Menangis maknya dengar apa yg aku ceritakan. Anak sulung yang menjadi harapan keluarga rupanya s0ngsang

Assalamualaikum kepada semua pembaca.Aku juga ingin berkongsi kisah yang hampir sama telah aku lalui. Cumanya kisah aku tidaklah seberat confessor yang bersuamikan laki songsang itu.

Pada January 2021 aku telah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang aku cintai. Kami berkenalan di aplikasi mencari jodoh. Kami mengikat tali pertunangan diatas dasar suka sama suka slps setahun menjalin hubungan.

Setelah berbincang antara dua belah pihak keluarga, kami telah bersetuju utk bernikah pada awal June 2021. Aku pendekkan lah ye cerita aku. Ceritanya lagi 6 minggu sebelum tarikh nikah kami, tunang aku kantoi sangkut h1v test. Ya, h1v positive.

Pd mulanya dia menafikan dia telah melakukan sebarang aktiviti yang berisiko. Tpi setelah aku cek phonenya, baru lah kantoi semua perbuatan busoknya. Rupanya tunang aku seorg laki songsang. Bermacam macam jenis chat aku jumpa dengan pelbagai lelaki.

Ada yang nak v1deo call sebab nak tengok b0dy, ada juga chat chat yang ingin bertemujanji di hotel. Kecewa aku Tuhan saja yang tahu. Siapa sangka lelaki yang aku anggap akan menjaga aku sehingga akhir hayat merupakan seorang lelaki yang dah jauh terpesong.

Kami merupakan pasangan bercinta jarak jauh. Dia di Perak, aku di Selangor. Tambahan pula PKP, kami sangat susah untuk berjumpa. Sepanjang bercinta ada lah dalam 3 ke 4 kali saja jumpa. Tetapi setiap kali berjumpa aku tanpa gagal akan sentiasa cek phone dia.

Tetapi apa yang aku cari cumalah chat chat daripada perempuan. Tak pernah aku terfikir untuk bukak chat daripada lelaki kerana pada aku itu merupakan privasinya bersama kawan kawan. Rupa rupanya, aku silap.Aku bukan dicuranngi kerana wanita lain.

Tapi aku dicuranngi kerana lelaki! Setelah kantoi, dia menangis merayu supaya aku tidak tinggalkan dia. Dia berjanji sehabis baik untuk berubah. Atas dasar sayang dan malu untuk batalkan perkahwinan, aku setuju untuk beri dia peluang kedua.

Kerana pada fikiran aku, tidak adil untuk aku terus tinggalkan dia tanpa dapat dia buktikan yg dia blh berubah. Wlaubgaimnapun, setelah aku bagi peluang kedua, hati aku masih ada ragu ragu. Aku pesan padanya, bhwa aku percaya dia.

Tapi kalau dia ulang lagi prbuatan kotornya, Allah akan tunjukkan. Mungkin akan ada pembaca yg akan kata aku bdoh utk berkahwin dengan seorang penghidap h1v. Tapi jangan risau, setelah aku bagi dia peluang kedua,

kami telah pun berjumpa dengan dctor untuk mendapatkan nasihat bagaimana cara pasangan berkahwin agar h1v tidak mengjangkitkan kepada anak dan isteri. Ramai yang tak tahu penghidap h1v boleh hidup seperti biasa iaitu boleh ada pasangan dan boleh ada anak tanpa menjangkitkan v1rus tersebut kpd anak dan isteri.

Ttp, semuanya berubah lagi. Berberapa hari selepas tunang aku kant0i laki s0ngsang, dia telah ditugaskan untuk bertugas di Johor selama sebulan. Selepas seminggu dia di Johor, aku dapat rasakan dia sedikit lain.

Mungkin di atas doa aku dan keluarga tanpa putus, entah macam mana, Allah gerakkan hati aku utk install applikasi ‘laki sonngsang’.
Aku buat f4ke account dan search di lokasi tunang aku bekerja. Bertapa terkejutnya aku bila aku jumpa account tunang aku.

