Part 1 boleh click di ruangan comment
Angah: Along? kenapa kau diam je..?Lalu Angah letak telefon.. Terduduk Angah memikirkan apa yang terjadi pada Along.. Angah risau jika ada apa2 yang berlaku ke atas abangnya itu.
Angah menangis mendengar semua penjelasan Along.. betapa selama ini Along terlalu mengambil berat perihal Angah. Tetapi dia yang selalu berburuk sangka pada Along..
Sedang Angah terduduk di lantai datang Isterinya memujuk..
“Kenapa abang menangis bang, kenapa dengan Along?”
Angah: “Entahlah sayang, tadi abang berbual dengan Along tetiba Along tak bercakap, tapi line telefon masih belum putus lagi.. Abang risau jadi apa2 dekat Along..”
Isteri: “InshaAllah tak ada apa2 .. abang doa je.. mana tahu line kita takde ke.. kita fikir yang positif je okay..”
Angah: “Hurmmm… Baiklah..”
Angah tunduk tanda setuju.. lalu melangkah masuk kereta.. Isteri Angah pun bertanya,
“Macam mane sekarang ni.. awak nak balik rumah mak ambik handphone atau awak nak terus balik JB?”
Angah: “Entah, saya buntu sekarang ni.. saya risau apa yang jadi pada Along..”
Isteri: “Kalau macamtu kita balik rumah emak.. ambik handphone awak.. nanti kalau awak nak buat kerja dan apa2 urusan penting senang.. lagipun boleh kita tunggu Along dekat sana..”
Angah hanya mengikut apa yang dirancang oleh isterinya.. sepanjang memandu Angah hanya berdoa supaya tidak ada apa2 yang berlaku kepada Along.. Manakala isteri Angah ada cuba menelefon Along tapi tak berangkat..
Tak lama selepas itu mereka pun tiba di hadapan rumah emak.. Angah mengelak untuk masuk rumah emak dan hanya menyuruh isterinya mengambil telefon di dalam rumah emaknya..
Isteri: “Assalamualaikum..”
Emak: “Waalaikumsalam.. Eh, Fiya.. kenapa kami semua call kamu tak angkat? mak semua risau.. mana Angah?”
Sambil bersalaman semula dengan semua yang ada dirumah..
Fiya: “Angah ada dalam kereta mak, Dia suruh saya je yang naik ambik handphone dia..”
Belum pun habis Isteri Angah menjawab.. Emak dah berlari menuju ke kereta untuk bertemu Angah.. Kerana kelam kabut emaknya tersadung kaki waktu turun tangga..kepalanya terhantuk ke lantai simen..
“Allahuakbar” jerit si Ayah..
“Kenapalah awak ni tak sabar2 sangat Kiah, kan dah jatuh..”
Ayah merangkul tubuh emak, banyak drah yang keluar dari kepala emak, emak hampir pitam kerana banyak drah yang mengalir keluar.. Angah yang nampak kejadian tersebut terus berlari keluar kereta dan memeluk emaknya..
Angah: “Ayah, jom kita ke hospital.. banyak drah mak ni?”
Ayah: “Jomlah, tapi bagi ayah pakai baju sekejap..”
Angah: “Baiklah ayah, Sambil memeluk erat tubuh emaknya.. Angah cuba balut kepala emak dengan baju yang di pakai Angah untuk mengelakkan dari drah terus banyak mengalir dan keadaan emak sudah semakin lemah..
Emak: “Ampunkan emak”. Dalam keadaan yang sangat lemah..
Angah: “Emak takde salah apa2 dengan Angah mak, mak jangan banyak cakap ye.. Drah mak banyak keluar ni..”
Sambil mengesat air mata di pipi Angah.. Emaknya berkata lagi.
“Emak tahu kau terluka nak, Ampunkan emak.. Emak dah tak lama lagi boleh tahan ni..”
