Aku bertahan dengan budak tu sebab aku sayangkan suami aku saja. Tapi aku bennci sangat dengan anak tiri aku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku baru kahwin dua tahun. Kahwin dengan duda (cerrai) anak satu. Anak suami aku lelaki, sekarang 6 tahun dan hak jagaan anak jatuh pada dia atas sebab sebab tertentu.

3 tahun lepas masa aku kenal suami, dia memang cakap pada aku yang dia duda dan selalu cerita tentang anak dia. Aku jatuh cinta pada suami semuanya sebab aku nampak betapa dia sayangkan anak dia.

Aku mula nak kenal suami masa tu sebab anak dia. Dia selalu tunjuk gambar dan aku rasa aku jatuh hati. Lagipun masa tu budak tu baru 2 tahun lebih, masih comel dan belum tahu apa apa. Sebelum aku kahwin, keluarga mertua pun sangat baik dengan aku. Maksud aku, SANGAT SANGAT BAIK.

Selalu masakkan macam macam untuk aku, kalau aku singgah ke rumah mereka, siap offer tidur rumah dan sekatil dengan kakak ipar aku yang masih bujang. Terasa macam sangat disayangi. Tapi tu bukan issue aku. Issue mertua ni hal lain. Aku nak cerita tentang anak tiri aku yang aku tak boleh tengok sekarang ni. Bennci aku pada dia meluap luap.

Kalau ikutkan hati memang aku nak ketuk ketuk, nak tumbok tumbok nak sep4k sep4k. Memang sangat bennci! Kebenncian aku bermula betul betul disaat aku menikah. Masa aku bersanding, family dia tinggalkan anak tu dengan kami yang tengah bersanding dan layan tetamu sebelah keluarga aku. Memang sakit hati.

Malam pertama kami masih berdua tapi malam kedua sampai sekarang, terus mereka tinggalkan anak tu dengan aku. Tak bagi ruang aku berdua duaan dengan suami langsung padahal selama ni elok saja budak tu duduk dengn mereka sampai tak mahu berenggang. Atas alasan, kesian dia nanti terasa ayahnya dah ada orang baru.

Kemudian pada awal perkahwinan kami, kami menetap di rumah mertua di ibu kota sementara aku dan suami dapat rumah di Nilai. Bayangkan setiap hari berulang alik dari KL ke Nilai.

Masa tu anak tu dah mula tadika dan aku selalu dimarahi oleh mertua sebab katanya aku terlalu pentingkan pelajaran gara gara aku suka tanyakan pasal kerja rumah dan tegas bila ajar dia buat kerja rumah.

Sedangkan orang lain semua ikutkan saja kemahuan budak tu kalau tak mahu buat kerja rumah dengan macam macam alasan. Masa tu aku juga selalu cuba bagi dia main messy play sebab dia sangat pembersih, kurang sensory skill. Aku biar dia main tepung, main tanah tapi juga dimarahi.

Suami pulak ikutkan saja family dia. Makanya aku berundur. Apa aku nak buat dekat dia semua salah di mata orang lain. Termasuklah cuba stop pakaikan dia lampin (anak umur dah 5 tahun) dan minum botol susu. Anak tu juga tak suka makan nasi, buah atau sayur, cuma makan pizza dan fries. Aku memang sakit hati sebab aku tak boleh paksa atau marah dia langsung.

Dan lama kelamaan, aku jadi semakin bennci dengan budak tu sebab aku tak boleh buat dia macam anak aku. Aku tahu aku belum ada pengalaman tapi aku yakin budak umur 5 tahun tak perlu pakai lampin atau gonggong botol susu. Apa lagi tidur asing dengan kami.

Sehinggalah sampai aku akhirnya berpindah ke rumah sendiri. Aku perlahan lahan ajar anak tu untuk tidur sendiri, tak pakai lampin dan tak minum susu dalam botol. Alhamdulillah beberapa bulan latih, dia berjaya tapi suami aku selalu hantar dia ke rumah mertua jadi dia tetap dapat minum botol susu dan lampin bila hujung minggu. Aku memang sangat geram!

Boleh dikatakan setiap minggu suami akan hantar dia ke rumah mertua. Aku 50-50. Happy budak tu tak ada depan mata aku dan mnyampah juga nak kena menghadap mertua bila hantar atau ambil, dan apatah lagi bila anak tu dimanjakan macam anak raja. Setiap apa yang dia nak, nenek atuk beli. Semua dia nak makan walaupun aiskrim tengah malam, dia akan dapat.

Suami aku faham dan dia pun kadang kadang marah. Tapi aku tak tahu kenapa suami aku tak pernah nak pukol, jentik pun tidak. Pernah masa anak tu ada hari sukan di sekolah, aku dan keluarga aku dari Perlis datang dan tengok dia. Keluarga mertua langsung tak datang dan budak tu buat perangai tak mahu bersukan sampai c1kgu pun tak boleh buat apa.

