Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Selalu aku dengar mak aku cakap mak ada satu saja tapi isteri boleh cari ganti. Perkara ni disebut bila mak tak puas hati dengan isteri aku.
Betul mak, ikatan drah antara mak dengan anak takkan terputus sampai akhir h4yat.
Tapi mak, tak bermakna isteri yang abang lafazkan akad, bila tak sempurna mak nak abang buang macam kertas buruk mak? Senang saja mak tuduh abang asyik dengar cakap bini. Bini apa mak? Dia isteri abang mak.
Perkataan bini tu pon tak sanggup abang nak sebut. Bunyi macam bawah dari kuli. Wanita yang mak k3ji tu, yang mak benci tu, isteri abang mak.
Ibu kepada anak-anak abang, cucu mak. Isteri abang yang selalu hulur abang duit bila tak cukup duit bila mak minta.
Isteri abang yang banyak mengalah demi tunaikan permintaan mak. Isteri abang mengalah mak. Takkan abang nak dengar cakap isteri jiran sebelah mak?
Mesti abang kena dengar pendapat, cadangan, usul isteri abang sendiri. Dia kan pasangan hidup abang.
Macam mak, ayah sentiasa sokong apa yang mak usulkan. Sama saja kan macam tu, ayah dengar cakap isteri dia juga kan mak? Isteri ayah tu mak abang kan?
Mak kata isteri abang b0mhkan abang sebab tu abang asyik ikut cakap dia kan? Abis takkan ayah tu pon kena b0mh dengan mak sebab abang asyik nampak ayah ikut saja cakap mak.
Kalau bantah mak mengam0k kan? Kan mak? Betul Mak wajib abang taat, tapi mak berdosa kalau abang aniaya isteri sendiri. Esok dekat akhirat abang ditanya mak.
Kenapa mak selalu buat abang terselit? Serba salah? Nasib abang baik, sebab isteri abang dia mengalah demi sayangkan abang.
Dia tanak abang ters3ksa. Dua-dua penting dan wajib di utamakan. Mak ke, isteri ke, orang yang penting dalam hidup abang. Mak nak apa mak?
Mak nak abang berpisah dengan isteri abang ke mak? Mak nak abang kepit bawah ketiak mak saja ke?
Kusut la mak bila mak hari-hari call semata nak cerita buruk isteri abang. Lama-lama abang em0si juga bila mak kata isteri abang macam-macam.
Abang takde m00d nak bercakap dengan semua orang. Abang str3ss. Abang jadi m00dy mak. Tempias kena dekat keluarga abg.
Kadang abang rasa semua orang sengaja nak sakitkan hati abang. Mak kata isteri abang kikis harta abang. Tu yang mak nampak.
Abang kasi mak duit belanja tiap-tiap bulan. Mak bising tak cukup. Sebulan Rm600 mak minta. Abang bagi. Adik-adik abang hulur.
Nak puasa lebih abang bagi. Nak raya abang bagi peruntukkan raya. Mak tau duit kereta abang, isteri abang tolong bayarkan.
Servis kereta, tayar kereta pat biji tu isteri abang tukarkan. Road tax kereta dia tolong bayarkan. Abang yang kikis duit gaji isteri abang mak. Malulah. Duit abang tak cukup.
Kot ye pun abang bagi duit dekat isteri abang, janganlah mak pertikaikan. Barang kemas isteri abang ada dekat ar rahnu tu mak. Kerja keluar masuk je.
Bukan abang belikan pun. Isteri abang beli sendiri. Isteri abang beli sebentuk cincin guna duit bonus sendiri pun mak ngam0k.
Tohmah isteri abang macam-macam. Kikis harta anak mak konon. Mak tahu tak, sebelum ni. Isteri abang kongsi dengan abang yang mak selalu marah dia.
Abang tak percaya. Sehinggalah suatu hari isteri abang tunjukkan bukti rakaman perbualan antara mak dengan isteri abang.
Sedih abang mak. Mak guna perkataan mak tak redha kami berkahwin tu. Mak kata isteri abang macam-macam. Depan abang, mak lembut saja kata-kata.
Tapi abang ni anak mak. Abang ada hak ke nak marah mak?? Dosakan mak? Isteri abang menangis mak, dia tahu mak tak suka dia. Mak benci dia.
Mak cakap buruk dia. Sampai dia minta abang tukar tempat kerja dok dengan mak. Biarlah dia pjj dengan abang.
Sampai dia tolak bila abang bagi dia nafkah, dia minta abang bagi dekat mak. Sebab dia tak nak mak berkata-kata. Isteri tu amanah Allah mak.
Abang tetap bagi dekat isteri abang, nafkah bulanan isteri. Tak banyak mak. Nilai segram emas ikut pasaran masa kini.
Diam-diam dia masukkan duit nafkah abang bagi tu dalam akaun tabung haji mak. Yang mak ingat anak-anak mak sumbang tu.
Pada hal menantu yang mak selalu keji tu yang sumbangkan. Kesian dia mak, kesian isteri abang mak. Dia nak beli apa-apa pun dia fikir banyak kali.
Sebab dia pentingkan keperluan keluarga kami mak. Dah pegang letak balik. Pegang letak balik. Abang perhati je. Abang belikan, dia senyum lebar mak.
Abang nangis malam-malam atas tikar sejadah. Ya Allah ampunkanlah dosaku Ya Allah. Ampunkanlah dosa ibu bapa ku Ya Allah. Ampunkanlah dosa isteriku Ya Allah.
Permudahkanlah kehidupan kami Ya Allah. Limpahkanlah kurnia kasih sayangMu dalam keluarga kami Ya Allah. Abang tahu, jasa mak besarkan abang memang abang tak mampu nak balas.
Tapi mak, mak kena faham. Anak mak ni ada tanggungjawab pada keluarga kecil abang mak. Makan, minum, pakai, keselamatan anak isteri tanggungjawab abang mak.
Elok la PKP ni, bagi ruang dan masa untuk kita semua bertenang. Abang tak pernah lupakan jasa baik mak dan ayah. Hari-hari abang call tanya khabar. Abang str3ss mak, str3ss. – Brader John (Bukan nama sebenar)