Angah dan Ayah berlari sambil dukung mak ke kereta.. Manakala si Ucu dan isterinya kunci rumah dan membawa bekalan baju untuk emak dan Angah kerana baju Angah dah buat balot kepala emak yang berlumuran darah.. Mereka bergegas ke Hospital Mersing..
Dalam perjalanan Isteri Angah yang memandu kereta manakala Angah dan Ayah memangku emak di belakang..
Dengan suara yang tersekat2.. Emak berkata kepada Angah..
“Peluk emak erat2 nak, cium emak lama2.. Andai ini kali terakhir emak dapat peluk kau, emak mintak maaf, selama 28 tahun umur kau emak tak pernah peluk kau macam ni..”
Angah: “Jangan cakap macam ni emak.. emak mesti kuat untuk kami semua..”
Emak: “Ucu, kau ambik gambar emak dengan Angah tengah berpeluk ni.. Supaya 1 hari nanti angah boleh buat wallpaper ni di Handpone Angah..”
Sambil menangis Ucu yang berada di hadapan kereta buat seperti apa yang di suruh.. Ucu ambil handphone dan ambil gambar Angah sedang memeluk erat tubuh emak..
Ayah: “Awak jangan cakap banyak Kiah, awak mengucap 2 kalimah syahadat.. banyakkan selawat..”
Tak lama selepas tu emak mula tak sedarkan diri.. bertambah panik semua orang dalam kereta.
Setibanya di Hospital Mersing emak dikejarkan ke bahagian kecemasan.. Emak disahkan koma oleh doktor yang merawat dan doktor minta emak di rujuk ke Hospital Besar Johor segera untuk pemeriksaan lanjut (CT Scan)..
Emak di masukkan ke dalam ambulance bersama pegawai perubatan dan Ucu menemani emak dalam ambulance manakala yang lain semua mengekori dari belakang..
Angah: “Saya menyesal ayah, kalau saya yang naik atas rumah dan ambil handphone.. mesti perkara macam ni tak jadi.. ”
Angah menangis teresak2 sambil memandu mengekori Ambulans.
Ayah: “Tak perlu kau cakap macamtu Angah.. semua ni dah tertulis.. percaya pada takdir”
Angah: “Dah la mak dalam keadaan macamni.. Along pulak tak tahu jadi apa..?”
Ayah: “Kenapa dengan Along kau?”
Angah: “Tadi Angah call dia, tetiba dia diam je.. tapi line telefon tak putus lagi.. Angah takot jadi apa2 je dekat dia..”
Ayah: “Allahuakbar.. dugaan apakah ini.. Ayah harap semuanya baik2 sahaja..”
Semasa kereta melalui Sri pantai mereka nampak kelibat kereta Along berselisih dengan mereka..
Angah berkata kepada isterinya..
Angah: “Sayang, awak nampak kereta tadi tu, kereta Along kan?”
Isteri: “Entah.. nampak macam ye.. tapi tak nampak nombor plat kereta..”
Angah: “Cuba awak call dia semula.. takot betul tu dia, tapi dia tak perasan kita..”
Lalu isterinya mengambil handphone di dalam beg dan cuba menghubungi Along.. Setelah mendail nombor telefon Along handphone di serahkan kepada Angah.. Setelah beberapa deringan berbunyi.. Along mengangkat telefon.
Along: “Hello”
Angah: “Hello, Along.. kenapa tetiba senyap tadi.. kau buat semua orang risau lah..”
Along: “Sorry ngah.. tadi masa aku drive aku kena tahan dengan polis sebab memandu laju dan memotong double line di jalan kampung.. sebabtu aku tak cakap dengan kau… kalau aku cakap nanti tambah saman guna telefon pulak.. Kau dah nak balik JB ke?”
Angah: “Tak lah.. aku tengah follow ambulance depan aku ni..”
Along: “Kenapa pulak dengan ambulance tu?”
Angah: “Mak dalam tu Along, mak koma, jatuh tangga tadi.. sekarang doktor suruh refer ke Hospital besar..”
