Kalau sekali lagi dia saakit aku nekad untuk bercerrai .Selama ini aku simpan sorang tak mahu mereka malu ada menantu g1la.

Bismillahhirahmannirahim. Hampir 5 tahun suami aku sembuh dari pnyakit skiz0frenia. Dari makan ubt d0s yang tinggi sampai ke pada d0s rendah. Sepanjang 5 tahun perkahwinan ni segala susah payah kami lalui bersama.

Dari rumah kosong sampai penuh barang. Dari tidak mampu beli rumah sampai lah kami menunggu masa jer rumah kami siap. Hidup kami semua lengkap tapi Tuhan lebih mengetahui.

Hari ni genap sebulan lebih suami aku diserang pnyakit mental skiz0frenia buat kali kedua. Pnyakit yang kian membiak. Nampak luaran seperti normal sekali datang pnyakit tidak tertanggung aku nak menghadapinya dengan dua orang anak yang masih kecil.

Yang sulung berusia 4 tahun sangat manja dengan papanya dan si adik baru 1 tahun 8 bulan belum mengerti apa-apa lagi.

Ini bukan kali pertama dia diseranng pnyakit ni tapi adalah kali kedua aku merasanya. Kali pertama 4 hari selepas aku kahwin. Dia bangun pagi dalam pkul 5 mengamok macam orang g1la.

Aku terkejut dengan situasi demikian dengan mkan roti mncangkung makan sampah mncangkung lompat tangga macam berok. Aku tengok jer aku tak tahu nak buat apa. Sedangkan masa itu kami baru sahaja menyewa rumah. Baru satu malam kami tido.

Petang tu kami datang rumah sewa kemas bersih sama-sama tup-tup bangun pagi buta dia jadi orang g1la. Aku terkejut tergamam tak tahu nak buat apa. Hanya aku call adik dia suh datang tengok.

Jiran-jiran semua datang marah aku cakap kenapa bawak orang g1la datang kawasan ni. Aku diam seperti orang b0doh. Itulah kisah mula-mula aku mengenali pnyakit skiz0frenia. Bermula dari saat itu lah aku rasa aku ni dah tersalah pilih, nasib aku malang aku ditipu. B0dohkan dari awal-awal lagi aku tidak bercerrai.

Mula-mula memang aku hendak bercerrai tapi tiba-tiba aku tahu aku hamil 1 bulan lebih. Aku ada terpikir nak gugur jer sebab tak nak ada zuriat dengan orang pnyakit sedemikian.

5 bulan selepas itu suami aku sembuh. Itu pun selepas dia kelar tangan buat kali kedua dan dimasukkan ke wad ment4l selama seminggu.

Macam-macam rintangan aku tempuh. Aku pernah dipkul sampai lebam mata hidung berdrah, dia pernah kencing atas muka aku. Untuk serangan kali ke dua ni tepat pada hari lahirnya yang ke 32. Sakit dengan tiba-tiba.

Tapi seminggu sebelum tu 2@3 hari dia tidak tidur malam siapkan drawing. Dia bekerja sebagai draughtsman. Bermula dari hari sakit aku terus hantar dia ke rumah keluarganya. Rumah keluarganya didiami adik – beradiknya yang belum kahwin. Maknya telah meninggal 4 tahun lepas.

Si ayah tinggal dirumah satu lagi bersama mak tiri barunya. Rumah ayah mertua aku tidak jauh dari rumah aku. Sepanjang suami aku sakit tidak sekali dia datang bertanya khabar.

Adik – beradiknya pulak main tolak ketepi hantar suami aku ke rumah. Alasannya suami aku akan sembuh sekiranya berada disisi isteri dan anak.

Aku pulak f0bia trauuma peristiwa dahulu dia pernah pkul aku. Aku takut tidur pon tidur ayam takut dia pkul aku dan anak-anak.

Yelah penyakit skiz0frenia penyakit bahaya. Suka pkul baling barang pecahkan barang sepak orang. Aku tahu nak explain macam mana. Aku pernah terdetik dalam hati kalau sekali lagi dia sakit aku nekad untuk bercerrai kerana penyakit memang tidak akan sembuh dan ianya perlu bergantung pada ubat dan tidak boleh hidup dalam keadaan str3ss.

Sekarang aku dan anak-anak sedang berehat di kampung aku. Si adik seronok riang gembira dan si abang nampak masih rindukan pelukan papanya.

Aku pulak masih lagi bersedih entah laa aku rasa seperti mimpi tiada ribut tapi semua hancur sekelip mata. Sekarang aku tengah cekalkan hati untuk proses percerraian.

Aku risau selepas ni aku nak kerja apa nak bagi anak aku makan apa dengan tiada kereta tiada rumah. Si anak pulak masih terkejut tiba-tiba papanya tiada.

Tiada yang suapkan dia orang mkn tiada orang yang hantarkn si abang mengaji yang dodoikan pada waktu malam. Aku pon dalam proses untuk menerima kehilangannya. Orang selalu tolong aku pergi beli lauk basah, tolong pergi mesin kelapa, tolong sidai baju, tolong mandikan anak.

Sekarang suami aku berada dirumah keluarganya. Aku suruh dia berehat disana sampai betul-betul sembuh. Selepas dia sembuh baru aku jalankan proses percerraian. Doakan aku kuat nk tempuh dugaan besar ni.

Aku tulis sekadar luahan hati yang terbuku yang mampu aku nak simpan. Mama dan abah aku pon baru tahu cerita ni. Selama ini aku simpan sorang tak mahu mama, abah dan abg aku risau.

Tak mahu mereka malu ada menantu g1la. Untuk pengetahuan korang aku kenal suami sewaktu kami sama-sama belajar di politeknik. Aku tengok dia waktu belajar elok normal tak macam orang g1la pon.

Lepas kenal kahwin baru tahu yang dia dari kecil dibesarkan oleh opah n atok. Manakala ayah dan ibunya dua-dua kerja di KL. Dia ada 8 orang adik beradik. 4 dibesarkan di kampung. 4 lagi dibesar oleh mak dan ayah.

Dengar cerita pon macam pelik pening jugak aku pikir kenapa mengapa ada mak ayah sebegitu. Pandai buat tapi malas nak jaga. Alasan tiada duit tiada pengasuh.

Aku pernah tnya aruwah maknya kenape tinggal dia dari kecil macam tu. Hanya diam tanpa sebarang jawapan. Aku fikir dari jalan cerita awal mungkin suami aku ni berpenyakit skiz0frenia dari kecil kerana str3ss dari kecil.

Ok la aku malas dan nak tulis panjang – panjang. Aku pon dah pening apa yang aku tulis ni. Maaf la kalau yang aku tulis korang tidak faham.

Kalau tak faham tak payah baca. Doakan aku dipermudahkan segala urusan. Asslamualaikum.