Jantan dalam keluarga aku memang tak boleh diminta untuk tolong. Sejak tu aku dah tak mintak tolong sesiapa, aku jdi tr4uma

Salam readers. Nama Cik Mimi, umur 29 dan bujang. Alhamdulillah kerjaya semua okay. Berkenaan dengan tajuk confession, aku bukan nak hentam sesiapa. Cuma aku tengok balik diri sendiri kenapa aku tak mampu buat-buat b0doh macam seorang Prof sarankan.

Boleh dikatakan aku agak lambat bertemu jodoh dan sekarang ni pon masih bujang mencari jodoh. Aku dilahirkan dalam ‘br0ken family’ iaitu keluarga yang dingin. Aku bongsu dari 5 adik beradik, ada 4 orang abang. Keluarga aku jenis menghambakan perempuan.

Kenapa aku cakap aku tak boleh buat-buat b0doh ialah sikap didikan parent aku yang merajakan lelaki. Aku hampir hilang hormat terhadap keupayaan kepimpinan lelaki. Ni antara sebab aku tak layak buat-buat b0doh. Pertama, tong gas rumah aku lelaki tak penah tolong angkat.

Rumah aku rumah kampung. Mak aku ulang alik tukar tong gas. Kalau ade abah dan abang aku, mereka hanya tengok, nak hulurkan bantuan hanya bila diminta. Bila diminta tolong seumpama menyusahkan mereka. Padahal gas tu nak masak makanan diorang.

Keluarga aku jenis bekerja tapi aku tengok mak aku lagi penat berbanding diorang. Kalau aku balik dari asrama aku akan tolong mak aku sebab kesiankan mak penat. Kedua, penah sekali aku demam, ubat tak ada kat rumah.

Mak suruh abang tolong pergi beli kat farmasi. Waktu tu dia sorang saja boleh keluar pergi farmasi sebab ade lesen. Abang tu tenngking mak aku balik, suruh makan Panad0l. Dia tak mau pergi beli padahal panadol pon tak ada. Aku dalam bilik aku dengar abang cakap kasar dengan mak menangis dalam badan panas.

Aku tak mintak pon demam kalau ade kudrat memang aku tak nak susahkan sesiapa boleh saja kayuh bsikal prgi kedai runcit. Ketiga, pada satu masa tu kereta aku ade masalah kat rumah kampung. Pertama kali ade masalah sebab servis biasa memang aku ikut (kereta secondhand).

Mak aku suruh abang aku tengokkan. Dengan muka marah, ayat kasar dan nada tinggi dia macam marahkan aku sebab kata masalah kereta tu benda kecik saja. Mak dah risau sebab aku keje merantau guna kereta tu. Abang dengan marah dia tengokkan kereta aku. Aku dah macam tak suka orang tak ikhlas nak tolong.

Aku diam saja kat tepi. Satu benda aku belajar dari situasi tersebut. Jantan dalam keluarga aku memang tak boleh diminta untuk tolong. Sejak tu aku dah tak mintak tolong sesiapa, aku jdi tr4uma nak minta prtolongan lelaki. Apa apa hal masalah kereta aku, aku bawak pergi bengkel.

Aku hanya berdoa tauke kedai tak meniipu aku dan start tu aku g00gle serba sedikit berkaitan dengan kereta, banding harga semua tu sebelum aku ke bengkel. Sekarang aku dah pandai tukar tayar 4 kali, tukar lampu kereta terbakar, cuci radiator, tukar coolant, jumper kereta, tukar bateri. Nasib baik graduate dalam kejuruteraan.

Ade la basic pegang spanar. Dari situ aku dah tak mengharap selaki. Pernah kereta rosak, 2 jam aku duduk tepi tu g00gle ape punca, buka bonet depan tengok.Kadang-kadang aku malu buat macam tu kalau ade orang tengok sebab macam perempuan acah pandai.. yelakan perempuan kan kena buat-buat b0doh.

Nanti akan ade lelaki datang tolong. Kalau aku dengan badan chubby dan tak seberapa cantik duk tepi jalan mesti tak ada orang datang tolong. Dalam keluarga aku, bila adat merajakan lelaki ada, perempuan perlu buat separuh kerja lelaki.