Along: “Kau biar betul.. Allahuakbar.. kalau macamtu aku pun nak patah balik nanti jumpa dekat hospital.. serius ke tak keadaan Mak?”
Angah: “Nampak gaya macam serius long, mak tersadung kaki lepastu jatuh dari tangga atas terus ke lantai..”
Along: “Ya Allah, kalau macamtu maknanya seriuslah tu..”
Angah: “Allahuakbar.. harap2lah tak jadi apa2 Along..”
Along: “Aminn, takpe Angah.. kita drive dulu.. jumpa dekat sana nanti..”
Angah: “Baik Along. Hati2. Assalamualikum..”
Along: “waalaikumsalam”
Sepanjang perjalanan Angah menangis tak berhenti2.. Kerana dia berasakan dia adalah penyebab emak jatuh tangga.. manakala Ayah dan isterinya mengambil Yassin dan terus membaca sepanjang jalan..
Manakala Along menyesal tak sudah.. sebab dia melayan emaknya dengan endah tak endah sebelum ni.. Niat along hanya nak bagi pengajaran.. tapi tak sangka keadaan jadi macam ni..
Setibanya di Hospital Besar Johor Ambulans membawa emak menggunakan stretcher dan ditemani Ucu.. Manakala Angah dan Ayah berpusing mencari parking…
Emak terus di kejarkan ke Zon Merah bahagian kecemasan untuk pemeriksaan lanjut.. sementara yang lain hanya boleh menanti di luar..
Apabila Along sampai sahaja di luar pintu kecemasan Along terus bersalaman dengan Ayah.. Along peluk Ayah erat2..
Along: “Ayah, ampunkan Along ayah.. sebab bersikap kasar dengan emak sebelum ni..Along buat semua tu sebab nak mak sedar kesilapan emak dan luangkan masa dengan Angah Ayah”. sambil berteriak menangis..
Ayah: “Tak apalah along.. Ayah tak salahkan kau, Angah dah cerita A sampai Z kenapa kau layan mak macamtu..”
Along: “Along anak derhaka ayah.. kalau Mak mati along tak sempat mintak maaf Ayah.. Along anak derhaka Ayah..”
Ayah: “InshaAllah.. doakan mak kau takde apa2.. sambil mengesat air mata yang berjurai di pipi ayah..”
Lalu Along datang kepada Angah yang sedang duduk membaca Yassin.. Di peluknya Angah dengan erat sekali.. Tak pernah dalam seumur hidup Along peluk Angah macamtu.. Mereka berpelukan sambil menangis tanpa berkata sepatah pun.. Hanya air mata yang menemani mereka berdua.. Selepas berpelukan agak lama.. Angah tunduk dan salam cium tangan Along..
Angah: “Maafkan aku long, sebab selama ni aku fikir kau dengan mak tak suka aku.. ”
Along: “Angah, kan along dah cakap.. selagi Along hidup.. Along lah orang pertama yang menyokong kau.. Along lah yang akan amek berat pasal kau..”
Angah: “Terima kasih Along.. Aku je yang selalu buruk sangka dekat kau..”
Along:”Kalau kau nak tahu.. Along ada rahsiakan sesuatu dari kau.. tapi baru hari ni along berani cerita.. Along lah orang pertama yang borong semua produk biskut dan kek kau masa kau mula2 berniaga dulu.”
“Alonglah jugak yang menyuruh kawan2 hospital Along supaya sentiasa beli semua produk keluaran kau dan Fiya. Sebab Along nak tengok kau berjaya.. Along buat semuatu sebab taknak mak pandang rendah pada kau.. tapi hari ni kau berjaya bukan sebab Along, kau berjaya atas usaha kau.. Along hanya bantu modal permulaan dengan cara borong semua barang kau.. tapi sekarang kau jauh lebih berjaya dari Along.. Along sendiri bangga dengan keadaan kau sekarang..”
Angah: “Ya Allah.. kenapa semua ni baru angah tahu hari ni.. terima kasih Along untuk semuanya..Terima kasih yang tak terhingga long..”
