Spender sehelai pon tak boleh nak bagi bini sebab asik duk tanggung family. Ye aku boleh sabar.. tapi sesabar manusia ada jugak batasnya..

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Assalamualaikum semua pembaca. Tujuan saya tulis bnda ni adalah untuk membuka mata kepada ipar2 saya supaya jaga sikit mulut tu.. tak kena pada diri sendiri sedap la nak mengata.

Untuk pengetahuan smua saya sedang dalam proses penceraian… kerana sudah tidak sefahaman.. saya tak berniat pon nak publish or bukak aibb sesape. Tapi di sebabkan mulut ipar saya yang suruh saya cermin diri sendiri… mari saya bagitau. Saya dah tengok cermin dari 7 tahun berkahwin..

Cakap sabar dengan karenah bapak kamu.. ye antara punca jugak saya dan suami kerap bergduh.. kami berdua hanya gaji bawah 2k tinggal di KL baru nak mulakan hidup.. mula2 ok. Setahun kemudian bapak kamu mula menampkkan belang.kami jarang balik kampung di sebabkan kekangan duit.. sebab nak balik kampung kena sediakan duit yang banyak.

Untuk belanja d kampung, tol, minyak dan setrusnya duit saguhati kepada orang tua..
itu normal. Saya juga suka sikap suami yang hormat orang tua tapi semakin lama semakin parah.. Bapak mertua selalu mintak duit tambahan suami hanya mampu bagi 150-200 sebulan setiap balik kampung dan kami tak boleh nak kemana2 sebab.

Pantang saje dia dengar saya ajak suami ke mana2 terus nanti dia akan ajak suami ke tempat lain.. klinik ke atau mane2 la.. yang pasti hari dan waktu yang sama saya dan suami rancang nak keluar… ok saya sabar.. mungkin kebetulan. Tapi tahun demi tahun sama je.. stiap kali nak keluar macam tu la… kalau kami pergi bercuti terus leps tu pura2 skit orang buat onar macam2.

Suruh suami balik kampung juga.. sedangkan duit untuk bercuti semuanya guna duit saya.. tak pernah guna duit suami 1sen pon. Setiap bulan ada sahaja duit tambahan yg di minta.. (nafkah bulanan dan bagi ye, ni tmbahan) sampaikn kekedang suami terpaksa berhutang… duit nafkah untuk saya tak pernah dihulur disebab kan kekakangan wang.

Belanja dapur jugak ala kadar.. saya yang banyak menambah.. kekadang beras habis tak boleh beli sebab dia tak ade duit. Saya guna duit saya.. saya tak kisah… lagipon saya bukan isteri yang baik sangat pon.. kerja rumah pun suami banyak membantu.

Sehingga tahun ke 7, spender sehelai pon tak boleh nak bagi bini sebab asik duk tanggung family… dengan mak ayah lagi.. adik lagi.. apa ko rasa? Jangan cakap sesedap rasa sebab kita tak hidup susah… suami hamparkan duit dan emas permata.. tak,perlu bekerja… bertungkus lumus cari duit untuk tampung keluarga… untuk belanja sendiri.

Ye aku boleh sabar.. boleh tahan.. tapi sesabar manusia ada jugak batasnya.. walaupon beberapa kali suami melakukan kesilapan. Trtangkap ambil benda terlarang… aku sabar.. tertangkap main perempuan lain…,aku sabar…. berpuluh kali meniipu… aku sabar. sebab apa? Sebab aku juga bukan isteri sempurna..,bukan la wanita cantik.

Aku bekerja bertungkus lumus pagi petang siang malam untuk membahagiakn keluarga aku mencukupkan apa yang kurang. Barang2 di atas rumah semuanye kubeli sendiri tanpa meminta duit suami sebab kutahu dia tak mampu… Aku tak kisah dia tak mampu.

Tapi aku cukap terkilan marah bila korang selalu amik kesempatan pada dia.. asik meminta je.. kalau minta tolong rasanye tak ade la nak marah.. ni memaksa. Setiap bulan paksa bagi duit… bukan la nak tanye orang tu ada duit lebih tak…,nanti masukkan duit ye.. lambat sikit yang membaca.

Jangan terlalu kej4m….pernah ke kamu semua tanya dia dan beli ke beras dan lauk2 dan keperluan untuk anak2 sebelum meminta tu….. tak pernah. Susu anak habis tak blh nak beli takde duit.. tetiba adik minta duit boleh pergi berhutang dan bankin kan… apa ko rasa sebabagai bini?

Aku ni kerja siang malam.. buat part time untuk cari duit.. nak makan untuk tekak sendiri pun berkira.. banyak bawak bekal dari tapau kat kedai. makan kat office sebab nak simpn duit bantu suami. Juga jangan tanye knapa sejak 2 tahun kebelakangan ni aku memang dan lain….

dan tak mampu bermanis muka sebab kekadang memang saje nak bagitau yang apa2 kita orang buat aku tak makan duit adik korang.. pergi jenjalan ke hape guna duit sendiri.

So tak payah la nak berdengki2.. lagi 1 kalau ajak laki aku keluar tu.. keluar dgn kereta, kereta tu kereta aku. Jadi kenapa mesti nak berdenggki.. seolah2 aku ni mengikis duit anak dia… sebab aku dan tak,mmpu dan senyum…. dan terlalu lama bersabar.

Cukuplah dk canang 1kampung kata anak2 tak bagi duit.. apa lagi yang nak? Nak kena bagi 1k sebulan memang tak mmpu.. sebab gaji pon 1600 je wei anak ko.. bukan nak h1na.. tapi ni realiti. Anak 2 jadi bagi 200 sebulan tu aku rasa ok la… kenapa perlu meminta2 lagi… dan tu kalau tak bagi mengamok.. pastu bagitau orang anak2 tak peduli.. tak bagi duit… dalam masa sama ni efect kat anak ko.

Bila dia str3ss kami pon selalu gduh…faham.. tak perlu nak ungkit sebab sekarang ni gaji aku dan mahal… bukan sebab ni aku berubah tapi sebab hati dah terlalu skit. Terlalu lama memendam rasa….ko ada keluarga mertua yang normal.. takde meminta2.. ko tak rasa apa aku… juga jangan masuk campur urusan aku!

Jadi pesanan untuk ipar2 ku tak,perlu nak masuk campur urusan orang…. ko tak,rasa apa aku rasa..,korang hidup senang lenang, takde masalah duit. Setiap bulan tak ade nak fikir nak tambung berbelanjaan rumqh. tak perlu nak perkerja siang malam.

ko tak,faham..,sebab tu bagi korang Senang je meminta atas alasan suami aku anak lelaki kena tanggung segala2 nya. Aku jugak faham soal tu..,sebab tu aku tak,pernah berkira.. tapi jangan melampau2. sampai kami nak beli beras susu anak pon terpaksa berhutang.