Setahun lebih jaga mak aku semua aku k0rbankan.Rasa macam sia-sia. Sampai terdetik kalau memang akan m4ti kenapa tak m4ti dari awal.

Namaku Eiz, tahun ni 24. Tahun lepas aku ada buat confession pasal Ex aku H. Kami dah bersama 3 tahun dah macam laki bini dari awal 2019.

Masa mintak nak kawin sejak 2019, mak ayah aku letak syarat laki bini mesti gaji 10k-15k dah stabil baru approve. Tapi aku dengan H gabung gaji paling mampu pun dalam 4.5k.

Betullah bila kahwin disusahkan maka zlna itu menjadi mudah. March 2021 aib dia dah terbukak sebab ex H datang kembali dan cerita pada mak ayah H yang mereka berdua dah pernah terlanjur.

Maka terkapai-pakai lah aku kehilangan H sebab 3 tahun bersama dia tak sangka Allah nak beri tanda kalau bukan jodoh, maka bukanlah. Tapi lepas aku confess yang part 1 tu pun aku masih bdoh. Terlalu ikutkan perasaan tak boleh nak let go sepertimana semua nasihatkan di comment.

Mulalah aku pandai-pandai take action. Aku face to face dengan Ex H. Cakap yang H sekarang dengan aku. Kita dah bersama. Dan serapat mana aku dengan H tu pun aku cerita. Dia tak terkejut. Cuma dia tak sangka aku betul-betul akn kacau wedding dia yg berbaki lagi sebulan nak tarikh nikah.

Niat aku, kalau dah terlanjur tak bermaksud kene kahwin. (tapi ntah kenapa aku tak terfikir, aku pun boleh jadi orang yang dalam situasi tu). Mungkin penerimaan aku belum ada, sebab aku terlalu sayangkan H sampai hidup aku terganggu teruk.

Tak boleh tidur, selera makan aku jatuh teruk sampai aku turun 20 kg. Dah elok normal, sekarang underweight. Sayang sangat aku kat H sampai performance kerja aku menurun. Boss tau H akan kawin (kami tempat kerja sama) Tapi lepas aiib H terbuka, H berhenti kerja.

Aku pula dah tak semangat nak kerja. Aku minta tukarkan fulltime kerja kepada part time sahaja sebab aku memang nak fokuskan jaga mak aku juga. Dalam masa sama aku jaga mak aku sakit terlantar sebab cncer tulang stage 4. Aku makin menggila tertanya-tanya mana bantuan Allah bila hambanya sangat-sangat memerlukan.

Mak aku sakit terlantar, makan minum aku kene suap. Kencing pakai tube. Berak kene pump. Siapa lagi yang akan buat, kalau bukan aku sebagai anak sulung.

Ayah aku? dia tak sanggup buat, walaupun sebagai suami sendiri. Aku boleh pergi in details susahnya nak jaga mak aku, kalau tube kencing tercabut dan bocor, macam mana nak handle. Kalau time nak pump berak, ada masa berak normal ada masa mak tercirit-birit. Siapa je sanggup nak buat, tapi aku try kuat.

Aku memang terima tanggungjawab ni walaupun tak puas di sudut hati dengan ayah sebab lepas tangan. Adik-adik aku memang aku tak izinkan buat sebab mak mintak aku yang buatkan dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang. Aku anggap semua ni untuk tambahkan pahala aku supaya lebih berat dari dosa silam aku.

Tapi ada hari-hari yang aku rasa terlalu down sangat terkenang H yang nak kawin lain. Dan aku pula dah hilang rasa rewarded sebab gaji part time aku tk lebih 500 yg dahulunya 2.8k fulltime. Tambahan dengan peritnya nak jaga mak aku. Awal bulan June 2021, mak aku kena fit att4ck (s4wan) kene hantar hospital.

Mak aku dah separuh n4zak dah, nasib baik aku ingat pesan dktor untuk letak ubat rectal tube (ub4t cucuk dari punggong, Stes0lid D1azepam). Selama 3 jam aku saksi peritnya m4ti, sebab menunggu ambulance nak datang.

Mak yang mata terbeliak pandang atas, mulut ternganga macam roh nak ditarik keluar, kaki tangan kejang menggeletar tak henti. Mulut tercungap-cungap mencari nafas macam orang lemas. Kita sebagai anak mampu tengok je tak boleh nak buat apa.