“Aku jugak nk mintak maaf long.. Aku lah punca mak jatuh tangga.. Kalau aku sendiri yang naik rumah mesti perkara macam ni tak jadi..”
Along: “Jangan cakap macamtu Angah.. semua ni dah takdir.. Along pun sedih sebab layan mak macamtu sebelum ni.. Along menyesal Angah.. Kalau lah along tahu perkara ni nak jadi.. takkan Along buat mak macamtu.. Sumpah Angah..”
Sedang mereka berbual2 doktor pun keluar..
Along: Bagaimana dengan keadaan mak saya doktor?”
Doktor: “Keputusan CT scan mendapati ada pendrahan di dalam kepala Emak awak dan kini mak awak masih tak sedarkan diri.. Keadaan dia 50/50 dan kita perlu masukkan dia kedalam ICU untuk rawatan yang lebih rapi..
Setelah mendengar penjelasan doktor..
Along & Angah menangis sambil berpelukan.. Pelukan yg lebih erat dari pelukan yg pertama tadi..
Manakala isteri Angah dan Ucu terduduk menahan kesedihan.. Ayah tetap tenang sebagai seorang ayah..
beliau tetap terus membaca Yassin sambil air mata deras membasahi pipi.. Selepas itu Ucu memainkan peranan untuk memaklumkan kepada semua saudara mara terdekat berkenaan kemalangan yg menimpa emak..
Selesai membaca surah Yassin..Ayah mengarahkan yg lain untuk balik berehat dulu..
sebab mereka tidak dibenarkan melawat pada waktu tersebut dan perlu menunggu sehingga pagi baru boleh melawat..
Tetapi mereka berdegil tak mahu balik malah tetap nak tunggu dekat situ..
Akhirnya ayah akur dengan keputusan anak²..
“terpulang kepada kamu semualah.. Ayah nak pergi surau.. Nak solat hajat.. Kalau kamu semua taknak balik boleh ikut ayah..”
Semua sepakat tak nak balik sebab masih awal lagi dan masa inilah peluang mereka 1 keluarga untuk berkumpul..
mereka semua menuju ke surau di dalam hospital. Ayah menjadi imam solat sunat hajat. Selesai solat mereka semua berdoa supaya emak di beri kesembuhan..
Kali ini Angah pula berkeras menyuruh kesemua yg lain balik dan berehat dan membiarkan dia sahaja yg menunggu di luar ICU kerana mereka tidak dibenarkan berada di ruang legar ICU kecuali waktu melawat..
Akhirnya mereka akur dan kesemuanya pergi ke rumah Along kerana rumah Along yg paling berhampiran dengan hospital..
Keesokannya..
Setelah sampai di ICU.. mereka semua hanya di benarkan menunggu dari luar..
Sementara doktor dan jururawat sedang memantau rapi keadaan emak di dalam..
setelah hampir 15 minit menunggu..
Doktor hanya membenarkan seorang demi seorang sahaja untuk masuk supaya tidak menggangu yg lain di dalam ICU tersebut..
Along minta izin untuk masuk dahulu.. sebab beliau belum berkesempatan melihat wajah emak sejak dari semalam..
Setelah masuk ke dalam ICU..
Along pegang tangan Emak dan meletakkan pipinya ke dada emak sambil menangis..
” Ampunkan Along mak, emak sedarlah..
Along menyesal sakitkan hati mak haritu.. Along menyesal mak.. Bangunlah mak..
Along taknak jadi anak derhaka mak..”
Along peluk badan emak erat² sambil genggam tangan emak..Along menyesali perbuatannya itu.. Along usap lembut wajah emak.. Along genggam semua jari jemari emak..
tak lama lepastu Along pun keluar untuk memberi laluan kepada yg lain untuk melihat emak..