Tetapi lelaki langsung tak ada rasa ingin buat keje perempuan walaupun untuk tolong. Perempuan kena jadi lagi pandai dan biar lelaki buat-buat b0doh. Yang paling sedih ialah sifat ayah aku yang mengh4mbakan aruwah mak.

Ayah aku ade baiknya tapi hanya nafkah duit untuk anak-anak sekolah. Tapi abah aku tak ambik kisah berbanding mak. Abah aku bagi duit 6 bulan sekali lepas tu pandai-pandai la hidup. Tapi separuh dari nafkah tu aruwah mak yang banyak tolong dia. Peng0rbanan mak terlalu besar.

Mak yang melahirkan, membesarkan, melayan anak-anak, tolong kerja ayah, masak, berkebun. Bangun awal pagi untuk sediakan juadah berniaga sedangkan ayah dan abang masih tidur. Sampaikan doktor penah cakap kat mak yang mak tua sebelum usianya. Mak aku dah mennggal awal tahun ni.

Pernah terdetik kalau dulu ayah dan abang tolong menolong mesti mak masih kuat. Ini tidak mengharapkan prempuan semuanya. Pernah mak tetiba sakit dan dia baring saja, abah tetiba cakap “tahu nak tidur saja setiap hari”. Padahal mak memang tak sihat.

Mana ikhsan mu wahai lelaki bernama abah. Dulu aku s4kit demam pun ayah tak penah kisah. Hubungan aku dengan abah, abang-abang pun tak rapat. Pernah juga aku jadi tak ikhlas bila mak aku mennggal, aku kena ambil alih kerja mak sebab aku seorang perempuan.

Boleh dirasakan dengan letih uruskan rumah memasak, pergi pasar sendiri, beli barang dapur. Walhal abang aku 24 jam dengan tidur & phone. Pernah sekali dah gelap nak maghrib berbuka puasa tingkap rumah tak tutup sedangkan dia 24 jam tepi tingkap tu. Aku pergi tutup dengan letih aku hempas tingkap tu bagi kuat.

Abang tu dengar tegur aku, “tak malu ke hempas tingkap kuat jiran dengar”. Aku balas, “biar terbuka mcm tu sampai magrib tak malu pulak”. Lepas tu dia kata aku kurng ajar. Ini yang aku dpt lepas penat seharian. Semua diceritakan berdasarkan abang berlainan.

Sekarang pun aku dah bermastautin negeri lain. Bakal duduk rumah yang aku beli hasil titik peluh yang berbaloi untuk aku laburkan dari duduk dengan lelaki yang buat-buat b0doh.

Alhamdulillah. Aku still balik kampung tapi hanya sekadar melawat abah sebagai tanda hormat tapi kasih sayang dah kurang sebab ayah tak penah cipta kenangan manis dengan anak anak.

Semua dia tunjuk dengan sifat amarah dan eg0 yang tidak berpenghujung. Untuk abang-abang, aku doakan semoga korang jumpa jodoh yang boleh layan perangai buat-buat b0doh anda.

Hidup aku sekarang 100% mengharapkan diri sendiri dan mengharap pertolongan dari Allah. Kalau aku buat kerja yg dah terlebih limit sebagai seorang perempuan aku berdoa mengharapkan perlindungan dari Allah.

Itu yang menyebabkan aku berdikari dan agak sukar buat-buat b0doh untuk tarik jodoh sebab dah biasa.

Zaman sekarang dah terbalik, segelintir lelaki mengharapkan perempuan. Jika masih ade lelaki yang bertanggungjawab dan berkepimpinan, Alhamdulillah.

Aku pun tak tahu kat siapa nak tunjuk buat-buat b0doh sebab aku pun ada tr4uma dengan “lelaki mengh4mbakan wanita”.

Oleh itu, untuk perempuan diluar sana, anda sangat beruntung dapat peluang buat-buat b0doh dengan pasangan anda. Didiklah anak-anak lelaki menjadi org yg bertanggungjawab dan berkepimpinan. Doakan saya bertemu pasangan yang layak untuk saya buat-buat ‘b0doh’.

Sebab sekuat mana pun perempuan tu berdikari dia msh perlukan lelaki disisi utk dipimpin tetapi bukan untuk dih4mbakan. – Mimi (Bukan nama sebenar).