Suami aku masih lagi pelok pelok dan usap kepala dia untuk pujuk. Kalau aku, aku akan balik dan biar dia berdikari di sekolah sebab ibu bapa bukan perlu terlibat. Setiap kali suami marah kepada anak, hati aku memang rasa sangat puas.

Tapi dalam masa yang sama aku tahu benda yang sama akan terjadi lagi sebab anak tu pun dah tahu bila dia kena marah, sekejap lagi ayah akan okay dengan dia. Cuma aku saja yang pernah berkasar dengan dia. Aku pun tak berani nak kasar sangat takut dia mengadu pada atuk nenek dia.

Tapi ada sekali aku jentik telinga dia sebab aku tanya soalan banyak kali, kemudian aku terus bagitahu suami aku supaya tak ada salah faham. Aku lebih banyak jauhkan diri aku dari dia. Bila dia ada dirumah, aku banyak habiskan masa aku dalam bilik. Aku makan pun dalam bilik.

Bila aku masak, aku sediakan semua kemudian masuk bilik. Sebab aku benci nak hadap budak tu. Tak suka tengok dia makan, tak suka dengar suara dia. Dia bernafas tepi aku pun aku benci. Aku lebih sayangkan anak anak buah aku. Mungkin sebab ni Allah belum bagi aku anak sendiri. Tapi aku tak mahu anak aku manja macam budak tu dan perangai macam tu.

Setiap kali mandi nak kena ayahnya tengok, setiap kali duduk nak kena riba. Takut pada semua benda. C1kgu pun selalu complaint perangai dia tak boleh nak bawa bincang. Suka ikut mood sendiri dan t4ntrum. Mnyakitkan hati!

Aku bertahan dengan budak tu sebab aku sayangkan suami aku saja. Tapi aku bennci sangat dengan anak tiri aku. Dan setiap kali budak tu buat perangai, aku akan rasa mrah sampai tak mahu cakap dengan suami aku sebab suami aku masih berlembut dan boleh gelak ketawa dengan anak dia lepas tu.

Kadang kadang suami akan ignore saja aku sebab dia ingat aku yang moody. Padahal aku geram dekat anak dia. Aku saja ke yang jhat? Aku sorang saja ke yang hati busok? Aku selalu doakan dia mti supaya aku boleh berdua duaan dengan suami aku tanpa fikirkan dia.

Hati aku hancur bila suami rindukan anak dia bila anak dia takda. Dan hati aku lebih hancur bila aku fikir kalau kami berdua lemas, siapa yang suami akan selamatkan dulu. Mesti lah anak dia. Benncinya aku.

“Bennci anak tiri, kalau lah dia tiada,”. Dia mcm raja, pantang disentoh. Semua aku buat, salah di mata org.

Benci Anak Tiri part 2

Assalamualaikum semua. Terima kasih sebab publish confession aku haritu memang tak sangka ramai baca then backlash dan ramai juga yg bagi kata-kata sokonhan. Aku tak berani nak baca semua komen sebab ada sampai 800 lebih. Banyak yang doakan baik baik dan ada juga yang doakan aku m4ti, mandol apa bagai.

It’s okay aku faham memang aku mengaku masa aku tulis tu, aku dalam keadaan yang saaaaangat marah. Dan aku tulis part 2 ni bukan utk ceritakan kebaikan atau keburukan sesiapa, aku cuma perlukan tempat meluah dan kali ini aku dalam keadaan bertenang hehe.

Husband aku bukan orang kaya macam korang cakap. In fact dia penuh hutang keliling pinggang hasil perkahwinan sebelum ni. Tapi aku slowly ajar dia bayar hutang, manage duit walaupun aku pun tak sempurna. Walaupun benci mertua aku, aku tetap paksa dia bagi duit belanja pada parents dia.

Even dengan exwife dia pun, aku yang tak bagi dorang gduh gduh. Dulu dia bahasakan exwife dia panggilan buruk buruk, aku yang minta dia jangan macam tu takut anak dia dengar. Everytime exwife dia nak tengok anak, husband yang kena ambil hantar (lain negeri pulak tu), kena bagi duit belanja, bagi susu dan bagi pempers yaaa.

Kalau susu habis dan si exwife terpaksa beli, dia sure akan claim balik harga susu dari husband aku. Aku terfikir kenapa mak kandung dia prlu berkira macam tu, sedangkan aku langsung tak berkira dengan anak dia tapi tak apa lah mungkin dia ada masalah kewangan, aku tak tahu.

