau aku ada ke atau tak ada kat rumah tu.. kalau ada pun Ayah je yang akan fikir pasal aku..”

Along: “Kau silap Angah.. Akulah orang pertama yang akan amek berat pasal kau.. Akulah orang pertama yang akan risau kan keadaan kau.. dan kau lihat sekarang ni aku tengah memandu balik kampung sebab fikirkan kau?”

“Kau tahu kenapa Along tak bagi mak datang umah Along? Sebab Along nak mak habiskan masa dengan kau.. Kau tahu kenapa Along tak layan mak dengan baik masa mak datang rumah abang? Sebab Along nak bagi mak rasa macamtu lah layanan mak terhadap kau..”

“Kenapa Along abaikan mak masa dirumah Along? sebab Along nak mak rasa bagaimana bila diabaikan dan Along berharap dia akan pergi ke rumah kau.. tapi abang silap, rupanya mak tetap degil dan nak pulang ke Mersing..”

“Ye, Along tahu Along tak layak untuk layan mak macamtu.. tapi tanpa pengajaran.. Mak tu tak akan sedar.. Macamtu je cara kita nak ajar orang tua ni..”

“Kau dengar ni Angah, selagi Along hidup Along takkan biar kau sedih Angah.. dah berkali2 Along pujuk mak supaya manjakan kau lebih dari Along..”

“Sebab Along kenal kau tu macam mane.. sejak dari kau Baby Along lah yang tukar Pampers kau.. saat mak dan ayah pergi kerja.. Along lah yang menjaga dan mengajar kau..”

Angah: “Ya Allah.. Ampunkan aku Along..
aku selalu beranggapan yang kau dan mak tak sayangkan aku.. Aku selalu ingat kau bangga bila mak lebihkan kau dalam segala hal.. Hello, Hello.. Along kau dengar tak ni?”

Bersambung..Saya terpaksa stop sampai sini dulu..sebab airmata penulis tak berhenti menangis.