Bila masa aku yang buat silap kau tolak aku jauh2 aku lah yang terpaling jhat. Tapi bila salah kau pula yang terbuka rupanya kau pun sama macam aku

Aku Ayla, sudah berkahwin dan mempunyai anak2. Umur aku awal 30an. Aku pernah buat silap ketika zaman remaja aku.

Akibat dari tu aku mempunyai anak Iuar nikah. Ya aku bukan anak yang baik. Aku sedar. Aku jalani hidup aku seadanya.

Aku terima saat aku dibuang dihantar jauh. Bertahun2. Aku terima. Aku tak salahkan sesiapa.

Salah aku. Aku yang memilih sendri. Saat aku dicampak jauh suami aku yang sekaranglah yg menerima aku. Dia menerima aku seadanya.

Dia jaga aku dari aku belum melahirkan lagi (dia bukan ayah kepada anak aku). Sampai sekarang dia tak pernah bezakan anak aku.

Cukupla salam perkenalan dari aku. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah. Bila kau dah menerima seadanya hidup kau.

Kau terima salah yang kau dah buat. Kau terima layanan dan pandangan buruk orang pada kau. Sebab apa. Sebab kau tau yang buat salah tu kau.

Tapi semuanya berubah sekelip mata bila kau tahu orang yang buang kau yang hantar kau jauh2 yang malu dengan salah yang kau dah buat pun melakukan hal yang sama dan lebih teruk lagi. Mehh aku terangkan. Rumah tangga mana yang tak diuji. Selama 12 tahun macam2 aku lalui. Tapi tak sehebat yang ini.

Aku ditunjukkan dengan satu persatu rahsia. Hakikat yang aku anak Iuar nikah terbongkar. Ya. Aku anak Iuar nikah. Haha. Aku tak tau rasa apa yang patut aku tunjukkan. Marah. Kelakar. sakit hati. Semua ada.

Yang paling buat aku rasa berderai pernikahan aku selama 12 tahun difaraqkan (dibubarkan kerana tidak sah nikah) kenapa tidak sah nikah? Kerana aku berwakil walikan pak sedangkan aku sepatutnya berwakil walikan hakim. Lagipula nama aku dalam ic dan surat beranak berbintikan pak.

Jadi memang aku tak syak apa2. Jadi korang rasa apa yang aku patut rasa masa tu. 12 tahun pernikahan aku dibubarkan sekelip mata. Jadi orang asing. Kata mudahnye ibarat kau berz1na 12 tahun ni. Suami aku? Tak. Dia tak mem4ki h4mun aku.

Sepertimana dia menerima aku pada permulaan dulu begitu juga dia menerima tentang perkara ni. Cuma dia hancur. Sekelip mata hilang gelaran suami hilang gelaran ayah. Katanya bukan dia tak sayangkan aku tapi kerana orang tua aku.

Aku faham. Semenjak dia jadi suami aku amat payah diri dia nak diterima masuk dalam keluarga. Macam2 yang mak duk kata kat dia. Tapi dia tetap cuba ambik hati. Bila jadi camni dia rasa selama ni kau tak terima aku dalam keluarga kau macam kau tak pernah buat silap tapi rupanya bila pekung kau terbuka kau lagi teruk dari aku.

Aku ni yang terima anak kau yang jaga anak kau terima cucu kau walau bukan anak aku tapi kau tak pernah nampak tu kau tak pernah hargai aku apatah lagi nak ucap terima kasih. Sekarang ini pula kau bagi pada aku (macamtula yang suami aku rasa) dan cakap kat aku sebelum dia keluar dari rumah.

Sekarang kes aku dah dirujuk ke pejabat agama dan naik ke mahkamah tinggi syariah. Dah genap setahun aku lalui semua ni sorang. Naik turun mhkamah sorang. Tak selesai selagi mak tak hadir bagi keterangan. Dorang pula tak nak hadir tak nak ambik tau sebab katanya tak ada yang salah dulu2 boleh saja. Katanya aku yang memperbesarkan perkara. Maka tersisihla aku dari keluarga. Usaha?