Bab tu aku takmau masuk campur especially since aku pernah kena maki sebab contact dengan exwife husband aku untuk share update pasal anak… Sebelum kahwin selalu saja aku keluar dengan anak ni, cuma tak duduk serumah. Berak dia aku tak basuh, muntah dia aku tak cuci jadi aku ingat semua okay saja.

Tapi bila dah jadi mak dia, baru aku tahu. Sama lah macam layanan mertua pada aku. Lepas kawin baru berubah.

Tiba tiba ada peraturan dalam rumah.

Tiba tiba aku terlalu kampung dan selekeh.

Tiba tiba suruh aku berhenti kerja.

Tiba tiba saja cakap nada suara aku kasar sangat sebab aku orang utara.

Apa saja aku buat, cakap dan pakai, semua salah especially bila aku nak anak tu makan, belajar dan berdikari. Aku malas nak ulas panjang panjang pasal mertua aku tapi bagi aku mertua aku memang punca semua ni.

Anak tu sampai sekarang dah 6 tahun, kayuh basikal pun tak reti. Sebab dari kecil terlalu dimanjakan, naik basikal pun tak bagi. Takut jatuh, luka. Aku faham dorang trauma sebab cucu sebelum anak tiri aku ni, aut1sm.

Diaorang salahkan biras aku sebab biar anak terlalu aktif sampai jatuh lebam yang kononnya punca dia aut1sm. Jadi anak tiri aku ni memang sangat dikawal rapi, sampai nyamuk pun tak boleh gigit. Penting dekat sini untuk aku bagitahu, aku tak pernah d3ra anak tiri aku, paling teruk cuma pernah jenntik telinga dia saja (sekali) dan pernah cubiit betis dia sekali lepas dia meronta ronta tak ingat sebab apa.

Most of the time kalau aku rasa marah sangat, aku akan masuk bilik duduk diam sorang sorang. Aku bukan nak suami aku pukol atau d3ra dia, tapi at least sekali bagi dia ingat dan tak buat salah yang sama.

Contoh salah yang aku maksudkan bila pergi rumah orang, dia nak buat rumah tu macam rumah dia. Anak tuan rumah pun tak boleh sentuh semua benda. Sebab dia dah biasa dilatih mainan rumah atuk nenek, dengan rumah kitorang (sebab takda adik) dia punya.

Jadi kalau sepupu dia yang aut1sm tu datang, atuk nenek suruh sorok mainan tu semua supaya tak dirosakkan. Bila anak tiri aku pukol atau tolak sepupu dia, tak pernah kena marah, setakat kena “hey heyy heyyyy jangan macam tuuuuu”. Tapi bila anak tiri aku kena tolak tarik, nasiblah sepupu dia tu siap kena r0tan dengan atuk nenek.

Aku kesiankan biras aku sebab anak dia dilayan macam tu sedangkan dia dah lah autist… dan aku selalu minta maaf bagi pihak anak tiri aku. Setiap kali mandi aku akan suruh dia mandi sendiri (pintu toilet buka) dan pakai baju sendiri. Dia boleh buat cuma ambil masa yang lama sebab tak focus.

Memang setiap hari suami aku yang uruskan anak tu siap ke sekolah sebab dia saja yang sabar bila anak dia terkial kial nak siap. Kalau aku, kang dah bertempik. Mulalah aku bebel suruh pakai cepat cepat.

Tapi kalau dengan atuk nenek, dia akan dimandikan, berak dibasuh, baju dipakaikan, nak makan tu tangan dibasuhkan, makan disuapkan, kerja sekolah pun dibuatkan… Apa benda yang dia nak dari shopee, habis mak sedara dia belikan. Lepastu claim duit dari suami aku.

Aku risau macam mana dia nak berdikari di sekolah bila dia darjah 1 tahun depan. Kalau aku suruh dia buat sediri, habis aku kena mrah katanya “biar lah dia kecil lagi”.

Pasal botol susu pun mertua aku cakap “tak cacat pun kalau minum dalam botol”. Aku tak kisah kau nak bgi susu setempayan sekalipun. Cuma minum saja lah dalam cawan. Tapi budak tu pun mengada, bila dalam cawan, dia taknak minum. Beli botol air cantik cantik pun taknak jugak.

Dah tukar bagi ovealtine, horlicks semua dia taknak. Milo pun minum yang kotak saja, bancuh taknak. Fuh… Pernah bila ada school trip, cikgu jemput aku ikut. Aku ingat memang semua parents kena ikut, tapi tak.

Aku saja dijemput sebab c1kgu takut anak tiri aku tak dapat di handle. Hati aku remok weh sebab dapat tahu anak tiri aku tu tak macam budak lain. Masa hari sukan pun, semua budak okay saja boleh follow arahan dan main dengan happy, tapi anak tiri aku saja yang taknak ikut apa c1kgu cakap sebab dia tak dapat apa yang rumah sukan lain pegang masa opening event.

