Haati aku dh kosong dekat mak ayah aku. Tanpa sedar diaorang bezakan cara layanan.Diaorang sendiri yg cari masalah aku yg tanggung

Assalamualaikum semua. Aku nak share apa yang aku tanggung sekarang ni sebab aku baru je buat DASS test dan resultnya tahap kemurungan aku tinggi/serius.

Tahap str3ss dan bimbang aku normal. Aku Angah berumur awal 30-an telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Aku anak ke 2 dari 5 beradik. Ayah aku pesara kerajaan mak suri rumah.

Dulu aku pegawai bank. 3 tahun je. Aku resign 24 hours lepas sebulan aku transfer ke negeri lain lepas kahwin. Lagipun memang aku dh aim nak resign lepas kahwin. Aku nak kerja sendiri.

Suami aku okay. Dia tak cakap apa tapi dia support aku sebab aku cakap aku nak bisnes. Masa kitaorang study dulu pun memang dah pernah buat bisnes jual tudung sama2 tapi ayah aku tak suka aku bisnes kecik2 ni.

Kalau boleh bisnes biar juta2. Deal dengan dato2. Barula bisnes. Takat 2-3 ribu sebulan tak payah. Pegi cari kerja. Siap buat air bagi lembut hati suruh aku minum. Suruh dengar ceramah kt tv pasal ibu bapa kot sorry aku dah lupa topik dia.

Tapi something related to parents and anak la. Actually aku dah banyak kali cakap dengan parents yg aku nak berhenti kerja time before kahwin lagi. Tapi confirmlah diaorang tak bagi kan.

Diaorang suruh aku kerja jugak. Diaorang tak kisah pun apa yg aku rasa. So aku resign 24 hours lepas dapat bonus. Aku dah tekad n hati kering time tu. Surat resign sampai ke rumah. Mak & ayah aku KECEWA.

Mak aku menangis. Aku anak harapan diaorang sebab aku ada degree diaorang memang bangga aku kerja masa tu. Tapi deep inside aku tak happy aku str3ss. Aku nak kerja sendiri. Aku suka pendam dari luahkan apa aku rasa aku tak menjawab sebab aku takut aku lukakan hati diaorang. Aku hormat diaorang.

Walaupun aku tau aku dah pun lukakan hati diaorang time tu. Tapi aku ada plan lain bukan nak duduk saja. Maybe diaorang risau aku dah tak boleh nak bagi duit bulan2 kt diaorang kot. Entahla. Long story short sekarang aku bekerja sendiri/working at home mom. Alhamdulillah income aku lagi banyak dari gaji aku dulu.

Duduk rumah sambil jaga anak kan. Boleh beli apa aku nak tanpa harap duit suami. Bulan2 aku bg RM600-800 kt mak ayah aku. Sebenarnya aku boleh tak buat apa2 langsung just jaga anak sebab aku dah kira l0an free (L0an asb aku terminate. Kereta aku jual.)

kalau tidak disebabkan personal l0an RM40k yang ayah aku suruh aku buat waktu aku kerja dulu. Menyesal sangat2 bila fikir balik. Rasa hati ni hancur. Kosong. Benda ni jadi before aku kahwin. Ayah aku minta tolong buat l0an untuk cover l0an kereta lama ayah aku sebab nak kena tarik dah.

Itu reason yg dia bagi. Aku cakap nanti aku fikir dulu. Benda ni la yg paling aku nak elak yang aku tak nak buat. Time tu aku dh ada l0an kereta dan 2 l0an Asb. Nak tambah lagi personal l0an RM40k? Gila wey siapa nak bayar? Kan aku dh cerita kt atas aku memang ada plan nak resign sebab tu aku tak nak ambil risiko. Aku slowly talk dengan mak aku kt dapur time tu.

Aku ingat lagi aku nangis2 cakap siapa nak bayar? Aku sendiri pun dh ada 3 loan. Hutang ni bahaya mak. Mak aku cakap JANGAN RISAU la duit sewa rumah ayah tu ayah bagi untuk bayar bulan2. Aku nak cakap apa lagi? Korang sanggup tak say NO dekat parents yg minta tolong even benda tu memang bdoh utk kau buat?

Ayah aku asyik call time office tanya dh apply belum l0an. Nak pakai cepat kalau boleh. Aku malas nak fikir dia pun dah janji nk bayar dengan duit sewa rumah dia. Aku pun buat la demi tak kecewakan orang tua.

Tak nak degil kang tak pasal kena minum air jampi lagi. L0an tu potong gaji bulan2. At first memang ayah aku bayar bulan2 as promised.

Aku pun okay la lega. Tapi aku ada jugak terfikir buatnya tiba2 ayah aku tak bayar macam mana? Banyak wey dengan interest lagi. Nak menyesal pun tak guna dah terlambat.

Benda yg aku takut akhirnya jadi jugak. Ayah aku jual rumah yg dia buat sewa tu. Aku kecewa sedih sangat. Aku memang rasa aku diperbodohkan mak ayah sendiri.

Sampai hati diaorang. Cuba ingat balik apa mak aku cakap. Apa korang rasa? Aku ni selalu pendam sebab kalau aku cakap memang orang akan terasa sebab aku jenis cakap lepas.