Setahun lebih jaga mak aku semua aku korbankan kerja, cinta, kesanggupan setiap hari nak handle mak dengan harapan mak akan sihat. Rasa macam sia-sia. Sampai terdetik kalau memang akan m4ti kenapa tak m4ti dari awal. Lepas mak kena s4wan macam orang n4zak, masa ni aku paling down dalam hidup aku. Gelap semua terasa hopeless sangat.

It was a trauumatizing sight nak tengok mak sendiri jadi macam tu. 3 jam lamanya terasa macam forever. Aku hampir gila lepas mak aku dan di ambil ambulance. Alhamdulillah sempat dan dah selamat di hospital. Tapi aku yang di rumahku rsa kseorangn hopeless, helpless, trauumatized dengan apa yang baru tengok depan mata.

Aku dah korbankan semua tapi ntah akan sihat entah tidak. Aku rindu H, time-time aku low dia lah yang teman aku nasihat aku dan bagitau dari semua sudut hikmah jaga mak aku. And kalau aku masih sedih dia tahu cara naikkan mood aku walaupun cara dengan cara hubungan haram. Tapi dia dah takda, buatkan aku makin sakit dan str3ss.

Masa mak di bawah jagaan hospital, aku kat rumah, aku menjerit macam orang gila tumbok cermin bilik air berdarah tangan, aku ketuk-ketuk kepala dgan harapan aku boleh lupakan semua benda yang berlaku kat hidup aku sebab semuanya terlalu mnyakitkan.

Dengan bdohnya, aku telan ubt-ubt mak aku. Mak aku sakit teruk memang ambil Opiod (sejenis nark0tik) untuk kh4yalkan diri biar rasa kh4yal tu lebih kuat daripada rasa sakit. Memang ubt-ubtan jenis ddah nark0tik ni hram. Tapi dibenarkan untuk tujuan perub4tan.

Untuk aku? Haram-seharamnya. Masa tu aku dah tak tahan aku tak tau nak buat aku. Aku mula ambil sikit. Dan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Memang betul lama-lama aku ket4gih. Sampai berat aku menurun teruk.

Dulu aku ket4gih dengan nfsu serakah mula 0nani dari usia 9 main berjam-jam. Tapi hidup aku improve aku boleh terkawal sebab aku lepaskan semua kat H dengan hubungan s3ks setiap minggu. And H lah sorg-sorangnya yg bantu kawal aku untuk improve dan berjaya naikkan financials and carikan degree bagai.

Sekarang aku bila kehilangan H aku jadi buntu hilang pergantungan. Nak cakap aku tak bergantung kepada Allah, aku still jaga solat. Walaupun masa bersama H 3 tahun tu. Solat aku complete.Mungkin kurang menghayati atau perbuatan dosa aku sentiasa aku sangka dah dibasuhi dengan solat balik. Jadi aku tidak berniat untuk berhenti konon niat baik, nanti akan kawin juga.

Sekarang pun. Aku dengan dunia khayalan aku bila terasa sakit terus nak lagi dan nak lagi. Biar hilang rasa sakit di dada dan hati. Aku dah tak kisah nak ambil barang hram mak aku. Aku tetap solat. Sebab aku tahu solat je tali yang tinggal untuk aku pegang sebelum aku terlepas dari segala-galanya.

Ada masa aku solat betul-betul khusyuk sampai aku niat betul-betul nak berhenti semua ddah ni. Tapi aku tak boleh. Sama macam nfsu aku dulu. Panggillah aku lemah. Panggillah aku penunggang agma semua comment-comment yang aku baca yang berbentuk penghiinaan. Aku terima.

Aku memang berdosa. Aku dah try gak cari kekuatan yg halal, supaya aku tak brgantung sangat dengan yang hram ni. Aku baca Qu ran setiap hari kat mak aku doakan mak aku kembali sihat. Aku call borak dengan sepupu-sepapat/member lama untuk distract diri dari buat benda haram,

Aku keluar exercise setiap minggu, aku busykan diri masak makanan organic and healthyfood untuk mak aku. Aku jaga kemas rumah sibukkan diri. Tapi tak cukup. Tetap tak tahan. Sama macam first time aku terlanjur dulu. Sekali merasa, mesti nak lagi.

Cuma sekrang kesakitan ditinggali H buatkan aku meluat dah nak ada hubungan. Nak onni sendiri pun kalau teringat kat H, aku jadi down. Aku tak boleh nak main solo. Terus aku rasa macam nak ambil barang je.

Family aku masih tak detect aku ambil ubat-ubat mak aku ni sebab aku try buat kerja clean. Bila nak ambil aku cari timing sebelum tidur.

