Saya diuji dengan suami yg kasar bahasanya. keluarganya lebih penting dari saya.Sejak awal perkahwinan, saya hanya dilayan seperti pembantu rumah

Hai, saya Bunga Tanjung (nama samaran) terpanggil untuk meluahkan rasa yang terpendam sekian lama, tiada lain, hanya inginkan pendapat rakan dengn jujur dan ikhlas sebelum saya mengambil tindakan selanjutnya.

Biasalah, hati ni Allah yang pegang dan sentiasa berubah-ubah dan kerana itulah saya hanya diam di takuk kesedihan yang tiada penghujung. Sebagai pengenalan, saya seorang penjawat awam dan telah berkahwin selama 18 tahun dan dikurniakan 3 orang cahayamata yang bijak dan kacak serta cantik (sebab ramai yang memuji, alhamdulilah).

Walaubagaimanapun, sepanjang perkahwinan terlalu banyak ranjau dan onak duri telah saya lalui dengan kesabaran kerana memikirkan anak-anak yang cemerlang tidak seharusnya membawa title anak kepada seorang janda. Maaf bukan saya memandang rendah dengan status tersebut, namun pengalaman bergaul dalam masyarakat menjadikan saya berfikir 444 kali untuk bertindak.

Saya telah berkahwin dengan lelaki pilihan hati, bercinta sejak tahun pertama di universiti di KL, bekerja selama 2 tahun sebelum kami membuat keputusan utk brkahwin. Make it short, dri awal prkahwinan saya seorang yang sangat menjaga keluarga baik dari aspek hormatkan suami, mertua, mendidik anak, mengasuh, kebersihan rumah, even makanan sihat pun saya sangat mengambil berat.

Dengan kata lain, saya seorang yang serba boleh dan perfectionist.. Bukan nak memuji diri sendiri, tetapi rakan-rakan dan saudara keliling sering mngatakan suami sy beruntung mendapat isteri yang cantik, brpelajaran tinggi, berkerjaya, serba boleh.

(Saya boleh menjahit, boleh mengambil tempahan kek dan masakan saya pun selalu dipuji dalam keluarga mertua sebgai sedap).

Okey.. Main point kat sini bukan saya nk menceritakan tentang diri saya sangat sebenarnya, namun ingin meminta pendapat rakan-rakan dengan jujur dan ikhlas demi kebahgiaan diri saya yang tinggal bersisa di dunia yang sementara ni sebelum Allah panggil pulang ke alam yang abadi.

Untuk pengetahuan pembaca, syukur anak-anak saya sejak kecil saya didik dengan mementingkan pelajaran dan didikan agma, mereka tergolong dalam top 3 di sekolah private dan straight A dalam peperiksaan.

Setiap tahun akan mendapat anugerah baik dalam peperiksaan, sukan dan hafazan. Syukur Allah berikan saya nikmat melihat kejayaan anak dan patuh dalam suruhan agma.

Namun disebaliknya, saya selalu sunyi tanpa suami yang ambil berat dan tiada tempat saya nk mengadu perasaan memandangkan saya tidak suka menceritakn hal rumahtangga kepada orang kerana membuka a1b suami. Jika kawan-kawan bercerita tentang kebaikan dan suami yang romantik saya cuma respon positive yang gembira,

walhal dalam hati saya remok hancor bersepai kerana tiada mendapat perhatian dan kasih sayang dari suami. Walaubagaimanapun, (mula bab sedih dah ni) saya sedar, sebagai manusia yang dicipta AIIah sebagai hambaNya, tidak lengkap iman seseorang itu jika tidak diuji.

Saya diuji dengan suami yg kasar bahasanya, tidak menunjukkan kasih sayang, eg0 yang sangat tinggi, memandang rendah saya, dan berterus terang kepada saya keluarganya lebih penting dari saya, dan jika perlu memilih antara dua. Sudah tentu keluarga yang akan dipilih dan saya akan dilepaskan.

Sejak awal perkahwinan, saya hanya dilayan seperti pembantu rumah, cuma lebih saya ialah waktu malam (setiap hari pulang lewat 1-3 pagi bekerja 7 hari seminggu, ada sedikit keperluan disitu, harap faham).

Mengapa saya kata dilayan seperti pembantu rumah ialah sebagai contoh keperluan rumah seperti bahan memasak dan keperluan anak, saya perlu membelinya sendiri walau dengan menggendong bayi slepas berpantang, memimpin ank kecil even dgn perut 9 bulan mengandung.

Jika saya mengajaknya bercuti berbagai alasan diberi, namun dia akan bercuti dengan kawan-kawan dgn alasan bisnes, meninggalkan saya bersama anak-anak yang masih kecil.

Saya masih ingat, suatu hari kami bercadang berjalan di mall, bila turun dari kereta saya memintanya keluarkan stroller kerana saya sedang mendukung baby. Jawapannya siapa yang nak jalan tadi? Pergilah keluarkan dengan nada yang tinggi dan muka yang b3ngis seperti seorang yang sedang membennci.

