Dilafaznya taklik dan kali ini, terus dilanggar. Skrg, alhamdulillah hidup makin okay lps bergelar janda. Tapi, setiap kali ex contact balik.

Salam dan hi. Sekadar nak meluah rasa. Kenalkan, saya Cengeng. Disebabkan bila tumbuh dewasa ni asyik kuat menangis ja. Rasanya sesuailah dipanggil saya ni Cengeng.

Ceritanya saya berkahwin lebih kurang 5 tahun. Tapi nak dibandingkan dengan orang yang dah 30 tahun hidup bersama, saya ni dah berkali kali ditaklikkan.

Setiap pergduhan, tak peduli siapa yang salah, siapa betul. Ada sahaja taklik yang dilafazkan. Contoh, kalau keluar rumah tanpa izin, jatuh talak. Bila ditanya, dikatanya taklik tu terpakai masa tu sahaja.

Hati dah rasa tak sedap, ajak pergi pejabat agma untuk bertanya, tak hendak. Sebagai isteri, bila taklik dilafazkan, selalunya saya akan terus mendiamkan diri. Sebab takut jatuh talak.

Tapi hati sentiasa rasa tak sedap. Sebab banyak sangat taklik sampai saya sendiri pun dah lupa.

Sebagai orang yang dah habis mengaji SPM ni kan, bukan tak ingat ustaz/ustazah bagi ceramah dulu dulu. Bila taklik dibuat main, disebut sebut sentiasa boleh jadi haram.

Disebabkan tak tahan, saya kata sekali lagi buat taklik, saya langgar. Disebabkan tu, setiap kali bergduh, kmudiannya. Bila dia nk buat lafaz taklik ja, saya cakap lafaz lah, saya langgar betul betul nanti.

Tak campur dengan adanya orang luar yang masuk campur hubungan kami suami isteri. Rasa kecewa sangat. Dah lah suami pun macam ni, ada pula yang tambah garam atas luka. Terasa perit sangat.

Dan akhirnya, gduh kecik je. Dilafaznya taklik dan kali ini, terus dilanggar. Skrg, alhamdulillah hidup makin okay lps bergelar janda. Tapi, setiap kali ex contact balik. Luka lama bernanah kembali. Bukan berdrah dah. Mau tak bernannah, tak habis habis kena psych0.

Katanya family saya bencikan dia, katanya saya menghina family dia. Tak habis fikir, masa mana dan bila menghiinanya. Contact memang tak dah, seluruh family dia dah saya bl0ck kecuali dia atas dasar anak. Mungkin betul lah kowt, time saya tengah mer0yan gugor.

Dah hilang suami, hilang pulak anak. Ada saya tanya, apa yang masih tidak puas hati lagi dengan saya. Dah bercerrai pun. Untuk pengetahuan, saya baru balik dari hospital. Dah diugut nak diambil satu satunya anak yang tinggal.

Hilang waras sebentar sehingga keluar ayat ayat tidak enak didengar. Tapi saya dah pun minta maaf atas keterlanjuran kata bila kewarasan tiba. Letih, sungguh letih. Masa bergelar isteri, c4ci m4ki sentiasa ada.

Sep4k terajjang pun dah merasa dari awal perkahwinan. Orang ketiga, campur tangan orang ketiga juga dirasai. Ingatkan bila brcerrai, takkan disakiti lagi. Yep, fizikal dah tak boleh tapi mental tetap diganggu. Mungkin kalau dah dapat cop giila baru puas hati mereka.

Hidup ni rasa tenang aman damai ja bila dia langsung tak contact. Tapi cukup 1 mesej dari dia, hilang kejap damai tu. Bila teringat, auto rasa berdebar. Pi klinik sehari lepas dapat mesej dia, kadar nadi pun tinggi. Tangan asyik ketar ja, buat apa apa pun jadi gelabah.

Sampai kan kalau orang menyampai perkara pasal dia, minta simpan dulu sampai balik rumah takut tak boleh nak drive sebab tangan jadi terketar ketar.Selalu terfikir betul ke saya yang terburu buru tamatkan perkahwinan, betul ke tindakan saya.

Betul ke apa yang dia kata, saya yang tidak pandai sabar, isteri yang tak taat, saya sebenarnya yang jhat dan tak bertimbang rasa. Gagalnya perkahwinan kami adalah disebabkan saya.

Tolong bagi saya kata kata semangat. Rasa tak suka perasaan yang macam ni, saya gembira ianya berakhir. Tapi ada masa saya ragu ragu dengan diri sendiri terutama bila dapat mesej dari dia.