Lepas kami berpindah kakakku yang tinggal dengan mak . Tapi kakak ku sangat lah pemalas ya Allah. Terkejut tengok rumah mak

Saya disini sekadar ingin meluah rasa hati yang berat. Andai ada cara penyelesaian dari pembaca juga saya terima. Saya seorang isteri jugak seorang ibu untuk putera puteri soleh solehah aku. Saya mula kan cerita daripada saya mula menikah saja ya.

Selepas saya dan suami menikah kami memilih untuk tinggal bersama emak ku dimana mak juga memang mahu kami tinggal bersama dia dan dia selesa dengan kami.

Sementara suami mahu kukuhkan kewangan dia utk kami keluar hidup sndiri brdikari. Dalam kami masing masing selesa tinggal bersama bawah satu bumbung rupanya ada yang tidak senang kami begitu. Lalu kakak sulungku yang tinggal tidak jauh dri rumah mak (sekampung) meminta kami keluar berdikari.

Untuk memberi laluan kepada kakakku yang lagi seorang yang ketika itu masih bujang tapi tinggal sendirian dibilik sewa kerana dia suka kan pr1vacy sebegitu. Saya dan suami terus mencari rumah sewa lain yang lebih dekat dengan tempat kerja suami.

Saya fikir mungkin ada betulnya, malah kami bertambah bahagia bila tinggal sendiri dapat susah senang bersama tanpa menyusahkan emak. Lalu kakak ku yang kedua kembali berpindah tinggal bersama emak. Kami membiasakan rutin melawat emak setiap kali hari off day, tapi saban hari saban tahun rumah mak makin berubah.

Makin kotor, makin semak, makin bvsuk dengan najls kucing. Keadaan rumah mak jauh berbeza berbanding ketika sya tinggal disitu, lantai rumah berpasir. Dapur yang k0tor dengan lantai berkerak. Sampaikan saya tak lalu nak makan masakan emak, sangat menyedihkan sebab masakan mak lah yang paling saya suka hatta ikan kembong goreng pun bagi saya rasa sedap sangat.

Saya tak mahu menyalahkan mak yg bagi saya sudah dimamah usia untuk melakukan kerja rumah walaupun mak sejenis yang kurang pengemas. Contohnya bila sapu sampah mak cuma akan melonggokkan sampah di belakang pintu dan membiarkan disitu saja.

Bila saya tertengok gambar gambar rumah k0tor yang vlral di med1a sos1al terus saya terbayangkan rumah mak walaupun rumah mak tak seteruk itu tapi ya kotornya lebih kurang. Lepas kami berpindah kakakku yang tinggal dengan mak berkahwin dengan pilihan hatinya dan mereka tinggal disitu.

Bagi saya ya perlu kami salah seorang anak tinggal bersama mak untuk membantu mak dari segi pengangkutan dan sebagainya. Tapi kakak ku sangat lah pemalas ya Allah, dia tak berminat untuk mengemas rumah atau masak dan itu lah punca rumah mak makin teruk k0tor kerana mak saya perlu dibantu.

Dan usia mak juga bukan untuk buat semua kerja rumah lagi, kita yang muda yang kuat ni yang perlu ambil alih segala kerja rumah. Sebelum p4ndemik saya pernah berniat untuk pergi mencuci rumah mak ketika hari cuti tapi saya juga sibuk dengan rumah tangga saya dan kerja kerja lain yang perlu saya uruskan.

Dan kemudian sy melahirkan anak lagi, ketika pkpp kami pulang melawat mak seperti biasa. Tapi yang saya nampak rumah bukannya semakin bersih kerana kakak ku cuma berada dirumah kerana tak boleh bekerja. Tapi rumah semakin kot0r! Yang terbaru saya tengok sawang rumah mak penuh di syiling umah smpai dh kehitaman n sudah bertali hampir kena kepala.

Bayang kan punya teruk sawang tu sampai hitam dah melebihi sawang pintu gua. Setiap kali saya melawat mak saya tak mampu nak tolong kemas atau apa kerana saya punya anak kecik yang sangat lasak suka mengutip semua benda untuk dimakan.

Jadi memang saya kena fokus untuk anak saya didalam keadaan rumah yang k0tor banyak benda berbhaya untuk anak saya. Mak selalu mengadu hal kakak ku yang tidak membantu dirumah, dia dan suami makan pun dalam bilik.

Kalau gelas air yang di minum ditinggalkan saja penuh meja diruang tamu dengan plastik sampah makanan lain lain. Saya cuma diam, saya tiada solusi. Rumah itu tak besar pun, cuma dua bilik sahaja. Maksudku perlukah saya orang yang tidak tinggal disitu ikut campur urus rumah yang kakakku dan suaminya perlu urus?

Kenapa ketika saya dan suami tinggal disitu rumah itu bersih saja, kenapa dia tak mampu buat benda yang sama? Kakakku belum punya anak kecil macam saya dan saya rasa dia lebih dari mampu untuk urus rumah itu berbanding aku.

Saya dan suami takkan sesekali kembali tinggal bersama mak selepas apa yg dikatakan kakak sulung ku terhadap kami dulu. Kami lagi rela emak datang tinggal bersama kami tapi mak tak mahu. Ya lah, dirumah sya mak tak boleh braktiviti seprti dirumah sendiri. Dia tiada kawan kawan dan sebagainya.

Saya cuba tidak se’detail’ mungkin untuk karang cerita ini, saya tak mahu org yg kenal keluargsaya tahu tentang ini. Saya rasa sangat teruk bila tengok rumah mak begitu, juga saya malu dengan jiran jiran.

Dengan keadaan k0tor sebegitu bukan nya boleh dikemas dalam sejam dua. Mungkin ambil masa berhari hari, dan jika saya mula mengemas saya akan buat bersungguh sungguh hingga bucu lantai pun saya tak mahu tengok berkerak.

Jadi memang ambil masa yang lama untuk saya mengemas sesuatu ruang waktu tinggal dengan mak dulu. Dengan keadaan saya punya anak kecil memang saya tak mampu membantu. Ampunkan saya ya Allah.