Dgan gambarnya terpampang di profile account tersebut. Yang lebih mengejutkan, account tersebut menunjukan status sedang “Online”. Sekali lagi, aku terasa kecewa yang teramat sangat.

Ternyata, semua janji dia untuk berubah cuma lah mainan kata katanyanya saja. Selepas kantoi tersebut, aku terus ajak ibu aku pulang cincin kepada family tunang aku. Aku ceritakan semua hal kepada mak dia.

Menangis maknya dengar apa yg aku ceritakan. Anak sulung yang menjadi harapan keluarga, telah mengecewakan hatinya. Aku tunjukkan juga bukti yang aku ada. Mak nya memujuk aku untuk sama sama bagi tunang aku peluang lagi.

Tapi aku dengan tegas, cukuplah peluang yang aku dah berikan. Aku dah tak nak ambil risiko lagi. Aku juga pernah bertanyakan kepada pejabat agama Isl4m Selangor mengenai masalah aku yang bertunang dengan seorang laki s0ngsang.

Pejabat agama sendiri menasihatkan agar aku tak mneruskan prkahwinan kami. Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang AIIah dah aturkan untuk aku.

Sejujurnya, bukan h1v yang membuat aku tekad untuk tinggalkan dia. Tetapi disebabkan dia tak menunjukkan penyesalan dan tekad untuk berubah daripada dunia s0ngsangnya. Aku yakin memang susah untuk dia tinggalkan dunia s0ngsangnya apatah lagi sudah 10 tahun dia melakukan aktiviti tak bermoral itu.

Aku berfikir, kalau betul dia nak berubah, dia tidak akan mencari lagi lelaki untuk melunaskan nfsunya selepas aku bagi dia peluang. Pada awalnya aku susah utk menerima hakikat apa yang terjadi.

Aku hampir hampir memberi peluang sekali lagi kepada dia.Namun atas nasihat keluarga serta rakan rakan, akhirnya aku mampu untuk kembali berfikir secara rasional.

Alhamdulillah aku lebih senang sendiri sekarang. Kepada Anne, aku tahu susah untuk kau terima bahawa suami kau seorang laki s0ngsang, tapi percayalah, nfsu s0ngsang mereka memang tidak akan dpt diubah. Terlalu sikit peratusan lelaki s0ngsang yang berubah apatah lagi yang dah melibatkan hubungan intiim.

Banyak mana pun peluang yang diberi, lambat laun mereka akan kembali juga ke dunia s0ngsang itu. Kalau dia memang betul nak berubah, dia tidak akan gunakan perkahwinan sebagai alasan untuk mereka berubah.

Perkahwinan kau masih baru, masih belum ada anak yang kau perlu fikirkan. Nasihat aku, keluar lah dari perkahwinan kau ni. Tak guna kau tunggu dan tunggu untuk dia berubah.

Terlalu lama untuk kau tunggu selama dua tahun sebelum balik semula ke semenanjung. Perkara akan jadi lebih teruk. Mungkin sekarang dia masih bebas dengan h1v. Tapi masa akan datang kalau dia masih dengan gaya hidup s0ngsang, tak mustahil akan berjngkit kepada kau tanpa kau sedar.

Penghidap h1v tidak akan tahu mereka dijanngkiti sehinggalh ujian drah dilakukan. Kau juga boleh report kepada pejabat agma berkenaan suami kau yang laki songsang tu.
Kau wanita ada kerjaya, kenapa kau nak takut dengan percerraian sedangkan kau sendiri tahu, perkahwinan ini akan berikan mudarat kepada hidup dan masa depan kau.

Aku merayu keluar lah dari pekahwinan ni. Mulakan hidup kau sendiri. Aku yakin akan ada masa depan yang lebih cerah untuk kau. Aku tak nak wanita nampak lemah dan senang senang dibdohkan oleh golongan golongan s0ngsang yang berkahwin utk menutup prbuatan k0tor mereka ni.

Aku doakan kau dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri kau. Salam sayang dari aku untuk Anne.