Bila bergaduh, dia tarik muka, eg0 dan beritahu saya dia tidak akan meminta maaf sampai berminggu. Hati saya jadi m4ti bila satu hari tu dia marah akan benda remeh

Assalamualaikum semua… Saya Maimun, baru berkahwin tidak sampai setahun. Sekarang, di dalam proses pencerraian (tiada respon)… Begini ceritanya. Saya dengan suami sudah lebih 5 tahun bercinta daripada universiti lagi. Habis belajar pon sama.

Habis belajar, kami berdua bekerja dan hubungan masih diteruskan walaupun jumpa dua kali sebulan sebab masing-masing sibuk. Selepas 3 tahun bekerja, kami pon berkahwin sbab duit dah terlebih cukup. Waktu brcinta, si suami sangat berbeza,

sangat sweet, belikan bunga, hadiah, janji macam-macam, true love bagai dan saya percaya yang dia betul-betul cintakan saya. Sebab tu kami bercinta lama tapi kami tiada buat benda-benda tak elok yea!

Sekadar jumpa/dating dekat kedai makan dan borak-borak je. Sebab dia tak pernah buat benda bukan-bukan kepada saya dan hormatkan saya sebagai seorang wanita, saya pun rasa dia okay untuk dijadikan sebagai seorang suami.

Kami bertunang tak sampai setahun. Kami sudah banyak berbincang tentang perkahwinan, hantaran apa? Limitkan perbelanjaan? Nikah buat biasa-biasa je dan duduk di mana selepas tu? Dia okay bila saya cakap duduk di rumah parents saya sementara kami kumpul duit untuk beli rumah. Semua okay, takde masalah.

Lagi satu, saya daripada keluarga berada dan dia biasa-biasa sahaja. Gaji saya pula jauh lagi tinggi daripada dia. Tapi saya tak kisah, asalkan dia rajin bekerja dan bertanggungjawab.

Lagipun kami berdua mempunyai ijazah dan keluarga saya pon terima dia seadanya. Tiada apa-apa masalah… buat masa sekarang. Selepas habis bernikah, semua sweet sahaja sehingga sebulan selepas tu, dia mengaku sepanjang bertunang, dia ada perempuan lain dan terlepas cakap yang dia mahu berkahwin dengan perempuan tersebut.

Of course saya marah (siapa tak marah, siap jumpa parents perempuan tu!). Saya rasa tertipu sebab saya tak pernah nak check handphone dia. Saya ni bukannya jenis check2 handphone and s0cial med1a dia sebab saya percayakan dia.

Dia minta maaf dan saya maafkan dia tapi saya minta dia betulkan keadaan ni. Dia setuju. Tapi sejak daripada itu, kami asyik bergduh. Dia berubah, kerap marah, kuat sentap macam pondan dan suka buat benda yang dia tahu saya tak suka. Bila saya ajak berbincang, dia marah dan terus salahkan saya.

Dia cakap saya buang masa dia sebab ajak berbincang. Huh?? Pokoknya, dia tidak boleh diajak berbincang. Kami tinggal berjauhan disebabkan kerja dia, walaupun takdela jauh sangat daripada rumah parents saya. Boleh ulang-alik sebenarnya.

Disebabkan suami saya tak boleh memandu dan tiada kereta, dia pilih untuk menyewa dekat dengan tempat kerja dia walaupun dia dah janji untuk tinggal di rumah parents saya dulu (janji kosong). Kami jarang jumpa, call pon seminit dua je, text pon macam ala kadar, kalau ada apa2 terjadi pada saya, kena settle sendiri.

Sakit? Pergi klinik sendiri, dia tidak akan ada untuk tolong, lagi teruk daripada zaman bercinta dulu. Dia lagi banyak meluangkan masa dia dengan kawan-kawan dia dan makin boros. Beli gajet mahal-mahal tapi kedekut dengan isteri.

Bila bergaduh, dia tarik muka, eg0 dan beritahu saya dia tidak akan meminta maaf sampai berminggu. Hati saya jadi m4ti bila satu hari tu dia marah akan benda remeh yang dia sendiri reka cerita dalam otak dia, Sehinggakan saya menangis teresak-esak di lantai (saya jarang menangis, lagi2 depan orang lain).

Dia pula… duduk atas kerusi main handphone buat b0doh sahaja. Siap tanya, jadi keluar ke tak? Disebabkan dia berubah atau…tunjuk perangai sebenar dia selepas berkahwin, saya jadi takut untuk ada anak dengan orang begini. Takut untuk beli rumah bersama. Saya jadi str3ss dan depr3ss walaupun saya ni jenis happy-go-lucky.

Lepas kahwin, terus depr3ssed teruk dan jadi senyap. Terus-terang, saya tidak bergantung kepada dia dan dia yang banyak beg4ntung banyak kepada saya sebab saya yang carikan dia kerja selepas banyak kali kena reject selepas interview. Saya drive dia ke sana-sini untuk settlekan urusan dia bertahun-tahun.

Walaupun dia cakap, dia akan beli kereta dan drive sendiri (lebih 5 tahun berlalu, tiada perubahan). Dia banyak bergantung pada saya, kawan-kawan dia atau grab sebgai pngngkutan.

Agaknya, disebabkan ini, dia jadi tak bersyukur dan tidak tahu erti tanggungjawab sebab semua sudah disediakan. Tak tahu nak jadi lelaki. Jenis yang dah dapat, buang. Mngsa seterusnya.Bagi orang lain, semestinya mereka akan cakap bersabar dan tunggu dia untuk berubah.

Saya dah banyak bersabar dan saya tidak rasa dia akan berubah selagi ssuatu terjadi. Saya rasa dia perlukan penampar super untuk sedarkan diri dia tapi nanti jadi kegnasan rumah tangga pula.

Saya rasa saya patut fokus kepada mentl heath saya sendiri sebab sukar untuk saya bekerja dengan kedaan saya sekarang ni. Saya tersangatla str3ss dan depr3ss.

Mujur saya ada parents dan family yang penyayang dan supportive. Saya untung dan bersyukur sebab ada family yang best… cuma tak best sebab dah salah pilih suami.

Apa-apa pun, dia cakap dia sudah tiada perasaan kepada saya (bertahun bercinta, perasaan hilang macam tu je, monyet betul!) dan saya sudah meminta untuk dia lepaskan saya.

Tiada respon seperti biasa sampai berminggu… – Maimun (Bukan nama sebenar).