Saya telan dan buat muka tak malu, jalan juga buat macam biasa, namun setiap kata-kata kej4m yang dikeluarkan, saya ingat sehingga ke hari ini. Adakah saya seorang yang pendend4m atau semua manusia begitu? Pernah juga saya membuat jamuan raya untuk rakan sekeja, masak berbagai menu dari nasi beriyani, mee, roti jala, puding, kuih bubur, koktail.

Boleh bayangkan tak sesibuk mana saya memasak dalam masa yang sama melayan 3 orang anak kecil dan mngemas rumah (40×80 keluasan rumah 2 tingkat) seorang diri. Tanpa bantuan dari seorang suami sedikit pun.

Namun saya rasa puas dapat menjamu rakan, sebaliknya suami saya tidak menyertai jamuan saya tu, tetapi membawa ibunya pergi ke rumah makciknya atas urusan keluarga, walhal saya dah bagitau awal akan tarikh majlis tersebut. Ok.. tak pe.. Sabar lagi.

Ok.. Baru nk mula part kemuncak. Ketika tahun ke 5 perkahwinan, suami saya kant0i bercinta dengan perempuan v1etnam, ok saya maafkan, kemudian tahun ke 10 kant0i bercinta dengan exschoolmate, rindu bagai sampai hp dia saya hempas ke lantai, ok saya maafkan.

Untuk pengetahuan, Suami saya dari awal perkahwinan tidak membenarkan saya membuka handphone nya dan sentiasa lock, urusan bisnes saya tak perlu tau katanya. Ok saya percaya, yela perempuan jujur macam saya mana berburuk sangka dengan suami. Saya katakan takkan la dia nk cari perempuan lain.

Sedangkan dia takkan jumpa perempuan macam saya kat luar tu. Wah.. Confidentnya saya.. Sekali dah terkena, d4rah dan n4nah dari luka tersebut tak berhenti mengalir walaupun kejadian trsebut sudah 6 thun berlalu. Kisah kekej4man memuncak bila perkahwinan telah menjangkau 12 tahun. (Maaf jika tulisan saya terlalu panjang.

Saya dah cuba pendekkan untuk pembaca feel sedikit sebanyak perjalanan hidup saya) Suami saya bercinta dengan perempuan ind0n. Sebenarnya instinct si isteri sangat kuat dan sememangnya selalu benar. Allah beri kelebihan isteri dapat mengesan perubahan suami walau dia bijak menyusun strategi menyembunyikan bangkai.

Ind0n ni janda anak 1 dan saya dapat membaca chat cinta rindu dendam mereka apabila anak saya curi-curi pandang pasword ayahnya. Saya screenshot dan hantar ke wasap saya. Saya pernah terjumpa mancis tertulis nama hotel, namun dengan bijaksana dia menepis tuduhan saya.

Disinilah bermula dia memkul, mnendang menmbuk, men4mpar menc4ci mengh1na segala jenis set4n dan segala jenis haiwan yang hram semua keluar, walhal haiwan tu juga Allah cipta untuk keseimbangan ekosistem dunia, bukan untuk dijadikan bahan h1naan.

Seorang eg0 tidak akan mengaku salah, disini lah dia mula bertindak seperti playv1ctim. Mengatakan saya salah selalu menuduh dia curanng. Yang paling h1na sekali saya juga telah diludah beberapa kali selepas saya meminta cerrai dan saya gertak jika tak cerraikan saya,

saya akan beritahu aibnya (sata terjumpa gambar tak senonoh indon tu pakai baju tidur s3xy menampakkan aset atasnya) kepada ibubapanya. Oleh kerana bapanya ada sakit jantung, maka dia terpaksa melafazkan cerrai talak 1 ketika itu. Ada ke isteri lain menghadapi situasi pengh1naan tahap tertinggi iaitu diludah di muka.

Nauzubillahiminzalik.. Allahuakbar adakah dia dilahirkan dan dididik oleh ibubapanya sebegitu? Wallahualam… Sehingga jasa saya melahirkan zuriatnya dibalas sebegini? Akibat pergduhan berkaitan perempuan ind0n itu,

dia juga pernah menc3kik leher saya sambil duduk diats saya hingga saya seperti ny4wa-ny4wa ikan tidak dapat bernafas, dan dia katakan saya hanya berlakon s4kit.

Anak-anak menjadi saksi saya menjadi bahan pkul. Untuk pengetahuan, anak-anak saya juga sering dipkul sehingga pernah dia menghemp4s beg penuh dengan buku ke atas kepala ank yg terbaring setelah dia meny3pak, menend4ng dan memkulnya.