Selepas Along selesai melawat kini Ayah yg masuk ke dalam..Ayah renung wajah mak..di pegang tangan isterinya erat².. lalu berkata “Kiah, saya tahu awak kuat, saya kenal awak macam mana..
jangan tinggalkan saya dulu.. Awak ingat balik semua janji² awak untuk sehidup semati dengan saya, saya tak kuat nak hadap semua ni.. saya tak sanggup kehilangan awak..”..Ayah pun cium pipi emak dan berlalu keluar untuk beri laluan kepada yg lain melawat..
tapi sebelum keluar ayah sempat kesat air matanya yg berjurai.. kerana bimbang anak²nya nampak kesedihan yg dialaminya..
Kini giliran Angah pula untuk masuk..
Setibanya di dalam Angah memeluk erat tubuh emaknya..
Masih terngiang² di telinga Angah apa yg emak cakap di dalam kereta sebelum emak koma malam tadi..
“Peluk emak erat² nak, cium emak lama².. Andai ini kali terakhir emak dapat peluk kau, emak mintak maaf selama 28 tahun umur kau emak tak pernah peluk kau macam ni..”
Angah menangis tanpa berkata apa²…
tidak mampu untuk bercakap sebab terlalu sebak.. tak lama lepas tu Angah lepaskan genggaman tangannya dan melangkah keluar untuk memberi laluan kepada yg lain..
Isteri Along sudah tidak sabar untuk masuk.. Kini gilirannya pula sebab Ucu dah diberi peluang tengok mak semasa di dalam Ambulance semalam..
Yani pun masuk ke dalam dan dikucup dahi mertuanya itu.. Di genggam tangan emak erat² .. Lalu berkata..” maafkan Yani mak, Yani dan Along tak berniat buat mak terluka haritu..
Tapi Yani terpaksa ikut apa yg suami Yani suruh.. Yani mintak maaf sangat².. ada berita baik yg Yani nak katakan pada mak,Yani di sahkan mengandung 5 minggu mak.. Nanti mak nak dapat cucu..
Dah 6 tahun kami tunggu.. Baru semalam saya tahu.. Along pun masih belum tahu mak.. Yani cuma bagitahu mak sorang je.. Mak bangun ye.. Nanti mak dah boleh jadi nenek..” kemudian Yani pun melangkah keluar…
Selepas itu seorang demi seorang ahli keluarga terdekat ambil kesempatan untuk melawat sehinggalah habis waktu melawat..
Lalu Along berkata “Dah Angah, kau pergi balik biar Abang pulak yg jaga emak”
Angah menggelengkan kepala tanda tidak setuju.. ” Selagi emak tak sedarkan diri aku takkan balik Along.. Aku nk tengok mak dari luar ni.. Hati aku takkan tenang tengok mak masih belum sedar” Kata Angah
Along: “terpulang lah Angah, Along dan yg lain tak mampu kata apa².. Kalau macamtu kami balik dulu.. Jika ada apa² jangan lupa bagitahu kami”
Angah: “Okay”
Mereka semua bersalaman sambil berpelukan dan balik meninggalkan Angah yg masih berdegil tak nak balik..
Di sebelah petang ketika waktu melawat.. Angah ambil kesempatan untuk mengusap rambut mak.. mengemas katil mak dan membersihkan diri mak..
Sambil Angah berkata, ” Sejak dari kecik Angah teringin nak macam ni dengan mak, sejak dari kecik Angah teringin nak manja dengan Mak, tapi baru hari ini Angah berpeluang buat semua ni.. Itupun masa mak tengah tak sedar lagi”
Nurse & doktor yg diri berhampiran pun menangis mendengar apa yg dikatakan oleh Angah..
Mereka nampak dari raut wajah Angah rasa penyesalan yg teramat sangat sebab buat mak dia jatuh tangga..
Apabila semua ahli keluarga dah sampai melawat Angah pula amek kesempatan untuk mandi dan membersihkan diri..
Angah tetap berdegil tak mahu pulang..
Sehinggalah hari ke-10 mak koma..
Along datang memujuk Angah..