Tapi dah dua tiga kali kitorang check dengan pakar, memang dia takda masalah seperti autism atau apa apa. Dia cuma sangat manja sampai semua benda kena ikut dia… Tapi aku dan buntu macammana aku nak didik dia. Perlu ke aku ikutkan saja manja dia supaya dia rasa disayangi atau kena berkeras dengan dia sekali supaya dia tahu apa dia nak dalam hidup tak semestinya semua dia dapat?

Betul lah tu dari komen korang, ramai yang cakap aku tak cukup bonding dengan dia. Seingat aku, belum lagi aku pernah berdua duaan dengan dia. Satu sebab PKP, memang tak ke mana. Then bila dah boleh berjalan, takut juga nak bawa keluar. Dia pulak jenis tak suka tempat panas, berumput atau berpasir.

Nak keluar pergi mall atau tempat aircond saja. Kalau keluar pun selalunya dia akan buat perangai yang end up aku dengan husband aku dua dua akan serabut jadi kitorang tak enjoy. Walaupun boleh dikatakan semua keperluan dia aku yang sediakan tapi dia bukannya tahu. Sebab aku tak spend masa dengan dia.

Effort aku cuma belikan keperluan dia, sediakan tabung pendidikan dia (sebab aku takmau susah dikemudian hari), Dan bagi dia apa yang budak lain patut dapat contohnya celebrate birthday, sampai beriya riya order kek sampai beratus, semua untuk buat dia happy, untuk dia tahu yang dia bukan tak cukup kasih sayang ibu.

Tapi sebenarnya terlebih lebih melimpah kasih sayang yang dia dapat. Kalau bukan dari aku pun, orang lain ramai yang buat dia macam raja. Biar aku saja lah yang paksa dia makan nasi sayur dan buah. Biar aku saja yang marah dia pergi rumah orang jangan masuk bilik orang suka hati.

Biar aku sorang saja tak pakaikan dia baju setiap kali lepas mandi sebab nak dia pakai sendiri. Biar aku sorang saja yang bawak dia pergi taman, lari sampai berpeluh, bukan dukung sepanjang jalan. Kitorang dah kurang hantar anak tu ke rumah atuk nenek dari setiap minggu jadi dua minggu sekali atau sebulan sekali sebab kalau tak hantar, hari hari dia v1deo call atau nak datang rumah aku.

Ehhhh baik kitaorang hantar budak tu ke sana supaya cara aku sudip nasi atau peti ais aku tak dikomen. Cuma setiap kali nak ambik dia balik dari sana, memang dia meraung. Mungkin sbb terpaksa berpisah dengan phone, pempers, botol susu dan percutian pakej anak raja.

So selalu on the way balik dia meronta ronta dalam kereta. Hati aku panas sangat. Tapi suami aku tak pernah marah… biar saja dia meronta menangis..Aku yang terpaksa telan, nak marah aku tak berani. Sebab tu aku selalu sangat cakap dalam hati….kan bagus kalau budak ni takda? Kan best kalau dia ni tak wujud?

Aku kesian juga suami aku mesti dia letih nak layan anak dia dan telan apa yang mak bapa dia buat dalam masa yang sama nak jaga hati aku. Aku tak dapat tolong banyak so selalu aku rasa diri aku tak berguna.

Dah lah mak tiri tak guna, menantu tak guna, then bini tak guna. Memang aku sendiri banyak kali dah minta cerrai tapi aku sayang suami aku. Doakan diri sendiri mati pun tak terkira banyak kali dah sebab aku tak mahu family aku malu atau suami aku rsa bercerrai kali kedua. Baik m4ti saja. Entahlah.

Mungkin cukuplah sampai sini, InsyaAllah tak ada dah part 3. Aku hrp masih ada segelintir yang sudi doakan aku supaya tenang dalam mendidik anak ni. Kalau bukan doakan aku pun, doakan lah anak tiri aku membesar dengan baik macam orang lain, buka spoil brat.

Kalau aku ada rezeki dapat zuriat sendiri, semoga aku faham erti bonding ini dan anak dan aku boleh sayangkan dia macam anak aku. Sebab buat masa ni aku tak faham bila orang cakap ‘sayang macam anak sendiri’. Aku minta maaf bagi yang marah bila aku cakap aku doakan anak tu m4ti. Aku pernah saja imagine kalau dia mati, nanti suami aku sedih pulak sebab budak tu takda sehari pun suami aku rindu.

Tapi nak buat macam mana aku manusia biasa selalu wonder “what if dia tak ada, what if suami aku bujang…” cuma bdoh lah jugak dah kahwin baru nak fikir. Tu saja. Sekian, assalamualaikum.