Ketika itu saya katakan jika dia tidak membawa anak saya ke hospital, saya akan report p0lis. Rupanya dia dan mak mertua saya minta anak saya kata pada dktor jatuh. Allhuakbar, takut pula dh buat salah, ok saya masih bersabar.

Kembali semula pada kes pend3raan fizikal ment4l saya, sepanjang pergaduhan, pukul baik semula, cerrai kali kedua (Allahuakbar tak tau nak kata apa dah, saya b0doh atau saya bersabar fikirkan anak).

Sy mempunyai 11 p9lis report berkaitan pkul sep4k ter4jang dan dia juga pernah ditahan reman selama 3 hari kerana memkul saya di bulan puasa dan saya menarik semula kes tersebut di mahkmah kerana masih kasihankan dia.

Allahuakbar, saya tak tau datang dari mana belas kasihan itu sedangkan separuh ny4wa saya telah dikerjakannya. Bayangkan lelaki bersaiz XXL pukul isteri bersaiz M, dapat bayangkan tak impact momentum pen4mpar atau sepakan di punggung tu.. mulut berdal4rah, hidung berd4rah tu biasa.

Saya bersumpah di hadapannya cepat atau lambat akhirnya saya tetap akan tuntut percerraian darinya kerana kes saya tidak mendapat pembelaan sewajarnya dan saya diarahkan kembali patuh kepada suami. Ketika perbicaraan, walaupun saya katakan saya tak boleh kembali brsamanya, hakim telah menutup fail saya dan tidak mendengar apa yang saya katakan.

Sejak itu saya berazam untuk ada rumah sendiri dan menunggu anak besar dan masuk asrama, saya bersumpah akan bertindak membela diri saya.

Namun kini, walau saya telah membeli rumah, suami saya ikut berpindah ke rumah baru dan kami masih tidak mesra seperti suami isteri lain. Dan saya tak melayan dia dgn sepenuh hati. Walaupun dia bercakap dengan saya, saya tidak memandang wajahnya dan tidak membalas kata kata dengan mesra kerana saya benci melihat wajahnya.

Jika saya memandang wajahnya saya akan teringat kata kata pengh1naan, sep4k ter4jang dan ternampak nampak dia meludah di muka saya. Saya tahu saya berdosa, namun saya sendiri tak mampu nak membawa diri saya yang separuh ny4wa seperti telah tiada kerana walaupun telah 6 thn berlalu, setiap kali saya berseorang diri saya akan menangis sekuat hati seperti isteri kem4tian suami.

Suami saya tidak pernah meminta maaf atas kesalhannya yang lalu, kami hanya tidak bercakap tentang itu. Mungkin dia fikir saya telah melupakan kez4liman tu. Hanya sejadah dan kereta tempat saya melepaskan kesedihan. Saya tidak pernah menunjukkan kesedihan di hadapan anak mahupun rakan.

Terkini saya ada berjumpa lawyer untuk failkan percerraian kerana seperti masanya telah tiba dan kedudukan saya telah stabil dan anak-anak juga telah dewasa. Jika suami mahukan anak, silakan, tidak lagi seperti dulu saya ditakut takutkan dia akan mengambil anak saya jika saya failkan percerraian.

Saya mula mencari kebahgiaan lain, selain bercuti dengan anak atau rakan, saya juga pergi hiking bersama rakan yang jauh lebih menggembirakan hati saya.

Saya juga gembira sekiranya dia tiada di rumah kerana saya boleh ada agenda saya dengan anak anak. Saya rasa telah tiba masanya saya melepaskan sejarah pahit rumahtangga saya, dengan mencipta life line saya sendiri.

Tiada istilah cinta baru bagi saya kerana dialah cinta pertama saya dan dia jugalah yang terakhir kerana saya terlalu serik dengan lelaki yang nampak tinggi agma, dipandang tinggi oleh saudara dan rakan, berjaya dalam kerjaya, namun dipandang h1na oleh isteri kerana tangan dan mulutnya sendiri.

Persoalan saya, mengapa saya seperti tak sampai hati dan kasihan jika saya failkan percerraian… tidak tergamak untuk meluahkan apa terbuku dalam jiw4. Jika saya teruskan diri saya dalam ikatan ni, maka terus berdosalah saya kerana tiada cinta kasih mahupun sekelumit sayang.

Atau ini adalah satu proses yang saya perlu lalui sebagai jalan keluar untuk membina bahagia sendiri dan menghabiskan sisa hidup dengan beribadah tanpa ada rasa sakit hati sesama manusia. Adakah saya seorang pendend4m kerana menghabiskn sisa h4yat saya mengenang kez4liman yang telah dilalui.

Maafkan saya jika saya mengambil masa rakan, saya betul betul inginkan nasihat dan kata kata semangat untuk menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan kelebihan yang diberi Oleh Allah dan redha dengan ujian yang telah dilalui.

Sekian. Air mata di malam aidilfitri yang ketiga. – Bunga Tanjung (Bukan nama sebenar)