Biar aku dah baring-baring telan sebiji dua pill aku khayal get high rasa stoned terkaku sambil terbaring gitu je, boleh terus tidur.

Aku nak berhenti. Sumpah aku takut takboleh. Aku berdoa time tahajjud supaya diberikan kekuatan tanpa perlu bergantung dengan apa-apa melainkan dengan keimanan dan kesabaran.

Aku minta Allah beri aku petunjuk hari-hari aku tahajud. Malam dah get high esoknya pening kepala macam mana pun aku tetap bangun dirikan solat sebab dah mula rasa down balik(sebab effects high dah habis), time nilah aku akan nangis gile-gile bertaubat.

Hebat kuasa Allah, pertemukan aku dengan Shiro, seorang bekas banduan yang terlibat dadah sekarang menganggur kerja part time di restoran. Kenal masa main PUBG. Shiro pun pandai buat lawak main game sama-sama seronok gelak ketawa buat aku lupa sakit aku.

Seronok ada, tu tak terniat dah nak ambil barang. Time rasa stress aku boleh cerita kat Shiro. Dekat 6 bulan aku ketagih, kenal Shiro dari bulan september 2021, sekarang ketagihan aku boleh kurang sebab Shiro jadi member discord hari-hari make sure aku distracted.

Shiro cerita kat pusat serenti macam mana dia ajar aku macam-macam cara tak relapse dan segala ilmu aku perlu untuk berhenti. Hebatnya aturan Allah, Shiro datang dalam hidup aku sebagai member yg sangat memahami dan sangat pandai bertutur kata.

Dia menyedarkan aku banyak tentang silap aku sayang sangat kat H, dengan cara tutur kata yang sangat kemas dan sesuai dengan situasi aku.

Mungkin sebab dia pun pernah lalui ketagihan sama, jadi dia pandai nak nasihatkan cara sesuai dengan aku. Bilamasa semua orang lain nasihatkan aku tetap berkeras hati, tapi dengan Shiro lain.

Aku boleh nak kata kitaorang dh jadi sahabat baik sehidup semati sebab cara pergaulan aku dan Shiro hari-hari macam abang dan adik. Sampailah hari wedding H.

Aku terima berita yang H dengan pasangan dia tak jadi kawin, ada yang cakap sebab masa aku dah face to face ex H tak beria dah. Ya Allah, adakah ini petanda untuk ku? Masih ada harapankan aku?

3 bulan aku tahajud hari-hari utk kembalikan H kepada aku, adakah ini petandanya masih ada harapan Allah nak kabulkan untukku? Atau Allah dah gantikan aku seorang sahabat baik yang mampu mendakwah aku kearah kebaikkan

Kalau betul pun ada harapan dengan H yang aku sayang, mampukah H nak terima aku yang sekarang? Dah 2022. H nak mintak get back tapi aku tak mampu nak terus terang dengan ketagihan aku sekarang.

Aku takut juga kalau betul-betul get back aku berniat nak lepaskan cara ketagihan aku kearah dia balik. Sekarang aku masih tergantung aku takut dulu yang pada asalnya aku hanya terlibat dengan z1na, sekarang dah berakhir dengan ketaggihan hram lain pula, kembali kearah z1na semula.

Aku nak hidup normal, tapi sangkut jaga mak sakit. Aku sekarang dalam process tak relapse ketaggihan tapi aku dah tak nampak jalan masa depan. Aku tak tahu dah nak pilih mana-mana. Buat aku rasa hopeless baik teruskan je jadi macam ni. Kalau korang pembaca ada kat tempat aku, apa korang buat?

terima H balik? jujur je? tolak semua ketepi baiki diri sendiri tanpa perlu harapkan sesiapa?

Aku nak bebas tapi mungkin Allah tahu kalau aku bebas, nanti aku akan berzlna normal macam 3 tahun dengan H, tapi bila terperap penat nak jaga mak yang ntah akan sihat atau tak pun aku rasa terpenjara.

Tolong aku. Aku takut dengan diri aku, aku tak boleh keseorangan. Ada family tak cukup membantu. Aku dengan family tak pernah rapat pun. Sayang ada tapi bukan kemesraan. Aku penat dah semua hidup ni, aku dah start rasa macam teringin nak m4ti overd0se pun ada.

Hari-hari aku berharap dapat main game dengan shiro je. Dia support aku. Bah katanya ‘one day at a time, yang penting jangan keseorangan’. Maafkan penulisan aku agak tak tersusun. Aku just serabut, nakkan nasihat korang.

– Eiz (Bukan nama sebenar)