Aku taknak mak ayah aku kecik hati. Aku tak taula diaorang lupa ke apa yg diaorang dh janji dekat aku? Aku pelik sangat. Nak tanya serba salah. Suami aku yg beli rumah tu. dia tak tau duit sewa umah tu guna utk bayar l0an. Aku tak pernah bagitau dia.

Masa tu aku harap sangat ayah aku akan bagi duit utk settle personal l0an tu. Tapi 1 sen pun tak dapat. Aku tak tau nak cakap apa time tu. Makin hari aku makin str3ss. Aku pregnant time tu.

Mak ayah aku plak kalau tak cukup duit memang minta kt aku je. Adik beradik yg lain tak boleh diaorang tak ada duiit macam aku banyak duit je time tu. aku pun cukup2 je. Padahal kakak dgn adik aku no 3 kerja. dh lama sebab takleh tanggung baru aku cerita kt suami pasal duiit sewa tu.

dia cakap kenapa tak bagitau kalau tk memang dia tak beIi. Dia beli pun sebab ayah aku minta tolong. Ayah aku nak pakai duit nak settle l0an kereta. Means duiit l0an yg aku buat dulu tu tak settle pun l0an kereta dia aku tak tau dia buat apa dgn duiit l0an tu. Sampai hati ayah.

Aku tak tau apa masalah ayah aku. Asyik tak cukup duit sentiasa tak cukup duiit. Berapa banyak hutang dia aku tak tahu lah. lepas pencen dia selalu sembang pasal jual beIi tanah.

Tapi habuk pun tak ada. Asyik kena tipu tapi tak sedar diri jugak. Ayah aku ego tinggi. Tak boleh tegur dia je yang betul. Aku kecewa sangat. Terus terang cakap hati aku dh kosong dekat mak ayah aku.

Tanpa sedar diaorang bezakan cara layanan dekat anak2. Adik2 kakak aku terlalu dimanjakan sampai tak boleh susah langsung. Duduk rumah free tak payah byar sewa. Keja dah bertahun tapi still minta duit kt orang tua. Aku kecik hati sangat2.

L0an tu sekarang aku la bayar sorang. Sebab last 2 years mak aku dah bagitau l0an tu mak ayah dah tak mampu bayar. Aku cakap tak apa la biarla angah bayar. Dalam hati ni Allah je yang tau apa aku rasa. Baru2 ni pun minta tolong dekat aku jugak tolong tebus gelang ayah aku gadai RM2k.

Mak aku cakap gelang tu aku ambil la dulu nanti ada duit mak bayar balik. Aku bukan taknak tolong tapi sampai bila nak macam ni? Asyik tak cukup duiit asyik berhutang sana sini. Aku ni jenis simpan duit so mak ayah aku tau aku memang ada duit.

Aku pun tolong la tebus taknak diaorang pegi gali lubang tempat lain plak. Kalau ikutkan boleh je tak tebus gelang tu. Tapi mak aku cakap sayang gelang tu tolongla tebus.

Sanggup tak korang say NO? Tapi tak adil sebab yg lain tak kena minta pun. Yg lain ni tak boleh susah langsung aku pelik. Aku bukan nak berkira aku geram sebab diaorang ni tak payah susah nak cari duiit.

Aku ni kerja macam nak m4ti. Bukan senang kerja sendiri. Sampai kurus kering aku ni punya susah kerja sendiri jaga anak lagi.

Aku dah pernah luah apa yg aku rasa dekat parents aku. Aku text diaorang. Apa yg diaorang janji dulu. Tak kesian ke kt aku? mak just minta maaf je. Ayah aku tak cakap apa. Maybe dia fikir dia dh hantar aku belajar susah2 so dia ada hak untuk suruh aku buat apa saja.

Ayah aku memang tak support aku buat bisnes even sekarang ni pun. Kalau aku cerita bisnes aku dia tk berminat pun. Sediih wey. Aku buktikn aku boleh hidup kerja sendiri. Barang perabot all decors dalam rumah ni semua aku beli sendiri.

Tak guna duit suami aku pun. Aku boleh bagi duit kt diaornag bulan2 plus bayar RM2k monthly nak settle l0an tu. Does he care? NO. Dia tak pernah support bisnes aku. Tapi kalau ada masalah duit boleh plak tuju kt aku.

Banyak sangat aku simpan aku pendam. Aku kesian dekat suami dan anak aku. Especially anak aku.

Bila aku str3ss fikir nasib aku ni anak aku yg jadi mangsa. Aku abaikan dia aku marah dia. Kesian dia mak dia kadang2 jerit tarik rambut sendiri aku tau dia takut tengok aku time tu.

Bab house chores memang suami aku tolong Alhamdulillah. Dia baik sangat. bab parents aku ni dengan hutang.

Ya Allah aku tak tau nak cakap apa. Sakit dada sakit kepala semua sakit bila fikir. Aku dah penat sangat sebab semua aku hadap sorang.

Mungkin rezeki yg Allah bagi kt aku sekarang ni memang untuk tolong parents aku tapi kalau diaorang memang susah aku tak kisah.

Ini diaorang sendiri yg cari masalah hutang sana sini aku yg kena settle. Aku memang tak berkira dengan family aku tapi aku sedih diaorang buat aku macam ni.

Cukupla sampai sini. Korang tolongla bagi aku kata2 semangat. Nak kec4m pun silakan. Aku redha dengan ujian ni tapi yelah aku pun manusia biasa hati ni sentiasa berbolak balik. Thanks sudi baca.– Angah.