Along: “kau tak boleh macam ni Ngah.. macam mane pun kau kena teruskan hidup.. kesian dekat bini kau..
sedih dia tengok kau macam orang tak tentu arah macam ni..
Tak apa, kalau kau balik sekejap pun.. Along kan ada kat sini.. Along dah dapat cuti dengan majikan along.. Along boleh amek peluang jaga mak pulak..”
Setelah hampir 40 minit memujuk.. Akhirnya Angah akur dengan keputusan Along, Angah pun mengangkat begnya menuju ke parking kereta untuk pulang..
Ketika Angah baru sahaja menghidupkan enjin kereta..
Emaknya di ICU sedarkan diri..
Emak lihat cuma Along yg ada dihadapannya dan Angah tiada..
Emak menjerit memanggil nama Angah..
“Angah mana Angah, ampunkan emak nak, kenapa Angah tak tengok mak, Angah masih marahkan mak lagi ke?”
belum sempat Along menjawab pertanyaan mak.. emaknya dah menangis berjujuran air mata..
Along berkata “Angah baru sahaja turun mak, dah 10 hari dia tak balik rumah sebab nak jaga emak..” sambil Along juga memohon ampun dan maaf diatas sikap & layanannya semasa emak datang ke rumah mereka..”
Selepas itu dengan pantas Along ambil telefon dan menghubungi Angah..
Along: “Hello, Angah.. Patah balik mak dah sedar..”
Angah: “Yeke, Alhamdulillah.. syukur..sekejap aku datang..”
berlari Angah dari parking kereta selaju- lajunya tanpa menghiraukan orang yg pandang di sekelilingnya..
Setibanya di ICU Angah terus masuk tanpa menghiraukan amaran yg hanya 1 wakil keluarga berada didalam dan terus memeluk erat tubuh ibunya..
Kedua² beradik tu berlutut memohon maaf kepada emaknya.. kedua²nya menangis teresak² ..
Nurse yg berada disitu hanya mampu terdiam tanda paham dan membiarkan mereka berpelukan seketika..selepas itu barulah memberi teguran supaya salah seorang haruslah keluar..
Selepas itu Along keluar untuk memberi laluan emak berdua dengan Angah..
Ketika inilah Angah memeluk erat tubuh ibunya yg masih lemah.. dia memohon ampun semahunya.. dia menangis teresak² di hadapan emak..
Tak lama lepas tu doktor datang dan meminta Angah memberi laluan untuk mereka melakukan pemeriksaan lanjut kepada emak..Keesokannya emak di pindahkan ke wad biasa tapi keadaan emak masih lemah dan mak masih belum boleh bangun dan bergerak dengan sendirinya..
Di masa inilah Angah ambil kesempatan memandikan emaknya.. membelai emaknya dengan penuh kasih sayang.. menukarkan pampers emaknya dan menyuapkan makanan ke mulut emaknya..
Emak menangis mengenangkan apa yg dia telah lakukan kepada Angah sebelum ini dan Angah ambil kesempatan memeluk emak seerat-eratnya dan menjaga emak sebaik mungkin di mana sebelum ini Angah tidak berkesempatan menjaga emaknya..
Selepas 3 hari emak di wad biasa emak dibenarkan pulang oleh doktor yg merawat..
Setibanya di rumah Along, emak mendapat berita yg lebih gembira apabila isteri Along & isteri Angah di khabarkan sama² mengandung..
Isteri Along mengandung 5 minggu dan Isteri Angah masih di awal kandungan 2 minggu..
Betapa Allah mendengar doa seorang anak soleh yg sentiasa mendoakan agar ibunya berubah dan berharap mendapat kasih sayang yg diinginkan..
Berakhirlah episod Dosa Ibu ini dengan bertaubatnya seorang ibu diatas dosa² silam..
Si ibu berani mengaku kesalahannya dan mereka sekeluarga kini hidup bahagia
tanpa ada rasa pilih kasih diantara mereka..