Bukan aku tak usaha aku cari saudara yang boleh membantu kes aku jadi saksi aku tapi semuanya berjanji sampai masa bayang pun tak ada. Aku letih berharap. Aku penat mengemis minta tolong. Besarnye pangkat mak pak tu sampai susah nak akui silap sendiri.

Bila masa aku yang buat silap kau tolak aku jauh2 aku lah yang terpaling jhat. Tapi bila salah kau pula yang terbuka rupanya kau pun sama macam aku tapi sekurangnya kau bukan anak hram. Tapi aku. Aku nak hram kau yang sekarang hidup aku dah tak ada apa2.

Sekelip mata aku hilang keluarga aku hilang tempat aku bergantung. Kau ada ambik tau ada kau tanya cucu2 kau macamana paling sedih ada kau tanya anak haram kau ni ok ke tidak.

Tak ada kau tak pernah tanya kau penting diri kau ego kau tetap rasa aku yang salah. Sampai bila kau nak hukum aku atas dosa2 kau. Proses mhkamah tak kan selesai kalau kau tak hadir. Sedangkan aku dah setahun hidup dengan anak2 tanpa suami. Egonya kau. Kau pernah terlannjur macam aku sebab tu adanya aku sebagai anak hram kau.

Tapi sekurang2nya keluarga pak terima kau baik. Tapi aku kau campak sedangkan kau pernah lalui apa yang aku lalui patut kau lebih rasa apa yang aku rasa.

Lagi satu walaupun kau ada anak hram iaitu aku tapi kau diri kau sendiri bukan anak hram. Sedangkan aku diri aku sendiri anak haram dan aku juga buat silap macam kau. Kau pernah tetpikir tak apa aku rasa lalui semua ni sorang2. Kau pernah terfikir aku ok ke tak. Tak pernah.

Suami aku keluar dari rumah aku tunggu kau datang mak, pak jenguk aku tanya aku ok ke tak tapi korang tak pernah datang malah makin menjauh. Jangankan nak akui silap tapi kau ungkit segala salah aku.

Bukan senang aku nak hidup dengan anak2 nak bangun bangkit dengan setiap kisah perit hidup aku. Aku kena pikul kena tanggung akibat dari kesalahan yang aku tak buat.

Bukan aku saja. Bekas suami aku anak2 aku turut sama menanggung. Aku. Hanya aku sorang. Mana aku dapat kekuatan? Entahh aku tak kuat pun. Aku hanya menjalani hidup. Anak Iuar nikah tu tak minta nak dilahirkan begitu tak hina pun tapi manusia sekeliling membuatkan diri anak luar nikah itu rasa terhiina.

Betul salah ke betul mak tetap mak tak ada kata anak terasa hati dengan mak. Tapi maaf aku masih tak sekuat itu untuk menerima dan memaafkan. Sangat berat untuk aku. Doakan aku kuat doakan aku terus berada dilandasan yang betul. Kalau kira hilang pedoman aku berkali2 terasa nak bnuh diri.

Rasa malu yang kau bagi pada aku lebih hebat dari malu yang aku beri pada korang. Diusia aku yang macam ni dengan ada anak2 aku kena hadap ulah dari perbuatan korang. Akhirnya aku yg menanggung semua sendiri. Menanggung akibat dari salah orang lain. Jangan pandang remeh hukum tuhan.

Jangan rasa dulu boleh sekarang tak boleh. Hukum Tuhan tetap hukum Tuhan. Aku punya bukti yang yakin kuat dan mhkamah juga menyatakan apa yang terjadi ini adalah salah jadi siapa kau mak pak yang masih nak kata betul. Maaf kalau yg membaca rasa aku keterlaluan.

Aku akui aku keterlaluan marah, sakit hati, kecewa, sedih, benci. Maaf aku hanya meluah. Penulisan aku ini yang boleh diambik sebagai iktibar ambik lah yang tak elok korang baca diam2 jela.

Jangan malu punya anak Iuar nikah. Takdir hidup kau sudah tertulis kau tak boleh memilih menukar takdir hidup. Akui kesilapan yang paling penting tak kiralah kau ibu bapa atau kau anak. Anak Iuar nikah – Ayla (Bukan nama sebenar)